Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

12 Farmasi di Shah Alam yang Sedia Membantu Anda

Daripada ubat-ubatan sehingga ke alatan kesihatan, farmasi sedia untuk memberi khidmat nasihat mengenai ubat yang sesuai untuk anda. Sesetengah farmasi juga mempunyai pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Berikut adalah senarai 12 farmasi Shah Alam yang anda boleh pergi dengan harga yang berpatutan dan barang yang dijamin berkualiti. 

12 Farmasi di Shah Alam


1. Big Pharmacy Seksyen 19 Shah Alam

Big Pharmacy Seksyen 19 Shah Alam

Big Pharmacy merupakan antara farmasi terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 80 cawangan di seluruh negara. Anda boleh mendapatkan pelbagai produk daripada makanan kesihatan, ubat-ubatan, alatan kesihatan sehingga ke barang penjagaan diri di farmasi ini. Big Pharmacy juga mempunyai laman web sendiri di mana anda boleh membuat pesanan hanya dari rumah. 

Alamat: 55 & 57, Jalan Nelayan A 19/A, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5541 1219

WhatsApp Big Pharmacy Seksyen 19


2. Big Pharmacy Bukit Jelutong

Big Pharmacy Bukit Jelutong

Big Pharmacy Bukit Jelutong adalah antara salah satu cawangan Big Pharmacy yang dibuka pada akhir tahun 2021 untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan berdekatan. Farmasi ini juga menyediakan perkhidmatan pickup dan penghantaran ke rumah yang anda boleh guna melalui WhatsApp. 

Alamat: No. 31, G & 1st Floor, Jalan Pelapik B U8/B, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7832 1460

WhatsApp Big Pharmacy Bukit Jelutong


3. AA Pharmacy Seksyen 9 Shah Alam

AA Pharmacy Seksyen 9 Shah Alam

AA Pharmacy mempunyai visi untuk memberi penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan harga mampu milik untuk semua. Selain memiliki beberapa cawangan di Selangor, AA Pharmacy juga mempunyai cawangan di Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor. 

Alamat: 21-G, Jl. Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 9.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5524 7718

WhatsApp AA Pharmacy


4. Alpro Pharmacy Setia Alam

Alpro Pharmacy Setia Alam

Alpro Pharmacy merupakan farmasi preskripsi terbaik yang mempunyai lebih daripada 140 cawangan di Malaysia. Alpro Pharmacy Setia Alam mempunyai staf yang profesional yang sedia membantu anda dalam apa jua masalah kesihatan yang anda hadapi.

Alamat: 13-1-2, Ground Floor, Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1124 6535

WhatsApp Alpro Pharmacy


5. Farmasi BIRUNI Batu Tiga

Farmasi BIRUNI Batu Tiga

Farmasi komuniti ini mempunyai staf yang sangat peramah dan berpengetahuan. Jika anda kesuntukan masa untuk pergi ke farmasi, farmasi BIRUNI ini juga mempunyai kedai dalam talian di Shopee. 

Alamat: 32-A, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5569 6671

WhatsApp Farmasi BIRUNI


6. Big Pharmacy Vista Alam

Big Pharmacy Vista Alam

Terletak di kawasan yang padat penduduk, Big Pharmacy Vista Alam berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Ia menawarkan pelbagai jenis produk kesihatan dengan harga yang berpatutan. 

Alamat: B-LG-20, Vista Alam, No. 3 Precint 4.5, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 9.00 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 9.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5523 9766

WhatsApp Big Pharmacy Vista Alam


7. Friends Pharmacy Seksyen 9 Shah Alam

Friends Pharmacy Seksyen 9 Shah Alam

Farmasi Friends yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam ini merupakan farmasi persendirian yang komited untuk menyediakan penjagaan peribadi kepada pelanggan mereka. Dikendalikan oleh ahli farmasi yang berpengalaman dan staf yang peramah, farmasi ini juga menawarkan harga yang berpatutan untuk produk-produk mereka. 

Alamat: 27, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5524 0028


8. Eden Pharmacy Setia Alam

Eden Pharmacy Setia Alam

Eden Pharmacy dilengkapi dengan pelbagai keperluan asas perubatan. Daripada ubat-ubatan umum sehingga ke barangan berkaitan kesihatan, anda boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan. Eden Pharmacy juga mempunyai kedai dalam talian di Shopee yang menawarkan pelbagai diskaun yang menarik. 

Alamat: 7-1-2, Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 9.15 pm), Sabtu – Ahad (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3343 8366


9. All Day Pharmacy Seksyen 9 Shah Alam

All Day Pharmacy Seksyen 9 Shah Alam

All Day Pharmacy mempunyai beberapa cawangan di sekitar Selangor dan Melaka. Mereka mempunyai misi untuk menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk mencegah penyakit kronik dan hidup dengan sihat. Staf mereka yang peramah dan berpengetahuan akan dapat membantu anda dalam keperluan kesihatan anda. 

Alamat: 5, Jl. Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 9.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5880 2890


10. Farmasi Najah Seksyen 13 Shah Alam

Farmasi Najah Seksyen 13 Shah Alam

Farmasi persendirian ini bukan hanya menjual keperluan kesihatan, mereka juga menyediakan khidmat menyewa kerusi roda untuk pelanggan yang memerlukan. Selain di Shah Alam, farmasi ini mempunyai 5 cawangan lain di Bangi, Semenyih, Subang Bestari, Bandar Bukit Mahkota dan Paya Jaras Hilir. 

Alamat: 26G, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5879 6736

WhatsApp Farmasi Najah


11. Mylife Pharmacy Bukit Jelutong

Mylife Pharmacy Bukit Jelutong

Farmasi Mylife di Bukit Jelutong adalah pakar dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling dan preskripsi oleh ahli farmasi yang tersedia. Mylife Pharmacy juga menyediakan perkhidmatan dalam talian di mana anda boleh mendapatkan produk mereka melalui laman web, GrabMart dan Shopee. 

Alamat: 27, Jalan Pelapik B U8/B, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7845 8101


12. Vcare Pharmacy Seksyen 7 Shah Alam

Vcare Pharmacy Seksyen 7 Shah Alam

Vcare Pharmacy ditubuhkan pada tahun 2013 untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit dan komuniti. Mereka akan memastikan anda benar-benar memahami apa yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan atau merawat penyakit anda. Farmasi ini juga mempunyai beberapa cawangan di sekitar Selangor dan Putrajaya. 

Alamat: 33, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 9.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-785 5284

WhatsApp Vcare Pharmacy


Shah Alam merupakan bandar yang mempunyai ramai penduduk. Oleh itu, terdapat banyak lagi farmasi-farmasi selain daripada yang tersenarai untuk memenuhi kehendak penduduk di Shah Alam. Namun, kami harap senarai ini dapat membantu anda mendapatkan perkhidmatan farmasi terbaik di kawasan yang berdekatan dengan anda. Anda boleh juga lihat artikel kami tentang 7 Klinik Kulit Terbaik di Shah Alam untuk mengatasi segala masalah kulit anda.

 

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kiropraktik di Shah Alam yg Pro

Bagi mereka yang mencari rawatan kiropraktik di Shah Alam yang berkesan dan dapat menghilangkan kesakitan, ketidakselesaan, dan sakit kepala berulang dengan cepat, Chiropractic Specialty...

10+ TOP Kedai Cermin Mata yg Best & Pro

Terdapat banyak faktor yang penting dalam memilih cermin mata, terutamanya untuk pengguna cermin mata kali pertama. Disebabkan ini, kedai cermin mata yang berpengalaman dan...

7 Klinik Pakar Psikiatri di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu

Psikiatri klinikal memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan mental dan mengurangkan beban penyakit mental dalam masyarakat. Dengan rawatan yang betul, ramai penghidap penyakit mental...

8 Klinik yang Beroperasi 24 Jam di Petaling Jaya yang Perlu Anda Tahu!

Pernah terfikir apa yang perlu anda lakukan seandainya berlaku kecemasan pada tengah malam? Kebanyakan klinik kerajaan hanya beroperasi sehingga jam 5 petang. Tuntutan kerja...

Klinik Kesihatan di Shah Alam Yang Boleh Anda Kunjungi

Shah Alam merupakan ibu negeri bagi Selangor. Shah Alam mendapat gelaran “Bandar Perindustrian” kerana mempunyai banyak kawasan perindustrian di sini. Bandaraya Shah Alam juga...

7 Klinik Kesihatan Anda Boleh Lawati Di Sekitar Sungai Buloh

Umum mengetahui pelbagai kemudahan berkaitan kesihatan yang disediakan oleh kerajaan buat rakyat Malaysia. Antaranya adalah hospital besar, klinik kesihatan, klinik desa, klinik komuniti dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x