Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Penginapan Keluarga Terbaik di Seremban – Back to Nature!

Apabila merancang untuk mengadakan weekend getaway berkonsepkan alam semulajadi bersama keluarga, pasti anda akan terfikirkan destinasi-destinasi yang menjadi pilihan ramai seperti Janda Baik & Genting Highland di Pahang, ataupun tempat-tempat berdekatan Kuala Lumpur & Selangor sahaja. Tahukah anda, Seremban juga merupakan “port” & tempat penginapan yang tidak kurang hebatnya untuk melepaskan stres sambil menikmati pemandangan berbukit-bukau yang serba hijau? 

Baiklah, mungkin anda tidak mahu memandu jauh dari rumah pada masa lapang anda yang berharga itu. Menurut Google Maps, Seremban mengambil masa hanya lebih kurang sejam perjalanan dari Pavilion, pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. Sejam ini tidaklah lama sangat dibandingkan dengan pengalaman yang bakal anda dapati di bumi Seremban. Tidak percaya? Di sini, kami senaraikan Top 10 penginapan terbaik di Seremban khas untuk pencinta alam semulajadi di seluruh Malaysia.

10 Penginapan di Seremban


1. Royale Chulan Seremban

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!

Dengan lebih tiga ribu ulasan dari pengunjung di Google, Royale Chulan Seremban adalah pilihan utama yang kami syorkan kepada anda yang berhasrat untuk bercuti di Negeri Sembilan. Cawangan pertama Royale Chulan bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur diikuti dengan 7 lagi cawangan lain di Damansara, The Curve, Cherating, Penang, Seremban dan London. Bertarafkan 4 bintang, pusat peranginan ini terletak bersebelahan sahaja dengan Wisma Negeri dan Taman Tasik Seremban, jadi anda tidak perlulah berjalan jauh untuk beriadah ke tempat rekreasi yang tersohor ini. Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk anda pula adalah seperti perkhidmatan spa & restoran, kolam renang terbuka & tertutup, gimnasium, dan WiFi percuma untuk pengunjung. Sarapan berbayar jenis bufet juga ada disediakan di sini dari 6.30am hingga 10am.

Penginapan Royale Chulan Seremban menawarkan beberapa jenis bilik mengikut keselesaan anda, antaranya ialah Superior Room, Alcove Suite, Executive Suite, Duplex Suite, Executive Room, Deluxe Room, dan Grand Duplex Suite. Royale Chulan Seremban memberikan anda peluang untuk menikmati pemandangan keseluruhan Taman Tasik Seremban dan landskap Seremban yang berbukit-bukau, menjadikan ia penginapan yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin bercuti untuk menenangkan diri.

Alamat: Jalan Dato A.S Dawood, Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga | Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 06-7666666


2. The Dusun

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!

Dilengkapi dengan kolam renang jenis “infinity pool”, WiFi percuma serta pemandangan yang serba kehijauan, The Dusun adalah pusat peranginan mesra alam yang terdiri daripada 7 buah rumah banglo layan diri dimana anda boleh memasak makanan anda sendiri. Setiap rumah mempunyai ruang dapur yang lengkap dengan peti ais, dapur gas, pinggan mangkuk, periuk dan kuali. The Dusun juga menyediakan bahan-bahan asas untuk memasak seperti garam, gula, minyak dan kicap. Bukan itu sahaja, setiap rumah juga dilengkapi dengan kemudahan untuk anda berbarbeku bersama keluarga pada waktu malam! Wow! Dibina di puncak bukit, The Dusun memberikan anda peluang untuk menghirupi udara segar dari hutan simpan berdekatan. Luanglah masa berkualiti bersama insan yang tersayang di sini, pasti akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan kalian lupakan untuk jangka masa yang lama.

Kemudahan lain seperti pusat membeli-belah terdekat hanyalah terletak lebih kurang 19 kilometer sahaja dari tempat peranginan ini. Selain itu, The Dusun juga menawarkan perkhidmatan ulang-alik ke Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk kemudahan pelancong dari luar negara yang datang mengunjung.

Alamat: 3437, Jalan, Mukim, Kampung Baru Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-616 2585


3. The Shorea

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!

Ingin pergi bercuti tetapi risau penjarakan sosial tidak mungkin dapat dijaga dengan baik di pusat peranginan yang besar & sesak? Inilah tempat yang sesuai untuk anda. Elok tersembunyi di dalam hutan Negeri Sembilan, The Shorea adalah pusat peranginan istimewa yang menawarkan penginapan kepada pengunjung yang berhasrat untuk “lari” dari kesibukan hidup di bandar. Tiba sahaja disana, anda akan dipandu oleh seorang pemandu peribadi ke sebuah vila yang lengkap dengan infinity pool tersendiri! Menarik, bukan?

Di sini, anda boleh menikmati percutian yang menenangkan badan dan minda, dibantu pula oleh suasana hutan yang nyaman dan menyegarkan. Adakah anda seorang yang lasak dan sukakan pengembaraan? Jom Jungle Trekking ke hutan hujan berhampiran resort ini bersama tour guide yang berpengalaman. Nikmati perkelahan bersama keluarga di tepi air terjun yang pastinya akan memberikan pengalaman berharga kepada anak-anak anda.

Dengan sedikit bayaran tambahan, anda boleh bersarapan di kolam renang The Shorea. Pihak The Shorea akan menghidangkan sarapan pagi untuk anda di dalam sebuah bakul terapung. Keunikan perkhidmatan inilah yang menjadi tarikan utama pengunjung dari serata dunia datang bercuti ke The Shorea.

Alamat: Village Kolam Air, Mukim Pantai,, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-300 5600

Whatsapp The Shorea


4. Awanmulan

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!
Sumber: Happy Go KL & TravelMalaysia

Awanmulan merupakan sebuah rumah persendirian yang terletak di kawasan bukit Negeri Sembilan, dan mengambil masa sejam perjalanan dari ibu kota Malaysia yang sibuk. Awanmulan ini lain sedikit, mereka bukanlah hotel atau resort yang biasa anda kunjungi selama ini. Keunikan Awanmulan jelas terlihat apabila pengunjung yang datang dianggap sebagai tetamu yang akan berkongsi ruang dengan tuan rumah. Tanah yang dimiliki oleh Awanmulan adalah seluas satu ekar, dan tempat tidur tetamu semuanya terletak di dalam rumah-rumah kecil berasingan yang mempunyai ruang tamu dan dapur sendiri. 

Iklim cuaca di Awanmulan agak berbeza berbanding dengan tempat yang lain. Dimulakan dengan langit yang cerah pada waktu siang, kadangkala hujan pula pada lewat petang diikuti dengan pemandangan matahari terbenam yang indah dan suhu yang sejuk pada waktu malam. Pada malam yang tertentu, pemandangan di langit amatlah indah sekali, hamparan beratus bintang bakal menjadi tatapan mata anda. Jika anda bertuah, Awanmulan akan menawarkan anda untuk meneropong bintang-bintang itu menggunakan teleskop astronomi milik mereka!

Alamat: Awanmulan Pantai Orchard, Kampung Baru Pantai, 71770, Negeri Sembilan

Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan 


5. De Serenity Pantai Hills

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!

Dikelilingi pemandangan hutan yang menenangkan dan kolam renang yang menyegarkan, De Serenity Pantai Hills adalah pusat peranginan yang sesuai untuk anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan anda pada hujung minggu. De Serenity Pantai Hills mempunyai 4 jenis vila yang dinamakan JR House, JJ Villa, Jakob Villa dan Esmeralda House. Vila utama, JR House, didatangi dengan empat bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 8 orang. Vila-vila di De Serenity Pantai Hills dijamin bersih dan dilengkapi dengan kemudahan seperti pinggan mangkuk, peralatan dapur, cadar, dan tuala. 

Jika anda merancang untuk bercuti beramai-ramai, anda boleh menyewa seluruh resort itu setelah berurusan dengan Malani, pemilik De Serenity Pantai Hills. Selain itu, kebiasaannya tetamu yang datang berkunjung akan membawa bekalan makanan sendiri untuk dimasak kerana pusat peranginan ini adalah bertemakan konsep layan diri.

Alamat: Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

 Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6609525

Whatsapp De Serenity Pantai Hills


6. Vila Sembayu

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!

Inilah tempat yang sesuai untuk anda mengambil percutian singkat sambil menikmati keindahan alam semula jadi bersama keluarga anda. Vila Sembayu merupakan sebuah resort eksklusif dengan kolam renang yang terletak pada ketinggian 357 meter dari aras laut, menyajikan pemandangan serba hijau oleh kerana lokasi strategiknya yang berhadapan dengan Bukit Pantai. Tahukah anda, suite mewah ini terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang sukar didapati di tempat lain? Bilik-bilik di Vila Sembayu ini pula diperbuat khas daripada keluli, kayu, dan bata asli, menjadikannya sebuah bonus untuk pengunjung yang sukakan keaslian. 

Empat jenis bilik yang terdapat di vila mewah ini adalah Panoramic room, Luxury room with balcony, Presidential suite dan juga Surian suite. Kemudahan yang disediakan pula adalah seperti kolam renang, foosball table & permainan pool. Vila Sembayu ini terkenal dengan aktiviti utamanya iaitu Jungle trekking, namun jika anda bukan seorang yang lasak, anda bolehlah melawat kebun durian dan ladang burung unta yang berada berhampiran dengan resort ini.

Alamat: Lot 3164, Kolam Air Pantai Kampung Baru Pantai Pantai Hill, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga Lokasi | Laman WebFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-6401768


7. Kampung Jkin Resort

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!
Sumber: Rileklah & Berita Harian

Teringin pergi ke Bandung, Indonesia namun masih belum berkesempatan? Inilah dia alternatif yang sesuai untuk anda yang gemarkan aktiviti ekstrem bertemakan alam semula jadi. Kampung Jkin Resort terletak di Jalan Lama Bukit Putus, Seremban, Negeri Sembilan yang mengambil masa hanya sejam perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur. Persekitaran alam semulajadi yang indah di sini membuatkan anda berasa seolah-olah anda sedang bercuti di Bandung atau Bali! Pakej penginapan yang ditawarkan disini disertai dengan aktiviti-aktiviti percuma seperti aktiviti air, monkey zipline, gelongsor air & buaian, buaian ekstrem, flying fox serta sarapan pagi untuk 2 orang. Ini adalah pilihan yang sangat berbaloi untuk mereka yang gilakan aktiviti lasak!

Resort seluas 4 hektar ini menawarkan empat jenis tempat penginapan dengan harga mampu milik termasuk pakej sarapan, iaitu Rumah pokok, Rumah hobbit, Chalet dan juga Dorm yang boleh memuatkan sehingga 15 orang. Dorm sangatlah sesuai untuk pengunjung yang ingin datang secara berkumpulan. Pengunjung luar juga dialu-alukan untuk mencuba pelbagai aktiviti lasak seperti pemanduan ATV di kawasan berbukit, berair, berlopak dan laluan sempit yang berjarak antara 1.2 kilometer sehingga 2.5 kilometer.

Alamat: 361, 70400, Seremban, Negeri Sembilan

LokasiUlasan Pelanggan | Phone: 06-6716684


8. LangitRimba Eco Reserve

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!
Sumber: Directhotels & Viamichelin

Tetapkan tarikh janjitemu anda dengan alam semulajadi di Langit Rimba! Terdapat maksud yang menarik di sebalik nama pusat peranginan ini, dinamakan bersempena dengan pemandangan indah langit & hutan rimba yang boleh dilihat seluas mata memandang. Pilih mana-mana unit penginapan di Langit Rimba yang didatangkan dengan ruang barbeku dan taman persendirian tersendiri. Unit pertama dinamakan Hornbill Terrace – mempunyai dua bilik tidur bersebelahan (kedua-duanya mempunyai pendingin hawa), dua bilik air dan ruang dapur, bebas untuk anda memasak. Ruang makan dan ruang tamu juga adalah besar dan berkonsepkan “open air” menyajikan anda pemandangan indah Hutan Dara Gunung Berembun yang serba kehijauan. Dua unit lagi yang dinamakan sebagai Kesidang dan Sunrise juga adalah pilihan yang tidak kurang menariknya!

Selain daripada berehat sahaja di bilik, marilah rancang bagaimana anda boleh memanfaatkan percutian di Langit Rimba sebaiknya. Pertamanya, anda boleh meredah hutan di Hutan Dara Gunung Berembun ini dibimbing oleh orang asli yang sudah mahir dengan selok-belok di hutan ini. Trek yang mengambil masa 3 jam perjalanan ini akan membawa anda ke sebuah air terjun yang indah dan menyegarkan! Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar ke Ladang Burung Unta Jelita, Muzium Istana Seri Menanti dan juga air terjun Jeram toi.

Alamat: no 192 n9, Jalan Dk 5, Kampung Pantai Baharu, Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga Lokasi | Laman WebUlasan Pelanggan | Phone: 019-9113057


9. Spyder Hill

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!
Sumber: Placefu

Terletak di lereng bukit, penginapan Spyder Hill adalah sebuah rumah vila bertempat bersebelahan dengan Hutan Simpan Berembun hanya 20 minit dari Bandar Seremban. Spyder Hill menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik, 2 buah bilik untuk penginapan yang selesa dan sebuah ruang acara untuk disewa. Yang menariknya di sini, pihak pengurusan Spyder Hill menyediakan perkhidmatan penggambaran potret berlatarbelakangkan alam semulajadi, sesuai untuk pengantin baru dan pasangan yang sedang berbulan madu. Jika anda berminat, anda boleh mendapatkan pakej istimewa ini yang menawarkan penginapan 2 hari 1 malam serta jurugaya dan jurusolek untuk bergambar di 3 lokasi yang menarik! Bagaimana pula jika anda datang berseorangan atau beramai-ramai? Jangan risau, potret persendirian dan potret keluarga juga boleh diambil di sini.

Ruang acara di Spyder Hill boleh menempatkan sehingga 12 orang dalam satu masa, sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan aktiviti meditasi & yoga beramai-ramai. Walaupun Spyder Hill hanya menawarkan dua bilik iaitu Boomerang Room dan Spyder Room, namun kedua-dua bilik ini adalah serba lengkap dengan kemudahan seperti WiFi dan macam-macam lagi. Aktiviti menarik yang boleh anda lakukan dengan insan tersayang di Spyder Hill pula adalah seperti meredah hutan, bengkel fotografi, perkelahan dan aktiviti jalan-jalan cari makan.

Alamat: Jalan Kampung Baru Pantai Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Semak Harga Lokasi | Laman WebUlasan Pelanggan | Phone: 016-3586115

Whatsapp Spyder Hill


10. Selepas Hujan

10 Pusat Peranginan Terbaik di Seremban - Back to Nature!
Sumber: Airbnb

Tempat penginapan Vila Selepas Hujan bertempat di hutan simpan seluas 4000 ekar, Seremban, Negeri Sembilan. Vila persendirian eksklusif ini sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati ketenangan dari hiruk-pikuk kota dan tekanan kerja. Bilik tidur di vila ini direka khas untuk memberi anda nostalgia suasana kehidupan di kampung, bagi anda yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Bayangkan, anda bangun sahaja dari tidur sayup-sayup kedengaran bunyi hidupan liar di luar sana, diselubungi pula dengan kabus pagi yang menebal di kawasan pergunungan. Oh, alangkah tenangnya percutian di vila ini. Keunikan Vila Selepas Hujan terdapat pada kolam renang mereka yang diisi dengan kolam air masin! Sangat berbeza dengan kolam renang di hotel & resort lain yang kebiasaannya menggunakan air berklorin untuk kolam-kolam mereka.

Kemudahan lain adalah seperti penggunaan dapur dan ruang berehat, malah anda juga boleh memesan makanan di sini. Semua kemudahan ini adalah bebas untuk anda miliki sesudah sahaja anda menempah bilik di sini. Vila Selepas Hujan berada kira-kira 1 jam 10 minit dari KL, 30 minit dari bandar Seremban. Jika menghadapi sebarang kesulitan, pemilik vila sentiasa bersedia untuk membantu anda sepanjang tempoh penginapan anda.

Alamat: Lot 3154 Pantai Hill Orchard Resort, Jalan Kampung Pantai, Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

LokasiFacebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-9315147

Whatsapp Selepas Hujan


Tahniah, anda telah pun sampai ke penghujung artikel ini. Jadi, sudahkah anda membuat keputusan untuk memilih di salah satu tempat penginapan dan pusat peranginan di Seremban yang kami senaraikan ini? Daripada anda pergi ke tempat-tempat percutian yang telah menjadi kebiasaan orang ramai, kenapa tidak anda mencuba destinasi-destinasi baru ini pula? Bolehlah anda mendapat pengalaman baru, dan mengesyorkan cadangan anda kepada orang lain pula. Kami berharap penulisan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan lebih banyak info dan maklumat tentang 10 penginapan terbaik di Seremban yang berkonsepkan “Back to Nature”. Terima kasih kerana sudi membaca.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

37+ Tempat Makan Best di Seremban Paling POPULAR untuk Pelancong

Seremban terkenal sebagai destinasi terbaik untuk seorang pelancong menerokai majoriti makanan kenegerian orang Negeri Sembilan. Sekiranya anda baru pertama kali nak bercuti di Seremban,...

10 Tempat Menarik di Seremban Sesuai utk Hujung Minggu

Sedang merancang percutian ke Seremban, Negeri Sembilan tetapi masih buntu idea tentang tempat-tempat menarik yang ada di sana? Jangan risau, kami senaraikan 10 tempat...

8 Homestay Terbaik di Seremban untuk Pilihan Anda!

Negeri Sembilan terkenal dengan tempat pelancongan yang cantik dan menarik. Bertambah seronok apabila negeri ini mempunyai pantai yang cantik dan makanan yang pelbagai. Ianya...

10 Kafe ‘Instagrammable’ Di Seremban!

Pada masa kini, kafe moden sudah banyak terdapat di setiap tempat dan tidak susah untuk anda mencarinya. Kebiasaan menu-menu di kafe ini berbentuk seperti...

Top 5 Kereta Sewa di Port Dickson & Seremban yg Terbaik

Adakah anda ingin melancong ke negeri Sembilan dan ingin mencari kereta sewa di Port Dickson dan Seremban yang best? Jika ya, anda berada di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x