Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Klinik Pakar Psikiatri yang Terbaik di Sekitar Kuala Lumpur

Kesihatan mental merupakan perkara utama yang harus dijaga dan diambil berat oleh setiap orang. Sekiranya mental seseorang lemah dan tidak dijaga dengan baik, maka akan terjejaslah kehidupan individu tersebut. Oleh itu, kami senaraikan 7 klinik psikiatri di Kuala Lumpur untuk anda kunjungi sekiranya anda ingin mendapatkan diagnosis. 

7 Klinik Pakar Psikiatri di Kuala Lumpur


1. The Inner Lynk, Solaris Dutamas

The Inner Lynk, Solaris Dutamas

The Inner Lynk merupakan sebuah pusat kesihatan yang menawarkan perkhidmatan psikologi dan kesihatan. Ianya terletak di sekitar Solaris Dutamas. Mereka membantu dalam perkhidmatan psikologi dan kesihatan untuk pesakit yang mengalami penyakit mental dan mengalami masalah tekanan hidup. 

Terdapat beberapa terapi atau rawatan yang dilakukan di sini seperti khidmat kaunseling, penjagaan psikiatri, penilaian psikologi, psikoterapi seni dan terapi muzik. 

Bukan itu sahaja, perkhidmatan seperti perkembangan kerjaya dan juga program bantuan pekerja juga terdapat disini. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran individu dalam menyesuaikan diri dalam organisasi yang terlibat.

Anda boleh layari laman web rasmi dan juga laman media sosial mereka untuk mengetahui aktiviti-aktiviti baharu yang mereka jalankan. Sekiranya anda berminat untuk dapatkan perkhidmatan dari mereka, jangan lupa hubungi dan jadualkan janji temu.

Alamat: C3, 3A-07, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Rabu – Ahad (9.00 pagi – 7.00 petang), Isnin – Selasa (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-528 3139

WhatsApp The Inner Lynk


2. WQ Park Health & Rehabilitation Centre, Kuala Lumpur

WQ Park Health & Rehabilitation Centre, Kuala Lumpur

Klinik pakar psikiatri di Kuala Lumpur yang seterusnya ialah WQ Park Health & Rehabilitation Centre. Ia merupakan pusat kemudahan pemulihan pesakit luar swasta pertama di Malaysia. 

Mereka mempunyai kemudahan untuk pemulihan dan sedia membantu merawat pesakit secara keseluruhan, dengan mengambil kira penjaga mereka serta kesihatan fizikal dan emosi pesakit.

Bukan hanya di Kuala Lumpur, WQ Park Health & Rehabilitation Centre juga mempunyai cawangan di Kelana Jaya, Bangi, dan Johor Bahru. Mereka menerima pesakit dari peringkat usia kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah fisioterapi, pemulihan sukan dan strok, terapi pertuturan dan program pembelajaran dan juga pemulihan antenatal bagi wanita.

Anda tidak perlu risau kerana semua perkhidmatan ini akan dilakukan oleh pakar-pakar yang profesional dan staf-staf yang terlatih supaya rawatan yang diberikan dapat membantu kesihatan mental dan fizikal pesakit.

Alamat: 17, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park, South, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 pagi – 5.00 petang) & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4144 3161


3. WeCare Allied Health Center, Plaza TTDI

WeCare Allied Health Center, Plaza TTDI

Terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, WeCare Allied Health Center merupakan klinik pakar psikiatri di Kuala Lumpur yang memberikan penjagaan dan perkhidmatan terbaik untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami gangguan mental dan perkembangan. 

Mereka menawarkan perkhidmatan seperti penilaian psikologi, rawatan terapi untuk orang dewasa dan kanak-kanak, online therapy dan banyak lagi. Mereka telah bekerjasama dengan Thomson Hospital, serta organisasi Rakan Disleksia, Autisme Malaysia dan banyak lagi. Di WeCare Allied Health Center, terdapat 14 orang pakar terapi dan psikiatri termasuklah kaunselor terlatih.

Buat anda yang tinggal di kawasan Taman Tun Dr Ismail, anda boleh membuat janji temu terlebih dahulu di laman sosial atau hubungi nombor yang tentera untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

Alamat: Plaza TTDI, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 pagi – 5.00 petang), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-518 8285 

WhatsApp WeCare Allied


4. MY Confidential, TTDI

MY Confidential, TTDI

MY Confidential merupakan Persatuan Kaunselor Swasta Malaysia. Mereka berkhidmat untuk membantu dalam masalah individu dan pasangan, juga terdapat pemeriksaan kesihatan mental, terapi keluarga, dan khidmat kaunseling.

Harga yang ditawarkan untuk khidmat kaunseling juga berpatutan. Hampir semua ulasan dari pelanggan memberikan komen yang positif atas khidmat dan terapi yang diberikan.Mereka sangat profesional dalam menjalankan tugas dan sentiasa memberikan solusi yang terbaik kepada pelanggan mereka. 

Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat kaunseling ataupun pemeriksaan kesihatan mental, anda boleh kunjungi ke tempat ini.

Alamat: 8B, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 pagi – 6.00 petang), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-278 0285

WhatsApp MY Confidential


5. MentCouch Psychology & Wellbeing Centre, Ampang

Klinik Pakar Psikiatri MentCouch Psychology & Wellbeing Centre, Ampang, Kuala Lumpur

MentCouch Psychology Centre merupakan pusat psikologi pelbagai yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Mereka menyediakan perkhidmatan kesihatan mental untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Klinik pakar psikiatri di Kuala Lumpur ini akan membimbing anda dan memperkenalkan anda kepada seni ekspresif yang menarik, teknik pengurangan tekanan, relaksasi dan ikatan. Wah, menarik kan!

Tempat ini memiliki persekitaran yang ceria dan selesa. Sekiranya anda mahu kunjungi dan mendapatkan rawatan di sini, anda bolehlah membuat janji temy terlebih dahulu dengan menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah. 

Alamat: Suite 1-02, 1st Floor, Atlan Tower, 161B, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 pagi – 5.00 petang), Sabtu (9.00 pagi – 2.00 petang) & Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2712 9372

WhatsApp MentCouch


6. The Wave Clinic, KL Sentral

Klinik Pakar Psikiatri The Wave Clinic, Kuala Lumpur Sentral

The Wave Clinic adalah antara klinik pakar psikiatri yang sering dikunjungi oleh individu yang mempunyai masalah kesihatan mental di Kuala Lumpur. Mereka ialah pakar dalam rawatan trauma, gangguan pemakanan, kesihatan mental dan rawatan ketagihan untuk remaja, dewasa dan keluarga.

Mereka sangat mahir dalam memberikan terapi kepada pesakit dan sentiasa menyediakan aktiviti dan program yang menyeronokkan seperti melukis, yoga, camping, aktiviti air dan banyak lagi.

Kepada individu yang memiliki masalah depression, anxiety disorder dan bipolar disorder, anda disarankan datang ke sini untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Ianya dibuka 24 jam, jadi anda boleh kunjungi bila-bila masa sahaja.

Alamat: Level 23, NU Tower, 2, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur Sentral, 43000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2727 1799 

WhatsApp The Wave Clinic


7. Serene Psychology Centre, Solaris Dutamas

Klinik Pakar Psikiatri Serene Psychology Centre, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Klinik pakar psikiatri di Kuala Lumpur terakhir dalam artikel ini ialah Serena Psychological Services. Serene merupakan pusat rawatan khas untuk masalah kesihatan mental tanpa mengira peringkat umur.

Kepada individu yang datang ke sini, pihak klinik akan membuat penilaian terlebih dahulu tentang masalah yang anda alami. Selepas itu, barulah mereka mencari solusi terbaik untuk memberikan rawatan kepada anda. Tempat yang disediakan kepada pelanggan yang datang sangatlah selesa. Mereka juga pakar dalam memberikan rawatan terapi kepada kanak-kanak.

Anda yang memiliki masalah peribadi, keluarga, tempat kerja, trauma, kemurungan dan sebagainya, anda mestilah mendapatkan rawatan di sini. Lokasi klinik pakar psikiatri ini adalah di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Alamat: D4-U6-8, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (24 jam), Sabtu – Ahad (8.00 pagi – 5.00 petang)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 014-687 2268

WhatsApp Serena Psychological Services


Kami harap senarai 7 klinik pakar psikiatri yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur ini dapat membantu anda dalam memulihkan masalah kesihatan mental anda. Ingatlah bahawa kesihatan mental seseorang sangatlah penting kerana ianya mempengaruhi bagaimana anda berfikir, merasa dan bertindak.

Anda juga boleh membaca artikel kami yang berkaitan dengan klinik pakar wanita dengan melayari 7 Klinik Pakar Wanita yang Popular dan Terbaik di Kuala Lumpur.

 

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Farmasi di Kuala Lumpur Yang Wajib Anda Pergi

Farmasi membolehkan orang ramai membeli ubat farmaseutikal, antara lain. Apabila pelanggan mencari produk farmaseutikal untuk mencegah atau merawat penyakit, lawatan ke farmasi adalah salah...

9 Klinik Kesihatan di Kuala Lumpur yang Patut Anda Kunjungi!

Klinik Kesihatan adalah sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan Malaysia. Ia menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang berpatutan dan senang diakses oleh masyarakat.  Perkhidmatan yang disediakan...

8 Klinik 24 Jam Terbaik di Sekitar Kuala Lumpur

Jatuh sakit pada tengah malam memang agak menyulitkan keadaan, apatah lagi kalau kita ada anak kecil yang meragam sepanjang malam. Sebenarnya, terdapat banyak klinik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x