23+ Tempat Menarik di Port Dickson – Destinasi Pilihan Untuk Dilawati Pelancong

Destinasi percutian tepi pantai di Negeri Sembilan paling popular iaitu Port Dickson menawarkan banyak aktiviti & penginapan menarik untuk anda terokai. Sebagai salah satu pantai peranginan paling popular di Malaysia, Port Dickson sangat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian keluarga & tempat berbulan madu kerana mempunyai banyak tarikan yang sangat best serta romantis. Lokasi tempat menarik di Port Dickson yang tidak jauh antara satu sama lain membolehkan anda lawati kesemua destinasi-destinasi tumpuan pelancongan di PD ini hanya dalam satu tempoh masa yang singkat. Pesisiran pantai di PD sepanjang 18 km ini mempunyai beberapa pantai yang sesuai untuk aktiviti percutian anda bersama keluarga.

Setiap hujung minggu atau cuti sekolah, memang ramai pelancong terutamanya dari ibukota KL & Selangor yang datang bercuti di Port Dickson memandangkan lokasi jarak yang tidak jauh berbanding lokasi pantai peranginan menarik di Malaysia yang lain seperti di Cherating, Pantai Desaru atau di Langkawi. Selain itu, Port Dickson adalah destinasi yang paling dekat untuk anda terokai dari KL sekiranya ingin mencari resort menarik tepi pantai seperti Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis PD, Corus Paradise PD, Kelana Beach Resort & banyak lagi. Jadi kalau anda bercadang bercuti ke PD pada cuti sekolah untuk beberapa hari, rancang percutian anda dengan membuat tempahan penginapan awal-awal di beberapa lokasi strategik di sekitar pantai Port Dickson untuk lebih penjimatan.


23+ Destinasi Percutian Popular & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan

1. Pantai Teluk Kemang

pantai teluk kemang pd

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong yang bercuti Port Dickson kerana mempunyai pesisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu, penginapan tepi pantai yang menarik & banyak aktiviti sukan air seperti banana fun ride, buggy ride, parasailing, naik speed boat, main jetski & sebagainya. Kemudahan dan fasiliti di sini juga lebih menarik dan terjaga daripada pantai lain jadi tak hairanlah lebih ramai pengunjung yang datang ke sini setiap hujung minggu.

Sekiranya anda pertama kali ingin bercuti di Port Dickson, sangat disyorkan untuk terjah ke lokasi pantai ini dahulu berbanding pantai lain di PD yang berhampiran. Permukaan pantainya yang landai & ombak yang tidak kuat, sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berlarian di gigian pantai bersama anak-anak. Namun kalau pada waktu hujung minggu, Pantai Teluk Kemang memang agak sesak dengan pelancong memandangkan lokasinya yang juga lebih dekat kalau datang dari KL & Selangor.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Alamat: Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Pantai peranginan awam ( 24 jam)

  • Percuma


2. Blue Lagoon (Pantai Tanjung Biru Port Dickson)

pantai tanjung biru port dickson

Pantai Blue Lagoon atau juga dikenali dengan nama Pantai Tanjung Biru tidaklah sepopular Pantai Teluk Kemang namun tetap mempunyai tarikannya tersendiri yang unik. Kawasan pantai di sini lebih berteluk & dikelilingi dengan bukit & batu-batu. Di sinilah juga terletaknya Rumah Api Tanjung Tuan yang sering menjadi lokasi pelancong untuk mendaki ke atas melihat pemandangan laut Selat Melaka dari lokasi yang tinggi. Waktu siang ketika matahari naik, pemandangannya cukup cantik & kaki DSLR wajib datang ke sini untuk menghasilkan 'masterpiece' anda di PD.

Pantai Blue Lagoon tidaklah semeriah di pantai utama lain di Port Dickson dengan aktiviti sukan air & lebih tepat kalau nak gambarkan destinasi ini sebagai pantai yang lebih santai, lebih tenang & tidak sesak dengan pelancong terutamanya pada waktu weekend atau cuti sekolah. Permukaan pantainya sangat landai & cetek, kalau waktu air laut surut anda boleh berjalan beberapa puluh meter ke arah laut. Sesuai untuk aktiviti mandi-manda budak-budak & destinasi perkelahan dengan keluarga. Selain itu, terdapat juga kemudahan awam yang cukup lengkap seperti penginapan, tandas awam, kawasan letak kereta, taman permainan kanak-kanak, kawasan jalan kaki berbata & sebagainya. Antara penginapan yang terdapat di sini adalah PNB Ilham Resort & juga Casa Rachado Beach Resort PD.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Alamat: Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Percuma


3. Pantai Saujana (Pantai Batu 4)

pantai saujana port dickson

Pantai Saujana atau juga dikenali dengan Pantai Batu 4 merupakan satu lagi pantai di Port Dickson yang juga sering menjadi kunjungan pelancong untuk berkelah dengan pelbagai aktiviti menarik di pantai. Pantai Saujana memang sangat luas & lapang serta jarak pasir pantai menujuk ke laut lebih kurang 50 meter. Pantai ini juga mempunyai aktiviti sukan air tepi pantai seperti jet ski, banana boat & sebagainya. Terdapat juga kawasan mandi manda siap dengan jaringan keselamatan sebagai penunjuk kepada operator yang menjalankan aktiviti dengan bot.

Pantai Saujana mempunyai kemudahan awam yang lengkap untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan awam, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat makan yang dekat & pilihan penginapan utama yang agak banyak. Setiap hari ada deretan gerai-gerai yang menjual makanan santai & peralatan mandi manda seperti layang-layang, pelampung & sebagainya. Tapak perkhemahan di sini memang santai & redup di bawah pohon-pohon pokok jadi kalau anda pacakkan khemah pada waktu tengahari memang tidak terasa bahang panas matahari. Setiap hari Sabtu, berhadapan Pantai Saujana juga terdapat pasar malam yang boleh anda lawati untuk acara jalan jalan cari makan di PD. Antara hotel berdekatan dengan Pantai Saujana adalah Hotel Seri Malaysia Port Dickson & Avillion Hotel PD.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Alamat: Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

  • Pantai peranginan (24 jam)

  • Percuma


4. Avillion Port Dickson

avillion port dickson resort

Sekiranya anda berhasrat bercuti di PD bersama pasangan bersempena hari istimewa seperti honeymoon ataupun anniversary, apa kata bermalam di Avillion Port Dickson yang merupakan sebuah resort mewah atas air yang sangat romantis. Lokasinya pula sangat strategik berada berdekatan dengan Pantai Saujana & mejoriti tarikan utama di PD. Avillion PD ini menawarkan penginapan berkonsepkan villa & chalet atas air yang mempunyai senibina yang ada sentimen Melayu tradisional. Antara jenis bilik adalah water chalet, premium water chalet, beach studios & bedroom water villa.

Suasana persekitaran di resort ini memang sangat mendamaikan & membuatkan pengunjung terasa lebih eksklusif dengan pelbagai kemudahan seperti kolam mandi yang besar, laman yang mempunyai landskap pantai yang indah, jakuzi, private balcony & sebagainya. Waktu petang, melihat pemandangan sunset dari private balcony di bilik masing-masing sememangnya satu aktiviti yang mesti anda nikmati. Sekiranya anda mungkin ingin bercuti di PD bertujuan untuk tenangkan diri & mungkin habiskan banyak masa untuk membaca novel, buat kerja pejabat atau santai-santai, Avillion Port Dickson adalah destinasi resort tepi pantai yang sangat disyorkan.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak  606-6476688 Facebook Website

  • Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan (sepanjang tahun)


5. Pantai Tanjung Gemok

pantai menarik di port dickson

Pantai ini tidaklah sesibuk di Pantai Teluk Kemang & terletak di arah utara Bandar Port Dickson serta berdekatan dengan beberapa resort popular di Port Dickson seperti Lexis Port Dickson, Glory Beach Resort & Paradise Spa Hotel. Di sini jugalah terletaknya penginapan di atas air yang sangat popular iaitu Crystal Executive Water Chalet & sangat menarik untuk dijadikan lokasi bermalam untuk mereka yang nak honeymoon di PD. Pantai yang tidak terlalu lapang ini sesuai untuk aktiviti mandi manda & banyak pohon-pohon yang rendang yang boleh dijadikan lokasi terbaik untuk hamparkan tikar untuk aktiviti perkelahan.

Sekiranya anda menginap di Glory Beach Resort anda boleh bawa anak-anak melihat pusat penjagaan penyu yang terletak di sini. Siapa sangka di PD juga ada pusat pemuliharaan penyu & anda tidak perlu bersusah payah lagi nak bercuti ke negeri-negeri pantai timur semata-mata nak tengok penyu secara live. Dari sini juga terdapat beberapa restoran tepi pantai menarik untuk makan malam yang boleh anda jalan kaki sahaja dari Pantai Tanjung Gemuk seperti Restoran Chardin Seaview.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Alamat: Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson

  • Pantai Peranginan ( 24 jam)

  • Percuma


6. Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

pantai cahaya negeri port dickson

Pantai Cahaya Negeri di Batu 5, Jalan Pantai mempunyai landskap yang lebih sistematik selepas kerja-kerja pembangunan dijalankan pada tahun 2014. Kini Pantai Cahaya lengkap dengan pelbagai kemudahan awam, dataran, pondok rehat & parking kereta yang lebih luas serta teratur. Pada waktu malam juga kawasan Pantai Cahaya juga meriah dengan kehadiran pengunjung untuk santai malam melihat suasana pantai & ada juga group remote control car beriang ria di sini pada hujung minggu.

Pantai Cahaya Negeri ini memang sangat cantik terutamanya dengan adanya platform kayu melunjur ke laut menuju ke Pulau Burung yang boleh pelancong jalan kaki & bergambar. Pemandangan & landskapnya yang cantik menjadikan destinasi ini juga sering menjadi lokasi untuk pasangan pengantin baru berphoto shoot & juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem Melayu.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat: Pantai Cahaya Negeri (Beach), Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi pantai ( 24 jam)

  • Percuma


7. Pulau Burung Port Dickson

pulau burong port dickson best

Pulau Burung merupakan sebuah pulau kecil yang dikategorikan sebagai kawasan hutan paya laut & di pulau ini terdapat beberapa jenis pokok bakau & api-api. Walaupun pulau ini tidaklah terlalu besar namun, suasana seperti berada di hutan paya bakau tetap ada. Pulau Burong hanya bersebelahan dengan Pantai Cahaya Negeri di mana pengunjung boleh menuju ke Pulau Burong dengan berjalan kaki melalui platform jambatan kayu kira-kira 150 m. Bahkan kalau waktu air laut surut, ada juga penduduk setempat yang hanya berjalan kaki menuju ke Pulau Burung dari Pantai Cahaya Negeri.

Suasananya yang nyaman di tepi pantai & sering menjadi kawasan pelancong bergambar di waktu senja di atas platform kayu ini. Malah, ramai juga penduduk setempat yang baru berkahwin menjadikan Pulau Burong ini sebagai destinasi fotografi outdoor. Sekitar kawasan Pulau Burung ini juga sering menjadi port untuk mereka yang kaki pancing & kebanyakannya adalah penduduk setempat. Memancing di sini pada cuti sekolah agak kurang menyeronokkan kerana terdapat banyak banana boat di sekeliling Pulau Burong ini yang mengganggu ikan-ikan di sini. Pada waktu malam, memancing di sini lebih tenang.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Alamat: Pulau Burong, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi awam ( 24 jam)

  • Percuma


8. Pantai Purnama

tempat percutian menarik port dickson

Satu lagi pantai di Port Dickson yang popular di kalangan pelancong untuk lakukan aktiviti bercamping, mandi manda, berkhemah atau bersantai petang. Lokasi pantainya mudah diakses & mempunyai kemudahan lengkap untuk pelancong seperti tandas, tapak perkhemahan, gerai-gerai & sebagainya.

Waktu weekend, destinasi Pantai Purnama lebih kurang sesak berbanding pantai popular lain di PD & kalau anda setakat nak bersantai petang & main banana ride, di sini juga anda lakukan. Melihat panorama matahari terbenam di Selat Melaka dari Pantai Sri Purnama juga lebih tenang kerana kurang kesesakan. Terdapat beberapa penginapan popular sekitar Pantai Purnama seperti Klana Beach Resort Port Dickson, Sri Bulan Vnet Homes & Akar Beach Resort.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak

  • Alamat: Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Percuma


9. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan

rumah api tanjung tuan pd

Hutan rekreasi mini ini terletak hanya bersebelahan dengan Pantai Tanjung Biru/ Blue Lagoon. Kalau anda mencari aktiviti yang lebih santai & riadah keluarkan peluh di Port Dickson, bolehlah ke sini. Walaupun dari segi geografi lokasinya berada dalam Negeri Melaka, tetapi lebih dekat dari PD. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini sebenarnya berbukit & di atasnya terletak sebuah rumah api yang dikenali sebagai Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rachado, namun sayangnya pengunjung tidak boleh masuk ke dalam rumah api yang berusia lebih 100 tahun ini & hanya boleh bergambar dari luar sahaja. Naik ke atas puncak tidaklah lama dalam masa 10-15 minit kalau anda fit.

Kalau waktu petang destinasi ini memang lokasi terbaik untuk melihat pemandangan Selat Melaka & pesisiran pantai Port Dickson yang cantik. Dari Rumah Api Tanjung Tuan ini pengunjung boleh teruskan cabaran ke puncak Bukit Batu Putih kira-kira 15-20 minit meredah hutan. Dari sini anda boleh lihat pemandangan pesisiran pantai Port Dickson dari sudut yang lebih menarik. Dari Rumah Api Tanjung Tuan ini juga terdapat denai menurun yang menuju ke arah kawasan tepi pantai yang ramai pelancong tidak lawati kerana akses yang perlu meredah hutan. Pantai ini memang cantik & bak kata orang, the hidden gem of Port Dickson.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Alamat: Jalan Pantai, Tanjung Tuan, 71050 Port Dickson

Waktu Operasi:

  • 7 am - 6 pm

Harga Tiket:

  • RM 1


10. Lexis Hibiscus Port Dickson

lexis hibiscus resort hotel

Resort mewah atas air sebegini pasti menjadi impian setiap orang untuk menginap kalau bercuti di Port Dickson. Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan lapan jenis bilik penginapan yang sangat eksklusif seperti Executive Pool Villa, Premium Pool Villa sehinggalah ke pakej bilik penginapan paling mewah, Presidential Suite. Kalau anda berbulan madu di PD & inginkan penginapan yang terbaik untuk dijadikan hadiah istimewa bersama pasangan, Lexis Hibiscus PD mesti berada di senarai paling atas dalam bucket list anda.

Apa yang menariknya dengan resort ini, setiap pilihan bilik penginapan mempunyai private pool yang sangat mengujakan untuk anda terjun & 'celupkan' diri dengan keluarga. Pengalaman bermalam di resort sebegini semestinya menjadi satu kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap orang. Dapat pula santai di tepi kolam mandi dalam bilik sambil melihat pemandangan indah matahari terbenam, aduh syahdunya & tidak dapat nak digambarkan perasaan teruja tersebut dengan kata-kata.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak  606-6602626 Facebook Instagram Website

  • 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


11. Glory Beach Resort

glory beach resort port dickson

Di Port Dickson, terdapat satu destinasi penginapan yang mempunyai pusat pemuliharaan penyu. Pusat ini ditubuhkan untuk memelihara & memulihara populasi penyu-penyu yang ada di perairan pantai Port Dickson. Terdapat kolam-kolam yang menempatkan penyu-penyu pelbagai spesis seperti penyu belimbing & penyu karah yang boleh pengunjung lihat dengan lebih dekat. Pusat Penetasan Penyu PD ini juga sebenarnya berkolabrasi dengan Santuari Penyu Rantau Abang dalam usaha untuk mengekalkan popular penyu serta memberi kesedaran kepada pelancong tentang kepentingan hidupan marin ini di dalam ekosistem laut negara.

Walaupun, pusat pemuliharaan penyu adalah tarikan unik di resort ini, tidak bermakna resort ini tiada tarikan lain. Glory Beach Resort merupakan penginapan yang berkonsepkan apartment. Sekiranya anda ingin bermalam di PD di tepi pantai & pada masa yang sama inginkan penginapan yang ada ruang tamu, dapur & bilik-bilik yang berasingan, Glory Beach Resort adalah jawapannya. Selain itu, di sini juga terdapat kolam-kolam mandi yang besar & tidak kurang menariknya untuk anak-anak anda bersuka ria bermain air. Pelbagai kemudahan & fasiliti yang terdapat di resort ini, sesuai untuk adakan event-event seperti seminar, family day & sebagainya.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak 606-6516888 Facebook Instagram Website

  • Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


12. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

tarikan pelancongan di port dickson

Ramai orang cakap, bercuti di Pantai Port Dickson kurang menarik kerana tiada tapak snorkeling yang mempunyai dasar laut berterumbu karang & hidupan marin yang menarik seperti di pulau-pulau di Terengganu & Sabah. Anda silap. Sebenarnya ada destinasi yang boleh anda melihat haiwan-haiwan marin menarik seperti kuda laut, ikan nemo, clownfish, terumbu karang & macam-macam lagi.

Tambahan pula, kalau anda tengok hidupan marin di sini juga lebih mudah & tak perlu nak membazir sewa google, sewa bot & sewa kaki itik untuk berenang. Jimat bukan ? Satu destinasi yang sangat sesuai untuk membawa anak-anak mengenali pelbagai hidupan marin yang unik yang hanya boleh dilihat kalau buat scuba diving.

Peta Lokasi Jarak 606-662 1089 Facebook

Alamat:
Batu 7, Jln Pantai Teluk Kemang
, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 9.00 am - 5.00 pm

Harga Tiket: percuma


13. Rumah Terbalik Port Dickson

rumah-terbalik-port dickson

Destinasi yang sangat unik yang boleh anda terjah bersama-sama keluarga & anak-anak iaitu Rumah Terbalik PD yang menjanjikan satu pengalaman yang 'pelik tapi benar'. Umumnya, galeria di sini lebih kepada dekorasi & susun atur barangan yang dalam keadaan tunggang terbalik yang macam tak logik dek akal.

Di setiap bahagian pameran hiasan ini pengunjung boleh bergambar dengan cara-cara tertentu supaya hasil gambar tampak terbalik & membuatkan foto anda akan mendapat likes yang banyak apabila dimuatnaik ke media sosial nanti. Kalau bercuti ke Port Dickson & cuaca pula hujan, mungkin destinasi ini boleh dijadikan alternatif untuk aktiviti berkeluarga secara indoor.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 6016-3368751 Facebook Website

  • No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang batu 9 , Port Dickson Negeri Sembilan

Waktu Operasi Rumah Terbalik Port Dickson

  • 10.00 a.m - 8.00 pm ( dibuka setiap hari termasuk cuti sekolah)

Harga Tiket Rumah Terbalik Port Dickson

  • Dewasa ( 13 tahun & ke atas) : RM 20
  • Kanak-kanak ( 12 tahun & kebawah): Rm 15


14. Muzium Tentera Darat Port Dickson

muzium-tentera-darat-port-dickson

Kalau anda membawa rombongan pelajar untuk adakan lawatan sambil belajar di Port Dickson, destinasi ini mesti & hukumnya jatuh wajib untuk dimasukkan ke dalam senarai jadual perjalanan anda. Tarikan utama di muzium ini ialah susunan kenderaan tentera seperti keratapi, jet pejuang, kereta kebal, meriam dan senjata api yang mana jarang-jarang kita boleh lihat di tempat lain. Di sini juga terdapat beberapa bangunan lama yang telah diubahsuai dan dipadatkan dengan bahan-bahan informasi sejarah ketenteraan Negara Malaysia.

Sekiranya anda mengikuti susunan bangunan ini daripada mula sampailah ke akhir, sebenarnya kita seolah-olah mempelajari sejarah tersusun berkenaan Tanah Melayu sejak dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah hari kemerdekaan 1957. Salah satu lagi yang menjadi tarikan di Muzium Tentera Port Dickson ini ialah berkenaan dengan terowong yang menceritakan bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) suatu ketika dahulu tinggal di dalamnya. Di sinilah kalau nak belajar dengan lebih dekat sejarah Chin Peng dan kuncu-kuncunya yang tidak dijemput dahulu.

Peta Lokasi Jarak 606-6471266 Facebook

Alamat: Kem Sirusa,, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi Muzium Tentera Port Dickson 

  • 10 am - 5 pm (Isnin & Selasa tutup)

Harga Tiket Muzium Tentera Port Dickson :

  • Percuma


15. PD Ostrich Show Farm

ladang burung unta pd

Membawa anak-anak melihat burung unta di destinasi ini sememangnya satu aktiviti yang 'mesti buat' kalau sudah bercuti di Port Dickson. Di PD Ostrich Show Farm ini, anak-anak boleh melihat dengan lebih dekat betapa besarnya burung unta & yang paling mengujakan juga adalah ketika melihat saiz telur burung unta ini yang sangat besar berbanding telur lain yang biasa kita lihat. Walaupun nama destinasi ini khusus untuk burung unta, sebenarnya banyak lagi binatang lain yang turut ada dipamerkan di sini seperti burung merak, kuda, keldai, arnab & sebagainya.

Di ladang burung unta PD ini, pengunjung bukan sahaja boleh melihat dari jauh, malah dapat merasai pengalaman memberi makan binatang ini dengan lebih dekat. Kalau inginkan lebih cabaran, anda boleh cuba untuk berlumba lari atau menunggang burung-burung unta yang ada di sini. Bagi mereka yang nak lakukan aktiviti outdoor, di sini juga mempunyai aktiviti hutan yang boleh dilakukan seperti jungle ATV, buggy ride, memanah, paint ball & macam-macam lagi. Destinasi ini juga turut menyediakan fasiliti untuk aktiviti yang berkonsepkan family day atau team building badan korporat.

Peta Lokasi Jarak 606-6627496 Facebook Website

  • Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi PD Ostrich Show Farm

9.30 am - 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket PD Ostrich Show Farm

  • RM 15 (dewasa)
  • RM 10 (kanak-kanak)


16. Alive 3D Art Gallery

muzium-3d-port-dickson

Satu tarikan baru di Port Dickson iaitu Geleri Seni 3D. Sebenarnya ia terletak di Lukut dan jarak dari PD lebih kurang 8-10 minit & dari Seremban sekitar setengah jam. Bangunan yang menempatkan Galeri Seni 3D ini merupakan sebuah rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi lebih menarik berkonsepkan 3D art. Kalau nak datang sini waktu cuti sekolah alamatnya mungkin kena beratur panjanglah sehingga keluar jalan. Sebaiknya datang ke sini time weekday atau pun waktu petang sedikit.

Habiskan masa di sini dalam sejam sudah memadai untuk bergambar dengan semua mural 3D di sini melainkan kalau ramai pengunjung, mungkin lama sedikit kerana perlu menunggu giliran ketika ambil gambar. Kalau bercuti di Port Dickson secara berkumpulan, destinasi sebegini memang menyeronokkan untuk waktu riang ria & sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Peta Lokasi Jarak 606-6515400 Facebook Website

  • NO 38-40, JALAN DS 2/1, BANDAR DATARAN SEGAR, LUKUT, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Alive 3D Art Gallery

  • Isnin-Khamis
    • 10.00 am - 10.00 pm
  • Jumaat-Ahad
    • 10.00 am - 11.00 pm

Harga Tiket Alive 3D Art Gallery

#1 Harga Normal

  • Dewasa: RM 25.00
  • Kanak-Kanak ( 12 tahun & keatas) : RM 20.00
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 20.00
  • OKU: RM 20.00

#2 Harga MyKad

  • Dewasa: RM 20.00
  • Kanak-Kanak ( 12 tahun & keatas) : RM 15.00
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 15.00
  • OKU: RM 15.00

*sediakan MyKad ketika beli tiket
*bawah 90 cm, masuk PERCUMA


17. Wild West Cowboy Indoor Theme Park

aktiviti menarik di port dickson

Destinasi ini juga terletak sederet bangunan yang sama dengan Alive 3D Art Gallery PD & diseliakan oleh pengurusan yang sama. Tarikan di sini lebih kepada taman permainan mini indoor untuk kanak-kanak seperti Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round dengan harga tiket RM 5 untuk satu permainan. Tarikannnya lebih kurang sama di kebanyakan shopping mall utama yang ada di KL & kalau anda bercuti di PD bersama anak-anak serta mencari aktiviti indoor yang lebih kurang panas bahang matahari, ini adalah destinasinya.

Walaubagaimanapun, tarikan utama di sini iaitu 5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie pasti memberikan satu pengalaman berbeza di taman indoor di shopping mall. 5D Motion Adventure lebih kepada tayangan movie seperti di Universal Studio Singapore di mana pengunjung akan merasai kesan khas daripada gerakan kerusi duduk, bunyi, angin, wap air & sebagainya. Untuk 7D Interactive Movie pula, konsepnya sama seperti 5D Motion Adventure, yang berbezanya pengunjung akan diberi senapang canggih untuk menembak subjek-subjek yang muncul secara tiba-tiba seperti ikan piranha, zombie & watak-watak penjahat yang lain. Senang cerita, tengok movie sambil main game. Tiket untuk 5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie hanya RM 15 seorang.

Peta Lokasi Jarak 606-6515400 Facebook Website

Alamat: NO 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Wild West Cowboy Indoor Theme Park

  • 11.00 pagi -11 malam (Isnin-Jumaat)
  • 10.00 pagi - 11 malam (Sabtu, ahad & cuti umum)

Harga Tiket Wild West Cowboy Indoor Theme Park

  • RM 5 utk satu permainan di Mini Theme Park
  • RM 15 (5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie)


18. Kota dan Muzium Lukut

kota-muzium-lukut-port dickson

Tidak jauh dari Port Dickson, terletaknya sebuah muzium yang dikenali sebagai Kota & Muzium Lukut. Kalau anda nak melihat senibina bangunan Melayu Bugis yang menjadi kebanggaan orang Negeri Sembilan, mesti datang ke sini. Muzium ini banyak menceritakan sejarah yang berlaku khususnya di Lukut dan juga di Negeri Sembilan secara umumnya. Banyak juga info menarik yang boleh anda pelajari di sini & rata-rata pameran di sini mempunyai label yang sistematik.

Muzium ini tidaklah terlalu besar dan ianya terbahagi kepada 4 geleri utama iaitu Galeri Nassau, Galeri Teknologi Pembuatan Tradisional, Galeri Negeri Sembilan Beradat dan Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut. Kemudahan asas seperti ruangan solat, tandas, taman permainan kanak-kanak dan parkir kereta juga disediakan. Anda juga boleh menaiki tangga di bahagian luar menuju ke tempat yang masih mempunyai kesan kubu Kota Lukut. Selain itu, pemandangan dari sini juga memang sangat menarik untuk anda rakamkan gambar destinasi ini dari sudut yang lebih tinggi.

Peta Lokasi Jarak Website

Alamat: Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Harga Tiket Kota & Muzium Lukut

  • 9.00 am - 6.00 pm

Harga Tiket Kota & Muzium Lukut

  • Percuma


19. PD Waterfront

tempat tengok matahari terbenam port dickson

Dari pantai, destinasi ini mengadap ke arah Pulau Arang. PD Waterfront ini merupakan tempat yang menjadi pilihan warga setempat untuk beriadah bersama keluarga. Kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan ini juga akan dijadikan tempat untuk membeli-belah, tempat makan dan hiburan keluarga yang pasti akan menarik lebih ramai pelancong ke Port Dickson kelak. Kalau anda mencari lokasi tempat menarik di Port Dickson waktu malam untuk santai tepi pantai, bolehlah datang pusing-pusing di sekitar PD Waterfront. Ada juga beberapa buskers di sini yang membuat persembahan jalanan terutamanya pada hujung minggu & cuti sekolah.

Landskap taman di sini juga cantik & memandangkan lokasinya tepi pantai, maka memang sangat ideal untuk dijadikan port layan matahari terbenam. Kalau mengikut perancangan PD Waterfront, sebaik siap sepenuhnya nanti akan ada juga taman tema air, resort, hotel bajet, kawasan bebas cukai, akuarium dan semua ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak Facebook Website

  • PD Waterfront, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi tepi pantai 24 jam

  • Destinasi tepi pantai (Percuma)


20. Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala

hutan-negeri-sungai-menyala-port-dickson

Ketika sedang bercuti di tepi pantai Port Dickson & secara tiba-tiba anda mengidam nak pergi ke Taman Negara di Pahang untuk melihat flora fauna, apa kata tangguh dahulu niat tersebut. Tak perlu jauh-jauh, hidupkan enjin kereta & pandu kerata anda selama 15 minit ke Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala. Destinasi ini adalah yang terbaik & yang terdekat dengan Port Dickson untuk anda melihat pelbagai flora fauna & burung-burung liar yang setanding dengan Taman Negara.

Walaupun jumlah spesisnya tidak sebanyak di Taman Negara tetapi masih boleh dikatakan berbaloi untuk anda datang, bahkan lokasinya juga mudah diakses dengan kereta tanpa perlu nak naik 4x4 meredah hutan. Di Hutan Simpan Sungai Menyala ini juga terdapat pokok yang sangat besar & memerlukan 10 orang dewasa untuk memeluknya. Selain itu, terdapat banyak pilihan aktiviti outdoor menarik lain yang boleh anda lakukan bersama keluarga seperti camping, jungle trekking, melihat perkampungan orang asli & sebagainya. Di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan serbaguna, bilik mesyuarat & sebagainya yang sangat sesuai untuk anda jadikan destinasi untuk event yang berkonsepkan team building, family day ataupun kem jati diri.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 606-6463917 Facebook

  • Pusat Edu Eco-tourism Sg. Menyala, Jalan Sua Betong, N8, 71000 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

  • 8.30 am - 5.00 pm

  • Lawatan percuma
  • sila berhubung di 06-646 3917


21. Bukit Batu Putih

bukit batu putih di port dickson

Kalau anda seorang hiker sejati sudah tentu 'pantang dengar' kalau ada tempat menarik yang ada aktiviti panjat memanjat & daki mendaki bukan? Nah, ini dia destinasi terbaik di Port Dickson untuk anda melempias keinginan dengan menerokai & menikmati keindahan Port Dickson dari puncak Bukit Batu Putih. Walaupun cabaran menuju ke puncaknya tidaklah mencabar seperti mendaki Gunung Datuk, tetapi panorama di sini yang menampakkan laut biru terbantang luas tetap akan membuatkan jiwa yang bergelora menjadi damai aman sentosa.

Untuk menuju ke puncak ini, pengujung kebiasaannya akan bermula dari pintu masuk Rumah Api Tanjung Tuan & akan sampai di sini sekitar 20-35 minit sahaja. Tidak jauh dari puncak Bukit Batu Putih ini juga, terdapat laluan menurun yang akan membawa anda ke kawasan pantai di sebalik tanjung Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini. Pantai ini jarang pelancong yang datang kerana lokasinya yang hanya boleh diakses dengan meredah hutan. Satu destinasi yang sangat ideal untuk anda lakukan senaman pagi sekiranya menginap di hotel berdekatan seperti Casa Rachado Beach Resort PD ataupun di PNB Ilham Resort.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • Puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, 71050, Negeri Sembilan

  • 8.30 am - 6.00 pm
  • Khamis ditutup

  • RM 1.00


22. Corus Paradise Resort Port Dickson

chorus-paradise-resort-port-dickson

Pantai peranginan Port Dickson memang tidak dinafikan, mempunyai begitu banyak sekali pilihan hotel tepi pantai yang menarik. Kalau anda mungkin mempunyai bajet yang agak terhad & tidak sanggup berbelanja lebih semata-mata nak bermalam di resort 5 bintang seperti di Lexis Hibiscus PD, apa kata cuba pertimbangkan Corus Paradise Resort Port Dickson. Meskipun taraf hotel ini adalah 4 bintang tetapi dari segi tarikan seperti bilik, lokasi & kolam renang tepi pantai, destinasi ini tetap sangat berbaloi untuk anda bermalam.

Pemandangan dari bilik di sini juga tidak kurang menariknya yang menampakkan pemandangan laut PD yang saujana mata memandang. Selain itu, terdapat juga kolam mandi yang juga agak besar untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak bersuka ria. Bilangan bilik untuk bermalam di sini juga sangat banyak sehingga 200 bilik. Kalau anda bercadang nak adakan event-event besar dalam kumpulan yang ramai, destinasi ini sesuai untuk anda pilih. Paling penting, pantai yang bersebelahan dengan resort ini juga sangat cantik & lebih menarik dari beberapa kawasan pantai lain di PD.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak  606-6477600 Facebook Website

  • Jalan Pantai, Taman Haji Zainal, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


23. Balai Cerap Bukit Kemang / Pusat Cerapan Baitul Hilal

Pusat-Cerapan-Baitul-Hilal-pd

Bagi yang ingin merasai pengalaman melihat bulan, planet & bintang di angkasa raya secara langsung, apa kata ke Pusat Cerapan Baitul Hilal yang hanya bersebelahan dengan Kelana Beach Resort. Di sini, pengunjung berpeluang untuk menerokai angkasa raya yang berjuta batu jaraknya dengan menggunakan teleskop canggih yang nilainya mencecah RM 1.7 juta. Selain itu, terdapat juga galeri-galeri pameran yang menceritakan pelbagai kisah menarik tentang sistem solar & ilmu falak.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi & bercita-cita nak jadi ahli astromi atau angkasawan, bolehlah bawa mereka ke sini untuk menyuntik semangat supaya rajin belajar. Dibuka hanya dua kali sehari & terdapat bayaran yang dikenakan untuk pengunjung yang ingin mencuba teleskop gergasi ini. Namun, sekiranya anda menginap di Kelana Beach Resort, akses ke ruangan balai cerap ini adalah percuma.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

  • 4506, 8, Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Balai Cerap Bukit Kemang

  • 3.00 pm - 5.00 pm ( Solar Observatory)
  • 10.30 pm - 12.00 am (Night Sky Observatory)

*dibuka hanya 2 kali sehari pada setiap hari

  • Dewasa:
    • RM 25
  • Kanak-kanak
    • RM 12

* sekiranya menginap di Kelana Beach Resort, akses adalah percuma


24. Hutan Lipur Pasir Panjang

apa yang menarik di pd

Destinasi ini tidak terlalu popular di PD, mungkin kerana lokasinya yang sedikit ke selatan pantai Port Dickson & jauh dari kawasan tumpuan utama. Namun sekiranya anda bercuti lama di PD & ingin menerokai kesemua keindahan yang ada di PD, bolehlah datang ke Hutan Lipur Pasir Panjang ini. Tarikan utama di sini bukannya air terjun tetapi kawasan tepi pantainya yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Terdapat laluan jalan kaki & jeti di tepi pantai yang selalu pengunjung bersantai melihat pemandangan sambil layan angin pantai.

Landskap kehijauan hutan lipur ini tidak kurang menariknya & mempunyai juga beberapa pokok yang redup, sesuai untuk hamparkan tikar sambil berpiknik dengan keluarga. Berdekatan dengan destinasi ini juga terdapat Medan Ikan Bakar Kampung Teluk Pasir yang sering menjadi kunjungan pelancong untuk menjamu selera pada waktu petang & malam.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak 606-6014000

  • Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan

  • Destinasi terbuka awam (24 jam)

  • Percuma


25. Extreme Park PD

aktiviti lasak port dickson atv

Bagi yang ingin melakukan aktiviti outdoor secara berkumpulan seperti go-karting, ATV fun ride, memanah, paintball war game & sebagainya, Extreme Park Port Dicskson adalah jawapannya. Lokasinya tidak jauh dari kawasan tumpuan di PD & hanya sekitar 3.5 km sahaja dari Lexis Hibiscus Port Dickson.

Lapangan paint ball di sini juga sangat menarik kerana dikelilingi kehijauan pokok-pokok yang membuatkan pengalaman ketika menyertai paint ball war game lebih terasa adventurous. Aktiviti berkumpulan yang sebegini sangat bagus untuk dilakukan sekiranya anda anjurkan team building kerana dapat memupuk semangat kerjasama & setia kawan di samping dapat mengeratkan talian silaturahim dengan rakan sepejabat.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak  6016-8667423 Facebook Website

  • Taman Pantai Dickson, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 10.00 am - 6.00 pm ( Isnin-Khamis)
  • 10.00 am - 7.00 pm ( Jumaat)
  • 10.00 am - 10.00 pm ( Sabtu & Ahad)

  • ATV Ride - RM 30 Per/ Trip Around Min 20 Min Max 30 to 40 Min time

untuk harga semasa, sila berhubung dengan pihak pengurusan Xtreme Park PD


Port Dickson mempunyai beberapa destinasi pilihan yang boleh anda terjah untuk acara jalan jalan cari makan anda di sini. Destinasi tepi pantai sebegini sudah tentu lebih popular dengan hidangan makanan yang berasakan makanan laut & ikan bakar. Antara destinasi terkenal adalah Medan Selera Bagan Pinang, Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson, Medan Makan Teluk Kemang & juga Medan Selera Seri Bayu. Lihat 10+ Destinasi Makan Popular di Port Dickson>

Sektor penginapan di pantai peranginan Port Dickson memang tidak mengecewakan. Terdapat banyak pilihan hotel bajet & resort tepi pantai mewah serta selesa untuk pelancong bermalam. Rata-rata lokasi penginapan juga tidak jauh antara satu sama lain & strategik dengan majoriti tempat menarik di Port Dickson seperti senarai di atas.

Cari Hotel di Port Dickson

Akhir kata, semoga destinasi & aktiviti-aktiviti menarik di atas ini akan memberi anda seribu satu idea untuk merancang percutian anda di Port Dickson dengan lebih efisien. Selamat cuti cuti Malaysia di Port Dickson. Wassalam.

Destinasi Menarik Berkaitan:

23+ Tempat Menarik di Port Dickson – Destinasi Pilihan Untuk Dilawati Pelancong
4.7 (94.48%) 58 vote[s]
SILA SHARE :)

14
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
13 Jumlah Komen
1 Jumlah komen yang dibalas
0 Pengikut
 
Komen paling disukai
Komen paling banyak balasan
terbaru terdahulu paling disukai
Isma
Pelawat
Isma

Datang Port Dickson dengan pengangkutan awam?
Jangan patah kaki!
Kami ada sediakan PERKHIDMATAN KERETA SEWA PORT DICKSON.
Ambil sendiri kenderaan @ kami hantar ke lokasi anda di mana2 kawasan di PD @ perhentian bas Seremban (+ Caj penghantaran)
Whatsapp www.wasap.my/+60196110143/KeretaSewa

Umm Naufal
Pelawat
Umm Naufal

Banyak pantai yang menarik boleh dikunjungi di Port Dickson. Terima kasih atas info yang lengkap ^_^

azwan kalel
Pelawat
azwan kalel

Kalau percutian untuk 15 family ada ke tempat penginapan ya..kami akan bercuti pada hari raya ini iaitu 8/6/19.

joe damak
Pelawat
joe damak

Terima Kasih.. info ni sangat membantu..tqsm.

eeyda seni
Pelawat
eeyda seni

Kalau nak makan..malam pun boleh hubungi kami..0192486604 gerai kami di kg telok pasir panjang berhadapan dgn hutan lipur pasir panjang ..harga yg menarik dan murah untuk family puas ati .!!gerai kami number 3 cr eeda penyanyi k…harga murah confirm puas ati…ikan bakar dan pelbagai..

Abg Kundasang Sabah
Pelawat
Abg Kundasang Sabah

Sedang plan nak bawa anak-anak. Best info. Sangat membantu. TQ

Khairul Zamri
Pelawat
Khairul Zamri

Banyak juga tempat menarik di Port Dickson rupanya. Boleh singgah ke semua tempat nanti