Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Klinik Haiwan di Shah Alam Terbaik yang Anda Patut Pergi!

Adakah anda sedang mencari klinik haiwan yang terbaik di Shah Alam? Kami ada jawapannya! Dalam artikel ini, kami senaraikan 7 klinik haiwan terbaik untuk haiwan peliharaan anda. Klinik-klinik ini dipilih berdasarkan kualiti perkhidmatan, kemudahan, dan ulasan positif. 

Mempunyai klinik veterinar yang betul boleh menjadi perbezaan antara haiwan peliharaan yang sihat dan yang sakit. Namun, kekadang, anda tiada masa untuk membuat research dan perbandingan sendiri tentang klinik haiwan terbaik dalam waktu kecemasan.

Jadi, kami di sini untuk membantu! Teruskan membaca untuk mengetahui klinik-klinik haiwan di Shah Alam yang mampu memberikan rawatan terbaik untuk haiwan kesayangan anda. Anda dan haiwan kesayangan pasti berpuas hati dengan pilihan yang kami cadangkan! 

7 Klinik Haiwan di Shah Alam


1. Vet For You Medical Centre, Denai Alam

Vet For You Medical Centre, Denai Alam

Vet For You Medical Centre ialah hospital veterinar yang menyediakan penjagaan perubatan berkualiti untuk haiwan peliharaan anda. Klinik ini mempunyai 3 cawangan dengan kemudahan moden, iaitu di Denai Alam (Shah Alam), Saujana Utama (Sungai Buloh), dan Sendayan (Seremban).

Pasukan klinik ini terdiri daripada doktor haiwan yang prihatin dan pasukan pembantu yang berpengalaman dan berdedikasi. Melalui diagnosis dan evidence-based medicine, pakar di klinik juga menyediakan standard penjagaan tertinggi untuk haiwan peliharaan anda.

Vet For You Denai Alam telah mendapat banyak pujian daripada ulasan pelanggan. Pelanggan memuji perkhidmatan mereka yang mesra dan profesional. Ramai pelanggan juga menghargai pengetahuan dan kemahiran doktor haiwan di sini. Mereka berasa lega kerana haiwan kesayangan mereka telah mendapat rawatan terbaik.

Kesimpulannya, Vet For You Denai Alam amat disyorkan oleh pelanggan yang telah mencuba perkhidmatan mereka. Mereka memastikan haiwan kesayangan anda mendapat rawatan terbaik. Jadi, jangan ragu untuk mencuba mendapatkan perkhidmatan di sini!

Alamat: 34-1, Jalan Elektron F U16/F, Denai Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (11.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 7.00 pm), Jumaat (11.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Vet For You


2. Dr. Meow – Klinik Haiwan & Surgeri I-City Shah Alam, Seksyen 7

Dr. Meow - Klinik Haiwan & Surgeri I-City Shah Alam, Seksyen 7

Klinik haiwan pilihan kami seterusnya adalah Dr. Meow, iaitu klinik haiwan dan surgeri yang terletak di I-City Shah Alam. Selain di Shah Alam, klinik haiwan ini turut mempunyai cawangan di Seri Kembangan, Kajang dan Seremban. Jadi, anda yang tinggal berdekatan bolehlah mendapatkan perkhidmatan mereka di cawangan-cawangan ini juga.

Klinik haiwan ini menjalankan perkhidmatan veterinar untuk haiwan peliharaan anda dengan harga yang berpatutan. Menurut maklum balas pelanggan, servis yang disediakan sangat memuaskan hati. 

Selain itu, klinik Dr Meow turut mempunyai para doktor dan jururawat yang berhati mulia terhadap binatang. Menurut ulasan pelanggan, mere sangat sabar dan lemah-lembut dengan haiwan peliharaan kesayangan mereka.

Alamat: No 11, Jalan Keluli AK7/AK, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11.00 am – 7.00 pm), Jumaat (3.00 pm – 7.00 pm), Sabtu & Ahad (11.00 am – 4.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dr. Meow 


3. Kitty’s Cottage Klinik Haiwan dan Surgeri Shah Alam, Seksyen 20

Kitty's Cottage Klinik Haiwan dan Surgeri Shah Alam, Seksyen 20

Klinik haiwan Kitty Cottage ini menyediakan perkhidmatan veterinar, rawatan, pembedahan, ujian darah, ultrabunyi, kerja makmal serta perundingan untuk segala masalah kesihatan berkaitan haiwan kesayangan anda.

Mereka turut menawarkan bukan sahaja konsultasi, rawatan, pembedahan, vaksinasi dan neutering, tetapi juga bekalan, perkhidmatan asrama, perkhidmatan dan bekalan veterinar ternakan dan penghantaran. Semuanya tersedia di sini!

Di samping itu, klinik ini juga terletak di sebelah Flex Fitness Gym. Bak kata pepatah, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Jika anda ingin mendapat binatang kesayangan anda rawatan yang konsisten bersama doktor pakar di klinik ini, apa kata anda juga menyihatkan badan anda sekaligus? Cadangan yang menarik, kan?

Alamat: 15, Jalan Singa H 20/H, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:

  • Isnin – Khamis (10.00 am – 1.30 pm, 3.00 pm – 7.00 pm)
  • Jumaat (10.00 am – 12.30 pm, 3.00 pm – 7.00 pm)
  • Sabtu – Ahad (10.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kitty’s Cottage


4. Nadia Veterinary Clinic, Subang Bestari

Nadia Veterinary Clinic, Subang Bestari

Klinik Veterinar Nadia diasaskan oleh Dr Mazrul Fahmi Mahadzir pada Ogos 2017. Menurut laman Facebook mereka, nama klinik ini telah didedikasikan buat isteri tercinta beliau iaitu Nadiatul Amalina. Sweet, bukan? 

Klinik ini mempunyai 3 cawangan, dengan cawangan pertamanya di Subang Bestari. Ia kemudiannya dikembangkan lagi cawangan ke kawasan Saujana Utama dan Alam Budiman. Cawangan klinik ini di Subang Bestari mempunyai enam staf, diketuai oleh Dr Fahmi serta 2 doktor pakar perempuan dan 3 staf perempuan.

Klinik ini menyediakan 6 jenis perkhidmatan untuk si kecil kesayangan anda. Perkhidmatan yang sering didapatkan di sini pertama adalah pemeriksaan kesihatan umum yang dapat pastikan kesayangan anda sihat setiap masa. Selain itu, rawatan kastrasi untuk kucing jantan dan spay untuk kucing betina juga sering didapatkan di sini.

Anda ada perancangan untuk balik kampung atau pergi bercuti? Tidak mengapa, anda boleh tinggalkan saja pet kesayangan anda dengan mereka! Ini kerana klinik veterinar Nadia ini turut menyediakan khidmat boarding untuk kucing kesayangan anda. Jadi, anda sudah tidak perlu susah hati lagi kerana si kecil anda berada di tangan yang boleh dipercayai!

Alamat: 50, Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi

  • Isnin – Khamis (11.00 am – 1.30 pm, 2.30 pm – 7.30 pm)
  • Jumaat (11.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 8.00 pm)
  • Sabtu – Ahad (11.00 am – 1.30 pm, 2.30 pm – 4.30 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Nadia Vet Clinic


5. iVET Medical Centre Shah Alam [iVET Petcare], Seksyen 23

iVET Medical Centre Shah Alam [iVET Petcare], Seksyen 23

iVET Petcare telah diasaskan oleh Dr. Natrah, seorang pakar bedah veterinar, 9 tahun lalu. Pada mulanya, klinik ini terletak di Shah Alam. Kini, iVET Medical Centre telah berkembang kepada tujuh cawangan. Klinik haiwan ini telah berjaya melayani lebih 30,000 pelanggan di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Selain di Shah Alam, klinik ini juga ada di Alam Avenue, Setiawangsa, Bandar Kinrara, 3 Two Square Petaling Jaya, Bukit Jelutong dan Ampang. Jadi, anda yang berada di sekitar kawasan ini juga boleh mendapatkan perkhidmatan mereka di cawangan-cawangan ini.

Perkhidmatan yang mereka sediakan termasuk perubatan dan perundingan, kemalangan dan kecemasan pembedahan (tisu lembut dan ortopedik), rawatan dan pembedahan pergigian, pengimejan makmal, dan diagnostik. 

Anda sedang mencari tempat untuk mendandan dan spa kucing kesayangan anda? Klinik inilah pilihan tepat! Mereka menyediakan semua keperluan kucing kesayangan anda serta menawarkan penginapan seperti hotel. 

Bagaimana pula jika anda baru pulang dari kampung atau sedang bercuti dan tidak sempat mengambil kucing anda? Tak perlu risau, mereka juga menawarkan pengambilan dan penghantaran (iVET Mobile) hingga ke pintu rumah anda! Wah, menarik kan?

Alamat: Ground floor, 86, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 6.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5545 3560


6. Klinik Haiwan Dr Hawa Shah Alam, Tadisma Business Park

Klinik Haiwan Dr Hawa Shah Alam, Tadisma Business Park

Klinik haiwan seterusnya adalah Dr Hawa Shah Alam di Tadisma Business Park. Klinik Veterinar Dr Hawa ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Dr. Hawa, seorang doktor perubatan veterinar dari UPM. Klinik ini mempunyai sepasukan enam pembantu, kesemuanya memiliki kelayakan UPM.

Dengan semangat bersama untuk penjagaan kucing, pakar veterinar di klinik ini berusaha untuk membawa kebahagiaan kepada kehidupan pemilik kucing. 

Seterusnya, klinik ini mempunyai empat cawangan utama, iaitu di Shah Alam yang merupakan ibu pejabatnya, di Kuala Lumpur, di Nilai dan di Bangi. Tambahan pula, klinik ini menyediakan perkhidmatan komprehensif untuk kucing anda, termasuk konsultasi, perubatan, pergigian, rawatan dan pembedahan. 

Klinik ini juga menyediakan Kit Ujian Rapid (FPV, FeLV + FIV, Toxoplasma, Giardia, Ujian Immunocomb), kawalan parasit, neuter dan vaksinasi. Namun, untuk proses vaksinasi anda hendak biarkan kucing anda bersama mereka selama 2 hari 1 malam mengikut SOP mereka.

Alamat: 51, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 1.00 pm, 2.30 pm – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dr Hawa Shah Alam


7. Lynn Veterinary Clinic, Taman TTDI Jaya

Lynn Veterinary Clinic, Taman TTDI Jaya

Lynn Veterinary Clinic ialah klinik haiwan yang mengkhusus dalam perkhidmatan veterinar untuk haiwan peliharaan. Berada di Shah Alam, klinik haiwan ini secara tidak langsung lebih memfokuskan kepada rawatan kucing.

Klinik haiwan ini berusaha untuk memenuhi keperluan tempatan dari semasa ke semasa. Walaupun rancangan asalnya hanyalah untuk menyediakan perkhidmatan veterinar, mereka mula menjual bekalan dan peralatan haiwan peliharaan untuk memenuhi keperluan tempatan.

Terdapat tindak balas yang positif hadir dalam kalangan pelanggan yang datang ke klinik ini. Mereka mengatakan bahawa Dr Lynn sangat berhati mulia dan sentiasa bersemangat terhadap pesakit kucingnya. Dr. Lynn dan rakan sekerjanya, Dr. Veni benar-benar menjaga pesakit mereka dan mengambil inisiatif untuk menerangkan diagnosis kepada pelanggan mereka.

Alamat: 39, Jalan Opera K U2/K, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm), Sabtu ( 10.00 am – 2.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Klinik Vet Lynn


Jika anda sedang mencari klinik haiwan yang terbaik di Shah Alam, kami harap senarai ini dapat membantu anda membuat pemilihan. Jangan lepaskan peluang untuk merawat haiwan anda di klinik-klinik hebat ini. Anda boleh layari laman web klinik tersebut atau hubungi mereka untuk membuat temujanji.

Ingatlah, sebagai pemilik haiwan peliharaan, anda bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan haiwan kesayangan anda terjaga. Haiwan kesayangan anda berhak mendapat rawatan terbaik yang anda mampu berikan. Jadi, pilihlah klinik yang sesuai untuk menjaga kesihatan si kecil anda. 

Jika anda juga sedang mencari klinik terbaik untuk anak anda di sekitar Shah Alam, kami sarankan anda kunjungi ke klinik kanak-kanak yang berdekatan. Jangan risau, kami sedia untuk membantu! Sila lihat artikel kami, 6 Klinik Pakar Kanak-Kanak Terbaik di Shah Alam, untuk mula mencari.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Klinik Haiwan yang Terbaik di Petaling Jaya

Haiwan peliharaan merupakan peneman kepada ramai orang yang tinggal di kawasan bandar bagi menenangkan mereka selepas penat bekerja seharian. Walaupun begitu, mereka mudah terdedah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x