Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Klinik Haiwan yang Terbaik di Petaling Jaya

Haiwan peliharaan merupakan peneman kepada ramai orang yang tinggal di kawasan bandar bagi menenangkan mereka selepas penat bekerja seharian. Walaupun begitu, mereka mudah terdedah kepada penyakit yang membuatkan mereka kelihatan lemah dan tidak bersemangat.

Penyakit tersebut berkemungkinan boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Di sini, kami senaraikan 10 klinik haiwan di Petaling Jaya untuk anda kunjungi dan dapatkan rawatan yang bersesuaian untuk haiwan peliharaan anda.

10 Klinik Haiwan di Petaling Jaya 


1. Pets Health Veterinary Care And Clinic, Aman Suria

Pets Health Veterinary Care And Clinic

Pets Health Veterinary Care And Clinic merupakan salah satu kedai klinik haiwan di Petaling Jaya yang telah dibuka selama 6 tahun. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini adalah pemberian perubatan pencegahan, diet preskripsi dan ujian darah. 

Selain itu, kaedah pemandulan juga disediakan di sini bagi mengawal kelakuan haiwan peliharaan anda semasa mereka keluar ke kawasan kejiranan. Perkhidmatan oleh doktor pakar veterinar yang berpengalaman di klinik ini juga dapat menyediakan suasana yang selesa buat pelanggan dan haiwan peliharaan semasa proses rawatan dilakukan di sini. 

Setiap masalah atau penyakit yang dihidapi oleh haiwan peliharaan akan diterangkan secara teliti oleh doktor supaya anda dapat mengambil langkah berjaga-jaga pada masa hadapan. Harga untuk setiap konsultasi dan rawatan adalah berpatutan dengan servis dan perubatan yang bagus di klinik ini.

Klinik ini juga menyediakan tempat letak kereta khas bagi kemudahan pelanggan yang hendak mendapatkan rawatan dalam tempoh masa yang lama. Oleh itu, pelanggan tidak perlu membazir masa dan berasa risau untuk mendapatkan rawatan yang segera di klinik ini untuk haiwan kesayangan anda.

Alamat: 38-G, Jalan PJU 1/45, Aman Suria, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.30 pm), Sabtu & Ahad (10:00 am – 6:00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7880 5333

WhatsApp Pets Health Vet


2. Right Angle Animal Clinic, Seksyen 14

Klinik Haiwan Right Angle Animal, Seksyen 14, Petaling Jaya

Bagi mereka yang sibuk bekerja dan mementingkan masa, Right Angle Animal Clinic memberi perkhidmatan untuk melakukan janji temu sebelum bertemu dengan doktor veterinar supaya proses merawat haiwan anda dapat dilaksanakan dengan lancar dan cepat tanpa perlu menunggu.

Dr Thong yang mempunyai pengalaman dalam merawat haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing mampu memberikan anda pengetahuan yang lebih lanjut untuk memastikan haiwan anda mendapat penjagaan yang terbaik di rumah. Pusat klinik yang dijaga dengan rapi dan bersih juga memberi pelanggan perkhidmatan yang terbaik semasa melakukan urusan di sini.

Klinik ini dilengkapi dengan hospital haiwan bagi haiwan yang sakit dan memerlukan rawatan rapi dalam masa yang panjang oleh doktor. Penjagaan oleh doktor dan pasukannya dengan bagus dan profesional mampu berikan keselesaan terhadap haiwan peliharaan anda semasa berjauhan dengan anda. Jadi anda tidak perlu risau!

Barang keperluan haiwan yang lain seperti makanan, permainan dan pasir untuk mereka membuang air di dalam rumah juga disediakan di klinik ini. Selain itu, di klinik ini juga menyediakan perkhidmatan untuk adopt haiwan seperti kucing yang kehilangan tempat tinggal mereka.

Alamat: 7-1, Ground Floor, The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm), Sabtu (10.00 am – 4.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7960 1822


3. Hand N Paws Veterinary Clinic & Pet Center, Tropicana

Hand N Paws Veterinary Clinic & Pet Center

Terletak di sebelah lebuhraya SPRINT, kedai haiwan Hand N Paws ini juga menyediakan perkhidmatan doktor haiwan untuk merawat haiwan peliharaan anda. Kedai yang dilengkapi dengan makanan dan keperluan asas haiwan ini mampu dijadikan sebagai satu tempat persinggahan utama untuk anda dan haiwan peliharaan anda.

Doktor haiwan di klinik ini mementingkan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh haiwan anda dan memberikan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan di Petaling Jaya. Jadi, anda bolehlah datang ke sini untuk membeli kelengkapan haiwan sambil membuat pemeriksaan kepada haiwan peliharaan kesayangan anda.

Layanan oleh staf dan doktor yang baik di kedai ini juga telah membuatkan kedai ini mendapat ulasan yang baik oleh pelanggan. Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah suntikan vaksinasi dan ubat pencegahan haiwan, perubatan dan pembedahan, diagnostik makmal dan x-ray, serta panggilan ke rumah sekiranya anda tidak dapat datang ke kedai ini secara fizikal.

Kesemua perkhidmatan yang terdapat di klinik ini dapat memudahkan pelanggan untuk mengekalkan kesihatan haiwan peliharaan supaya mereka kekal aktif dan gembira di dalam rumah.

Alamat: G-21, Blok B, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7804 6539


4. Philos Veterinary Clinic, Seksyen 17

Philos Veterinary Clinic, Seksyen 17

Philos Veterinary Clinic merupakan klinik haiwan di Petaling Jaya yang berdekatan dengan kawasan perumahan. Kedudukan klinik yang mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai adalah sesuai untuk mereka yang memerlukan rawatan terhadap haiwan peliharaan mereka di Petaling Jaya.

Dengan menggunakan kaedah acupuncture dan tradisional oleh pakar veterinar, haiwan yang mendapatkan rawatan di klinik ini akan mendapat kaedah yang berbeza dari klinik yang lain di Petaling Jaya. Ulasan pelanggan di internet yang memuaskan juga menunjukkan bahawa kaedah tersebut sesuai digunakan kepada haiwan anda.

Selain dari menggunakan kaedah yang berbeza untuk merawat, layanan doktor haiwan di sini juga adalah baik dalam menerangkan setiap masalah yang dihadapi oleh haiwan kesayangan anda. Harga bagi perundingan dan rawatan juga adalah berbaloi untuk kesihatan haiwan anda dalam jangka masa yang lama.

Bagi pelanggan yang perlu menunggu semasa proses rawatan yang lama, mereka bolehlah singgah di restoran makanan yang berdekatan seperti Restoran As-Safa, Wong Kee Chicken Rice ataupun pergi ke pusat membeli-belah Seventeen Mall. 

Alamat: 925, Jalan 17/38, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:

  • Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat (10.00 am – 6.00 pm)
  • Rabu (10.00 am – 5.00 pm)
  • Sabtu (10.00 am – 4.00 pm)
  • Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7954 1997


5. Damai Veterinary Clinic, Damansara Damai

Damai Veterinary Clinic, Damansara Damai

Sudah beroperasi lebih dari 7 tahun, Damai Veterinary Clinic merupakan klinik haiwan yang mempunyai pakar haiwan yang berpengalaman merawat pelbagai jenis penyakit haiwan.

Walaupun klinik ini kelihatan kecil, perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh doktor dan juga staff yang bertugas adalah terbaik dengan proses pendaftaran yang mudah dan cepat. Disebabkan itu, anda bolehlah menarik nafas lega sekiranya haiwan anda perlu ditinggalkan di klinik ini untuk pemantauan rapi selepas melakukan rawatan.

Doktor yang bertugas di klinik ini iaitu Dr Amira dan Dr Zulfa akan membantu pemilik haiwan untuk memahami dengan lebih lanjut tentang penyakit yang dihadapi oleh haiwan mereka. 

Dengan harga yang berpatutan, servis yang diberikan adalah memuaskan untuk setiap pelanggan yang ingin datang ke sini untuk menambahkan ilmu pengetahuan terhadap haiwan kesayangan mereka. 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan nutrisi yang berkhasiat untuk haiwan mereka, produk makanan Royal Canin juga ada dijual di sini.

Alamat: P011, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:

  • Selasa – Jumaat (10.30 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 5.00 pm, 5.30 pm – 7.00 pm)
  • Sabtu (10.30 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 5.00 pm)
  • Isnin & Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6143 1967


6. Klinik Haiwan iVET PETCARE, Two Square Petaling Jaya

Klinik Haiwan iVET PETCARE, Two Square Petaling Jaya

Terletak di bangunan kompleks Two Square, Petaling Jaya, klinik haiwan iVet Petcare ini mudah kelihatan oleh orang ramai yang berada di jalan raya. Dengan membuat janji temu dengan doktor haiwan di klinik ini, anda tidak perlu menunggu lama sebelum mendapatkan rawatan oleh pakar haiwan.

Bagi mereka yang meminati kucing, terdapat juga kucing yang berlegar di dalam klinik ini untuk hiburan anda sebelum menunggu untuk masuk ke bilik rawatan. Layanan pekerja dan doktor yang bagus juga dapat memberikan senyuman kepada pelanggan yang perlu menunggu sebentar.

Kebersihan klinik ini dijaga dengan baik supaya kelihatan kemas dan tidak berbau dan mampu memberikan pengalaman yang baik oleh pengunjung yang datang ke klinik ini. Oleh itu, pengujung tidak perlu takut untuk bersama dengan haiwan mereka ketika di klinik ini.

Harga yang dicaj kepada pelanggan adalah berbaloi dengan perkhidmatan dan layanan yang baik serta untuk mengekalkan layanan istimewa bagi kunjungan yang seterusnya. Jadi, marilah datang ke klinik di Petaling Jaya ini jika anda mahukan yang terbaik untuk haiwan kucing kegemaran anda.

Alamat: 3 Two Square, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 6.30 pm)

Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7932 3528


7. Ruby Pets Clinic, Seksyen 6

Klinik Haiwan Ruby Pets, Seksyen 6, Petaling Jaya

Sebuah lagi klinik haiwan di Petaling Jaya, klinik haiwan Ruby Pets Clinic berada di lokasi yang strategik untuk penduduk yang membela haiwan peliharaan mereka di rumah. Suasana klinik yang kemas dan rapi memudahkan pelanggan untuk melawat klinik ini untuk melakukan urusan mereka dengan doktor haiwan yang bertugas.

Doktor yang mempunyai pengalaman juga boleh menceritakan sejarah haiwan peliharaan anda dan masalah yang dihadapi oleh mereka akibat seperti tersalah memberi makan ataupun suasana perumahan yang tidak memberangsangkan.

Antara perkhidmatan rawatan yang disediakan di sini adalah memasukkan air ke dalam badan haiwan yang tidak mempunyai selera makan, melakukan rawatan pembedahan dan mengambil darah serta memberikan ubat yang berkesan terhadapan haiwan.

Dengan khidmat doktor yang mengambil berat dengan penuh perhatian, haiwan yang dibawa ke klinik ini pasti akan sembuh dari penyakit yang mereka hadapi serta diberikan langkah untuk berjaga-jaga pada masa akan datang. Oleh itu, perkhidmatan yang diberikan adalah amat mementingkan keselamatan haiwan.

Alamat: No 42, Jalan 6/31, Seksyen 6, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.30 am – 6.30 pm), Sabtu (10.30 am – 5.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7782 1142


8. Animal Health Center @ Ara, Taman Perindustrian Jaya

Animal Health Center @ Ara, Taman Perindustrian Jaya

Beroperasi sejak tahun 2006, klinik haiwan Animal Health Center Ara ini sudah banyak menerima pengunjung yang membawa haiwan peliharaan mereka yang sakit ke sini untuk mendapatkan rawatan.

Antara haiwan yang telah dirawat termasuk anjing, kucing, arnab, hamster dan juga haiwan peliharaan kecil yang lain. Hiasan dalaman yang kelihatan ringkas dan luas membuatkan klinik ini mudah didatangi oleh pengunjung luar.

Barisan doktor haiwan dan staf yang terdiri daripada golongan wanita juga membuatkan klinik ini selamat dikunjungi oleh golongan wanita yang lain untuk mendapatkan perkhidmatan doktor haiwan. Mereka semua mempunyai pengalaman yang lama dengan haiwan dan ingin menyumbang semula kepada pihak komuniti.

Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah rawatan pembedahan, kaunseling pemakanan, rawatan di rumah sendiri, rawatan pergigian dan kulit serta hotel haiwan untuk mereka yang ingin bercuti panjang tanpa membawa haiwan peliharaan.

Bagi yang berminat untuk meletakkan haiwan mereka di sini, klinik ini mempunyai pengudaraan yang baik serta ruang yang selesa untuk berlegar. Bukan itu sahaja, perkembangan kesihatan haiwan anda juga akan diberitahu setiap hari bagi memastikan anda berasa senang hati ketika berada di luar kawasan.

Oleh sebab itu, klinik ini mempunyai pelbagai perkhidmatan yang anda perlukan sebagai seorang pencinta haiwan yang membela haiwan peliharaan masing-masing.

Alamat: 25, Jalan PJU 1a/20a, Taman Perindustrian Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:

  • Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat (10.00 am – 2.00 pm, 3.00 pm – 7.00 pm)
  • Rabu (10.00 am – 2.00 pm)
  • Sabtu & Ahad (10.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-988 4285

WhatsApp Animal Health Center


9. Yee Veterinary Clinic & Surgery, SS 2

Yee Veterinary Clinic & Surgery, SS 2

Bagi haiwan peliharaan yang memerlukan rawatan fizikal, Yee Veterinary Clinic & Surgery merupakan klinik haiwan di Petaling Jaya yang sesuai untuk anda datang dan memeriksa keadaan haiwan anda sebelum mendapatkan cadangan doktor dan mendapat rawatan perubatan yang diperlukan.

Suasana klinik yang cerah dengan hiasan dalaman yang moden membuatkan anda berasa yakin dan selesa untuk berada di dalam klinik ini untuk jangka masa yang lama. Dengan perkhidmatan doktor haiwan dan kumpulannya yang baik untuk mengendalikan masalah pelanggan berkenaan haiwan mereka memudahkan lagi pengunjung untuk mendapatkan rawatan.

Selain berperanan sebagai klinik haiwan, tempat ini juga menyediakan barang keperluan asas haiwan peliharaan anda seperti makanan, permainan dan juga pasir yang mempunyai jenama Royal Canin. Penghawa dingin juga terdapat di klinik ini untuk membuat pelanggan rasa nyaman dan selesa semasa menunggu. 

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di sini termasuk rawatan perubatan yang pelbagai dan pengimbasan jantung bagi haiwan yang mempunyai denyutan jantung yang tidak stabil.

Doktor juga akan menjelaskan bagaimana perkara tersebut boleh terjadi supaya pelanggan lebih memahami dengan situasi haiwan peliharaan mereka. Oleh itu, klinik ini mengambil pendekatan dengan lebih tenang dan selesa untuk pelanggan berehat dan tidak berasa gusar semasa menunggu.

Alamat: 42, Jalan SS 2/24, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:

  • Isnin – Jumaat (9.30 am – 6.00 pm)
  • Sabtu (9.30 am – 5.00 pm)
  • Ahad (9.30 am – 1.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-261 4824

WhatsApp Yee Veterinary


10. Gasing Veterinary Hospital, Gasing Indah

Gasing Veterinary Hospital, Gasing Indah

Gasing Veterinary Hospital merupakan klinik haiwan yang terletak dengan Bukit Gasing dan sudah lama bertapak di kawasan Petaling Jaya. Klinik haiwan ini mempunyai ruang yang luas untuk menampung pengunjung ramai yang membawa haiwan peliharaan mereka yang sakit.

Sekiranya anda memerlukan rawatan segera, seorang pakar haiwan akan datang untuk melihat dan memeriksa keadaan haiwan anda supaya anda tidak berasa gelisah. Mereka akan memastikan bahawa haiwan anda mendapatkan perhatian secukupnya sebelum meneruskan dengan proses rawatan dan pembedahan yang memerlukan masa yang panjang dan kemahiran yang baik.

Klinik ini dilengkapi dengan peralatan rawatan perubatan yang baik serta doktor haiwan yang pakar untuk merawat haiwan anda dari masalah yang mereka hadapi. Oleh sebab itu, anda boleh berasa tenang semasa berada di klinik ini walaupun terdapat ramai pelanggan lain yang hadir di klinik ini dalam satu masa.

Dengan caj perubatan yang setara dengan rawatan yang diberikan, anda boleh dijamin untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk haiwan kesayangan anda di sini.

Dengan kemahiran staff juga, anda akan mendapat rawatan yang secukupnya berasaskan kepada lawatan terakhir anda ke klinik ini supaya dapat memudahkan proses aliran keluar masuk ke klinik ini.

Alamat: 53 & 55, Jalan 5/58, Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7782 3553


Dengan senarai yang telah dituliskan di atas, kami berharap anda dapat mencari klinik haiwan yang sesuai dengan situasi dan keadaan haiwan peliharaan anda untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di kawasan Petaling Jaya.

Kesihatan haiwan peliharaan anda adalah amat penting seiring dengan kesihatan anda supaya anda boleh hidup dengan bahagia di rumah anda tanpa perlu memikirkan masalah kesihatan. Jadi, carilah klinik haiwan yang terbaik buat anda dengan kadar yang segera!

Jika anda juga sedang mencari klinik rawatan manusia yang menarik dan mempunyai perkhidmatan yang baik di sekitar Petaling Jaya, anda boleh lihat artikel kami di mana kami senaraikan 8 Klinik yang Beroperasi 24 Jam di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu!.

 

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Klinik Haiwan di Shah Alam Terbaik yang Anda Patut Pergi!

Adakah anda sedang mencari klinik haiwan yang terbaik di Shah Alam? Kami ada jawapannya! Dalam artikel ini, kami senaraikan 7 klinik haiwan terbaik untuk...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x