Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Tempat Menarik Di Songkhla, Bandar Berdekatan Hat Yai

Songkhla antara salah satu bandar yang berdekatan dengan Hat Yai ini menyimpan pelbagai sejarah menarik untuk kita terokai! Dengan seni binanya yang menakjubkan berserta dengan kawasan bersejarah pasti membuatkan anda tertarik untuk melihatnya!


5+ Tempat Menarik Berdekatan Hat Yai – Songkhla, Thailand

1. Songkhla National Museum

Kredit Gambar: Songkhla National Museum

Daripada Hat Yai, mari mulakan perjalanan anda dengan melawati Muzium Nasional Songkhla! Muzium ini adalah sebuah institusi kebudayaan yang memelihara dan memaparkan sejarah, seni, dan warisan budaya daerah ini. Dengan pelbagai koleksi artifak dan pameran yang ditunjukkan, pelancong dapat menimba ilmu dan pandangan tentang tamadun purba, tradisi dan kehidupan tempatan.

Pelancong juga berpeluang menerokai galeri khusus untuk arkeologi, antropologi, seni dan sejarah semula jadi untuk memberikan pengalaman yang menarik dari sudut pendidikan.

Alamat: 6H2Q+WCM road Wichian Chom – Rong Mueang Alley Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (9 pagi – 4 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Info Lanjut | Facebook


2. Songkhla Old Town

Kredit Gambar: thailandtourismdirectory.go.th & FB Songkhla Old Town

Songkhla Old Town terkenal dengan daya tarikan seni dan warisan budayanya. Pekan ini menampilkan seni bina era kolonial yang dipelihara dengan baik dengan gabungan pengaruh Sino-Portugis, yang dengan sendirinya boleh dianggap sebagai galeri seni terbuka. Pelancong dapat berjalan-jalan di sekitar pekan yang dihiasi dengan hiasan berwarna-warni yang dapat mewujudkan suasana bak ‘syurga yang ideal’ khas untuk para seni artis , jurugambar dan pencinta keindahan seni bina.

Pekan ini juga menawarkan latar belakang yang indah untuk inspirasi artistik dan kreativiti. Jadi, anda berpeluang untuk datang dan lihat Street Art Songkhla dan Gerbang lama Old Songkhla Town untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.

Alamat: 5HWQ+3X9, Raman, Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap Hari (24 jam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut | Facebook


3. Songkhla Weekend Night Market

Kredit Gambar: songkhla.go.th

Songkhla Weekend Night Market yang juga dikenali sebagai Songkhla Walking Street menawarkan suasana yang meriah dan pelbagai jenis gerai yang menjual makanan tempatan, makanan ringan, kraftangan dan cenderamata. Pelancong boleh melibatkan diri dalam suasana yang meriah dengan merasai makanan jalanan yang lazat, serta menerokai pelbagai jenis produk yang terdapat di pasaran popular ini. Jangan lepaskan peluang untuk merasai snek tradisional dan makanan jalanan sepanjang perjalanan.

Alamat: 6H2Q+RR3, Chana Rd, Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Waktu Operasi: Jumaat-Sabtu (5 petang – 10 malam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web 


4. Songkhla City Pillar Shrine

Kredit Gambar: thailandtourismdirectory.go.th

Songkhla City Pillar Shrine yang terletak di Songkhla Thailand ini adalah tempat keagamaan dan budaya yang dihormati. Ia mempunyai kepentingan yang besar dalam masyarakat tempatan dan terkenal dengan ukiran dan hiasan yang menarik. Pelancong berpeluang untuk mengagumi kepentingan sejarah kuil dan memberi penghormatan di tempat ibadat suci ini.

Alamat: Nang Ngam, Tambon Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap Hari (8 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Laman Web | Info Lanjut 


5. Tang Kuan Hill

Kredit Gambar: Google Map

Untuk pemandangan panoramik Songkhla, disarankan untuk mendaki Bukit Tang Kuan. Bukit ini adalah rumah kepada kuil gaya Cina dan patung Buddha emas yang menjulang tinggi. Pelancong boleh mendaki bukit dan menikmati suasana tenang dan pemandangan menakjubkan serta memberikan ketenangan alam yang indah.

Alamat: Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Waktu Operasi: Setiap Hari (24 jam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


6. Samila Beach

Kredit Gambar: Tourism Thailand & Istock Photo

Samila Beach atau Pantai Samila ini merupakan tarikan popular berdekatan dengan Songkhla. Pelancong boleh menikmati berjalan-jalan santai di sepanjang pantai berpasir, mengagumi patung Golden Mermaid yang ikonik, dan menikmati pemandangan Teluk Thailand yang menakjubkan. Kebiasannya, pelancong akan singgah ke sini selepas berjalan-jalan di sekitar Hat Yai untuk mendapatkan angin yang nyaman dan tenang.

Pantai ini menawarkan suasana yang tenang dan merupakan tempat yang sesuai untuk berehat, bersantai dan menghargai keindahan pantai di daerah ini.

Alamat: Songkhla, Thailand

Waktu Operasi: Setiap Hari (24 jam)

Hotel Terdekat | Lokasi | Ulasan | Info Lanjut


Kesimpulannya, Songkhla ialah destinasi yang menggabungkan sejarah, seni dan keindahan semula jadi yang mampu meninggalkan kesan yang unik kepada setiap pengunjungnya. Destinasi ini dapat diterokai dengan hanya mengambil masa kira-kira satu atau dua jam bergantung pada masa anda. Walaupun singkat tapi ianya sangat berbaloi untuk dikunjungi.

Jadi, mari kemaskan beg anda dan mulakan perjalanan anda ke Songkhla!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Makanan Selatan Thailand Wajib Cuba Di Hat Yai

Jika anda berkunjung ke Hat Yai, pastikan untuk mencuba top 10 makanan yang terkenal dengan rasa yang unik dan mencerminkan kekayaan budaya dan kelazatan...

3 Tempat Menarik Di Dannok, Bandar Berdekatan Hat Yai

Dannok ialah sebuah bandar kecil terletak di berhampiran Bandar Sadao dan terkenal dengan perdagangan sempadan yang sibuk dan berdekatan dengan Malaysia. Pekan yang juga...

6 Tempat Menarik Untuk Dilawati Pada Waktu Malam Di Hat Yai

Hat Yai, sebuah bandar yang terkenal di selatan Thailand, menawarkan pelbagai pilihan tempat menarik untuk dilawati pada waktu malam. Dari pasar malam yang meriah...

4 Pasar Tempatan Tumpuan Pelancong Malaysia Di Hat Yai

Hat Yai adalah destinasi popular di Thailand, terkenal dengan suasana pasar tempatannya yang menjadi tumpuan pelancong, terutama dari Malaysia. Terdapat empat pasar tempatan yang...

Top 9 Tempat Shopping di Hat Yai yg Best

Bagi para pelancong yang suka berbelanja macam-macam semasa melancong, Hat Yai menawarkan banyak pilihan tempat shopping untuk ANDA! Dari pusat membeli-belah moden hingga pasar...

5 Tempat Menarik Di Phatthalung, Bandar Berdekatan Hat Yai

Phatthalung merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di wilayah selatan Thailand dan merupakan destinasi yang jarang diketahui tetapi menawarkan pengalaman yang menarik kepada para...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x