Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Klinik 24 Jam Terbaik di Sekitar Kuala Lumpur

Jatuh sakit pada tengah malam memang agak menyulitkan keadaan, apatah lagi kalau kita ada anak kecil yang meragam sepanjang malam. Sebenarnya, terdapat banyak klinik 24 jam di Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan anda. Teruskan membaca untuk tahu 8 klinik 24 jam di Kuala Lumpur yang anda boleh kunjungi pada bila-bila masa sekiranya anda jatuh sakit.

8 Klinik 24 Jam di Kuala Lumpur


1. Klinik Dr. Prevents 24 jam, Segambut, Kuala Lumpur

Klinik Dr. Prevents 24 jam, Segambut, Kuala Lumpur

Klinik Dr. Prevents mempunyai tiga cawangan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Damansara, Kepong dan Segambut. Jika anda tidak larat untuk datang ke klinik, anda tidak perlu risau kerana klinik ini turut menawarkan perkhidmatan rawatan terus ke rumah!

Mempunyai pasukan doktor yang berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang masing-masing, Klinik Dr. Prevents sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit dengan mengaplikasikan alat medikal berteknologi tinggi. Antara perkhidmatan rawatan yang ada di klinik ialah ujian COVID-19, vaksinasi, ultrasound dan rawatan menurunkan berat badan.

Rata-rata pelanggan yang menjalankan rawatan di sini cukup berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh doktor dan staf mereka. Tambahan pula, pasukan mereka bukan sahaja merawat, malah mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu dan tips supaya pesakit boleh pulih dengan sepenuhnya daripada penyakit yang dihidapi. 

Alamat: No 58, Plaza Sinar, Jalan 8/38d, Taman Sri Sinar, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Tel: 019-454 7446 

WhatsApp Klinik Dr. Prevents


2. Klinik Hannah 24 Jam, Danau Kota, Kuala Lumpur

Klinik Hannah 24 Jam, Danau Kota, Kuala Lumpur

Klinik Hannah merupakan sebuah klinik 24 jam yang terletak di Danau Kota, Kuala Lumpur. Klinik ini menawarkan perkhidmatan rawatan perkhidmatan am, vaksinasi, cucian telinga, pemeriksaan jantung dan pembedahan kecil. 

Klinik Hannah turut memberi rawatan ke rumah jika ada sedang menjalani kuarantin di rumah. Mereka akan datang ke rumah anda dengan set kelengkapan serta alatan medikal yang lengkap untuk sesi rawatan.

Jika anak anda tidak sihat seperti batuk yang berkahak dan selsema yang menyebabkan mereka meragam pada waktu malam, anda bolehlah datang terus ke Klinik Hannah. Staf yang terlatih akan memberikan rawatan suction (sedut kahak) pada anak anda. Dengan harga berpatutan, anda boleh mendapatkan segala rawatan yang ada di Klinik Hannah.

Alamat: 32, Ground Floor, Jalan 8/23e, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Tel: 019-790 0130

WhatsApp Klinik Hannah


3. Klinik Syifa’ 24 Jam Wangsa Melawati

Klinik Syifa' 24 Jam Wangsa Melawati

Anda tinggal berdekatan Wangsa Melawati dan sedang mencari klinik 24 jam di Kuala Lumpur? Anda patut datang ke Klinik 24 Jam Syifa’! Klinik yang mudah dijumpai ini mempunyai barisan staf nurse yang sangat cekap dan friendly terhadap pelanggan mereka. Ruang legar dalam klinik ini juga sangat selesa dan paling penting mudah untuk mencari tempat parkir kereta.

Klinik Syifa’ juga turut menyediakan ruangan playground kecil buat kanak-kanak. Hal ini pasti mengurangkan rasa takut dalam diri mereka untuk mendapatkan rawatan dan mengurangkan kebarangkalian mereka meragam di klinik. Selain itu, harga untuk mendapatkan rawatan di sini juga berpatutan dan sesuai dengan khidmat yang diberikan.

Alamat: No. 5 & 7, Jalan Dataran Wangsa 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Tel: 019-356 2035 

WhatsApp Klinik Syifa


4. Klinik MetroMedic, Kuchai Lama

Klinik MetroMedic, Kuchai Lama

Klinik MetroMedic mempunyai dua cawangan: pertama di Kuchai Lama dan yang kedua di Subang Jaya. Jika anda mencari klinik yang mempunyai harga yang berpatutan, anda boleh datang terus ke Klinik MetroMedic yang terletak di Kuchai Lama ini. 

Klinik 24 jam di Kuala Lumpur ini juga mempunyai pasukan doktor yang sangat profesional dan staf yang akan melayan anda dengan penuh dedikasi. Antara perkhidmatan rawatan yang ada di sini ialah ujian kehamilan, pemeriksaan kesihatan, ujian denggi, vaksinasi dan pembedahan kecil. 

Alamat: 24, Jalan 1/116B, Sri Desa Entrepreneur Park, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Tel: 03-79727860

WhatsApp Klinik MetroMedic


5. Klinik Ikram Setapak 24 Jam Kuala Lumpur, Setapak

Klinik Ikram Setapak 24 Jam Kuala Lumpur, Setapak

Di Klinik Ikram, suasananya yang amat menenangkan membuatkan anda rasa seolah-olah bukan di klinik. Keadaan klinik ini yang bersih dan selesa akan mengurangkan perasaan resah gelisah pesakit untuk mendapatkan diagnosis serta rawatan perubatan profesional. 

Klinik Ikram sesuai untuk seisi keluarga mendapatkan rawatan perubatan yang berkualiti. Jika anda membawa anak kecil, jangan risau kerana pihak Klinik Ikram turut menyediakan playground khusus untuk kanak-kanak. Jadi, tidaklah mereka bosan atau meragam semasa menunggu anda mendapatkan rawatan.

Antara perkhidmatan rawatan yang ada di sini ialah rawatan kecemasan, nebuliser untuk penyakit asthma, berkhatan, perancang keluarga, penyakit kulit berjangkit dan suntikan vaksin. Pasukan doktor mereka juga berpengalaman dan teliti dalam memberikan maklumat kepada pesakit.

Alamat: No. 66 Ground Floor, Jalan 8/23e, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Tel: 014-540 6234

WhatsApp Klinik Ikram


6. Klinik Sinar Ceria 24 Jam, Sentul

Klinik Sinar Ceria 24 Jam, Sentul

Klinik Sinar Ceria yang terletak di Jalan Sentul ini telah mula beroperasi pada Ogos 2018. Klinik 24 jam di Kuala Lumpur ini merupakan klinik perubatan keluarga yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti imunisasi, kesihatan wanita, perancangan keluarga, ultrasound dan X-ray.

Keadaan di dalam klinik yang sangat selesa pasti membuatkan anda dan keluarga tenang untuk berjumpa doktor. Klinik ini diuruskan oleh Dr Sasikumar dan Dr Rukeswaran. Kedua pakar perubatan tersebut dibantu oleh staf klinik yang amat berdedikasi terhadap tugas mereka. 

Alamat: G-10 Pangsapuri Servis Desa Sentul, Jalan Sentul Pasar, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Tel: 03-4031 2500

WhatsApp Klinik Sinar Ceria


7. Klinik As-Salam, Taman Lembah Keramat

Klinik As-Salam, Taman Lembah Keramat

Klinik 24 jam yang terletak di Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur, ini cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan. Sudah beroperasi selama 9 tahun, Klinik As-Salam telah mendapat beberapa pencapaian yang hebat sepanjang beroperasi. Antara pencapaian klinik ini ialah suntikan COVID-19 sebanyak 800,00 dos, Program Jangkauan Perubatan di Sabah dan Kemboja, dan Pusat Derma Darah. 

Jika anda masih lagi tercari-cari suntikan untuk COVID-19 dan tinggal berdekatan, anda boleh terus datang ke Klinik As-Salam untuk mendapatkan suntikan. Pesakit klinik 24 jam ini bukan hanya terhad dengan warga Kuala Lumpur, ramai juga pesakit dari negeri lain yang sanggup datang ke sini untuk mendapatkan rawatan daripada pasukan doktor mereka.

Alamat: No 16, Jalan AU 5C/14, Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Tel: 012-940 0969

WhatsApp Klinik As-Salam


8. Klinik Rakan Medik, Sungai Besi

Klinik Rakan Medik, Sungai Besi

Walaupun klinik ini kecil, mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk anda dan keluarga. Jika anak anda sering menghadapi penyakit lelah pada waktu malam, anda boleh datang terus ke Klinik Rakan Medik untuk mendapatkan rawatan nebuliser. 

Bagi kaedah pembayaran pula, mereka amat fleksibel dan mereka menerima pembayaran secara tunai serta pembayaran online. Jadi, anda tidak perlu risau jika terlupa membawa wang tunai kerana kini semuanya dihujung jari. Pasukan doktor di klinik ini juga sangat cekap dan akan memberikan maklumat yang bermanfaat mengenai penyakit anda. 

Alamat: 43, Jalan Suasa 5, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Tel: 03-9543 9687

WhatsApp Klinik Rakan Medik


Kami harap senarai klinik 24 jam di Kuala Lumpur ini dapat membantu anda mencari klinik yang beroperasi pada tengah malam. Jika anda atau anak anda jatuh sakit, anda hanya perlu rujuk artikel ini dan datang terus ke mana-mana klinik yang berhampiran dengan lokasi anda. 

Jika pilihan klinik 24 jam yang kami telah senaraikan bukanlah apa yang anda cari, anda boleh mencari alternatif lain dengan membaca artikel kami, 8 Klinik yang Beroperasi 24 Jam di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu.

 

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Farmasi di Kuala Lumpur Yang Wajib Anda Pergi

Farmasi membolehkan orang ramai membeli ubat farmaseutikal, antara lain. Apabila pelanggan mencari produk farmaseutikal untuk mencegah atau merawat penyakit, lawatan ke farmasi adalah salah...

7 Klinik Pakar Psikiatri yang Terbaik di Sekitar Kuala Lumpur

Kesihatan mental merupakan perkara utama yang harus dijaga dan diambil berat oleh setiap orang. Sekiranya mental seseorang lemah dan tidak dijaga dengan baik, maka...

9 Klinik Kesihatan di Kuala Lumpur yang Patut Anda Kunjungi!

Klinik Kesihatan adalah sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan Malaysia. Ia menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang berpatutan dan senang diakses oleh masyarakat.  Perkhidmatan yang disediakan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x