Utama Klinik 24 Jam 8 Klinik yang Beroperasi 24 Jam di Petaling Jaya yang Perlu Anda...

8 Klinik yang Beroperasi 24 Jam di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu!

0
3850
8 Klinik yang Beroperasi 24 Jam di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu!

Pernah terfikir apa yang perlu anda lakukan seandainya berlaku kecemasan pada tengah malam? Kebanyakan klinik kerajaan hanya beroperasi sehingga jam 5 petang. Tuntutan kerja pada siang hari pula mengehadkan masa anda untuk ke klinik. Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan lapan klinik yang beroperasi selama 24 jam khusus buat mereka yang berada di Petaling Jaya. Jom lihat senarai di bawah!

8 Klinik 24 Jam di Petaling Jaya


1. Klinik Uzma, Kelana Mall

Klinik Uzma, Kelana Mall

Klinik Uzma yang terletak di Kelana Mall, Petaling Jaya, ini menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan kesihatan 24 jam. Jangan terkejut jika ada sesetengah mereka yang sanggup datang dari jauh semata ingin mendapatkan perkhidmatan di sini.

Menariknya, klinik ini turut menyediakan kemudahan lain seperti xray, khidmat scan ultrasound dan rawatan penyakit kronik. Dikhabarkan bahawa layanan dari staff juga semuanya ‘perfect’, jadi apa anda tunggu? Klik link di bawah untuk membuat tempahan!

Alamat: Kelana Mall, Jalan SS 6/12, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7886 0002 

WhatsApp Klinik Uzma


2. Klinik Anda, Damansara Damai

Klinik Anda, Damansara Damai

Serasi dengan namanya, Klinik Anda menawarkan perkhidmatan kesihatan yang merangkumi segala keperluan kesihatan khas untuk anda! Beroperasi selama 24 jam, klinik ini merupakan pilihan yang terbaik buat anda yang ingin mendapatkan rawatan kecemasan pada bila bila masa di Petaling Jaya. 

Klinik ini menjadi pilihan utama kerana doktornya yang teliti dan sentiasa mengikuti perkembangan anda dari masa ke semasa. Klinik ini bukan sahaja membantu anda untuk sembuh, malah turut membuat anda rasa dihargai! 

Alamat: N-011, Ground Floor, Vista, Jalan PJU 10/2b, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-995 5939 

WhatsApp Klinik Anda Damansara Damai


3. Klinik Surian 24 Jam, Kota Damansara

Klinik Surian 24 Jam, Kota Damansara, Petaling Jaya

Terletak di Kota Damansara, klinik ini juga merupakan antara klinik yang beroperasi selama 24 jam di Petaling Jaya. Buat anda yang masih tercari-cari klinik yang terbaik untuk dapatkan rawatan kesihatan, kami sarankan anda untuk datang ke sini.

Selain dari memiliki doktor dan staf yang peramah, klinik ini juga sering menjadi pilihan utama kerana terdapat pelbagai perkhidmatan kesihatan lain seperti ‘swab test’ dan rawatan vaksin pencegah Covid-19.

Alamat: No. 38-1, Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-410 8535 

WhatsApp Klinik Surian


4. Klinik Anda, Kota Damansara

Klinik Anda, Kota Damansara

Klinik seterusnya merupakan antara cawangan lain Klinik Anda yang terletak di Kota Damansara. Walaupun klinik ini mempunyai beberapa cawangan lain, namun klinik ini masih mengekalkan kualitinya di mana semua doktor dan staf akan memberi layanan yang baik kepada pesakit.

Bukan itu sahaja, meskipun klinik ini mempunyai ramai pesakit pada suatu masa, namun mereka akan memastikan bahawa pesakit lain tidak terbeban dan terpaksa menunggu giliran yang lama. Buat mereka yang sangat mementingkan masa, klinik ini adalah jawapan yang tepat untuk masalah anda!

Alamat: 27, Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-727 1143 

WhatsApp Klinik Anda Kota Damansara


5. Klinik Bungaraya PJS6 (Careclinics), Kampung Lindungan

Klinik Bungaraya PJS6 (Careclinics), Kampung Lindungan

Ditubuhkan pada tahun 2003, Klinik Bungaraya bergerak seiring dengan visi dan misi mereka yang ingin memberikan perkhidmatan terbaik. Salah satu tarikan istimewa di sini, klinik ini menawarkan khidmat rawatan dan servis percuma buat mereka yang tidak berkemampuan.

Selain itu, klinik ini juga dilengkapi dengan peralatan serta mesin yang canggih dan terkini. Jadi, tak perlu ragu-ragu, klik link di bawah sekarang untuk dapatkan slot tempahan anda di klinik ini!

Alamat: 21, Jalan PJS 6/2B, Kampung Lindungan, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7874 3952


6. Klinik TTDI, Taman Medan

Klinik TTDI, Taman Medan

Kami pasti Klinik TTDI bukanlah suatu nama yang asing buat mereka yang tinggal di sekitar kawasan ibu kota. Namun, Klinik TTDI cawangan PJCC yang terletak di Taman Medan Petaling Jaya sering menjadi buah mulut kerana khidmatnya yang ‘power’

Buat mereka yang ingin mendapatkan rawatan, terutama untuk si kecil anda, klinik ini adalah pilihan yang tepat. Hal ini kerana doktor di sini mesra dengan kanak kanak dan pastinya anak anda tidak akan takut untuk berjumpa dengan doktor lagi!

Alamat: Selatan PJCC, 21-G, Jalan PJS 5/28 Pusat Perdagangan, Taman Medan, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7497 6228


7. PJ Polyclinic, Seksyen 1

PJ Polyclinic 24 Jam, Seksyen 1, Petaling Jaya

Lokasinya yang terletak strategik di kawasan yang komersial menjadikannya antara klinik di Petaling Jaya yang sering menjadi tumpuan utama selain dari keistimewaannya yang beroperasi selama 24 jam. 

Kawasan klinik yang luas dan kondusif serta bayarannya yang murah membuatkan pesakit yang datang berasa selesa dan tidak akan berpaling ke klinik lain lagi. Anda tidak perlu risau, kerana doktor yang berada di sini merupakan doktor yang terlatih dan juga berpengalaman! 

Alamat: C19, Jalan Pasar 1/21, Seksyen 1, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7772 2099


8. Klinik Bala, Bandar Sunway

Klinik Bala 24 Jam, Bandar Sunway, Petaling Jaya

Klinik yang baik lahirnya dari doktor dan staf yang terbaik. Konsepnya di sini, doktor akan menerangkan secara terperinci tentang sakit yang anda alami dan juga penyelesaiannya. Klinik ini turut menawarkan pelbagai khidmat rawatan kesihatan untuk anda. 

Walaupun kurang dikenali dan mendapat sedikit ulasan di Google, namun klinik di Petaling Jaya ini beroperasi selama 24 jam! Buat mereka yang tinggal di sekitar Petaling Jaya, pastinya sukar untuk anda menjumpai klinik yang beroperasi 24 jam. Usah risau, Klinik Bala adalah penyelesaian terbaik!

Alamat: 9-U.G, Pusat Perniagaan Lagoon Perdana, Jalan PJS 9/1A, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5621 9935


Kami harap senarai klinik 24 jam di Petaling Jaya ini bermanfaat untuk anda. Seeloknya, apabila anda mengalami sebarang kecemasan atau ingin mendapatkan rawatan, anda terus hubungi pihak klinik dan tempah temu janji serta merta. Ingatlah bahawa duit boleh dicari, namun kesihatan tidak boleh dibeli. 

Jika anda juga sedang mencari klinik gigi di sekitar Kota Damansara, kami ada artikel untuk anda! Anda boleh merujuk kepada artikel kami di mana kami senaraikan 10 Klinik Gigi “best” di Kota Damansara untuk Gigi Anda.

 

5/5 - (5 votes)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x