Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Klinik Kesihatan di Kuala Lumpur yang Patut Anda Kunjungi!

Klinik Kesihatan adalah sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan Malaysia. Ia menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang berpatutan dan senang diakses oleh masyarakat. 

Perkhidmatan yang disediakan oleh klinik ini selalunya disediakan secara percuma atau dengan bayaran nominal, menjadikan penjagaan kesihatan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Sekiranya anda memerlukan rawatan segera mengikut bajet, kami sudah senaraikan 9 klinik kesihatan di Kuala Lumpur untuk memudahkan urusan anda.

9 Klinik Kesihatan di Kuala Lumpur


1. Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Titiwangsa

Klinik kesihatan pertama di dalam senarai ini sudah semestinya Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Temerloh, Titiwangsa. Klinik ini dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang telah beroperasi sejak 3 April 2017 ini merupakan klinik kesihatan terbesar di Malaysia. KKKL boleh menampung sehingga 3,500 orang sehari dan menawarkan semua jenis perkhidmatan Primary Care untuk mereka di kawasan berdekatan. 

Selain itu, KKKL terletak di tanah seluas 4.5 hektar dan mempunyai banyak kemudahan awam untuk keselesaan pelanggannya. Dengan konsep klinik di dalam taman, KKKL adalah bangunan kerajaan mesra alam yang mengitar semula air hujan untuk kegunaan harian.

Alamat: Jalan Temerloh, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2618 3200


2. Klinik Kesihatan Cheras

Klinik Kesihatan Cheras

Klinik Kesihatan Cheras di Kuala Lumpur ini mula beroperasi selepas perpindahan ke bangunan baru pada Julai 2012 dan merupakan klinik kesihatan kategori 2. Terletak di atas tanah seluas 11 ekar, KK Cheras dilengkapi dengan pelbagai kemudahan umum untuk keselesaan pelanggannya.

KK Cheras boleh menampung sehingga 1000 pelanggan sehari dan menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan primer ke kawasan terdekat. Jika anda duduk berdekatan dengan Cheras, anda digalakkan kunjungi klinik kesihatan ini.

Alamat: Jalan Yaacob Latif, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (7.30 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9133 3322


3. Klinik Kesihatan Jinjang

Klinik Kesihatan Jinjang

Klinik Kesihatan Jinjang mula beroperasi pada Ogos 1977 di bawah pengurusan Hospital Kuala Lumpur. Namun, pada Januari 2002, pentadbirannya telah diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Pada 2 Mei 2006, KK Jinjang memulakan operasi di tapak baru dengan keluasan klinik 5405 meter persegi. Kini, Klinik Kesihatan Jinjang merupakan salah sebuah klinik di bawah Biro Kesihatan Kepong.

KK Jinjang boleh menampung sehingga 1300 pelanggan sehari dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer kepada penduduk setempat. Klinik ini juga menyediakan pelbagai jenis kemudahan awam untuk pelanggan dan pekerja. Berikut adalah maklumat klinik sekiranya anda ingin menghubungi mereka.

Alamat: No.2, Jalan Jinjang Setia 3, Jinjang Utara Tambahan, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 10.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6258 3355


4. Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak

Klinik Kesihatan Jinjang mula beroperasi pada Ogos 1977 di bawah pengurusan Hospital Kuala Lumpur. Namun, pada Januari 2002, pentadbirannya telah diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada 2 Mei 2006, KK Jinjang memulakan operasi di tapak baru dengan keluasan klinik 5405 meter persegi. Kini, Klinik Kesihatan Jinjang merupakan salah sebuah klinik di bawah Biro Kesihatan Kepong. KK Jinjang boleh menampung sehingga 1300 pelanggan sehari dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer kepada penduduk setempat. Klinik ini juga menyediakan pelbagai jenis kemudahan awam untuk pelanggan dan pekerja. Berikut adalah maklumat klinik sekiranya anda ingin menghubungi mereka. Alamat: No.2, Jalan Jinjang Setia 3, Jinjang Utara Tambahan, 52000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Waktu Operasi: Isnin - Jumaat (8.00 am - 10.00 pm), Sabtu - Ahad (tutup) Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6258 3355 Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak pada asalnya dibuka pada Mei 1983 sebagai Poliklinik Kerajaan Bandar Tun Razak. Pada ketika itu, ia adalah subunit kepada Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Lumpur. 

Namun, pada Januari 2022, klinik ini telah digabungkan beserta 12 klinik lain. Kini, ia telah menjadi sebahagian daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P). Semua temujanji yang dibuat di klinik ini juga diserap ke dalam JKWPKL&P.

Alamat: Jalan Jujur 3, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9171 3333


5. Klinik Kesihatan Cheras Baru

Klinik Kesihatan Cheras Baru

Klinik Kesihatan Cheras Baru telah bermula beroperasi pada pertengahan tahun 1977. Bangunan ini terletak di lereng bukit seluas 1.5 hektar berhampiran Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru. Sebelum ini, klinik ini dikenali sebagai Aneka Klinik Cheras Baru di bawah seliaan Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Lumpur. Pada tahun 2002, JKWPKL&P telah ditubuhkan dan ianya juga telah dipindahkan di bawah pengurusan JKWPKL&P. 

Pada masa selepas PKP dan PKPB, pelanggan harus menghubungi, menghantar e-mel atau menggunakan sistem janji temu dalam talian untuk membuat janji temu. Melainkan kecemasan, anda tidak sepatutnya pergi ke klinik sendiri tanpa temujanji. 

Temu janji juga turut dijalankan secara berperingkat melalui sistem temujanji serta telefon konsultasi untuk memastikan jarak sosial dapat dikekalkan.

Alamat: Jalan 16, Off Jalan Kuari Cheras, Jalan 17, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4294 6114


6. Klinik Kesihatan Kampung Pandan

Klinik Kesihatan Kampung Pandan

Klinik Kesihatan Kampung Pandan ialah sebuah klinik kerajaan di bawah Lembaga Kesihatan Daerah Titiwangsa. Klinik ini diketuai oleh Perunding Perubatan Keluarga, Dr. Eleza Nazefah Rosli bersama pegawai perubatan Y/M, Dr. Norazid Hassan.

Menurut suatu ulasan pelanggan di Google Review, lokasi klinik kesihatan di Kuala Lumpur ini strategik kerana ia mudah ditemui, walaupun menaiki bas awam. Walau bagaimanapun, parkir kereta di sini agak terhad kerana bukan kakitangan perlu parkir di luar kawasan klinik atas tanggungan pemilik kenderaan.

Alamat: Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9281 0272


7. Klinik Kesihatan Sentul

Klinik Kesihatan Sentul mula dibuka pada tahun 1979 di Jalan Perhentian Off, Jalan Haji Salleh Sentul. Terletak di Aras 2, Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, KK Sentul kini telah berpindah ke Mini UTC Sentul pada Februari 2010.

Klinik ini telah terlibat dengan tiga banjir kilat yang berlaku pada tahun 2006, 2008 dan 2009. Akibat banjir kilat yang kerap berlaku, klinik ini terpaksa berpindah ke Bandar Baru Sentul. Banjir itu menyebabkan banyak dokumen dan harta benda penting hanyut dan musnah. 

KK Sentul mempunyai keluasan lantai 1,373 meter persegi dan mempunyai 14 bilik, termasuk bilik persidangan. Klinik ini diketuai oleh Dr Anitha Rachel, Pakar Klinik Perundingan Perubatan Keluarga.

Alamat: 29, Jalan 3/48a, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup) 

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4042 7557


8. Klinik Kesihatan Dato’ Keramat

Klinik Kesihatan Dato’ Keramat

Klinik Kesihatan Dato’ Keramat merupakan sebuah klinik kemudahan kerajaan di bawah Jabatan Kesihatan Daerah Titiwangsa. Ia terletak di Taman Setiawangsa berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Setiawangsa.

Menurut ulasan pelanggan, klinik ini adalah tempat yang bagus untuk memeriksa kesihatan biasa, seperti jika anda selesema atau demam bermusim. Walau bagaimanapun, anda mungkin akan perlu mengharungi beberapa kelewatan pada perkhidmatan mereka kerana klinik ini sentiasa ramai. 

Namun begitu, kakitangan di sini sangat mesra dengan pesakit, terutamanya warga emas. Malah, klinik ini juga senang diakses oleh pesakit kerusi roda kerana ia terletak di tingkat bawah. Bukan itu saja, anda juga boleh berkunjung ke Medan Selera Taman Setiawangsa di dalam bangunan Dewan Sri Iskandar selepas selesai untuk makan tengah hari.

Alamat: Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (7.30 am – 5.00 pm), Sabtu- Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4257 3333


9. Klinik Kesihatan Setapak

Klinik Kesihatan Setapak

Klinik Kesihatan Setapak ialah pusat perubatan dan kesihatan awam yang terletak di Kuala Lumpur. Klinik ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan rawatan perubatan penting kepada masyarakat setempat, termasuk perundingan am, vaksinasi, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, penjagaan pergigian dan prosedur pembedahan kecil.

KK Setapak turut menawarkan pelbagai program promosi kesihatan dan pencegahan penyakit seperti kelas pendidikan kesihatan, perkhidmatan perancang keluarga, dan program saringan penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi. 

Alamat: Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup) 

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4142 4052


Kami berharap artikel ini dapat memberi anda maklumat yang cukup untuk mencari klinik kesihatan di Kuala Lumpur pilihan anda. Kami ingin ingatkan bahawa semua temujanji di Klinik Kesihatan di Kuala Lumpur memerlukan anda membuat temujanji di sistem mereka, seperti aplikasi MySejahtera atau di laman web Qmed Asia.

Adakah anda sudah jemu dengan perkhidmatan klinik kesihatan yang terlalu lambat dan tidak responsif? Jangan risau, kami ada penyelesaiannya! Sila kunjungi artikel kami, 8 Klinik 24 Jam Terbaik di Sekitar Kuala Lumpur. Semoga membantu!

4.7/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Farmasi di Kuala Lumpur Yang Wajib Anda Pergi

Farmasi membolehkan orang ramai membeli ubat farmaseutikal, antara lain. Apabila pelanggan mencari produk farmaseutikal untuk mencegah atau merawat penyakit, lawatan ke farmasi adalah salah...

7 Klinik Pakar Psikiatri yang Terbaik di Sekitar Kuala Lumpur

Kesihatan mental merupakan perkara utama yang harus dijaga dan diambil berat oleh setiap orang. Sekiranya mental seseorang lemah dan tidak dijaga dengan baik, maka...

8 Klinik 24 Jam Terbaik di Sekitar Kuala Lumpur

Jatuh sakit pada tengah malam memang agak menyulitkan keadaan, apatah lagi kalau kita ada anak kecil yang meragam sepanjang malam. Sebenarnya, terdapat banyak klinik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x