Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

4 Pasar Tempatan Tumpuan Pelancong Malaysia Di Hat Yai

Hat Yai adalah destinasi popular di Thailand, terkenal dengan suasana pasar tempatannya yang menjadi tumpuan pelancong, terutama dari Malaysia. Terdapat empat pasar tempatan yang sering menjadi bualan pelancong dari Malaysia yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik iaitu; Kim Yong Market, Khlong Hae Floating Market, ASEAN Night Bazaar, dan Greenway Night Market. Setiap pasar mempunyai daya tarikan tersendiri dan menawarkan pelbagai barangan, makanan tempatan, dan suasana hiburan malam yang menarik. Mari kita teroka lebih lanjut tentang pasar-pasar ini untuk ketahui makanan sedap, membeli cenderahati, dan merasai kehidupan malam yang seronok di Hat Yai.


1. Kim Yong Market

Kredit Gambar: Internet

Kim Yong Market adalah salah satu pasar terkenal di Hat Yai yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Pasar ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kasut, aksesori, makanan tempatan, dan cenderahati. Keistimewaan Kim Yong Market adalah harga yang berpatutan dan boleh ditawar-menawar. Pelancong sering membeli pakaian, makanan kering seperti keropok lekor, kekacang dan cenderahati kraftangan tradisional ketika melawat pasar ini.

Alamat: Kim Yong Market, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi: Setiap Hari (10 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Website


2. Khlong Hae Floating Market

Kredit Gambar: FB Khlong Hae Floating Market

Khlong Hae Floating Market merupakan pasar terapung yang unik di Hat Yai. Pelancong dapat menikmati suasana yang berbeza sambil berjalan di atas jambatan dan membeli makanan dari perahu-perahu yang menjaja makanan, minuman, dan cenderahati. Keistimewaan pasar ini adalah variasi hidangan makanan laut segar, seperti udang, sotong, dan ketam. Pelancong juga sering membeli cenderahati yang dijual di pasar ini. Menariknya barangan cenderahati di pasar ini ialah ianya dijual pada harga yang lebih berpatutan berbanding di tempat lain.

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi: Jumaat – Ahad (2 petang – 9 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan| Facebook


3. ASEAN Night Bazaar

Kredit Gambar: Facebook ASEAN Night Bazaar

ASEAN Night Bazaar adalah pasar malam yang popular di Hat Yai. Di sini, pelancong dapat menikmati suasana yang meriah dan membeli pelbagai aneka makanan, produk lokal seperti cenderahati dan pakaian pada harga yang berpatutan. Pasar ini menawarkan pakaian, aksesori, barangan elektronik, makanan tempatan, dan banyak lagi. Keistimewaan pasar malam ini adalah pilihan barangan yang banyak dalam keadaan suasana yang meriah terutama sekali pada waktu malam. Pelancong sering singgah ke pasar ini pada waktu malam dan mencuba pelbagai jenis makanan Thai yang menarik serta berjalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan untuk bersantai-santai.

Alamat: 76 Chotevittayakul 3 Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4:30 petang – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Facebook


4. Greenway Night Market

Kredit Gambar: Facebook Greenway Night Market

Greenway Night Market adalah pasar malam yang terletak di sepanjang Jalan Kanjanavanich di Hat Yai. Pasar ini menawarkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kasut, aksesori, makanan, dan hiburan jalanan. Keistimewaan pasar malam ini adalah suasana yang santai dan alunan muzik jalanan yang menghiburkan. Pelancong sering menghabiskan waktu di sini dengan membeli pakaian fesyen terkini, aksesori, dan mencuba makanan seperti kerang bakar, dan minuman segar seperti jus buah-buahan semasa melawati pasar ini.

Alamat: 1406/4 Kanjanavanit Road, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4 petang – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Website | Facebook | Instagram


Setiap pasar di Hat Yai menawarkan pengalaman suasana yang unik dan pelbagai produk menarik yang ditawarkan kepada pelancong. Daripada barangan seharian seperti pakaian dan aksesori kecil kepada pelbagai jenis makanan, cenderahati, dan barangan elektronik, pelancong berpeluang untuk nikmati suasana yang berbeza dan rasa kemeriahan membeli-belah di pasar semasa melancong ke Hat Yai. Jangan lupa untuk sentiasa periksa cuaca dan waktu operasi terkini untuk memudahkan perjalanan percutian anda di Hat Yai!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

3 Tempat Menarik Di Sadao, Bandar Berdekatan Hat Yai

Sadao, sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla di Thailand dan berhampiran sempadan Thai-Malaysia. Memakan masa sekitar 55 minit dari Hat Yai, Sadao berfungsi sebagai...

Top 9 Tempat Shopping di Hat Yai yg Best

Bagi para pelancong yang suka berbelanja macam-macam semasa melancong, Hat Yai menawarkan banyak pilihan tempat shopping untuk ANDA! Dari pusat membeli-belah moden hingga pasar...

7 Tempat Menarik Di Satun, Bandar Berdekatan Hat Yai

Terletak di bahagian selatan Thailand, Satun adalah wilayah yang diberkati dengan keindahan semula jadi yang luar biasa. Dengan ekosistemnya yang pelbagai, pantai yang bersih...

Top 5 Muslim-Friendly Kafe Di Hat Yai

Apabila melancong ke Hat Yai, para pelancong Muslim terutama dari Malaysia berpeluang untuk menikmati pelbagai pilihan kafe yang mesra-Muslim. Kafe-kafe ini tidak hanya menawarkan...

Hat Yai – Destinasi Pelancongan Berbaloi Untuk Semua Pelancong

Hat Yai ialah sebuah bandar di selatan Thailand (Wilayah Songkhla) yang menawarkan banyak tarikan untuk pelancong dari semua peringkat umur. Sama ada anda sedang...

8 Aktiviti Wajib Dilakukan Oleh Pelancong Bila Datang Ke Hat Yai

Hat Yai ialah destinasi popular untuk pelancong yang mencari percutian penuh dengan budaya, alam semula jadi dan masakan yang lazat. Bandar yang sibuk ini...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x