30 Tempat Makan BEST di Port Dickson Untuk Pelancong Terjah

Sudah menjadi kelaziman kita sebagai pelancong, kalau bercuti di mana-mana tempat menarik di Malaysia sudah tentu kita ingin mencuba makanan tempatan yang popular atau membawa keluarga bersantapan di destinasi restoran menarik. Port Dickson yang menjadi lokasi percutian popular di Negeri Sembilan mempunyai banyak destinasi makan menarik untuk diterjah baik untuk sarapan pagi, makan tengahari lauk orang Nogori ataupun makan malam di medan ikan bakar popular. Untuk memudahkan anda mencari destinasi makan menarik sebegini di PD, di bawah ini disertakan senarai beberapa restoran, medan ikan bakar atau warung yang popular yang ada di sekitar Port Dickson.

Perlu anda tahu, tempat makan best di Port Dickson seperti yang dikongsikan di bawah bukannya hasil cadangan lidah seorang individu, tetapi lebih kepada populariti & cadangan orang setempat. Bagaimana rasanya & servis restoran tersebut adalah banyak bergantung kepada nasib masing-masing. Senarai destinasi ini hanya untuk mereka yang ingin mencari idea tempat makan menarik di Port Dickson yang popular. Teruskan membaca.


30 Restoran, Cafe, Warung & Destinasi Makan Menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan

1. Nasi Arab 115 PD

tempat makan best di port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kapada anda yang gemar makan nasi arab, terdapat satu tempat makan best di Port Dickson ni tau. Makan makanan Arab ni memang best kalau bersama-sama keluarga tersayang kerana saiz hidangan mereka yang besar. Jadi, singgahlah ke Nasi Arab 115 Port Dickson ni. Menu makanan arab di sini memang pelbagai dan nampak sedap-sedap belaka. Mereka ada menyediakan set ayam dan set kambing yang sesuai dimakan dari 5 ke 8 orang. Makanan arab ni makan kongsi-kongsi baru seronok. Kalau taknak makan kongsi-kongsi tu, mereka ada juga set single RM 16 untuk ayam dan RM 22 untuk kambing. Anda pasti akan kekenyangan makan di sini.

Nak cuba makan nasi arab dengan menu istimewa mereka iaitu kambing bakar HARIMAU senyum juga ada dijual dan rasanya memang sedap dengan daging yang empuk. Balik je daripada makan kambing bakar di sini dijamin akan senyum sampai ke telinga. Jadi, apa tunggu lagi. Datanglah beramai-ramai di kedai makan dengan ruangan yang santai ini. Jangan risau tempat letak kereta mereka memang luas dan mampu menampung pelanggan yang ramai.

Peta Lokasi | Jarak | +60102080115 | Facebook

  • No 1, Jalan Coral 1, Medan Coral, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 11.00 am – 8.00 pm


2. Mient’s Burger

mients burger port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Pernah makan burger burung unta atau burger rusa? Kalau teringin nak cuba, jom kita terjah Mient’s Burger. Restoran ini umumnya menyajikan banyak menu makanan berkonsepkan burger & menu western. Pilihan makanan di sini juga sangat pelbagai & persembahan makanan untuk santapan tetamu juga sangat menarik yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar-sabar nak makan. Ada juga menu-menu burger pelik seperti burger burung unta, burger rusa, burger arnab, burger kambing & sebagainya. Kalau anda pertama kali datang ke sini, pasti akan mengambil masa 5-10 minit untuk baca menu & berfikir nak makan apa. Semua menu nampak menarik & best!

Deko dalaman restoran ini juga sangat cantik & ceria dengan warna kuning menjadi tema utamanya. Destinasi kedai ini juga tidaklah terlalu besar seperti medan selera tetapi cukup untuk menampung mereka yang datang secara besar-besaran mungkin untuk adakan sambutan hari jadi. Tambahan pula, terdapat juga meja-meja makan yang banyak di depan & sisi restoran Mient’s Burger ini. Satu tempat makan malam di Port Dickson yang sangat disyorkan sekiranya anda sudah muak makan di fast-food restaurant.

Peta Lokasi | Jarak |  6017-3064649 | Facebook

  • 258, Kilometer 1, Jalan Pantai, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 3.30 pm – 1.00 am


3. MHR Burger’s Port Dickson

kedai makan menarik di port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi yang mencari tempat makan menarik untuk minum petang atau mungkin makan malam di PD, salah satu destinasi yang disyorkan adalah MHR Burger’s. Seperti nama kedainya, destinasi ini menyajikan makanan yang lebih kepada selera barat dengan menu burger & juga beberapa menu santai lain seperti Roti John, Oblong, aneka pasta & macam-macam lagi.

Walaupun menu makanannya mungkin biasa kita dengari tetapi destinasi ini mempunyai ramai pengemar tegarnya. Pilihan makanan di sini juga agak banyak & ada juga sesetengahnya adalah menu Melayu + Western yang sudah tentu lebih mesra dengan selera orang Melayu seperti nasi goreng chicken chop atau anda boleh order MHR Talam yang merupakan kombinasi nasi goreng + ayam crispy + ayam bakar + sosej bakar. Menu sebegini memang menyeronokkan untuk dimakan secara berjemaah dengan rakan-rakan & ahli keluarga.

Peta Lokasi | Jarak |  6018-2877885 | Facebook

  • 11G, Jalan Remis 2, Medan Remis Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 4.00 pm – 1.00 am (setiap hari)


4. PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM 2

pd cendol famous sedap

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda bercuti di PD secara bajet & mencari tempat lunch yang murah tetapi sedap, ini adalah destinasinya. Destinasi ini dipilih sebagai salah satu tempat makan menarik di Port Dickson bukan kerana jumlah patah perkataan nama kedainya yang panjang, tetapi kerana kesedapan menu-menu santai yang ada di sini yang sangat ideal untuk pelancong tempatan menjamu selera. Konsep kedai terbuka & self service ini menawarkan pelbagai menu yang menarik untuk minum petang ataupun untuk makan tengahari.

Selain pelbagai pilihan menu cendol yang ada seperti cendol kacang merah, cendol durian, cendul pulut & cendol jagung, destinasi ini juga ada menyediakan makanan berat yang tidak kurang sedapnya seperti black paper lamb grilled, kerang rebus, rojak, laksa, nasi kambing bakar & macam-macam lagi. Satu kedai makan menarik di PD yang boleh dilabelkan one stop centre untuk anda mencuba menu-menu makanan santai popular orang Malaysia.

Peta Lokasi | Jarak

  • PD Famous Cendol Coconut Shake, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 11.00 am – 7.00 pm


5. Double Queue Thai Cuisine Port Dickson

kedai masakan thai port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda mencari destinasi makan tengahari atau makan malam di sebuah restoran yang selesa & elegan, restoran yang terkenal dengan menu masakan Thai ini perlu anda pertimbangkan untuk diterjah. Restoran yang kelihatan agak mewah dengan dekorasi geometri berwarna warni ini pasti akan memberikan pengalaman makan yang berbeza dari kebanyakan kedai makan biasa lain.

Sangat sesuai untuk anda bersantapan di sini sekiranya sedang bercuti di PD bersama yang tersayang ataupun bersama ibu bapa. Sekali sekala bawa mereka ke tempat makan yang menarik sebegini, apa salahnya bukan? Lokasi restoran ini juga sangat strategik bersebelahan PD Waterfront di Bandar Port Dickson & hanya berjalan kaki sekiranya anda menginap di Hotel Port Dickson.

Peta Lokasi | Jarak |  606-6463139 | Facebook | Website

  • 4-G-18 Persiaran Waterfront, PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 11.00 am – 11.00 pm (setiap hari)


6. Restoran Aden

adens restaurant port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bercuti di destinasi pelancongan yang popular seperti di Port Dickson memang menyeronokkan. Bukan sahaja terdapat destinasi makan menarik untuk menu orang tempatan, malah ada juga restoran menarik untuk anda mencari makanan negara luar. Salah satu tempat makan menarik di Port Dickson yang menyediakan makanan dari timur tengah & khususnya dari Negara Yaman adalah Restoran Aden.

Makanan dari Negara Yaman tidak dinafikan mempunyai ramai peminatnya di Malaysia. Pelbagai menu menarik yang dihidangkan di Restoran Aden untuk santapan pengunjung seperti Chicken Mandy, Lamb Khabsah, Lamb Buram, Lamb Madghout & sebagainya. Selain itu, menu lauk yang dipanggang juga ada disediakan di Restoran Aden seperti Khabab Chicken, Khabab Halabi, Arayes Lamb & sebagainya. Restoran yang diusahakan oleh orang Yaman ini sudah tentu akan memberikan rasa timur tengah yang asli & sedap untuk anda menjamu selera bersama keluarga.

Peta Lokasi | Jarak |  606-6462586 | Facebook

  • PD Centre Point, No 61, Bandar Port Dickson, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 11.00 am – 11.00 pm (setiap hari)


7. Asam Pedas Kasih Ibu

restoran asam pedas port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Anda mencari satu destinasi untuk makan tengahari dengan pilihan menu makanan orang Nogori yang banyak? Apa kata ke Restoran Asam Pedas Kasih Ibu. Terdapat bermacam-macam pilihan lauk pauk orang setempat di sini seperti masak salai, asam pedas nogori, masak lemak cili api, ikan bakar & sebagainya. Kalau anda bercuti di Port Dickson & baru pertama kali ke Negeri Sembilan, wajib ke destinasi tempat makan sebegini dalam misi menerokai keunikan & keenakan makanan orang Negeri Sembilan.

Kedai makan ini sangat popular pada waktu tengahari di kalangan orang setempat & pelancong. Maklumlah, kalau nak cari makanan asli orang Negeri Sembilan di PD ini memang susah & tidak banyak pilihan seperti di Seremban. Mujurlah ada Restoran Asam Pedas Kasih Ibu ini yang boleh anda terjah untuk merasai keunikan makanan di sini. Lokasinya juga sangat strategik & berdekatan dengan pantai paling popular di Port Dickson, iaitu Pantai Teluk Kemang.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-3245710

  • No 183, Batu 7 3/4, Jalan Pantai, Telok Kemang,, Taman Bayu, 71050 Teluk Kemang, Negeri Sembilan

  • 8.30 am – 6.30 pm


8. Restoran Mimi Seafood Village Teluk Kemang

restoran ikan bakar pd negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekitar Port Dickson terdapat beberapa destinasi yang menyajikan menu masakan panas & makanan laut yang sedap. Salah satu destinasi yang ideal untuk anda datang makan malam sekiranya menginap di sekitar Pantai Teluk Kemang adalah di Restoran Mimi Seafood Village.

Ruangan makan di sini yang luas & terbuka memang sangat sesuai untuk anda lawati bersama keluarga ketika bercuti di PD. Deko dalaman yang minimalis & tradisional Melayu juga sangat sesuai dengan latar belakang majoriti pengunjung tempatan yang selalu ke sini untuk menjamu selera. Terdapat pelbagai menu masakan panas, ikan bakar & lauk pauk berasaskan seafood yang boleh anda cuba untuk dinner bersama keluarga.

Peta Lokasi | Jarak | 6017-3009920 | Facebook

  • Batu 7, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 6.00 pm – 12.00 am


9. Restoran Deen Berjaya / Kari Kepala Ikan Deen

restoran deens kari kepala ikan pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi pelancong dari utara terutamanya dari Penang yang rindu kari kepala ikan yang sedap, apa kata terjah ke Restoran Deen’s Fish Curry. Kedai makan yang sudah lama bertapak di Bandar Port Dickson ini sudah mencapai tahap legend katanya. Orang PD yang tak kenal destinasi ini ibarat orang Penang yang tak kenal Menara Komtar.

Selain menu signature kari kepala ikannya, destinasi ini juga menyajikan banyak lauk-pauk lain yang pasti sesuai dengan citarasa & selera orang Penang. Terdapat juga pelbagai menu sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, tosai rawa, capati, vadey, murtabak & sebagainya. Samaada untuk makan pagi atau makan tengahari, destinasi ini sentiasa tidak pernah putus dikunjungi pengunjung & peminat tegar kari.

Peta Lokasi | Jarak

  • Jln Dato’ K. Pathmanaban, Bandar Port Dickson, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 6.30 am – 6.00 pm
  • Hari Jumaat minggu pertama & minggu ke-3 setiap bulan ditutup


10. Warung Salai Port Dickson

warung salai port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Masak salai & Negeri Sembilan adalah 2 unsur yang tidak dapat dipisahkan ibarat lagu & irama. Sekiranya anda seorang food hunter yang suka mencuba makanan orang setempat, Warung Salai Port Dickson adalah satu destinasi yang paling ideal untuk anda mencuba makanan orang negeri. Lokasinya juga sangat strategik di kawasan tumpuan pelancong & terletak berdekatan dengan Stesen Minyak Petron Port Dickson.

Warung ini menawarkan 7 jenis salai masak lemak cili api yang selalu orang Negeri Sembilan cakap, ‘Podeh, Pokat & Melikat, Tekau.. !’ Antara jenis binatang yang akan disalaikan sebelum menjadi masak lemak cili api di sini adalah ayam kampung, ikan keli, itik, puyoh & macam-macam lagi. Kalau anda tak makan pedas, jangan risau, ada juga masakan lain yang tidak kurang enaknya yang boleh ‘dikicapkan’ dengan lauk seperti ikan bakar, sotong bakar & sebagainya.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-6550802 | Facebook | Website

  • Langit Langi Hotel, Jln Pantai Bt 1, Taman Mewah Port Dickson

  • 10.30 am – 6.30 pm ( setiap hari)


11. Warung Hassan Murtabak

warung hassan murtabak port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda menginap sekitar Persiaran Kurau di PD seperti di PD Sea Front Hotel, jangan lepaskan peluang untuk terjah destinasi makan menarik ini yang terkenal dengan menu murtabak & mee goreng sardin. Kedai makan mamak muslim ini tidaklah terlalu besar & mewah seperti di hotel, tetapi tetap menjadi banyak pilihan pelancong untuk menjamu selera, terutamanya kalau bercuti di Port Dickson secara bajet.

Walaupun harga makan di sini dalam kategori bajet, tidak bermakna rasanya tidak sedap. Antara menu yang mesti anda cuba di sini adalah mee goreng sardin, nasi goreng sardin, nasi goreng kambing tanam & juga mee goreng mamak. Selain itu, terdapat juga menu makanan lain yang tidak kurang menariknya untuk anda cuba seperti roti canai, roti cheese, sup kambing, sup ayam & sebagainya. Paling menarik, lokasinya juga hanya di tepi jalan besar & mengadap pantai. Kalau datang sini waktu petang, boleh layan sunset. Siapa kata kedai makan bajet tak boleh layan panorama matahari terbenam, Hassan Murtabak sudah buktikan.

Peta Lokasi | Jarak

  • 20-24, Persiaran Kurau 1, Taman Tuah Batu, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 4.00 pm – 12.00 am


12. Ayam Bakar Station Port Dickson

restoran ayam bakar station pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda dalam situasi yang sangat lapar di PD pada waktu tengahari & pada masa yang sama tiada selera makan mungkin baru lepas putus cinta, apa kata anda ke Ayam Bakar Station Port Dickson. Sebaik anda sampai & buka pintu kereta, aroma-aroma asap ayam bakar yang menusuk hidung pasti akan membuatkan sesiapa sahaja tidak tahan nak mencuba makanan di sini.

Walaupun menunya simple sahaja iaitu nasi putih dengan ayam bakar serta sos lada hitam likatnya, kedatangan anda ke sini untuk bersantapan pasti tidak akan mengecewakan perut anda. Selain ayam, ada juga haiwan lain yang dijadikan lauk seperti kambing & daging lembu. Lebih menarik, kalau anda minum air kordial di sini menggunakan gelas yang sama, boleh top-up percuma. Jimat bukan?

Peta Lokasi | Jarak | 6016-9067515 | Facebook

  • 5, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

  • 10.00 am – 5.00 pm (Rabu – Jumaat)
  • 10.00 am – 6.00 pm (Sabtu & Ahad)
  • Isnin & Selasa cuti


13. Warung Mak Mah Nasi Ayam 1

warung mah mah nasi ayam pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Tempat makan ini sudah lama berada di Port Dickson sejak puluhan tahun lamanya. Sekiranya anda mencari kedai makan dengan menu masakan kampung & disediakan oleh tukang masak Melayu, destinasi ini adalah salah satu kedai makan terbaik untuk anda terokai. Banyak lauk pauk yang ada dihidangkan di sini di dalam tray yang rata-ratanya adalah menu lauk kampung asli ‘Nismilan’. Antara lauk pauk tradisional yang ada di sini adalah masak lemak cili api, daging salai, asam pedas ‘Nismilan’, gulai kawah & ayam panggang.

Lokasinya sangat mudah diakses & hanya bersebelahan dengan Masjid Jamek Abdullah Sijang. Sesudah atau sebelum menunaikan Solat Zohor, bolehlah singgah di sini bersama keluarga untuk makan tengahari. Pada waktu pagi, kedai makan ini juga menyediakan menu sarapan pagi yang banyak variasi juga seperti lontong, soto, roti canai, aneka kuih muih & sebagainya.

Peta Lokasi | Jarak | 6011-35755915

  • Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 7.00 am – 6.00 pm


14. King’s Char Kuey Teow

king's char kuew teaw port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi ini sangat terkenal di kalangan pelancong yang mengidam nak pekena menu Char Kuew Teaw yang sedap seperti di Penang. Sekiranya anda sedang bersiar-siar di Jalan Pantai Batu 4, Port Dickson pada waktu malam atau petang & perut tiba-tiba berkeroncong, bolehlah singgah di kedai makan ini. Kawasan kedai makannya juga sangat lapang & terbuka serta mempunyai banyak meja-meja yang open air. Kalau datang ramai-ramai, tidaklah terasa lemas & rimas.

Selain Char Kuey Teow yang menjadi signature menu di sini, anda juga boleh mencuba makanan lain seperti western food & makanan santai lain seperti satay ayam & satay daging. Selain itu, terdapat juga masakan panas & aneka minuman yang menyegarkan. Sekiranya anda dalam situasi tak tahu nak makan apa ketika bercuti di PD, singgahlah di sini untuk melihat pelbagai menu yang sangat menyelerakan.

Peta Lokasi | Jarak | 6017-6333644 | Facebook | Instagram | Website

  • 402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai, Kampung Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 4.00 am – 2.00 am


15. Cowboy Place Nasi Kukus Ayam

cowboy place port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda bercuti di PD bersama anak-anak, mungkin destinasi makan sebegini yang patut anda bawa mereka. Konsep dekorasi kedai bertemakan koboi & kelihatan para pekerja yang segak bertopi koboi memang satu pendekatan yang sangat unik untuk menarik pelanggan. Destinasi ini juga terkenal dengan menu nasi ayam panggang yang mempunyai keenakan rasanya tersendiri. Lokasi kedai ini sangat mudah untuk dikenal pasti & hanya di tepi jalan utama Pantai Port Dickson di Batu 9.

Terdapat beberapa barangan koboi di sini yang boleh anda cuba untuk sesi photoshoot sebagai kenangan. Antara yang ada di sini ialah topi koboi, pistol koboi, senapang koboi, ladam kuda dan lukisan mural koboi. Sesuai untuk datang bersama dengan keluarga. Anak-anak kecil pasti teruja melihat patung dan lukisan koboi di sini.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-3088675 | Facebook

  • Lot 2755, Batu 9 Mukim, 1/4, Jalan Pantai, Taman Orkid, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 9.00 am – 9.30 pm


16. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar

 restoran seri mesra ikan bakar port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai ini memang sangat popular dari dulu lagi dan seperti nama kedainya, sedah tentu menu ikan bakar yang menjadi menu utama sajian di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar, Port Dickson. Seperti juga di Medan Ikan Bakar di Melaka, di sini juga anda boleh memilih hidangan nasi putih atau nasi lemak untuk dimakan dengan ikan bakar. Memang menarik dan sangat sesuai kalau anda nak merasai makan malam berat di tepi pantai dengan menu yang menyelerakan.

Kalau di hujung minggu, kedai ini sangat ramai dengan pengunjungnya terutamanya di waktu malam selepas Isyak. Kadang-kadang kalau lambat sikit, kebanyakan stok seafood di sini akan habis. Jadi sebaiknya datanglah seawal mungkin untuk dapatkan lebih banyak pilihan. Memandangkan lokasi kedai yang bersebelahan dengan Pasaraya Mesra, kadang-kadang nak cari parkir kereta di sini juga agak mencabar kesabaran. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mencari tempat makan yang best di Port Dickson yang menyediakan seafood dan ikan bakar, Restoran Seri Mesra ini adalah salah satu destinasi yang boleh anda terjah.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-2761019 | Facebook

  • Jalan Pantai, Teluk Kemang Square, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 6.00 pm – 12.00 am


17. Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup

kedai halal port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Seperti makna tersirat & tersurat di dalam namanya, destinasi ini cukup popular di kalangan orang setempat untuk menjamu selera dengan ayam bakar yang dimasak di dalam pasu-pasu bunga yang telah diubahsuai. Satu teknik masakan yang cukup unik & pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mencuba kelainannya. Lokasinya sangat mudah untuk anda datang & terletak di kawasan tumpuan pelancong di Batu 8, Teluk Kemang.

Mengikut pemilik gerai ini, teknik bakar & salai ayam menggunakan pasu boleh mengelakkan ayam yang siap dimasak menjadi kering. Tidak hairanlah, setiap gigitan ayam panggang ini sungguh juicy & sangat enak sekali apabila dicicah dengan sos lada merahnya. Selain ayam bakar, terdapat juga menu nasi putih & salai masak lemak cili api yang boleh anda cuba sendiri keenakannya. Satu destinasi makan menarik di PD yang boleh anda terjah, tapau & selepas itu, makan secara berkelah di tepi Pantai Teluk Kemang sambil layan sunset.

Peta Lokasi | Jarak | 6011-14625271 | Facebook

  • 5, Taman Bayu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 11.00 am – 7.00 pm
  • Jumaat tutup


18. Cendol Bakar Caw Teluk Kemang

cendol bakar port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bercuti di tepi pantai sambil layan makanan santai waktu petang seperti cendol, barulah bercuti di Port Dickson namanya. Menu makanan sebegini memang satu idea yang sangat bernas untuk anda terjah di waktu tengahari yang panas untuk menghilangkan rasa dahaga. Pilihan cendol yang banyak variasi juga membuatkan pelancong sering makan petang di sini. Antara menu cendol yang ada adalah seperti cendol durian, cendol pulut, cendol tapai & sebagainya.

Selain keenakan cendolnya, destinasi ini juga mempunyai beberapa kiosk makanan yang menyediakan pelbagai menu makanan santai lain seperti laksa, keropk lekor, tauhu bakar, otak-otak, rojak, pasamboq, cucur udang & macam-macam lagi. Kedai makannya yang terbuka di tepi pantai dengan beratap daun nipah pasti menaikkan lagi feel untuk anda menjamu selera di sini bersamu keluarga.

Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 11.00 am – 6.30 pm


19. Restoran Kulit Kayu Manis

 tempat makan best di pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Restoran yang terkenal di kalangan warga PD & pelancong yang ingin makan tengahari dengan menu masakan kampung. Kalau anda tiada idea nak makan apa untuk lunch, singgah sahaja di Restoran Kulit Kayu manis yang mempunyai bilangan lauk pauk masakan Melayu & lauk tradisional orang Nogori yang sangat beraneka jenis. Antara jenis masakan di sini adalah masak lemak cili api, masak taucu, asam pedas Nismilan, asam kurma, gulai tempoyak & banyak lagi.

Terdapat juga menu lain yang boleh dikatakan agak eksotik seperti sup kaki kambing. Restoran ini dibuka seawal pagi & terdapat juga menu untuk sarapan pagi yang sinonim dengan orang Melayu seperti nasi lemak, bubur nasi, pulut kuning, pulut putih kuah durian, nasi impit & sebagainya.

Peta Lokasi | Jarak | 6018-2283387 | Facebook

  • No 1 Tingkat Bawah, Taman Jasmin, Jalan Seremban, 72000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 7.30 am – 4.00 pm
  • Isnin tutup


20. Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson / D’Terapung

apa makan sedap port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi mereka yang mencari destinasi medan ikan bakar yang mempunyai banyak pilihan makanan, destinasi ini adalah salah satu tempat yang sering menjadi kunjungan pelancong. Terdapat ruangan yang menempatkan makanan laut yang boleh anda pilih sendiri sebelum diserahkan kepada tukang masak untuk dimasak mengikut menu pilihan anda. Destinasi ini mempunyai 4 unit gerai serta sebuah Restoran Terapung yang indah & lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

Lokasi medan ikan bakar ini sangat mudah untuk anda datang & mempunyai ruangan makan yang lapang & berada di tepi pantai. Suasananya juga terbuka & sangat nyaman dengan tiupan bayu laut pada waktu malam. Pemandangan dari sini ketika waktu senja juga sangat mengasyik dengan panorama indah cahaya jingga mentari menerangi laut yang pasti membuatkan anda teringin untuk berswafoto sebagai kenang-kenangan. Satu tempat makan malam di PD yang sesuai untuk anda datang bersama keluarga.

Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Seremban, Batu 1, Negeri Sembilan, Kampung Gelam, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 6.00 pm -11.00 pm


21. Embok Village Steamboat & Seafood

medan ikan bakar sedap port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi anda yang mencari destinasi makan malam yang mengadap pantai & ingin merasai suasana pantai yang cantik terutamanya waktu matahari terbenam, Embok Village Steamboat & Seafood adalah satu tempat makan yang ideal untuk anda lawati di Port Dickson. Lokasinya yang betul-betul di tepi pantai memang membangkitkan rasa untuk makan malam bermenukan masakan makanan laut di sini. Tambahan pula, restoran ini mempunyai dekorasi yang elegan & ada meja makan yang besar, sesuai untuk datang dalam kumpulan yang besar.

Anda boleh datang secara walk-in atau tempah awal sebelum ke sini. Terdapat ruangan makan di dalam restoran ataupun anda boleh juga memilih untuk duduk di bahagian luar di tepi pantai. Pilihan makanan yang berasaskan makanan lauk memang agak banyak untuk tetamu yang nak menjamu selera di sini. Satu destinasi makan malam yang sangat disyorkan untuk anda bawa keluarga dinner ketika bercuti di PD.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-2127919 | Facebook

  • Batu 2 1/2, Pantai Bagan Pinang, 5, Taman Port Dickson Utama, 71900 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 6.00 pm – 12.00 am (Isnin-Sabtu)
  • 6.00 pm – 3.00 am (Ahad)


22. Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang

 tempat makan menarik port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu lagi destinasi medan ikan bakar yang tidak kurang menariknya untuk anda terjah yang terletak tidak jauh dari Hutan Simpan Pasir Panjang. Destinasi ini mempunyai beberapa lot kedai yang masing-masing mempunyai tarikan menu yang tersendiri. Ruangan makannya adalah terbuka seperti di mana-mana medan selera & paling menarik, lokasinya yang juga tepi pantai sangat sesuai untuk anda ambil angin petang sebelum menjamu selera di sini.

Kalau anda bercadang makan malam di sini, bolehlah berekreasi petang dahulu di Hutan Simpan Pasir Panjang yang mempunyai landskap pokok-pokok menghijau yang tidak kurang menariknya. Sesudah bergambar di jeti berdekatan di Hutan Simpan Pasir Panjang ini, bolehlah pula makan-makan di Medan Selera Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-2589477 | Facebook

  • Kampung Telok Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 5.00 pm – 3.00 am


23. Tino’s Pizza

kedai makan port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Malas nak makan nasi? Jangan risau, terdapat satu tempat makan menarik di Port Dickson yang menyediakan aneka pizza. Di Tino’s Pizza ni, anda boleh jumpa macam-macam pizza yang sedap dan menyelerakan. Mereka ada pizza bolognese, pizza pepperoni dan banyak lagi. Pizza mereka antara yang terbaik anda boleh dapati di Port Dickson. Selain itu, spageti, sup cendawan dan ais krim (gelato) mereka juga tidak kurang hebatnya dan selalu dipesan pelanggan.

Akan tetapi, kedai mereka agak kecil kalau anda datang dengan kumpulan yang besar. Mereka hanya ada beberapa meja sahaja di dalam kedai. Kalau tak muat nak makan sini, anda bungkus jelah makan di tempat lain. Servis di kedai mereka juga cukup memuaskan dan membuatkan anda rasa nak datang lagi ke sini.

Peta Lokasi | Jarak | +601110668407 | Facebook

  • 43, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 12.00 pm – 9.30 pm (kecuali Khamis)


24. Restoran Sri Pantai Ria

tempat makan menarik di port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau dah sampai ke kawasan pantai Port Dickson ni memang tak sah tak makan makanan laut. Antara yang sering dikunjungi penggemar makanan laut ialah Restoran Sri Pantai Ria. Mereka ni restoran makan laut masakan cina. Jangan risau makanan di sini semua halal. Antara makanan laut yang anda boleh dapati di restoran ini ialah ketam, udang, sotong, lala dan kerang. Anda boleh pilih jenis masakan yang anda mahukan seperti masak steam limau, butter, masak tepung dan banyak lagi.

Mereka juga ada beberapa menu barat dan nasi goreng bagi anda yang tak makan makanan laut tu. Tempat mereka yang luas menjadikan kedai makan Port Dickson ini pilihan pengunjung untuk makan bersama keluarga.

Peta Lokasi | Jarak | +6066462828 | Facebook

  • 26, Persiaran Waterfront PD Waterfont, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 11.00 am – 12.00 am


25. Dapur Kayu Berasap

tempat makan port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Dapur Berasap merupakan salah satu tempat makan di Port Dickson yang menyajikan makanan sedap ala barat. Anda yang malas masak tu boleh bawa keluarga anda ke sini untuk menikmati macam-macam western food seperti spageti carbonara, lamb chop, chicken chop ataupun kambing grill. Kalau anda rasa macam tak puas makan itu je, sesetengah makanan barat mereka ada disertakan nasi. Jadi, anda pasti akan kenyang makan di sini. Harga makanan juga berpatutan dengan size hidangan mereka.

Peta Lokasi | Jarak | +60192458994 | Facebook

  • No 18G, Jalan Remis, 2, Medan Remis, Batu 5, Medan Remis, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 4.00 pm – 12.00 am (kecuali Isnin)


26. Samudra Ikan Bakar

makan sedap di port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Di Samudra Ikan Bakar anda boleh merasai pelbagai juadah makanan laut tau. Mereka bukan sahaja ada ikan bakar, malah ada juga beberapa hidangan lain seperti ikan tiga rasa, sotong goreng tepung dan banyak lagi. Makanan sedap Port Dickson ni memang agak popular kerana makanan laut mereka yang segar-segar. Di sini anda boleh pilih makan laut yang diingini daripada pelbagai seleksi yang diberikan contohnya, sotong, ikan, dan ketam. Mereka akan memasak mengikut pilihan anda. Masakan yang paling terkenal di sini ialah siakap interlaken.

Orang ramai selalu memilih kedai ini untuk dijadikan tempat makan malam terutama sekali semasa musim cuti sekolah. Jadi, tempat ini memang akan penuh dengan kedatangan pelancong dari dalam serta luar negara.

Peta Lokasi | Jarak | +60177475010 | Facebook

  • Jalan Seremban, Kampung Gelam, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 5.00 pm – 12.00 am (kecuali Khamis)


27. KR Mani Curry House

makanan sedap di port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Jikalau anda mencari restoran makanan India, anda boleh singgah ke KR Mani Curry House. Kedai makan Port Dickson ini memang sangat popular di kalangan penggemar kari. Makanan mereka yang dihidangkan di atas daun pisang ni memang the best. Rasa karinya memang sangat sedap dan kuah karinya juga pekat. Di sini, anda hanya perlu pilih lauk apa yang anda mahukan seperti ikan mahupun ayam sebagai pelengkap set anda. Kari, papadom dan sayur akan diberikan juga. Peria dan kentang adalah antara empat jenis sayuran yang diberi. Lepastu, jangan lupa pula untuk pesan teh tarik mereka yang memang best.

Peta Lokasi | Jarak | +6066515996 |

  • Pusat Perniagaan Suria, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 8.00 am – 8.00 pm


28.

Kafe Kampung Kaw Port Dickson

kafe kaw port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekali sekala makan angin di destinasi percutian seperti PD ini, sudah tentu anda mencari tempat makan menarik Port Dickson yang menyediakan menu makan yang sedap & lain daripada yang lain bukan? Apa kata bawa keluarga anda untuk sarapan pagi di Kafe Kampung Kaw Port Dickson yang terletak di Jalan Haji Sirat. Destinasi ini sangat terkenal di kalangan pelancong untuk mencuba beberapa menu makanan berat & juga beberapa menu makanan santai yang agak unik tetapi sesuai dengan citarasa orang Melayu.

Antara signature dish yang sering menjadi buruan pengunjung adalah nasi lemak kambing bakar, nasi lemak ayam bakar, tulang rusuk + roti bakar & sebagainya. Selain itu, ada satu jenis kuih yang tidak ketinggalan menjadikan destinasi ini unik dari tempat makan lain, iaitu Kuih Gemok. Dengan konsep kedai yang terbuka & lokasinya yang mudah diakses dari Port Dickson, destinasi ini semestinya dimasukkan ke dalam bucket list untuk upacara jalan jalan cari makan anda di Port Dickson.

Peta Lokasi | Jarak |  6016-7155434 | Facebook | Website

  • PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 7.30 am – 2.30 pm
  • Jumaat tutup


29. Lantak Kafe

kedai makan port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Mencari tempat makan menarik di Port Dickson yang menyediakan pelbagai juadah? Lantak Kafe pasti menjadi jawapannya. Menu makanan di sini memang banyak, anda pasti akan rambang mata dibuatnya. Tomyam, ikan bakar, nasi campur, western food malah nasi Arab pon ada di sini tau. Pilih je mana yang anda suka. Sizzling mee mereka juga selalu menjadi pilihan para pelanggan di sini.

Kedai makan ini memang menjadi pilihan utama untuk makan malam kerana makanan mereka yang sedap dengan kepelbagaian menu serta suasana yang best disertakan dengan live band. Anda bolehlah melantak sepuas-puarnya di sini. Percutian anda pasti lengkap kalau dapat singgah ke Lantak Kafe.

Peta Lokasi | Jarak | +60196642605 | Facebook

  • Lantak Kafe No. 3 Lot 968 Batu, 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 4.30 pm – 12.30 am


30. Roselle Coffee House

tempat makan menarik di port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Rosselle Coffee House di Lexis Hibiscus Port Dicson menyediakan hidangan bufet sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Mereka menyediakan banyak juadah tempatan yang sedap-sedap belaka. Bufet di sini terbuka kepada sesiapa sahaja dan bukanya terhad kepada penginap hotel mereka. Jadi, anda yang tak duduk hotel tu boleh sahaja walk-in pada bila-bila masa. Juadah bufet di sini berbeza-beza mengikut waktu makan. Kalau taknak makan bufet, mereka juga ada banyak menu ala carte yang best untuk dicuba.

Peta Lokasi | Jarak | +6066602626 | Facebook

  • Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 8.00 am – 12.00 am


Di Port Dickson, kalau anda nak satu destinasi yang lebih banyak pilihan dengan menu makanan fast food & lebih moden suasananya, boleh singgah di PD Waterfront. Di PD Waterfront terdapat beberapa restoran fastfood seperti Kenny Rodger’s, Starbucks & McDonald’s yang boleh anda cari makan. Kalau datang waktu petang di PD Waterfront, boleh layan sunset di tepi pantai sebelum makan-makan di sini.

Cari Hotel di Port Dickson

Itulah dia 30 destinasi tempat makan best di Port Dickson yang boleh anda terjah untuk acara jalan jalan cari makan anda di Port Dickson nanti. Rasanya, senarai di atas ini sudah lebih daripada cukup sebagai rujukan untuk anda bercuti di Port Dickson dalam tempoh sehari dua. Semoga memudahkan perancangan anda di PD nanti. Selamat mencuba. Wassalam.

4.4/5 - (109 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Kereta Sewa di Port Dickson & Seremban yg Terbaik

Adakah anda ingin melancong ke negeri Sembilan dan ingin mencari kereta sewa di Port Dickson dan Seremban yang best? Jika ya, anda berada di...

6 Kedai Tomyam Paling Best di sekitar Port Dickson

Port Dickson merupakan tempat pelancongan yang agak popular di Malaysia kerana pantai dan pemandangannya yang tenang dan cantik. Ditemani angin laut yang sangat mendamaikan,...

26+ Tempat Menarik di Port Dickson – Destinasi Pilihan Untuk Dilawati Pelancong

Destinasi percutian tepi pantai di Negeri Sembilan paling popular iaitu Port Dickson menawarkan banyak aktiviti & penginapan menarik untuk anda terokai. Sebagai salah satu...

10+ Resort Di Port Dickson- Cantik dan Unik!

Adakala manusia memerlukan percutian sebagai salah satu terapi untuk mengembalikan mood yang sedang berada dalam tekanan atau masalah. Dalam Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat...

15 Homestay Di Port Dickson- Penginapan Dekat Dengan Pantai TERBAIK

Port Dickson memang terkenal dengan pantai-pantai yang menjadi tarikan pelancong. Tempat-tempat penginapan tepi pantai di sini sesuai untuk anda yang bercuti bersama pasangan, keluarga...

65 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

65 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
CikMyviOren
CikMyviOren
2 years ago

Restoran Asam Pedas Kasih Bonda x sesedap spt yg di rekemen.

Muhamad
Muhamad
4 years ago

17 julai pekena pelbagai jenis menu arab di Restoran Aden, padu beb ullazzz blh try.. harga standerd

jenal
jenal
5 years ago

Restoran Mimi Seafood Tu mungkin boleh keluarkan dari list kot? Sebab baca recommendation kat sini la saya datang kat sini.
Amat menyakitkan hati. Service lambat mengalahkan siput babi kena gout. Nak order pun kena cari buku menu sendiri dan pergi cuit waiter dia mintak datang order.
Lepas tu nak dapat pesanan tu lambat yang amat…nak sampai air pun dekat 40 minit. Pelanggan takde la sampai penuh meja masa tu.

Jemah
Jemah
2 years ago
Reply to  jenal

Mmg servis lambat sbb dia kekalkan tukang masak lama..sbb tukang masak dia yg power.. wlpn lmbt puas hati rasa dia..

Jebon
Jebon
1 year ago
Reply to  Jemah

Klau dh lame msak situ patotnye laju,nk msok dlm list tmpt menarik,kne pndai tarik hati customer

Ismail asri
Ismail asri
5 years ago

Haritu pernah beli pisang cheese dekat dgn restoran dkat pasarayaku tu..serius sedap sgt. Sampaikan anak2 berebut nk makan. Maknya pulak x sempat nk rasa. Kali ni nk pergi beli. Dah tak ada dah. Ada sape2 ada info mana diorg berpindah atau dah tutup?

Illaborhanuddin
Illaborhanuddin
5 years ago

Jus mangga pd96… lokasi bt4… sebelah petronas…original jus mangga…
Rasa yg padu dan tak pernah mengecewakan….

Zulkarnain Zulkefli
Zulkarnain Zulkefli
5 years ago

Cucur Udang Alor Gajah dibawakan khas dari Alor Gajah. Lokasi simpang masuk Pintu Gate B Politeknik Port Dickson (Simpang masuk Tmn Intan Perdana.) Jangan risau,bukan copy ORI ini ORIGINAL dari Alor Gajah.

zul
zul
5 years ago

sy pernah makan di kedai yg nama dia resepi bonda berdekatan mc donald yang baru..kedai biasa2 tapi masakan sedap..lauk pauk dia sedap2 macam makan kat rumah mak masak..harga pun ok..paling terbaik menu kambing bakar dia..serius guys, korang memang kena viralkan menu nasi kambing bakar dia..kuah black pepper dia + sambal kicap sedap gila!

shah ks
shah ks
3 years ago
Reply to  zul

thx..mmg sedappp.. kedai nmpk biasa tapi yg penting rasa dan harga terbaikk!!

Hubungi Kami

65
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x