Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Homestay Terbaik di Pulau Ketam Untuk Pilihan Anda!

Bagi anda yang tidak pernah mendengar nama Pulau Ketam, destinasi ini adalah sebuah tempat yang menarik dan terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang. Walaupun namanya jarang didengari, namun jangan terkejut kerana Pulau Ketam ini telah wujud sejak tahun 1880 lagi.

Pulau ini merupakan antara destinasi yang popular kerana pantainya yang cantik dan airnya yang jernih. Tambahan lagi, pulau ini juga terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan unik. Jadi, tidak hairanlah ianya sering menjadi tumpuan bagi mereka yang menggemari aktiviti snorkeling dan menyelam.

Selain itu, antara tarikan lain yang menjadikan pulau ini sering dipenuhi para pelancong adalah sebuah rumah terapung yang mempunyai ketinggian antara 1 hingga 10 meter dari paras laut. Pulau ini juga turut terkenal dengan makanan laut yang lazat serta terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan.

Jika anda merancang untuk bercuti di sini, anda tidak perlu bimbang akan tempat tinggal kerana di sini kebanyakannya terletak berhampiran kampung nelayan yang didiami oleh masyarakat Cina Muslim. Oleh itu, kami ingin kongsikan dengan anda lima pilihan homestay terbaik di Pulau Ketam. Semoga membantu!

5 Homestay di Pulau Ketam


1. Long Stay Pulau Ketam, Sungai Satu

Long Stay Pulau Ketam, Sungai Satu

Adakah anda berkunjung ke Pulau Ketam dan mencari tempat penginapan yang selesa untuk anda dan keluarga? kami sarankan anda untuk cuba menetap di Long Stay Pulau Ketam!

Homestay ini sering menjadi pilihan para pengunjung kerana pemiliknya yang sangat ramah dan baik. Anda akan dihidangkan dengan makanan ringan khas yang hanya dapat diperoleh ketika menetap di sini, iaitu kek gula perang dan kek sayur. 

Tambahan pula, setiap bilik dihiasi dengan lukisan kartun yang menarik dan tema yang berbeza yang pastinya dapat menarik minat anda. Homestay ini adalah pilihan yang tepat jika anda ingin merasai suasana kehidupan kampung nelayan.

Istimewanya di sini, anda dapat memancing ikan kecil dan udang serta dapat merasai pengalaman menangkap ikan menggunakan pukat. Malah, jika anda bernasib baik kemungkinan anda akan dapat melihat ikan lumba-lumba!

Alamat: 998, Sungai Satu, Pulau Ketam, 42940 Klang, Selangor

Lokasi | Blog | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Long Stay 


2. Homestay Teratak Umi Klang, Kampung Batu 4

Homestay Teratak Umi Klang, Kampung Batu 4

Bagi anda yang inginkan homestay yang lebih selesa dan suasana yang lebih ke arah kawasan perumahan melayu, Teratak Umi Klang ini adalah penyelesaian untuk masalah anda. Walaupun jaraknya dengan Pulau Ketam mengambil masa sehingga 30 minit perjalanan, namun homestay ini juga sering menjadi pilihan para pengunjung.

Homestay ini bukan sahaja terkenal dengan pemiliknya yang baik dan ramah, namun homestay ini juga sering disebut sebagai homestay yang bersih dan kawasan persekitarannya yang sangat selesa. 

Salah satu keistimewaan homestay ini, ianya terletak bersebelahan masjid di mana ianya merupakan laluan utama penduduk stempat. Jadi, anda tidak akan berasa sunyi jika menginap di sini.

Selain itu, kedai makan dan kedai runcit juga mudah untuk didapati di sekitar kawasan homestay ini. Walau bagaimanapun, walaupun homestay ini terdapat banyak kelebihan, namun harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan kami pasti homestay ini pastinya menepati citarasa anda!

Alamat: Lot 23396, Jalan Wan Hassan, Jalan Kapar, Kampung Batu 4, 42100 Klang, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Teratak Umi


3. Pulau Ketam D’island Beds & Cafe, Jalan Tepi Sungai

Pulau Ketam D’island Beds & Cafe, Jalan Tepi Sungai

Berbeza dengan homestay yang lain, Pulau Ketam D’island Bed & Cafe menawarkan beberapa kelainan khas untuk anda. Homestay ini mempunyai sehingga 45 buah bilik dan semestinya amat sesuai jika anda datang bersama keluarga dengan jumlah ahli yang agak ramai.

Kebanyakan pengunjung yang telah menginap di sini amat berpuas hati terhadap servis yang disediakan. Mereka juga telah menyatakan bahawa mereka tidak ragu-ragu lagi untuk kembali menginap di sini pada masa akan datang.

Homestay ini terbukti memiliki persekitaran yang cantik dan bersih di samping kawasan di dalamnya yang agak selesa. Menariknya, ianya terletak hanya 5 minit perjalanan berjalan kaki menuju ke terminal feri. Jadi, mudahlah untuk anda yang ingin melakukan pelbagai aktiviti di kawasan sekitar.

Walaupun ianya kelihatan seperti kecil, namun setiap bilik mempunyai tandas sendiri dan anda tidak perlu berkongsi dengan pengunjung lain. Secara tidak langsung, privasi anda akan terjaga. Menarik bukan?

Alamat: 8, Jalan Tepi Sungai, 42940 Pulau Ketam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D’island


4. Little Happiness Homestay Pulau Ketam, Jalan Tiga

Little Happiness Homestay Pulau Ketam, Jalan Tiga

Tidak kira seberapa lama anda merancang untuk bercuti dan menetap di sini, Little Happiness Homestay Pulau Ketam sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Anda semestinya akan diberikan servis dan layanan yang baik jika menginap di homestay ini.

Istimewanya di sini, anda akan didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan kawasan sekitar. Malah, anda juga akan dibawa bersiar-siar ke tempat menarik tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan pun! Mereka turut menyediakan perkhidmatan sewa basikal dan anda boleh bersiar-siar pada waktu petang menikmati udara yang tenang dan nyaman.

Satu bonus untuk anda yang memilih untuk menetap di sini, anda akan dapat merasai suasana malam yang sunyi dan tenang. Pastinya ianya akan menjadi salah satu daripada pengalaman termanis anda ketika berkunjung ke sini!

Alamat: .136-R, Jalan Tiga, Pulau Ketam, 42940 Klang, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Little Happiness


5. Happiness Family Homestay, Jalan Satu

Happiness Family Homestay, Jalan Satu

Melihat sahaja pada namanya, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk tempah dan menginap di sini. Happiness Family Homestay ini menjanjikan anda pengalaman percutian yang pasti tidak akan anda lupakan.

Walaupun ruang homestay ini agak kecil, namun anda pasti akan selesa dengan keadaannya yang bersih dan kemas. Selain itu, homestay ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan asas yang semestinya anda perlukan. 

Setibanya anda ke homestay ini, anda akan diiring oleh pemilik homestay ini dan pastinya anda akan diberi layanan yang baik dan istimewa. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan sebarang bantuan, anda boleh bertanya kepada pemilik homestay ini dan menariknya anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran. 

Jadi tunggu apa lagi, klik sahaja nombor di bawah dan buatlah tempahan anda sekarang!

Alamat: No 38, Jalan Satu, 42940 Bagan Pulau Ketam, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Happiness Family


Kami harap dengan adanya senarai homestay di Pulau Ketam ini, dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang sebaiknya. Semoga percutian anda ke Pulau Ketam akan menjadi salah sebuah pengalaman percutian yang sangat bermakna! Dengan pemilihan homestay yang tepat untuk anda menginap, percutian anda pastinya akan lebih sempurna.

Jika anda juga sedang mencari homestay di sekitar Cyberjaya, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 7 Homestay di Cyberjaya yang Menjadi Pilihan Pengunjung. Semoga bermanfaat!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x