Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Klinik Beroperasi 24 Jam di Shah Alam Untuk Pengetahuan Anda

Sakit datang tak kenal waktu dan hari, ia boleh datang secara tiba-tiba. Paling membimbangkan adalah apabila sakit datang pada waktu malam. Ini kerana tidak semua klinik beroperasi sehingga lewat pagi. Pasti anda berasa bimbang, apatah lagi jika anak anda yang jatuh sakit pada waktu malam, boleh meragam sampai ke pagi!

Jika anda mencari klinik yang beroperasi 24 jam di shah alam, kami di sini untuk menyenangkan anda! Di sini, kami telah menyenaraikan 7 klinik 24 jam di Shah Alam untuk pilihan anda.

Shah Alam sendiri mempunyai banyak seksyen yang ada. Jika anda pertama kali datang ke Shah Alam, anda pasti keliru dengan tempat dan seksyen di sini. Kami harap senarai ini dapat membantu anda dalam mencari klinik 24 jam di sekitar Shah Alam berdekatan dengan anda!

7 Klinik Beroperasi 24 Jam di Shah Alam yang ada X Ray


1. Klinik Kemuning Utama 24 Jam, Kemuning Utama

Klinik Kemuning Utama 24 Jam, Kemuning Utama

Untuk anda yang tinggal di sekitar Shah Alam, pastinya anda kenal atau pernah terdengar nama Klinik Kemuning Utama 24 Jam ini. Klinik ini mempunyai pasukan doktor yang sangat berdedikasi semasa merawat pesakit mereka. 

Bukan itu sahaja, klinik ini juga menawarkan pembayaran yang berpatutan dan berkemampuan untuk anda. Malah, persekitaran klinik yang bersih dan mudah untuk mendapatkan tempat letak kereta merupakan kelebihan yang ada pada klinik ini. 

Mereka bukan sahaja menyediakan rawatan kesihatan yang biasa, tetapi jika anda mempunyai masalah sakit telinga, hidung atau tekak, anda boleh mendapatkan rawatan di klinik ini. Sangat berbaloi dengan harga yang mereka tawarkan!

Alamat: No.1 (Ground floor), Jalan Kemuning Indah S 32/S, Seksyen 32, Kemuning Utama, 40460 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Klinik Kemuning Utama


2. Klinik Metro 24 Jam, Kota Kemuning

Klinik Metro 24 Jam, Kota Kemuning

Klinik Metro 24 Jam ini merupakan pusat pengimejan diagnostik perubatan yang terletak di di Kota Kemuning, Shah Alam. Dikatakan persekitaran di klinik ini sangat selesa untuk pesakit yang datang kerana mereka telah renovate klinik ini.

Ramai pelanggan yang telah mendapatkan rawatan di klinik ini memuji doktor dan staf di klinik ini. Antaranya adalah Dr Dhanesh yang dikatakan sangat berpengalaman dan memberikan penerangan dan menjawab pertanyaan pesakit secara terperinci dan mudah faham.

Penyambut tetamu dan jururawat di sini juga dikatakan sangat baik hati, laju memberi respon dan sabar melayan karenah pesakit. Yang paling menariknya di sini adalah mereka menyediakan kopi dan teh secara percuma kepada pesakit!

Alamat: 31, Jalan Anggerik Vanilla BE 31/BE, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Klinik Metro


3. Klinik Aurora Bukit Rimau 24 Jam, Seksyen 32

Klinik Aurora Bukit Rimau 24 Jam, Seksyen 32

Klinik Aurora mempunyai dalam 10 cawangan di sekitar Lembah Klang. Sesuai dengan namanya, francais klinik ini memfokuskan perkhidmatan kesihatan kepada wanita, ibu mengandung serta kanak-kanak di sekitar Lembah Klang. 

Bagi perkhidmatan untuk ibu mengandung, mereka menawarkan perkhidmatan untuk menjalani rawatan pemeriksaan bulanan. Bayaran dikenakan pun berpatutan, menurut pelanggan. Menarik, kan?

Untuk cawangan mereka di Bukit Rimau Shah Alam yang beroperasi 24 jam ini, klinik ini turut menawarkan perkhidmatan ujian COVID 19 untuk anda yang mempunyai simptom bergejala. Jika anda ingin kunjungi klinik 24 jam di Shah Alam yang berkualiti, klinik Aurora lah pilihan terbaik untuk anda!

Alamat: 38 Jalan Sungai Burung Y32/Y Bukit Rimau, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Klinik Aurora Bukit Rimau


4. Klinik Aurora Emira, Seksyen 13

Klinik Aurora Emira, Seksyen 13

Lagi satu cawangan Klinik Aurora yang beroperasi 24 jam adalah cawangan mereka yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Sama seperti cawangan di Bukit Rimau, mereka juga menawarkan perkhidmatan ujian COVID 19 serta rawatan pemeriksaan bulanan untuk ibu mengandung.

Doktor serta tenaga kerja di klinik ini juga sangat ramah dan sentiasa memberikan maklumat yang diinginkan oleh pesakit mereka. Ruang legar dalam klinik juga bersih dan selesa membuatkan pesakit merasa selesa untuk mendapatkan rawatan mereka di sini.

Alamat: R-01-21 Emira Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Klinik Aurora S13


5. Klinik Syifa’ 24 Jam, Subang Bestari

Klinik Syifa' 24 Jam, Subang Bestari

Kadangkala, klinik yang beroperasi pada lewat malam mempunyai caj harga boleh dikatakan agak tinggi. Lagi-lagi di Shah Alam, iaitu sebuah bandar yang besar elit, agak sukar untuk mencari klinik yang buka pada waktu malam dan menawarkan harga berpatutan. 

Walau bagaimanapun, di klinik Syifa’, anda tidak perlu rasa bimbang lagi jika anda jatuh sakit pada waktu malam! Ini kerana klinik mereka memberikan harga yang cukup berpatutan untuk anda sebagai pesakit mereka.

Klinik Syifa’ ini juga aktif dalam mempromosikan klinik mereka di Facebook. Jika anda mempunyai pelbagai pertanyaan, anda boleh terus ke laman Facebook mereka untuk ketahui lebih lanjut. Mereka turut menawarkan perkhidmatan rawatan ke rumah jika anda tidak mempunyai kenderaan untuk datang ke sana. Mudah, kan?

Alamat: Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Klinik Syifa


6. Qualitas Klinik Ng & Lee Shah Alam, Seksyen 19

Qualitas Klinik Ng & Lee Shah Alam, Seksyen 19

Dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri kesihatan, Qualitas Health merupakan salah satu syarikat penjagaan kesihatan yang dipercayai ramai dan paling pesat berkembang di Malaysia.

Cawangan Qualitas di Seksyen 19 Shah Alam merupakan klinik 24 jam yang sering menjadi pilihan utama pesakit di sekitar kawasan ini. Klinik ini menawarkan perkhidmatan x-ray serta perkhidmatan umum, seperti pemeriksaan kesihatan, vaksinasi, travel medicine, pengurusan penyakit kronik serta pembedahan & prosedur kecil.

Menurut ulasan pelanggan di Google Review, servis yang ditawarkan dan dijalankan di klinik ini adalah memuaskan. Mereka bukan saja mempunyai staf yang mesra pelanggan, doktor mereka juga profesional dan tidak berat mulut untuk menerangkan prosedur yang bersesuaian dengan pesakit secara terperinci.

Alamat: 31, Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5542 5286


7. Klinik Siti Kota Kemuning 24 Jam, Seksyen 30

Klinik Siti Kota Kemuning 24 Jam, Seksyen 30

Klinik 24 jam di Shah Alam seterusnya adalah Klinik Siti yang mempunyai cawangan di Kota Kemuning, Seksyen 30. Jika anda ingin kunjungi klinik ini, anda perlu beringat bahawa doktor-doktor yang memberikan perkhidmatan kesihatan di sini hanyalah doktor wanita.

Dikatakan layanan staf di kaunter, jururawat serta doktor yang berkhidmat di klinik ini adalah memuaskan. Menurut beberapa ulasan pelanggan, doktor sudi untuk memberikan penerangan yang jelas kepada pesakit, manakala staf di kaunter sangat peramah dan sudi membantu.

Tambahan pula, persekitaran klinik ini juga bersih dan selesa. Di ruang menunggu juga terdapat TV yang memainkan beberapa tayangan berkaitan perubatan dan kesihatan. Jadi, anda bolehlah belajar sedikit banyak tentang perubatan sementara menunggu! 

Namun, ada juga beberapa pelanggan yang telah merungut bahawa mereka terpaksa menunggu lama untuk giliran mereka kerana ramai orang mendapatkan perkhidmatan di sini. Jadi, anda disarankan menghubungi mereka dan membuat temujanji terlebih dahulu untuk mengelakkan menunggu lama.

Alamat: 45 Jalan Tanjung Rhu 30/165 Pusat Perniagaan Impian, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Klinik Siti Kota Kemuning


Kami berharap senarai klinik yang beroperasi 24 jam di Shah Alam ini dapat membantu anda jika anda jatuh sakit pada waktu yang tidak menentu, terutamanya pada waktu malam. Antara perkara yang perlu anda pertimbangkan jika mencari klinik yang beroperasi lewat malam adalah caj harga klinik, doktor yang tersedia untuk merawat dan keadaan letak kereta di Klinik.

Jika anda di Shah Alam dan mempunyai masalah sakit gigi, anda juga boleh membaca artikel yang kami sediakan untuk anda ini: 10 Klinik Gigi di Shah Alam Yang Best dan Patut Anda Kunjungi.

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ TOP Kedai Cermin Mata yg Best & Pro

Terdapat banyak faktor yang penting dalam memilih cermin mata, terutamanya untuk pengguna cermin mata kali pertama. Disebabkan ini, kedai cermin mata yang berpengalaman dan...

7 Klinik Pakar Psikiatri di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu

Psikiatri klinikal memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan mental dan mengurangkan beban penyakit mental dalam masyarakat. Dengan rawatan yang betul, ramai penghidap penyakit mental...

12 Farmasi di Shah Alam yang Sedia Membantu Anda

Daripada ubat-ubatan sehingga ke alatan kesihatan, farmasi sedia untuk memberi khidmat nasihat mengenai ubat yang sesuai untuk anda. Sesetengah farmasi juga mempunyai pemeriksaan kesihatan...

Top 10 Kiropraktik di Shah Alam yg Pro

Bagi mereka yang mencari rawatan kiropraktik di Shah Alam yang berkesan dan dapat menghilangkan kesakitan, ketidakselesaan, dan sakit kepala berulang dengan cepat, Chiropractic Specialty...

8 Klinik yang Beroperasi 24 Jam di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu!

Pernah terfikir apa yang perlu anda lakukan seandainya berlaku kecemasan pada tengah malam? Kebanyakan klinik kerajaan hanya beroperasi sehingga jam 5 petang. Tuntutan kerja...

Klinik Kesihatan di Shah Alam Yang Boleh Anda Kunjungi

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor. Shah Alam mendapat gelaran “Bandar Perindustrian” kerana mempunyai banyak kawasan perindustrian di sini. Bandaraya Shah Alam juga...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x