Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Brunei Darussalam yang Popular

Negaranya kecil tetapi mempunyai tarikan pelancongan kebudayaan dan kesenian yang sangat tinggi. Itulah rumusan ringkas tentang kebanyakan tempat-tempat menarik di Brunei Darussalam.

Sekiranya anda bercadang nak bercuti ke Brunei, lebih molek kiranya anda terjah baca tarikan pelancongan yang ada di sana di bawah dan sekaligus anda boleh bayangkan nilai pelancongan yang anda akan dapati kelak di Brunei dan di kawasan mana tempat terbaik untuk mencari hotel atau homestay.


1. Masjid Jame’Asr Hassanil Bolkiah

tempat menarik di brunei

Masjid ini merupakan yang terbesar di Brunei dan dibina pada tahun 1988 dan siap secara rasminya pada tahun 1994. Senibina dan aura tersendiri masjid ini memang cukup mengagumkan apabila berada di sini.

Kalau di kalangan orang Brunei, ianya lebih dikenali dengan nama Masjid Kiarong kerana masjid ini terletak di Kampung Kiarong.

bercuti ke brunei darussalamKompleks bangunan Masjid ini terdiri daripada 29 kubah keemasan dan kalau anda ke sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri keindahan masjid ini yang bergermelapan keemasan pada waktu malam.

Ada sesetengah khabar angin yang mengatakan bahawa kubah keemasan itu memang dibuat dari emas yang tulen. Sejauh mana kebenarannya wallahuaklam.

Tengok video di bawah pemandangan masjid ini yang diambil menggunakan drone. Memang cantik !

sumber video: youtube


2. Masjid Omar Ali Saifuddin

aktiviti menarik di brunei

Satu lagi masjid di Brunei yang menjadi tarikan pelancongan kerana keindahan senibina dan landskapnya. Mula dibina pada tahun 1954 dan siap sepenuhnya pada tahun 1958.

Lokasinya yang berdepan dengan sebuah laguna air berwarna biru membuatkan Masjid Omar Ali Saifuddin kelihatan seperti terapung kalau dilihat seperti posisi gambar di atas.

Replika kapal di atas laguna pula merupaka replika kapal diraja pada kurun ke 16 yang digunakan untuk majlis rasmi negara seperti Majlis Tilawah Al Quran dan sebagainya.

tarikan pelancongan di bruneiKalau diwaktu malam, suasana masjid ini lebih menyerlah dengan sinaran lampu berwarna warni di sekeliling dan lagun air.

Bahan binaan masjid ini didatangkan dari luar negara seperti dindingnya dari batuan marmar terbaik dari Itali, tingkap berkaca buatan tangan dari England, batuan granit dari Shanghai untuk dinding luar dan karpet mewahnya pula diimport khas dari Arab Saudi serta Belgium.

Kalau diamati sekali imbas dari luar, ianya kelihatan seperti Masjid Al Aqsa di bumi Palestin.

Lihat video menarik Masjid Omar Ali Saifuddin pada waktu siang dan malam di dalam video di bawah:

sumber video: youtube


3. Royal Regalia Museum/ Muzium Alat Kebesaran Diraja

jalan jalan ke brunei darussalam

Muzium ini tidaklah terlalu besar namun menyimpan khazanah-khazanah yang sangat mewah dan tidak terhingga nilainya. Antara jenis barangan yang ada di muzium ini ialah alat kebesaran diraja dan juga hadiah-hadiah dari luar kepada kerajaan negara Brunei.

Jadi kalau anda nak melihat di depan mata rupa artifak kerajaan beremas, kristal, jed, mahkota diraja dan ufti-ufti berharga, memang di sinilah satu-satunya tempat yang anda kena lawati di Brunei.

Rugi kalau datang bercuti ke Brunei tak datang ke sini, tambahan pula masuk adalah percuma. Namun anda perlu mengikut peraturan kalau masuk ke muzium ini seperti tidak memakai selipar/kasut dan tidak mengambil gambar.


4. Kampung Ayer – tempat menarik di Brunei yang sangat unik

makan angin ke bruneiSekiranya anda nak bersantai di atas bot sambil-sambil melihat keunikan yang ada di sini, salah satunya ialah di Kampur Ayer yang terkenal dengan jolokan the Venice of East.

Sepanjang menaiki bot ini anda akan melihat hutan hijau di tebing sungai dan juga binatang-binatang liar seperti monyet dan burung-burung.

Perkampungan di atas air ini memang unik dengan binaan rumah-rumah melayu, muzium, sekolah, balai polis, balai bomba dan juga hospital.

Dan yang lebih uniknya pengangkutan utama penduduk kampung adalah dengan bot. Bagi saya Kampung Ayer merupakan satu tempat menarik di Brunei yang sangat unik yang mungkin tiada di Semenanjung Malaysia.


5. Taman Rekreasi Tasek Lama

tempat pelancongan menarik bruneiMerupakan sebuah taman rekreasi yang terletak hanya beberapa minit berjalan dari pusat Bandar Seri Begawan. Hutan-hutan berada di bahagian kanan bandar dan tasik lamanya pula berada di dalam hutan tersebut.

Di tengah taman terdapat air terjun kecil yang membentuk aliran anak sungai yang menambahkan lagi nilai alam semulajadi di sini.

Terdapat juga laluan/ trek jogging dan laluan jalan kaki di sini. Tumbuhan juga ditanam di sekitarnya yang membuatkan landskap Taman Rekreasi Tasek Lama lebih mesra alam dan sistematik.

Taman ini memang popular di kalangan orang setempat untuk melakukan senaman di pagi dan petang hari. Sekiranya anda nak releks-releks dan bersenam sambil menikmati udara segar, di sinilah destinasi yang patut anda kunjungi di Brunei.


6. Istana Nurul Iman

istana brunei

Setiap tahun, terdapat 3 kali rumah terbuka yang diadakan di istana ini dan masa inilah pelawat dibenarkan untuk measuk ke dalam istana. Setiap tahun jumlah pengunjung yang datang melawat istana ini mencecah lebih 100,000.

Istana Nurul Iman merupakan sebuah istana yang sangat besar dan tempat tinggal persendirian yang terbesar ada di Brunei yang menempatkan sebuah masjid di dalam kompleks bangunan dan banyak dewan-dewan.

Setiap kali berlangsungnya rumah terbuka di istana ini, setiap pengunjung semestinya tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Sultan Brunei. Setiap pengunjung juga akan dihidangkan dengan jamuan buffet percuma termasuk akses wifi.

Di dalam kompleks istana ini, tidak banyak tempat yang boleh pengunjung mengambil photo. Hanya lelaki yang dibenarkan bertemu dengan Sultan dan bagi perempuan pula boleh bertemu dengan Permaisurinya. Hadiah cenderahati turut diberi kepada tetamu yang hadir.

Memang satu pengalaman yang unik dan best kalau dapat bersua muka dengan sultan dan permaisuri. Pada hari selain rumah terbukan, anda hanya boleh melawat sehingga ke pintu gate utama dan hanya melihat istana dari luar.


7. Pasar Malam Gadong

aktiviti malam menarik bruneiMerupakan sebuah pasar malam yang menyediakan banyak gerai-gerai makanan samaada buah-buahan, makanan ringan, ikan bakar, seafood atau pun goreng-gorengan yang berat.

Kalau anda mencari tempat makan yang menarik dan agak ‘happening’ di Brunei, di sinilah destinasi yang patut anda datang.

Rata-rata peniaga di sini adalah orang Melayu. Secara umumnya makanan di Brunei dan Malaysia tiada bezanya dan mungkin hanya nama yang berbeza contohnya Nasi Katok merupakan Nasi Lemak.

Selain makanan Melayu, ada juga makanan dari Indonesia. Satu tempat menarik di Brunei untuk ‘food hunting’ dan lepak-lepak bersama kawan-kawan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut suasana di Pasar Malam Gadong, anda boleh melihat video di sini.


8. Taman Tema Jerudong

tempat menarik kanak kanak bruneiSekiranya anda bercuti ke Brunei dengan anak-anak, salah tempat menarik di Brunei yang menarik untuk dikunjungi ialah di Taman Tema Jerudong.

Taman Tema Jerudong ini mempunyai beberapa bahagian untuk permainan seperti bumper car, ferris wheel, roller coaster dan beberapa lagi permainan lain.

Selain itu terdapat juga taman tema air yang agak menarik untuk anak-anak kecil bersuka ria di sini. Taman Tema Jerudong ini tidaklah sebesar di Sunway Lagoon ataupun di Genting Highland namun cukuplah sekadar untuk melepaskan gian anak-anak. Untuk maklumat lanjut tentang harga tiket dan apa yang boleh didapati di sini, sila ke laman web rasminya di sini


9. Pantai Serasa

pantai menarik di bruneiPantai Serasa merupakan pantai rekreasi yang popular di Brunei. Kawasan pantainya terjaga dan sering dibersihkan sisa sisa laut setiap kali selepas air pasang.

Pantai ini lebih kepada tempat untuk relaks dan mengambil angin tepi pantai. Datang ke sini waktu petang berkelah sambil melihat matahari terbenam juga merupakan satu aktiviti yang agak menarik untuk dilakukan di Brunei.

>> Jom Cari Hotel di Brunei <<

Anda perlu berhati-hati kerana di Pantai Serasa terdapat buaya air masin. Malah anda dapat melihat beberapa papan tanda amaran di tepi pantai ini berkenaan haiwan reptilia ini.


Semoga percutian anda ke tempat-tempat menarik di Brunei menjadi satu pengalaman yang indah dan bermakna. Jangan lupa share, wassalam.

4.3/5 - (35 votes)

Anda Mungkin Berminat

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Norsyahwarahmanely Fitri

Assalamualaikum, kebetulan tak lama lagi saya cuti sem. So ingat nak create pengalaman kat Brunei dgn bekerja di sana selama satu bulan. Pada pandangan Cik macam mana?

paris
paris
7 years ago

where’s the tamu kianggeh? i thought tamu kianggeh is also a interesting place.

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x