Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kafe ‘Instagrammable’ Di Seremban!

Pada masa kini, kafe moden sudah banyak terdapat di setiap tempat dan tidak susah untuk anda mencarinya. Kebiasaan menu-menu di kafe ini berbentuk seperti aneka kopi, manisan dessert, western dan juga makanan yang ringan. Namun ada juga kafe yang masih menggabungkan menu asia dan juga barat di bawah satu bumbung untuk mengekalkan selera rakyat tempatan.

Suasana kafe yang tenang dan moden ini sesuai untuk setiap lapisan masyarakat dan juga setiap pejumpaan yang lebih santai. Untuk anda yang mahukan perjumpaan yang santai dalam hal kerja, anda boleh cuba mengadakan perjumpaan di kafe-kafe yang sesuai. Tidak terhad kepada perjumpaan kerja sahaja, kafe juga sesuai untuk anda yang ingin berjanji temu untuk kali pertama kerana suasananya yang tenang dan selesa.

Hampir semua kafe-kafe di Malaysia ini didekorasi dengan gaya dan konsep yang moden. Ini membuatkan kafe-kafe ini sering dijadikan tempat lepak santai dalam kalangan anak muda bersama rakan-rakan. Tidak ketinggalan kafe-kafe yang terdapat di Seremban ini yang cantik dan sememangnya sesuai menjadi tempat bergambar yang sememangnya  instagrammable.

10 Kafe ‘Instagrammable’ Di Seremban


1. Agora Cafe Seremban 2

Agora Cafe

Agora Cafe merupakan sebuah cafe yang berkonsep sebuah taman yang penuh dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan. Menu utama yang terdapat di Agora Cafe semestinya makanan jenis western. Akan tetapi  jika anda datang ke Agora Cafe untuk bersantai dan tidak mahu makan makanan yang berat, anda boleh memesan kek atau dessert yang turut terdapat di Agora Cafe.

Tahukah anda, selain operasi sebagai kafe, Agora Cafe juga turut menyediakan perkhidmatan dekorasi majlis. Jika anda ingin mengadakan majlis keramaian seperti ulang tahun perkahwinan dan sambutan hari lahir yang lain daripada yang lain, anda boleh mengdakannya di kafe ini. Bukan sahaja setakat hanya menempah meja, tetapi pihak Agora Cafe akan turut membantu dalam menyiapkan dekorasi majlis anda. Anda tinggal memberitahu mereka tema warna dan bilangan orang sahaja dan mereka akan dekorasinya untuk anda.

Kawasan Agora Cafe yang luas dan juga besar ini mampu menampung pelanggan yang ramai dalam sesuatu masa. Jadi anda tidak akan berasa sesak apabila datang ke kafe ini. Selain itu, usah risau tentang tempat meletakkan kereta kerana ruang parking juga turut tersedia dengan banyak.

Alamat: Lot 28501, Persiaran S2 F, Garden Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 5:00p.m-11:00p.m (Selasa Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-2250551

Whatsapp Agora Cafe Seremban 2


2. HIP Cafe

HIP Cafe

HIP Cafe yang terletak di tepi jalan dan berdekatan dengan Pusat Perniagaan Paroi pastinya mudah untuk anda temui. Kafe yang berdekorasi ringkas tapi moden ini pastinya akan membuatkan anda berasa tenang untuk bersantai bersama rakan-rakan. Permainan tona warna gelap di segenap dinding HIP cafe menimbulkan suasana yang boleh membangkitkan mood anda.

HIP Cafe sememangnya indah khabar dan juga indah rupa apabila hidangan menu yang tersedia di sini semuanya sedap-sedap. Bermula dengan selera asia hingga ke western semuanya ada di HIP Cafe ini. Antara top menu yang patut anda rasai ialah spagetti bolognese, nasi goreng kampung dan juga side dish mereka iaitu kueh gemok.

Kalau untuk minuman, anda patut cuba caramel latte, hazelnut macchiato dan juga bandung soda yang sememangnya menjadi pilihan ramai. Dengan harga yang berpatutan, kafe yang selesa, anda pastinya akan berpuas hati dengan makanan di sini.

Alamat: 11, 3P Pusat Perniagaan Paroi, Persiaran Merak, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • 3:00p.m-11:00p.m (Sabtu-Khamis)
  • 3:30p.m-11:30p.m (Jumaat)
  • (Isnin Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-2639397

Whatsapp HIP Cafe


3. Daun Hijau Cafe 

Daun Hijau Cafe

Daun Hijau Cafe yang terletak di Seremban 2 ini menawarkan hidangan western dan juga asia yang tidak asing lagi dengan selera warga Malaysia. Hidangan makanan dengan portion yang banyak  pastinya berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Selain itu, jika anda datang bersama keluarga, anda boleh memesan set keluarga dan 1 jug air kordial akan diberikan secara percuma. Anda pastinya akan berpuas hati apabila menikmati hidangan di cafe ini.

Ruang kafe yang bersih dan juga sejuk pastinya akan membuatkan anda berasa selesa untuk menikmati makanan yang tersedia. Penggunaan lampu yang redup di dalam kafe ini juga akan membuatkan anda lebih berasa tenang dan membangkitkan mood yang harmoni semasa berkunjung di kafe ini.

Alamat: Jln S2 B15, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • 3:00p.m-11:00p.m (Selasa-Jummat)
  • 12:00p.m-11:00p.m (Sabtu & Ahad)
  • (Isnin Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-2320436

Whatsapp Daun Hijau Cafe


4. N9 Container Cafe 

N9 Container Cafe

Kalau anda nak tahu, di Seremban juga terdapat kontena yang telah diubah suai dan dijadikan sebuah kafe. N9 Container Cafe ini berkonsepkan taman ditambah dengan sentuhan wooden interiors pastinya memberikan suasana lain dari yang lain. Yang bestnya kafe ini mempunyai 3 tingkat yang membolehkan anda menikmati makanan di ruang yang terbuka. Cuba anda bayangkan makan di N9 Container Cafe dengan berbumbungkan langit malam yang cantik dan pencahayaan yang baik boleh menaikkan mood anda.

Kalau dekorasi dan cantik dan unik begini, pastinya menu yang ada di N9 Container Cafe ini pastinya sedap dan berpatutan. N9 Container Cafe menyediakan menu yang bercirikan western. Namun untuk mengekalkan selera tempatan, N9 Container Cafe turut menyediakan menu mix and match di mana hidangan barat ini ditambah dengan nasi goreng.

Kebanyakkan kafe western hanya  menyediakan menu yang berasaskan ayam, daging lembu dan kambing sahaja, tapi di N9 Container Cafe mempunyai menu yang berasaskan itik. Anda boleh cuba menikmati keenakkan daging itik yang disalai dalam menu smoked duck quesadilla, smoked duck and orange salad atau pun smoked duck aglio olio. Menunya juga banyak pilihan dan pastinya akan merambangkan mata anda.

Alamat: 99, Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 5:00p.m-11:00p.m

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-9903044

Whatsapp N9 Container Cafe


5. Bros Cafe Bros Cafe

Bros Cafe merupakan sebuah kafe yang sesuai untuk anda mengadakan perjumpaan bersama clients. Ruang dalaman yang berdindingkan batu bata dan dideko secara minimalis tapi tampak mewah mampu membawa suasana yang tenang untuk berbincang sesuatu. Anda tidak perlu bersesak memandangkan kafe 2 tingkat ini juga luas dan banyak meja. Tempat letak kereta yang tersedia di kawasan kafe juga banyak dan memudahkan anda untuk meletakkan kenderaan.

Pilihan menu yang banyak di Bros Cafe sesuai untuk setiap golongan masyarakat menikmatinya. Kalau anda bukan peminat kopi, Bros Cafe menyediakan menu minuman yang bukan berasaskan kopi. Anda boleh cuba minuman jus atau susu kocak yang sememangnya sedap berlemak. Hidangan makanan terdiri daripada salad, pasta dan juga sandwich. Anda patut cuba aneka salad yang ada di Bros Cafe. Bukan sahaja sedap malah berkhasiat!

Alamat: b13, 2, Jalan S2 B13, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 10:00a.m-5:00p.m (Isnin Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6010666


6. Just Koffea 

Just Koffea

Antara menu popular di Just Koffea ialah hidangan wafel yang ber-topping aiskrim dan juga buahan yang segar. Nak lagi sedap, gandingkan wafel anda dengan minuman latte yang hangat. Memang betul-betul berada seperti di luar negara. Selain hidangan wafel, Just Koffea turut mempunyai pilihan menu yang lain. Antaranya ialah pasta, kek, piza dan lain-lain lagi.

Just Koffea juga turut menyediakan meja di bahagian luar dan dalam. Untuk anda yang sukakan suasana yang sejuk di bawah penghawa dingin, anda boleh menikmati makanan di bahagian dalam. Tetapi jika anda seorang yang suka suasana di ruang terbuka, menikmati makanan di bahagian luar juga selesa.

Alamat: Uptown Avenue, 368, Jalan S2 B15, Seksyen B, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 10:a.m-10:00p.m (Rabu Cuti)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6010129


7. Hard Wood Kafe 

Hard Wood Kafe

Kalau sebut kafe pastinya menu yang terbayang di kepala anda ialah masakan barat, tapi bukan di Hard Wood Kafe. Hard Wood Kafe membawa kelaianan dalam menghidangkan  menu yang berasaskan masakan tradisonal rakyat Negeri Sembilan. Menu yang popular di kafe ini ialah sudah pastinya daging salai masak lemak. Selain itu, terdapat juga menu nasi lemak dengan aneka pilihan lauk dan kuih-muih.

Hard Wood Kafe membawakan suasana seperti di perkampungan Melayu. Dekorasi dalaman di Hard Wood Cafe mencerminkan seperti zaman tradisonal ketika dahulu. Sesuai dengan menu yang disediakan, anda pastinya akan menikmati makanan dalam suasana yang klasik.

Alamat: NO 60, Persiaran S2 B2, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Waktu Operasi: 9:00a.m-6:00p.m (Ahad Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6011624


8. Coffee And Dreams S2

Coffee And Dreams

Coffee and Dreams yang terletak di Avenue Seremban 2 menghidangkan pelbagai jenis minuman kopi yang boleh digandingkan dengan makanan yang lazat yang ada di kafe ini. Kafe yang selesa dan tenang ini sesuai untuk yang ingin meluangkan masa dengan bersantai sambil menikmati kopi yang dipesan. Antara pilihan kopi yang menjadi kegemaran pengunjung di sini ialah coffee nut latte yang berkrim dan sedap.

Minuman yang sedap kalau dapat digandingkan dengan makanan yang lazat pastinya akan membuka selera anda bukan? Coffee and Dreams turut mempunyai sajian menu sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Pilihan menu yang banyak membolehkan anda untuk mencuba sesuatu makanan yang ada di kafe ini. Tidak terhad kepada makanan berat sahaja, Coffee and Dreams juga mempunyai pilihan makanan ringan yang banyak. Antara makanan ringan yang boleh anda cuba ialah seperti burger, snacks, croissant, aiskrim dan juga kek.

Alamat: 199, Jalan S2 B14, Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 12:00p.m-9:00p.m (Khamis Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-6030092

Whatsapp Coffee And Dreams S2


9. Hutan Nursery Cafe 

Hutan Nursery Cafe

Kafe ini dinamakan Hutan Nursery Cafe kerana kafe yang dibangunkan di Seremban ini mempunyai banyak pokok-pokok bunga di sekelilingnya. Landskap yang dihasilkan sememangnya kemas dan cantik pastinya membuatkan anda berasa teruja untuk menikmati makanan di sini. Dah alang-alang dekorasi kafenya cantik, jangan lepaskan peluang untuk ‘ootd’ sekeping dua gambar sebagai kenangan.

Semua menu ada di Hutan Nursery Cafe ini, anda mahukan selera asia ada, barat juga ada, malah pencuci mulut juga turut mempunyai banyak pilihan. Antara menu yang patut anda cuba ialah salted butter chicken, spagetti carbonara,hawaiian fried rice dan chicken cili api kerana mendapat sambutan yang tinggi. Selain itu, kafe ini juga turut menyediakan pelbagai aneka manisan bubur seperti pengat pisang, bubur jagung dan bubur kacang hijau.

Alamat: 957, Jalan Labu, batu 5, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 4:30p.m-11:00p.m (Selasa Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-33171443

Whatsapp Hutan Nursery Cafe


10. Vanilla Cafe 

Vanilla Cafe

Vanilla Cafe yang terletak di Dataran Centrio ini tersergam indah dengan penggunaan warna hijau pastel yang dicat pada dinding kafe. Kalau dah luaran kafe sudah cantik, apatah lagi dekorasi dalamannya. Dekorasi dalaman Vanilla Cafe yang menggunakan warna-warna pastel di segenap kedai membangkitkan lagi suasana dan mood ceria. Dengan berkonsepkan seperti English style, Vanilla Cafe ini sesuai untuk anda yang mahu lepak dan chill bersama rakan-rakan kerana selesa dan juga cantik.

Antara menu yang terdapat di Vanilla Cafe ini ialah barat, makanan tempatan kita dan turut terdapat masakan korea. Kalau anda tidak mahu makan makanan yang berat, anda boleh cuba sandwich, piza atau pun keenakkan sup ayam ataupun cendawan yang pekat berkrim. Untuk hidangan air pula macam biasa ada pilihan air yang berasaskan kopi dan juga tidak. Jadi untuk anda yang peminat tegar kopi, boleh mencuba caramel iced latte yang sememangnya sedap.

Alamat: 132, Jln S2 B21, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Lokasi | Facebook | Ulasan Kafe | Phone: 011-6979 9165

Whatsapp Vanilla Cafe


Haa, macam mana? Banyakkan kafe-kafe menarik yang ada di Seremban ni. Anda kalau nak bersantai-santai minum kopi ke makan ke, anda pergi je ke mana-mana kafe di dalam senarai ini. Pastinya anda akan datang lagi.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

37+ Tempat Makan Best di Seremban Paling POPULAR untuk Pelancong

Seremban terkenal sebagai destinasi terbaik untuk seorang pelancong menerokai majoriti makanan kenegerian orang Negeri Sembilan. Sekiranya anda baru pertama kali nak bercuti di Seremban,...

Top 5 Kereta Sewa di Port Dickson & Seremban yg Terbaik

Adakah anda ingin melancong ke negeri Sembilan dan ingin mencari kereta sewa di Port Dickson dan Seremban yang best? Jika ya, anda berada di...

8 Homestay Terbaik di Seremban untuk Pilihan Anda!

Negeri Sembilan terkenal dengan tempat pelancongan yang cantik dan menarik. Bertambah seronok apabila negeri ini mempunyai pantai yang cantik dan makanan yang pelbagai. Ianya...

10 Tempat Menarik di Seremban Sesuai utk Hujung Minggu

Sedang merancang percutian ke Seremban, Negeri Sembilan tetapi masih buntu idea tentang tempat-tempat menarik yang ada di sana? Jangan risau, kami senaraikan 10 tempat...

10 Penginapan Keluarga Terbaik di Seremban – Back to Nature!

Apabila merancang untuk mengadakan weekend getaway berkonsepkan alam semulajadi bersama keluarga, pasti anda akan terfikirkan destinasi-destinasi yang menjadi pilihan ramai seperti Janda Baik &...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ain
Ain
1 year ago

Cafe X di Uptown Avenue, sorry salah info.

Ain
Ain
1 year ago

Bros cafe rasa mcm dah tutup je.. boleh gantikan dengan The Urban Affairs, Centrio. Mmg famous.. Cafe X centrio pun not bad, speciality ada frozen yogurt ala2 llaollao & bingsu.

Last edited 1 year ago by Ain
Tok Mami
Tok Mami
9 months ago
Reply to  Ain

Bros cafe tak tutup. Tukar tempat je. Lokasi dia depan international school. Sorry The Urban Affairs dah try but sadly to say have to wait 1 hour just a plate of nasi goreng kampung. Staff pun a bit not that friendly

Hana
1 year ago

Ada lagi..Urban cafe setaraf dgn vanilla cafe..plse include..we luv it..good service good food..4.5stars..!!!

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x