Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Ramadhan Buffet 2016 di Pullman Putrajaya Lakeside

Di bulan puasa yang penuh barakah, sesekali berbuka puasa berbuffet di luar dan di kawasan yang tenang tepi tasik serta suasana meriah bersama dengan keluarga atau isteri tercinta pasti akan menggembirakan mereka. Sekurang-kurangnya boleh menghabiskan masa yang berkualiti bersama dengan keluarga selepas seharian penat berkerja. Tahun 2016 ini dengan temanya Magical Ramadhan Nights, sekali lagi Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan servis yang eksklusif kepada bakal tetamu untuk Buffet Ramadhan 2016 di sini.

Salah satu destinasi menarik untuk Ramadhan Buffet 2016 yang boleh orang KL atau Selangor datang adalah di Pullman Putrajaya Lakeside yang sering menjadi pilihan warga setempat saban tahun sebagai destinasi berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan sekerja. Untuk melihat sendiri suasana di sekitar buffet Ramadhan di sini, apa kata tonton video di bawah supaya anda dapat gambaran apa yang best dan apa yang boleh anda jangkakan dalam kepala anda apabila berbuka puasa di sini nanti.
Senarai Buffet Ramadhan 2016 <<


sumber video: pullman putrajaya lakeside

Promosi Harga Buffet Ramadhan 2016 di Pullman Putrajaya Lakeside

Bagi anda yang masih mencari promosi pakej buffet Ramadhan dalam bulan May 2016 ini, jangan lupa untuk lihat tawaran diskaun 25% yang diberikan kepada mereka yang membeli voucher sebelum 15 May 2016. Jadi selepas 25% Diskaun harganya menjadi:

  • Dewasa: RM 126.75 nett/pax
  • Kanak-kanak: RM 97.50 nett/pax

Jadi sekiranya anda lambat , dan membeli selepas 15th May 2016, maka harganya akan naik menjadi harga asal kepada:

  • Dewasa: RM 169.00 nett/pax
  • Kanak-kanak: RM 130.00 nett/pax

Selain itu, sekiranya anda membeli 10 voucher Buffet Ramadhan 2016 di sini, anda bakal menerima satu voucher istimewa sebagai saguhati untuk penginapan di Bilik Superior di sini.

Menu makanan berbuka puasa yang menarik

Kalau nak dibandingkan dengan beberapa destinasi berbuka puasa lain, mungkin anda fikirkan harganya agak mahal sedikit. Bak kata orang, apa yang anda bayar itulah yang anda akan dapat.

Di sini pihak Pullman Putrajaya Lakeside menyajikan aneka pilihan makanan dan juadah berbuka yang eksklusif dan sedap-sedap seperti homemade turkish delight, pilihan masakan daging yang segar, gerai makanan laut, gerai durian, salad segar dan lebih 20 gerai lain baik makanan wajib Buffet Ramadhan ataupun minuman yang menyegarkan.  Tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan live termasuk muzik tradisional, badut magis dan sebagainya. 

Tempahan dan Lokasi Berbuka Puasa

Lihat Peta

buffet ramadhan 2016 sedap putrajaya

Untuk pertanyaan dan tempahan sila berhubung dengan:

  • tel: 03-8890 0000
  • email: magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

Alamat: Pullman Putrajaya Lakeside, No.2, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Selamat berbuka puasa dengan insan yang tersayang di Pullman Putrajaya Lakeside. Selepas berbuka puasa bolehlah pula jalan-jalan di sekitar tasik di Putrajaya atau solat Terawih di Masjid Putrajaya. Wassalam.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Promosi Buffet Ramadhan 2016 di Royale Bintang Hotel Seremban

Sejak April 2016, beberapa destinasi buka puasa yang kebanyakanya hotel-hotel telah melancarkan pakej promosi Early Bird untuk mereka yang beli voucher Buffet Ramadhan 2016...

Buffet Ramadhan 2016 Sime Darby Convention Centre

Adakah anda peminat makanan Cina terutamanya Dim Sum? Kalau jawapannya YA maka bulan puasa yang akan muncul Jun 2016 nanti bolehlah cuba untuk berbuka...

Buffet Ramadhan 2016 di Holiday Villa Cherating

Tahun ini Holiday Villa di Cherating menawarkan pakej Buffet Ramadhan 2016 yang sangat berpatutan untuk anda cuba. Samaada anda berada di Kuantan atau mungkin...

Ramadhan Buffet 2016 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Shah Alam mempunyai banyak destinasi dan tawaran menarik untuk program Ramadhan Buffet untuk tahun 2016. Salah satu destinasi yang memang tidak asing lagi setiap...

Early Bird Promotion Buffet Ramadhan 2016 – Tropicana Golf Country Resort PJ

Buffet Santapan 29 Malam is back. Itulah tagline menarik untuk program Buffet Ramadhan 2016 yang dipromosikan oleh Tropicana Golf & Contry Resort, sebuah destinasi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x