Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Klinik Kesihatan di Shah Alam Yang Boleh Anda Kunjungi

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor. Shah Alam mendapat gelaran “Bandar Perindustrian” kerana mempunyai banyak kawasan perindustrian di sini. Bandaraya Shah Alam juga mempunyai banyak tempat tarikan yang cantik serta hotel yang menarik membuatkan ramai yang ini merancang percutian ke sini. Selain itu juga, bandar ini mempunyai taman rekreasi serta tasik yang cantik dan anda boleh membawa keluarga anda beriadah disini. 

Bagi yang sedang mencari klinik kesihatan, Shah Alam mempunyai tiga klinik kesihatan utama, iaitu Klinik Kesihatan Seksyen 7, Klinik Kesihatan Seksyen 19 serta Klinik Kesihatan UTC Selangor. Saiz klinik kesihatan yang tersenarai ini agak besar, setara dengan populasi yang ramai di Shah Alam. 

Perkhidmatan yang ada di sini merangkumi semua aspek kesihatan yang ada. Tetapi, seperti biasa, jika anda berurusan dengan klinik kerajaan, anda perlu membuat temujanji dahulu untuk mengelakkan anda beratur panjang.


Jenis Klinik Kesihatan di Malaysia

Seperti yang kita tahu, klinik adalah sebuah institusi kecil yang ditubuhkan untuk memberi rawatan kepada pesakit luar. Klinik hanya memberikan kemudahan rawatan penyakit ringan, pembedahan berskala rendah serta tidak berbahaya. Jika anda mempunyai penyakit yang lebih serius, maka pihak klinik akan terus merujuk kepada hospital besar yang berdekatan. 

Malaysia mempunyai tiga jenis klinik kesihatan: klinik desa, klinik 1 Malaysia dan klinik kesihatan.


1.  Klinik Desa

Klinik Desa

Klinik desa ditubuhkan di sebuah kawasan kampung yang terpencil. Ia merangkumi perkhidmatan pemeriksaan ibu mengandung dan kanak-kanak. Klinik desa juga ditadbir oleh sekumpulan jururawat masyarakat. 

Fasiliti yang ada di klinik desa ini juga terhad. Jika pesakit mempunyai masalah yang serius, jururawat akan terus merujuk kepada klinik kesihatan yang berhampiran. Ini kerana di klinik ini tidak mempunyai Pegawai Perubatan. Waktu operasi klinik desa adalah sama seperti klinik kesihatan yang lain, iaitu 8.00 am – 4.30 pm


2.  Klinik 1 Malaysia

Klinik 1 Malaysia

Sebelum ini, Malaysia mempunyai klinik 1 Malaysia atas inisiatif oleh Dato’ Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu. Klinik ini ditadbir oleh Penolong Pegawai Perubatan (MA) serta jururawat yang berpengalaman. 

Klinik ini beroperasi setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam. Caj rawatan yang dikenakan hanyalah RM 1 kepada warganegara, manakala bukan warganegara akan dikenakan caj berjumlah RM15. 

Antara sebab utama klinik 1 Malaysia ini ditubuhkan adalah kerana untuk memberikan rawatan kepada pesakit yang tidak mampu untuk membayar caj rawatan di klinik swasta. Klinik ini memberikan rawatan yang berskala ringan kepada pesakit termasuklah rawatan nebulizer untuk pesakit asthma, demam ringan dan luka kecil.

Jika terdapat pesakit yang mengalami kecederaan yang serius serta penyakit yang kronik, mereka akan dirujuk terus kepada hospital besar yang berhampiran. Ini kerana klinik ini tidak mempunyai peralatan perubatan yang lengkap.


3.  Klinik Kesihatan (Utama)

Klinik Kesihatan (Utama)

Berbeza dengan klinik desa dan klinik 1 Malaysia, klinik kesihatan merupakan klinik yang mempunyai perkhidmatan doktor serta peralatan serba serbi yang lengkap seperti perkhidmatan makmal perubatan, x-ray dan farmasi. Klinik Kesihatan juga memberikan rawatan susulan kepada pesakit yang telah mempunyai temujanji sebelum ini. 

Walaupun klinik kesihatan beroperasi seperti waktu pejabat kerajaan, terdapat juga beberapa klinik kesihatan yang beroperasi sehingga malam dan hujung minggu. Hal ini kerana untuk memberikan rawatan pesakit luar serta rawatan susulan penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. Klinik Kesihatan juga mempunyai bahagian kecemasan yang beroperasi sehingga lewat malam serta perkhidmatan ambulans.

Klinik Kesihatan Di Shah Alam


1.  Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam

Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam

Seksyen 7 merupakan tempat tumpuan ramai orang kerana di sini terletaknya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Universiti Selangor (Unisel) dan juga Hospital Shah Alam. 

Terletak di Persiaran Kayangan Seksyen 7, Shah Alam, klinik kesihatan ini boleh dikatakan sentiasa dipenuhi ramai orang yang datang. Seperti biasa, waktu operasinya mengikut waktu operasi kerajaan, iaitu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Perkhidmatan disini juga merangkumi perkhidmatan pesakit luar, ibu hamil, kanak-kanak dan juga rawatan gigi.

Untuk masa sekarang, segala rawatan perlu membuat temujanji disebabkan kapasiti yang padat. Anda perlu membuat temujanji melalui aplikasi yang disediakan untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, bahagian kecemasan disediakan selepas waktu operasi mereka. 

Alamat: 2, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5518 6531


2.  Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam

Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam

Klinik kesihatan yang kedua di Shah Alam terletak di Seksyen 19. Jika anda merasakan klinik kesihatan di Seksyen 7 ramai orang ketika hari anda ingin mendapatkan rawatan, anda boleh pergi ke Klinik Kesihatan Seksyen 19. Walau bagaimanapun, klinik kesihatan yang terletak di Jalan Gelora ini juga sentiasa penuh dengan kehadiran ramai orang. 

Seperti Klinik Kesihatan Seksyen 7, klinik kesihatan di sini juga memerlukan anda membuat temujanji dahulu jika ingin mendapatkan rawatan di sini. Rawatan yang disediakan merangkumi ibu dan anak, pesakit luar dan gigi. 

Alamat: Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (7.30 am – 5.00 pm), Jumaat (7:30 am – 12:15 pm, 2:30 pm – 5.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5541 3570


3.  Klinik Kesihatan UTC Selangor, Seksyen 14

Klinik Kesihatan UTC Selangor, Seksyen 14

Jika anda berada di sekitar Seksyen 14, Shah Alam, anda boleh terus pergi ke Klinik Kesihatan UTC Selangor yang berada di dalam bangunan UTC Selangor. 

Klinik ini juga memberikan perkhidmatan yang sama dengan klinik kesihatan yang lain, iaitu merawat pesakit luar, merawat penyakit ringan, pemeriksaan kesihatan asas, dan pembedahan ringan. Seperti klinik kesihatan yang lain juga, klinik ini turut memberikan perkhidmatan rawatan gigi kepada pesakit. 

Untuk sebarang temujanji, anda perlu membuat temujanji melalui aplikasi MySejahtera. Paling ketara mengenai Klinik UTC Selangor ini adalah ia selesa dan sesuai jika anda membawa anak kecil bersama. 

Ia juga mempunyai ruang parkir yang mudah untuk mencari tempat kosong. Jika parkir di Bangunan UTC penuh, anda boleh mencari parkir di bangunan sebelah yang berdekatan, seperti SACC Mall dan Maybank, yang hanya mengambil dalam 5-10 minit saja berjalan kaki ke UTC.

Klinik ini turut memberikan perkhidmatan saringan kesihatan kebangsaan kepada pesakit yang berumur 40 tahun ke atas. Klinik ini juga beroperasi setiap hari ini sehingga hari Ahad. Jadi, anda tidak perlu risau lagi untuk mencari klinik kesihatan yang beroperasi pada hujung minggu. 

Alamat: Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 4.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | No Telefon: 03-5525 0200


Kami berharap artikel ini dapat memberi maklumat kepada anda mengenai jenis klinik kesihatan yang ada di Malaysia serta klinik kesihatan di sekitar Shah Alam. Suka kami ingatkan bahawa semua temujanji di Klinik Kesihatan di Shah Alam memerlukan anda membuat temujanji di aplikasi MySejahtera. 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tempat menarik di sekitar Shah Alam, anda boleh membaca artikel berkenaan 25+ Tempat Menarik di Shah Alam.  Semoga bermanfaat!

 

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ TOP Kedai Cermin Mata yg Best & Pro

Terdapat banyak faktor yang penting dalam memilih cermin mata, terutamanya untuk pengguna cermin mata kali pertama. Disebabkan ini, kedai cermin mata yang berpengalaman dan...

12 Farmasi di Shah Alam yang Sedia Membantu Anda

Daripada ubat-ubatan sehingga ke alatan kesihatan, farmasi sedia untuk memberi khidmat nasihat mengenai ubat yang sesuai untuk anda. Sesetengah farmasi juga mempunyai pemeriksaan kesihatan...

7 Klinik Beroperasi 24 Jam di Shah Alam Untuk Pengetahuan Anda

Sakit datang tak kenal waktu dan hari, ia boleh datang secara tiba-tiba. Paling membimbangkan adalah apabila sakit datang pada waktu malam. Ini kerana tidak...

Top 10 Kiropraktik di Shah Alam yg Pro

Bagi mereka yang mencari rawatan kiropraktik di Shah Alam yang berkesan dan dapat menghilangkan kesakitan, ketidakselesaan, dan sakit kepala berulang dengan cepat, Chiropractic Specialty...

7 Klinik Pakar Psikiatri di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu

Psikiatri klinikal memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan mental dan mengurangkan beban penyakit mental dalam masyarakat. Dengan rawatan yang betul, ramai penghidap penyakit mental...

7 Klinik Kesihatan Anda Boleh Lawati Di Sekitar Sungai Buloh

Umum mengetahui pelbagai kemudahan berkaitan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan buat rakyat Malaysia. Antaranya adalah hospital besar, klinik kesihatan, klinik desa, klinik komuniti dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x