Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Farmasi Top Dan Terbaik di Kota Kinabalu Yang Anda Perlu Kunjungi!

Kota Kinabalu merupakan pintu masuk utama bagi Sabah serta menjadi destinasi pelancongan wajib dilawati. Tarikan Gunung Kinabalu yang memukau membuatkan pelancong dalam dan luar negara bertumpu di sini. Bagi anda yang kurang arif dengan Kota Kinabalu pastinya tercari farmasi mana yang lengkap dan servis yang terbaik. Di sini kami senaraikan 10 farmasi terbaik yang ada di Kota Kinabalu.

10 Farmasi di Kota Kinabalu


1. ALPRO Pharmacy, Lintas Plaza

ALPRO Pharmacy, Lintas Plaza

Nama Farmasi Alpro bukanlah nama yang asing di Malaysia. Ditubuhkan pada 2022, Farmasi Alpro merupakan rantaian farmasi preskripsi yang terbesar di Malaysia. Francais ini kini mempunyai lebih kurang 200 cawangan seluruh Malaysia!

Istimewanya Farmasi Alpro di Lintas Plaza ini kerana cawangan ini menerima 5 bintang rating dari 118 Google Review. Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dengan kepakaran ahli farmasi serta staf di Alpro Lintas Plaza ini.

Malah, anda bukan saja boleh membeli ubat-ubatan yang berkualiti di sini, anda boleh juga dapatkan konsultasi mengenai kesihatan serta prekripsi ubat yang anda beli dari staf mereka. Menarik, kan?

Alpro juga melancarkan program, ‘SUGO 365’, disasarkan untuk penghidap diabetes atau individu yang berisiko menghidap diabetes. Apabila anda mendafatr untuk program ini, pakar nutrisi atau dietician akan memantau tahap gula serta diet seharian anda.

Alamat: Lot 21-0, Lintas Plaza, Lorong Lintas Plaza 2, Jalan Lintas, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 8.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-323 7923

WhatsApp ALPRO Pharmacy


2. Lifeplus Pharmacy, Lintas Square

Lifeplus Pharmacy, Lintas Square

Farmasi Lifeplus di Lintas Square ini merupakan cawangan yang baru dibuka. Berdasarkan komen pengunjung di Google Review, ramai yang berpuas hati dengan servis yang diberikan. Lifeplus juga membuat penghantaran ubat ke rumah bagi pelanggan yang tidak mampu ke kedai kerana sakit atau kekangan masa.

Antara servis yang ditawarkan di Lifeplus adalah kaunseling nutrisi, pengurusan berat badan, serta pemeriksaan darah tinggi, asid urik, kolestrol, glukosa dalam darah, kulit, dan kulit kepala. Anda juga boleh mendapatkan free lifetime membership untuk menikmati faedah yang ditawarkan oleh Lifeplus.

Alamat: Ground Floor, Block C, Lot 18, Jalan Lintas, Lintas Square, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-5508 9618

WhatsApp Lifeplus Pharmacy


3. AM PM Pharmacy, Taman Foh Sang

AM PM Pharmacy, Taman Foh Sang

Farmasi AM PM mula bertapak di Kulai, Johor pada 19 Julai 2002. Diasaskan oleh Phr. Ng Kee Wei, iaitu seorang ahli farmasi yang kemudian menjadi healthpreneur. Falsafah Farmasi AM PM, ‘Happy To Make You Feel Better!’ menunjukkan mereka berdedikasi untuk membantu anda dalam hal kesihatan.

Cawangan di Taman Foh Sang dibuka pada tahun 2018. Farmasi AM PM sering melakukan pelbagai karnival kesihatan yang mendapat sambutan penduduk tempatan. Farmasi ini juga membuat servis penghantaran dan menyediakan servis konsultasi dengan ahli farmasi secara online untuk memudahkan pelanggan. 

Alamat: S – 5, Jalan Damai, Taman Foh Sang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7.30 am – 7.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1051 9286

WhatsApp AM PM Pharmacy


4. Icare Pharmacy, Taman Cantek

Icare Pharmacy, Taman Cantek

Cadangan seterusnya adalah farmasi Icare yang terletak di Taman Cantek, Kota Kinabalu. Para pelanggan kebanyakannya menyukai pengalaman mereka membeli di farmasi Icare. Stafnya yang peramah dan koleksi ubat-ubatan juga peralatannya yang lengkap antara sebab farmasi ini menjadi pilihan ramai.

Farmasi Icare juga menyediakan pelbagai pemeriksaan kesihatan buat pelanggannya. Malah, mereka turut menjual beberapa peralatan seperti kerusi roda, mesin pengukur tekanan darah, termometer dan sebagainya.

Alamat: Lot 6, 0, Lorong Rampai, Taman Cantek, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 088-477 309


5. Farmasi Aslam, Indah Permai

Farmasi Aslam, Indah Permai

Terletak di Taman Indah Permai, Kota Kinabalu, Farmasi Aslam merupakan pilihan utama bagi penduduk di sekitarnya. Antara farmasi terawal yang dibuka di kawasan ini, farmasi ini berpengalaman dalam memberi khidmat pada masyarakat setempat.

Slogan Farmasi Aslam, ‘Hidup Sihat,Umah Sejahtera’ menunjukkan mereka tekad membantu penduduk tempatan dalam bekalan perubatan dan kesihatan. Farmasi ini sering juga melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan berbayar. Jika anda menjadi ahli di farmasi ini, anda boleh menikmati diskaun yang ditawarkan mereka!

Alamat: Lot 4, Blok B, Ground Floor, B2.0.4, Indah Permai, 6, Jalan Sepangar, Taman Indah Permai, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30 am – 8.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 088-402 943

WhatsApp Farmasi Aslam


6. Farmasi UMH, Pusat Bandar Kota Kinabalu

Farmasi UMH, Pusat Bandar Kota Kinabalu

Farmasi seterusnya ini terletak di Pusat Bandar Kota Kinabalu. Farmasi UMH ini menjual pelbagai perubatan, suplemen dan pelbagai lagi produk yang berkaitan dengan kesihatan. Mereka turut menyediakan pemeriksaan kesihatan di farmasi ini.

Selain itu, Farmasi UMH juga menjual peralatan perubatan seperti katil pesakit, kerusi roda, tongkat, tandas mudah alih dan sebagainya. Menurut komen pelanggan di Google, mereka juga menyediakan perkhidmatan membaiki kerusi roda di farmasi UMH ini. Para pelanggan berpuas hati dengan bekalan perubatan yang banyak serta servis staf yang baik di sini.

Alamat: 94, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm), Sabtu (8.30 pm – 4.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 088-215 317

WhatsApp UMH Pharmacy


7. Big Pharmacy (formerly Farmasi Kinabalu), Lido

Big Pharmacy (formerly Farmasi Kinabalu), Lido

Namanya Farmasi Kinabalu ini tidak asing bagi warga tempatan dan sering menjadi tumpuan penduduk sekitarnya. Namun begitu, menurut suatu post di Facebook, Farmasi Kinabalu ini telah ditukarkan kepada Big Pharmacy, salah satu francais farmasi terbesar di Malaysia.

Farmasi ini sering membuat promosi ubat, suplemen serta produk-produk yang lain. Para pelanggan di farmasi ini sentiasa gembira berurusan di sini kerana stafnya yang peramah dan dapat membantu mereka.

Alamat: Lot 5, Block B, Jalan Penampang, Taman Cheimei, Lido, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 088-261 679

WhatsApp Big Pharmacy


8. Lucky Pharmacy, Taman Tuan Huatt

Lucky Pharmacy, Taman Tuan Huatt

Cadangan farmasi seterusnya adalah Farmasi Lucky yang terletak di Taman Tuan Huatt, Kota Kinabalu. Farmasi ini terletak di hujung deretan kedai, jadi, ia mempunyai ruang letak kereta yang luas untuk anda meletakkan kereta anda. 

Berdasarkan komen para pelanggan di Google Review, ramai daripada mereka memuji kepakaran serta servis khidmat pelanggan yang diberikan oleh staf Farmasi Lucky ini. Mereka akan cuba membantu anda dalam hal perubatan dan kesihatan serta memberikan penjelasan jika ada sebarang pertanyaan.

Alamat: 1, Jalan Banjaran, Taman Tuan Huatt, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 8.00 pm), Ahad (9.00 am – 6.00pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1022 2943

WhatsApp Lucky Pharmacy


9. Sunlight Pharmacy, Pusat Bandar Kota Kinabalu

Sunlight Pharmacy, Pusat Bandar Kota Kinabalu

Nama farmasi Sunlight ini sudah tidak asing bagi warga Sabah serta Sarawak. Cawangan farmasi kali ini terletak di Jalan Pantai, Pusat Bandar Kota Kinabalu. Ditubuhkan pada tahun 2000, rantaian farmasi Sunlight ini fokus untuk membantu dalam bidang farmasi dan kebajikan, khususnya buat penduduk Malaysia Timur.

Farmasi Sunlight menyediakan pelbagai khidmat di farmasi mereka seperti nasihat dan bimbangan dalam kesihatan, pemakanan dan penjagaan kulit. Anda juga boleh jalankan pelbagai pemeriksaan di sini seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolestrol, kulit dan kulit kepala dan macam-macam lagi.

Alamat: Ground Floor & 1st Floor, Lot 30, Jalan Pantai, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 9.00 pm), Ahad (8.00 am – 4.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 088-250 802


10. Health Wise Pharmacy, 88 Market Place

Health Wise Pharmacy, 88 Market Place

Jika anda berada di Pitas, anda boleh ke 88 Market Place dan mengunjungi farmasi Health Wise ini. Melihat komen yang ditinggalkan pengguna di Google Review, mereka tampak gembira dengan ahli farmasi di sini yang berpengetahuan luas dalam bidangnya. Bukan itu saja, mereka juga berpuas hati dengan khidmat yang diberikan dan ingin kembali berurusan semula di farmasi ini.

Farmasi ini menawarkan pelbagai khidmat perubatan dan kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan, kaunseling perubatan, khidmat berhenti merokok, pengurusan berat badan dan pelbagai lagi.

Tambahan pula, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis perubatan dan peralatan di sini, seperti preskripsi ubat, vitamin, suplemen, makanan kesihatan dan sebagainya.

Alamat: Tingkat 9, 88 Market Place, Pitas, Lorong Pusat, 88300 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 7.00 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 088-253 800


Terdapat banyak farmasi yang wujud di Kota Kinabalu, Sabah. Oleh itu, diharap dengan artikel ini dapat membantu anda semua memilih dan mengenal pasti farmasi mana yang bersesuaian dengan kehendak anda. 

Jika anda ingin bercuti di Kota Kinabalu dan sedang mencari homestay yang best, anda boleh baca artikel kami, Top 7 Homestay Kota Kinabalu – Paling MENARIK Untuk Menginap!

 

5/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x