26+ Tempat Menarik di Port Dickson – Destinasi Pilihan Untuk Dilawati Pelancong

Destinasi percutian tepi pantai di Negeri Sembilan paling popular iaitu Port Dickson menawarkan banyak aktiviti & penginapan menarik untuk anda terokai. Sebagai salah satu pantai peranginan paling popular di Malaysia, Port Dickson sangat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian keluarga & tempat berbulan madu kerana banyak tempat menarik di port dickson yang sangat best serta romantis.

Lokasi tempat menarik di Port Dickson yang tidak jauh antara satu sama lain membolehkan anda lawati kesemua destinasi-destinasi tumpuan pelancongan di PD ini hanya dalam satu tempoh masa yang singkat.

Pesisiran pantai di PD sepanjang 18 km ini mempunyai beberapa pantai yang sesuai untuk aktiviti percutian anda bersama keluarga.

Setiap hujung minggu atau cuti sekolah, memang ramai pelancong terutamanya dari ibukota KL & Selangor yang datang bercuti di Port Dickson memandangkan lokasi jarak yang tidak jauh berbanding lokasi pantai peranginan menarik di Malaysia yang lain seperti di Cherating, Pantai Desaru atau di Langkawi.

26+ Tempat Menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan Dengan Pelbagai Tarikan Aktiviti

Port Dickson adalah destinasi yang paling dekat untuk anda terokai dari KL sekiranya ingin mencari resort menarik tepi pantai seperti Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis PD, Corus Paradise PD, Kelana Beach Resort & banyak lagi.

Jadi kalau anda bercadang bercuti ke PD pada cuti sekolah untuk beberapa hari, rancang percutian anda dengan membuat tempahan penginapan awal-awal di beberapa lokasi strategik di sekitar pantai Port Dickson untuk lebih penjimatan.

Untuk kemudahan anda, turut tersedia di bawah ini adalah waktu operasi, hotel terdekat, harga tiket & pautan rujukan destinasi.


1. Uncle Wong Happy Farm

Uncle Wong Happy Farm

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tengah cari tempat bercuti di Port Dickson yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik dari kanak-kanak hingga dewasa? Jom datang bercuti ke Uncle Wong Happy Farm yang sangat best dan menyeronokkan ini!

Terdapat pelbagai aktiviti yang cukup mengujakan dan mencabar di Uncle Wong Happy Farm seperti menaiki ATV, UTV, Kayak, Drift Kart atau anda juga boleh merasai pengalaman menaiki bot yang sangat menyeronokkan.

Jom bersama-sama meredah hutan, bermain dengan lumpur, menyelusuri jalan-jalan yang berliku dan mencabar dengan ATV dan UTV. Jangan risau soal keselamatan! Uncle Wong Happy Farm sangat menitikberatkan keselamatan pengunjung mereka dengan sentiasa membuat penyelenggaraan ATV, UTV dan setiap kemudahan di sini.

Bukan itu sahaja, anak-anak anda turut berpeluang melihat dan meneroka kehidupan haiwan di ladang mini haiwan Uncle Wong Happy Farm. Menariknya lagi, salah satu tempat popular di Port Dickson ini juga turut menyediakan makanan lazat dan minuman yang cukup menyegarkan!

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Lot 11886, Bukit Permata, 71010 Lukut, Negeri Sembilan

  • Dibuka setiap hari (9:00 am – 7:00 pm)


2. Pantai Teluk Kemang

pantai teluk kemang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang tersusun dengan persekitarannya yang bersih serta kemas menjadikan ia pantai pilihan untuk melakukan aktiviti berkeluarga sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Pantai popular di Port Dickson ini merupakan persisiran pantai yang PALING SELAMAT dan paling kerap dikunjungi pelancong.

Terdapat pelbagai tarikan menarik di sini seperti penginapan tepi pantai yang best, aktiviti sukan air seperti banana fun ride, buggy ride, parasailing, naik speed boat, main jetski dan sebagainya.

Anda boleh melihat ombak yang tenang dan hamparan pantai yang panjang dengan pasir putih yang hampir putih berbanding pantai-pantai lain di Port Dickson. Pantai Teluk Kemang terletak di teluk yang tersembunyi daripada angin kencang membuatkan ombaknya kelihatan lebih tenang dengan air yang lebih jernih.

Hiasan lampu pada waktu malam di pantai ini juga menjadikannya lebih menyeronokkan untuk anda melakukan aktiviti perkhemahan sambil menikmati suasana matahari terbit.

Untuk lebih keselesaan, di sini turut tersedia pelbagai kemudahan seperti pancuran mandi, tandas, surau dan gerai-gerai makanan. Tandas awam pula dibuka sehingga lewat malam semasa hujung minggu dan cuti umum. Malah, pantai ini turut mempunyai gerai yang menjual barangan pantai.

Permukaan pantainya yang landai & ombak yang tidak kuat, sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berlarian di gigian pantai bersama anak-anak. Namun kalau pada waktu hujung minggu, Pantai Teluk Kemang memang agak sesak dengan pelancong memandangkan lokasinya yang juga lebih dekat kalau datang dari KL & Selangor.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 23, Jalan 3/10, Taman Intan Perdana, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Pantai peranginan awam ( 24 jam)

  • Percuma


3. Blue Lagoon (Pantai Tanjung Biru Port Dickson)

Pantai Tanjung Biru Port Dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Blue Lagoon merupakan salah satu permata tersembunyi di Port Dickson yang terkenal dengan suasana tenang, bersih dan sesuai untuk percutian keluarga. Walaupun tidak sepopular Pantai Teluk Kemang namun pantai ini tetap mempunyai tarikannya tersendiri yang unik.

Pantainya landai dengan air laut yang cetek dan lembut, menjadikannya selamat untuk kanak-kanak serta mereka yang kurang mahir berenang terutama kanak-kanak. Kawasan berbatu di sekitarnya pula menawarkan pengalaman menarik seperti melihat siput, ikan kecil, ketam dan udang, terutamanya ketika air laut surut.

Selain itu, terdapat juga kemudahan awam yang cukup lengkap seperti penginapan, tandas awam, kawasan letak kereta, taman permainan kanak-kanak, kawasan jalan kaki berbata & sebagainya. Antara penginapan yang terdapat di sini adalah PNB Ilham Resort & juga Casa Rachado Beach Resort PD.

Pemandangan semula jadi pantai ini sangat cantik, dikelilingi kehijauan, pasir lembut serta matahari terbenam yang menakjubkan. Gabungan pantai berpasir, batuan dan sedikit elemen bakau menjadikannya lokasi sesuai untuk aktiviti santai, healing bersama keluarga, berkhemah atau sekadar berehat menikmati alam.

Kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi awam disediakan dengan bayaran berpatutan (sekitar RM0.50 untuk tandas dan RM1 untuk mandi). Terdapat juga kafe dan aktiviti sukan air seperti bot pisang dan berkayak, selain medan selera berhampiran. Namun begitu, jumlah tandas dan tempat letak kereta adalah terhad, terutamanya ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah, menyebabkan kesesakan dan parkir agak mencabar.

Dengan semua tarikan ini, kami sangat mengesyorkan pantai ini kepada sesiapa yang mahukan percutian yang aman dan indah dari bandar. Pantai Blue Lagoon adalah salah satu pantai terbaik di Port Dickson.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Percuma


4. Pantai Saujana (Pantai Batu 4)

Pantai Saujana (Pantai Batu 4)

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Saujana atau juga dikenali dengan Pantai Batu 4 merupakan satu lagi pantai di Port Dickson yang juga sering menjadi kunjungan pelancong untuk berkelah dengan pelbagai aktiviti menarik di pantai.

Ia merupakan destinasi pantai yang bersih, luas dan tenang, terutamanya jika dikunjungi pada hari biasa dan bukan cuti sekolah. Suasananya jauh lebih kurang sesak berbanding Teluk Kemang, menjadikannya sesuai untuk pengunjung yang mencari ketenangan dan suasana santai.

Pantai ini menghadap laut terbuka, menjadikan pemandangannya menarik namun aktiviti berenang perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana terdapat arus, terutama selepas hujan atau ketika ombak kuat. Keselamatan perlu diutamakan walaupun pantai ini sering menjadi pilihan keluarga.

Dari segi kemudahan, pantai ini lengkap dengan tandas, bilik persalinan, gerai makanan, kedai dan tempat makan yang terletak berhampiran atau di seberang jalan. Pantai ini juga mesra keluarga dan kanak-kanak. Pasirnya yang halus dan lembut serta ruangnya luas, sesuai untuk aktiviti seperti membina istana pasir, mengutip kulit siput dan berkelah di bawah pokok rendang.

Pada hujung minggu, kawasan ini menjadi lebih meriah dengan pasar malam, aktiviti lepak malam, serta gerai jualan, walaupun parking agak terhad. Aktiviti seperti jet ski, banana boat dan menangkap ketam turut menjadi tarikan, namun berkemah di pantai tidak dibenarkan dan kebersihan pantai perlu dijaga bersama.

Walaupun tidak perkhemahan tidak dibenarkan, anda boleh menginap di beberapa penginapan terbaik yang berdekatan di sini seperti Hotel Seri Malaysia Port Dickson & Avillion Hotel PD.

Pantai Saujana atau Pantai Batu 4 kini menjadi lokasi perkelahan keluarga yang sangat baik, tidak terlalu sesak, mempunyai kemudahan lengkap dan menawarkan pemandangan laut yang mengagumkan, sangat sesuai untuk percutian santai hujung minggu anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

  • Pantai peranginan (24 jam)

  • Percuma


5. Avillion Port Dickson

avillion port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi anda yang mencari lokasi penginapan terbaik dengan pelbagai tarikan menarik, kami cadangkan anda untuk menginap di Avillion Port Dickson. Tempat penginapan best ini terletak di batu ke-3 dari pesisir pantai Port Dickson merupakan syurga chalet dan vila air yang tenang. Jaraknya hanya dalam masa sejam pemanduan dari bandar Kuala Lumpur.

Avillion Port Dickson terkenal dengan rekaan seni bina perkampungan nelayan Melayu dunia lama melalui gabungan budaya tradisional dengan kemewahan kontemporari. Seni bina yang cukup aestetik ini dapat memberikan anda peluang untuk merasai warisan Malaysia yang kaya sambil hidup dalam penuh keselesaan dikelilingi pula keindahan alam.

Avillion Port Dickson berada dalam kawasan seluas 24 ekar menghadap laut dan memiliki 264 bilik yang setiap darinya memberikan anda pengalaman tersendiri. Antara jenis bilik adalah water chalet, premium water chalet, garden chalet, bedroom water villa dan bedroom ultimate water villa. Pilihan bilik popular di sini adalah chalet air dan vila yang direka bentuk dengan indah yang menakjubkan dan tenang.

Jika lapar, anda boleh membuat empat pilihan kedai makanan dan minuman iaitu The Galley Bar, Village Court, aVi Lounge dan Crow’s Nest yang mempunyai kelainan suasana. Semua pilihan kedai makan dan minuman di sini adalah berbeza dengan pelbagai masakan yang lazat.

Untuk dapatkan lebih keseronokan dan keterujaan, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Avillion Port Dickson. Pilihan aktviti di sini adalah seperti bermain bola tampar pantai, berkaraoke, bermain gim, menikmati kecantikan burung-burung yang berwarna-warni, bermandi-manda di kolam renang Cochin, memancing, menangkap ketam di pantai dan melihat pelbagai spesies burung yang terdapat di resort seperti merak Afrika Selatan.

Sekiranya anda mungkin ingin bercuti di PD bertujuan untuk tenangkan diri dan mungkin habiskan banyak masa untuk membaca novel, buat kerja pejabat atau santai-santai, Avillion Port Dickson adalah destinasi resort tepi pantai yang sangat disyorkan.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | Tel: +606-6490388 | Facebook | Website

  • Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan (sepanjang tahun)


6. Pantai Tanjung Gemok

Pantai Tanjung Gemok

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tengah cari pantai di Port Dickson yang kurang sesak tapi view cantik? Jom ke Pantai Tanjong Gemok. Terletak di arah utara Bandar Port Dickson serta berdekatan dengan beberapa resort popular di Port Dickson seperti Lexis Port Dickson, Glory Beach Resort & Paradise Spa Hotel. Di sini jugalah terletaknya penginapan di atas air yang sangat popular iaitu Crystal Executive Water Chalet & sangat menarik untuk dijadikan lokasi bermalam untuk mereka yang nak honeymoon di PD.

Pantai ini merupakan pantai tempatan yang tenang, tersembunyi dan kurang sesak, sering dikunjungi penduduk setempat. Suasana di sini cukup santai serta sesuai untuk anda meluangkan waktu bersama keluarga, berjalan-jalan, beriadah ringan sambil memancing, termasuk menangkap ketam.

Pantai Tanjong Gemok sangat bersih dan air lautnya pula kelihatan jernih. Keadaan air lautnya pula berbeza mengikut kawasan dan waktu di mana ada bahagian yang cetek sehingga boleh berjalan jauh dari pantai, namun ada juga kawasan air yang agak dalam dan kurang sesuai untuk anda melakukan aktiviti berenang.

Bukan sahaja keadaan airnya yang tidak menentu, ada di sesetengah masa, anda mungkin menemui obor-obor kecil, belangkas atau serpihan seperti habuk kayu hitam di air. Demi keselamatan, kami sarankan untuk anda tidak melakukan aktiviti berenang di kawasan pantai ini.

Pantai ini sebenarnya sangat terkenal sebagai lokasi yang best untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Kehadiran angin laut yang nyaman serta pemandangan Selat Melaka yang sibuk, ia sesuai untuk anda melakukan aktiviti ringan dan berjalan santai sambil bermain air di gigi air.

Namun, kemudahan di Pantai Tanjong Gemok sangat terhad. Tiada tandas awam disediakan, dan hanya terdapat beberapa gazebo serta tong sampah. Dari sini juga terdapat beberapa restoran tepi pantai menarik untuk makan malam yang boleh anda jalan kaki sahaja dari Pantai Tanjung Gemuk seperti Sri Pantai Ria Seafood Restaurant.

Jika anda mencari ketenangan, suasana tempatan dan menikmati pemandangan alam yang indah tanpa sebarang kesesakan, pantai ini sesuai untuk anda terokai!

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tanjung Gemuk, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Pantai Peranginan ( 24 jam)

  • Percuma


7. Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Cahaya Negeri di Batu 5, Jalan Pantai mempunyai landskap yang lebih sistematik selepas kerja-kerja pembangunan dijalankan pada tahun 2014. Kini Pantai Cahaya lengkap dengan pelbagai kemudahan awam, dataran, pondok rehat & parking kereta yang lebih luas serta teratur. Pada waktu malam juga kawasan Pantai Cahaya juga meriah dengan kehadiran pengunjung untuk santai malam melihat suasana pantai & ada juga group remote control car beriang ria di sini pada hujung minggu.

Pantai Cahaya Negeri ini memang sangat cantik terutamanya dengan adanya platform kayu melunjur ke laut menuju ke Pulau Burung yang boleh pelancong jalan kaki & bergambar. Pemandangan & landskapnya yang cantik menjadikan destinasi ini juga sering menjadi lokasi untuk pasangan pengantin baru berphoto shoot & juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem Melayu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Cahaya Negeri (Beach), Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi pantai ( 24 jam)

  • Percuma


8. Pulau Burung Port Dickson

Pulau Burung Port Dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau Burung merupakan sebuah pulau kecil yang dikategorikan sebagai kawasan hutan paya laut & di pulau ini terdapat beberapa jenis pokok bakau & api-api. Walaupun pulau ini tidaklah terlalu besar namun suasana seperti berada di hutan paya bakau tetap ada.

Pulau Burong hanya bersebelahan dengan Pantai Cahaya Negeri di mana anda boleh menuju ke Pulau Burong dengan berjalan kaki melalui platform jambatan kayu kira-kira 150 m.

Bahkan kalau waktu air laut surut, ada juga penduduk setempat yang hanya berjalan kaki menuju ke Pulau Burung dari Pantai Cahaya Negeri. Suasananya yang nyaman di tepi pantai & sering menjadi kawasan pelancong bergambar di waktu senja di atas platform kayu ini.

Malah, ramai juga penduduk setempat yang baru berkahwin menjadikan Pulau Burong ini sebagai destinasi fotografi outdoor.

Sekitar kawasan Pulau Burung ini juga sering menjadi port untuk mereka yang kaki pancing & kebanyakannya adalah penduduk setempat. Jika ingin keseronokan anda tidak terganggu, elakkan memancing ketika musim cuti sekolah. Hal ini kerana terdapat banyak aktiviti pengunjung menaiki banana boat di sekeliling Pulau Burong yang mengganggu ikan-ikan di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pulau Burong, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi awam ( 24 jam)

  • Percuma


9. Pantai Purnama

Pantai Purnama

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi pantai di Port Dickson yang popular di kalangan pelancong untuk lakukan aktiviti bercamping, mandi manda, berkhemah atau bersantai petang. Lokasi pantainya mudah diakses & mempunyai kemudahan lengkap untuk pelancong seperti tandas, tapak perkhemahan, gerai-gerai & sebagainya.

Waktu weekend, destinasi Pantai Purnama lebih kurang sesak berbanding pantai popular lain di PD & kalau anda setakat nak bersantai petang & main banana ride, di sini juga anda lakukan.

Melihat panorama matahari terbenam di Selat Melaka dari Pantai Sri Purnama juga lebih tenang kerana kurang kesesakan. Terdapat beberapa penginapan popular sekitar Pantai Purnama seperti Klana Beach Resort Port Dickson, Seri Bulan Vnet Homes & Akar Beach Resort.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak

  • Jln Kemang 12, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Percuma


10. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan

Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi popular di Port Dickson yang seterusnya adalah Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan Rumah Api Tanjung Tuan. Hutan rekreasi mini ini terletak hanya bersebelahan dengan Pantai Tanjung Biru/Blue Lagoon. Kalau anda mencari aktiviti yang lebih santai & riadah keluarkan peluh di Port Dickson, bolehlah ke sini.

Walaupun dari segi geografi lokasinya berada dalam Negeri Melaka, tetapi lebih dekat dari PD. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini sebenarnya berbukit & di atasnya terletak sebuah rumah api yang dikenali sebagai Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rachado, namun sayangnya pengunjung tidak boleh masuk ke dalam rumah api yang berusia lebih 100 tahun ini & hanya boleh bergambar dari luar sahaja.

Rumah Api Tanjung Tuan

Naik ke atas puncak tidaklah lama dalam masa 10-15 minit kalau anda fit. Kalau waktu petang destinasi ini memang lokasi terbaik untuk melihat pemandangan Selat Melaka & pesisiran pantai Port Dickson yang cantik. Dari Rumah Api Tanjung Tuan ini pengunjung boleh teruskan cabaran ke puncak Bukit Batu Putih kira-kira 15-20 minit meredah hutan.

Dari sini anda boleh lihat pemandangan pesisiran pantai Port Dickson dari sudut yang lebih menarik. Dari Rumah Api Tanjung Tuan ini juga terdapat denai menurun yang menuju ke arah kawasan tepi pantai yang ramai pelancong tidak lawati kerana akses yang perlu meredah hutan. Pantai ini memang cantik & bak kata orang, the hidden gem of Port Dickson.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Pantai, Tanjung Tuan, 71050 Port Dickson

Waktu Operasi:

  • 7 am – 6 pm

Harga Tiket:

  • RM 1


11. Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Resort mewah atas air sebegini pasti menjadi impian setiap orang untuk menginap kalau bercuti di Port Dickson. Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan 10 jenis bilik penginapan yang sangat eksklusif seperti Executive Pool Villa, Premium Pool Villa sehinggalah ke pakej bilik penginapan paling mewah, Imperial Suite. Kalau anda berbulan madu di PD & inginkan penginapan yang terbaik untuk dijadikan hadiah istimewa bersama pasangan, Lexis Hibiscus PD mesti berada di senarai paling atas dalam bucket list anda.

Apa yang menariknya dengan resort ini, setiap pilihan bilik penginapan mempunyai private pool yang sangat mengujakan untuk anda terjun & ‘celupkan’ diri dengan keluarga. Pengalaman bermalam di resort sebegini semestinya menjadi satu kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap orang. Dapat pula santai di tepi kolam mandi dalam bilik sambil melihat pemandangan indah matahari terbenam, aduh syahdunya & tidak dapat nak digambarkan perasaan teruja tersebut dengan kata-kata.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak |  606-6602626 | Facebook | Instagram | Website

  • 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


12. Glory Beach Resort

Glory Beach Resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Port Dickson, terdapat satu destinasi penginapan iaitu Glory Beach Resort yang mempunyai pusat pemuliharaan penyu. Pusat di resort ini ditubuhkan untuk memelihara & memulihara populasi penyu-penyu yang ada di perairan pantai Port Dickson. Terdapat kolam-kolam yang menempatkan penyu-penyu pelbagai spesis seperti penyu belimbing & penyu karah yang boleh pengunjung lihat dengan lebih dekat.

Glory Beach Resort

Pusat Penetasan Penyu PD ini juga sebenarnya berkolabrasi dengan Santuari Penyu Rantau Abang dalam usaha untuk mengekalkan popular penyu serta memberi kesedaran kepada pelancong tentang kepentingan hidupan marin ini di dalam ekosistem laut negara.

Walaupun, pusat pemuliharaan penyu adalah tarikan unik di resort ini, tidak bermakna resort ini tiada tarikan lain. Glory Beach Resort merupakan penginapan yang berkonsepkan apartment.

Sekiranya anda ingin bermalam di PD di tepi pantai & pada masa yang sama inginkan penginapan yang ada ruang tamu, dapur & bilik-bilik yang berasingan, Glory Beach Resort adalah jawapannya.

Selain itu, di sini juga terdapat kolam-kolam mandi yang besar & tidak kurang menariknya untuk anak-anak anda bersuka ria bermain air. Pelbagai kemudahan & fasiliti yang terdapat di resort ini, sesuai untuk adakan event-event seperti seminar, family day & sebagainya.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 606-6516888 | Facebook | Instagram | Website

  • Batu 2, Jalan Seremban, Tanjung Gemok,71000, Port Dickson, Negeri Sembilan.

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


13. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ramai orang cakap, bercuti di Pantai Port Dickson kurang menarik kerana tiada tapak snorkeling yang mempunyai dasar laut berterumbu karang & hidupan marin yang menarik seperti di pulau-pulau di Terengganu & Sabah.

Anda silap! Sebenarnya ada destinasi yang boleh anda melihat haiwan-haiwan marin menarik seperti kuda laut, ikan nemo, clownfish, terumbu karang & macam-macam lagi.

Tambahan pula, kalau anda tengok hidupan marin di sini juga lebih mudah & tak perlu nak membazir sewa google, sewa bot & sewa kaki itik untuk berenang. Jimat bukan? Satu destinasi yang sangat sesuai untuk membawa anak-anak mengenali pelbagai hidupan marin yang unik yang hanya boleh dilihat kalau buat scuba diving.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-662 1089 | Facebook

  • Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 9.00 am – 5.00 pm

  • percuma


14. Ladang Nanas Sky Ladder, Port Dickson

Ladang Nanas Sky Ladder, Port Dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginginkan pengalaman yang mendidik, menyeronokkan dan berbaloi, kami sarankan untuk anda datang berkunjung ke sini. Ladang Nanas Sky Ladder, Port Dickson sangat sesuai untuk keluarga, kanak-kanak serta pengunjung yang ingin mengenali industri pertanian tempatan. Walaupun lokasi Ladang Nanas Sky Ladder agak terpencil, namun pengalaman yang ditawarkan menjadikan perjalanan anda ke sini sangat berbaloi.

Di sini, anda akan didedahkan secara terperinci tentang pelbagai jenis nanas, kegunaannya, serta proses penanaman nanas dari peringkat awal hingga hasil yang mana ia turut merangkumi buah gac, termasuk khasiat dan rasanya yang unik. Bukan itu sahaja, anda turut diberi pendedahan tentang penggunaan gentian daun nanas, termasuk penghasilan pakaian daripada daun tersebut, yang memberi nilai tambah dari segi pengetahuan dan kelestarian alam. Melalui pendedahan ini, anak-anak anda secara tak langsung mendapat manfaat pembelajaran yang besar melalui lawatan di tempat ini.

Dari segi kemudahan pula, ladang ini dijaga dengan cukup baik, mempunyai tandas yang bersih, serta kafe yang selesa untuk anda menyejukkan badan. Anda juga boleh menikmati aiskrim nanas, minuman nanas, jus nanas atau jus buah gac, buah-buahan dan snek.
Bestnya, jus nanas dan jus gac yang disertakan dalam pakej lawatan di Ladang Nanas Sky Ladder sangat sedap termasuk jus buah gac yang kini telah menjadi kegemaran ramai.

Bayaran masuk adalah berpatutan dan setiap pengunjung menerima sebotol jus kecil. Jika ingin ke sini, anda disarankan datang pada awal pagi bagi mengelakkan cuaca panas.
Selain lawatan ladang, anda juga boleh memilih pakej aktiviti yang merangkumi:

  • Menaiki ATV sejauh 6km (kerjasama dengan JCK ATV Tasik Port Dickson)
  • Lawatan singkat ke ladang nanas
  • Menikmati jus nanas atau jus buah gac
  • Aktiviti memanah
  • Bermain buih

Ladang Nanas Sky Ladder sangat disyorkan untuk dikunjungi kerana ia bukan sahaja memberi hiburan tetapi turut menawarkan pengalaman baharu yang menyeronokkan, informatif dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Jom tambah ilmu tentang pertanian tempatan. sambil menyokong ladang tempatan!

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 017-617 3633 | Facebook | Instagram |

  • Lot 2273 Jalan Kampung Sri Parit 3, Bandar Baru Lukut, Port Dickson. 71010

Waktu Operasi Ladang Nanas Sky Ladder, Port Dickson

  • 9.00 am – 6.00 pm (dibuka setiap hari)

Harga Tiket Ladang Nanas Sky Ladder, Port Dickson

  • RM15 untuk dewasa
  • RM12 untuk kanak-kanak
  • RM18 untuk warga asing


15. Muzium Tentera Darat Port Dickson

Muzium Tentera Darat Port Dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda membawa rombongan pelajar untuk adakan lawatan sambil belajar di Port Dickson, destinasi ini mesti & hukumnya jatuh wajib untuk dimasukkan ke dalam senarai jadual perjalanan anda.

Tarikan utama di muzium ini ialah susunan kenderaan tentera seperti keratapi, jet pejuang, kereta kebal, meriam dan senjata api yang mana jarang-jarang kita boleh lihat di tempat lain.

Di sini juga terdapat beberapa bangunan lama yang telah diubahsuai dan dipadatkan dengan bahan-bahan informasi sejarah ketenteraan Negara Malaysia. Sekiranya anda mengikuti susunan bangunan ini daripada mula sampailah ke akhir, sebenarnya kita seolah-olah mempelajari sejarah tersusun berkenaan Tanah Melayu sejak dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah hari kemerdekaan 1957.

Salah satu lagi yang menjadi tarikan di Muzium Tentera Port Dickson ini ialah berkenaan dengan terowong yang menceritakan bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) suatu ketika dahulu tinggal di dalamnya. Di sinilah kalau nak belajar dengan lebih dekat sejarah Chin Peng dan kuncu-kuncunya yang tidak dijemput dahulu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 011-5375 1886 | Facebook

  • Muzium Tentera Darat, Kem, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Muzium Tentera Port Dickson

  • 10 am – 5 pm (Isnin & Selasa tutup)

Harga Tiket Muzium Tentera Port Dickson :

  • RM2 untuk dewasa


16. PD Ostrich Show Farm

PD Ostrich Show Farm

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Membawa anak-anak melihat burung unta di destinasi ini sememangnya satu aktiviti yang ‘mesti buat’ kalau sudah bercuti di Port Dickson. Di PD Ostrich Show Farm ini, anak-anak boleh melihat dengan lebih dekat betapa besarnya burung unta dan yang paling mengujakan juga adalah ketika melihat saiz telur burung unta ini yang sangat besar berbanding telur lain yang biasa kita lihat.

Walaupun nama destinasi ini khusus untuk burung unta, sebenarnya banyak lagi binatang lain yang turut ada dipamerkan di sini seperti burung merak, kuda, keldai, arnab & sebagainya. Di ladang burung unta PD ini, pengunjung bukan sahaja boleh melihat dari jauh, malah dapat merasai pengalaman memberi makan binatang ini dengan lebih dekat.

Jika inginkan lebih cabaran, anda boleh cuba untuk berlumba lari atau menunggang burung-burung unta yang ada di sini. Bagi mereka yang nak lakukan aktiviti outdoor, di sini juga mempunyai aktiviti hutan yang boleh dilakukan seperti jungle ATV, buggy ride, memanah, paint ball & macam-macam lagi. Destinasi ini juga turut menyediakan fasiliti untuk aktiviti yang berkonsepkan family day atau team building badan korporat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 018-230 8286 | Facebook | Instagram | Website

  • PD Ostrich Show Farm, Lot 1419, Jalan Perdana 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi PD Ostrich Show Farm

  • 9.30 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket PD Ostrich Show Farm

  • RM30 (dewasa)
  • Percuma untuk kanak-kanak


17. Alive 3D Art Gallery

Alive 3D Art Gallery

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tarikan baru di Port Dickson iaitu Geleri Seni 3D. Sebenarnya ia terletak di Lukut dan jarak dari PD lebih kurang 8-10 minit & dari Seremban sekitar setengah jam. Bangunan yang menempatkan Galeri Seni 3D ini merupakan sebuah rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi lebih menarik berkonsepkan 3D art.

Kalau nak datang sini waktu cuti sekolah alamatnya mungkin kena beratur panjanglah sehingga keluar jalan. Sebaiknya datang ke sini time weekday atau pun waktu petang sedikit.

Habiskan masa di sini dalam sejam sudah memadai untuk bergambar dengan semua mural 3D di sini melainkan kalau ramai pengunjung, mungkin lama sedikit kerana perlu menunggu giliran ketika ambil gambar. Kalau bercuti di Port Dickson secara berkumpulan, destinasi sebegini memang menyeronokkan untuk waktu riang ria & sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 012-6030886 | Facebook | Website

  • NO 38-40, JALAN DS 2/1, BANDAR DATARAN SEGAR, LUKUT, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Alive 3D Art Gallery

  • Rabu-Isnin
    • 10.00 am – 7.00 pm (Tutup Selasa kecuali cuti sekolah dan public holiday)

Harga Tiket Alive 3D Art Gallery

#1 Harga Normal

  • Dewasa: RM30.00/pax (Diskaun : RM27.00/pax)
  • Warga Emas & Kanak-Kanak ( 12 tahun & ke bawah) : RM25.00/pax (Diskaun : RM22.50/pax)

#2 Harga MyKad

  • Dewasa: RM25.00/pax (Diskaun : RM22.50/pax)
  • Warga Emas & Kanak-Kanak ( 12 tahun & ke bawah) : RM20.00/pax (Diskaun : RM18.00/pax)

*sediakan MyKad ketika beli tiket
*bawah 90 cm, masuk PERCUMA


18. Wild West Cowboy Indoor Theme Park

Wild West Cowboy Indoor Theme Park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini juga terletak sederet bangunan yang sama dengan Alive 3D Art Gallery PD & diseliakan oleh pengurusan yang sama. Tarikan di sini lebih kepada taman permainan mini indoor untuk kanak-kanak seperti Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round dengan harga tiket RM 5 untuk satu permainan.

Tarikannnya lebih kurang sama di kebanyakan shopping mall utama yang ada di KL & kalau anda bercuti di PD bersama anak-anak serta mencari aktiviti indoor yang lebih kurang panas bahang matahari, ini adalah destinasinya.

Walaubagaimanapun, tarikan utama di sini iaitu 5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie pasti memberikan satu pengalaman berbeza di taman indoor di shopping mall. 5D Motion Adventure lebih kepada tayangan movie seperti di Universal Studio Singapore di mana pengunjung akan merasai kesan khas daripada gerakan kerusi duduk, bunyi, angin, wap air & sebagainya.

Untuk 7D Interactive Movie pula, konsepnya sama seperti 5D Motion Adventure, yang berbezanya pengunjung akan diberi senapang canggih untuk menembak subjek-subjek yang muncul secara tiba-tiba seperti ikan piranha, zombie dan watak-watak penjahat yang lain. Senang cerita, tengok movie sambil main game. Tiket untuk 5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie hanya RM 15 seorang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 017-603 6977 | Facebook | Website

  • NO 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Wild West Cowboy Indoor Theme Park

  • Rabu-Isnin
    • 10.00 am – 7.00 pm (Tutup Selasa kecuali cuti sekolah dan public holiday)

Harga Tiket Wild West Cowboy Indoor Theme Park

#1 Harga Normal

  • Dewasa: M65.00/pax (Diskaun : RM58.50/pax)
  • Warga Emas & Kanak-Kanak ( 12 tahun & ke bawah) : RM60.00/pax (Diskaun : RM54.00/pax)

#2 Harga MyKad

  • Dewasa: RM55.00/pax (Diskaun : RM49.50/pax)
  • Warga Emas & Kanak-Kanak ( 12 tahun ke bawah) : RM50.00/pax (Diskaun : RM45.00/pax)

*sediakan MyKad ketika beli tiket
*bawah 90 cm, masuk PERCUMA


19. Kota dan Muzium Lukut

Kota dan Muzium Lukut

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tidak jauh dari Port Dickson, terletaknya sebuah muzium yang dikenali sebagai Kota & Muzium Lukut. Kalau anda nak melihat senibina bangunan Melayu Bugis yang menjadi kebanggaan orang Negeri Sembilan, mesti datang ke sini.

Muzium ini banyak menceritakan sejarah yang berlaku khususnya di Lukut dan juga di Negeri Sembilan secara umumnya. Banyak juga info menarik yang boleh anda pelajari di sini & rata-rata pameran di sini mempunyai label yang sistematik.

Muzium ini tidaklah terlalu besar dan ianya terbahagi kepada 4 geleri utama iaitu Galeri Nassau, Galeri Teknologi Pembuatan Tradisional, Galeri Negeri Sembilan Beradat dan Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut.

Kemudahan asas seperti ruangan solat, tandas, taman permainan kanak-kanak dan parkir kereta juga disediakan. Anda juga boleh menaiki tangga di bahagian luar menuju ke tempat yang masih mempunyai kesan kubu Kota Lukut.

Selain itu, pemandangan dari sini juga memang sangat menarik untuk anda rakamkan gambar destinasi ini dari sudut yang lebih tinggi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 06-651 2954 | Facebook | Website

  • Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Harga Tiket Kota & Muzium Lukut

  • 9.00 am – 5.00 pm (Dibuka setiap hari)
  • Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Pertama Aidil Adha

Harga Tiket Kota & Muzium Lukut

  • Percuma


20. PD Waterfront

PD Waterfront

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dari pantai, destinasi ini mengadap ke arah Pulau Arang. PD Waterfront ini merupakan tempat yang menjadi pilihan warga setempat untuk beriadah bersama keluarga. Kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan ini juga akan dijadikan tempat untuk membeli-belah, tempat makan dan hiburan keluarga yang pasti akan menarik lebih ramai pelancong ke Port Dickson kelak.

Kalau anda mencari lokasi tempat menarik di Port Dickson waktu malam untuk santai tepi pantai, bolehlah datang pusing-pusing di sekitar PD Waterfront. Ada juga beberapa buskers di sini yang membuat persembahan jalanan terutamanya pada hujung minggu & cuti sekolah.

Landskap taman di sini juga cantik & memandangkan lokasinya tepi pantai, maka memang sangat ideal untuk dijadikan port layan matahari terbenam. Kalau mengikut perancangan PD Waterfront, sebaik siap sepenuhnya nanti akan ada juga taman tema air, resort, hotel bajet, kawasan bebas cukai, akuarium dan semua ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook | Website

  • PD Waterfront, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi tepi pantai 24 jam

  • Destinasi tepi pantai (Percuma)


21. Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala

Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ketika sedang bercuti di tepi pantai Port Dickson & secara tiba-tiba anda mengidam nak pergi ke Taman Negara di Pahang untuk melihat flora fauna, apa kata tangguh dahulu niat tersebut. Tak perlu jauh-jauh, hidupkan enjin kereta & pandu kerata anda selama 15 minit ke Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala. Destinasi ini adalah yang terbaik dan yang terdekat dengan Port Dickson untuk anda melihat pelbagai flora fauna & burung-burung liar yang setanding dengan Taman Negara.

Walaupun jumlah spesisnya tidak sebanyak di Taman Negara tetapi masih boleh dikatakan berbaloi untuk anda datang, bahkan lokasinya juga mudah diakses dengan kereta tanpa perlu nak naik 4×4 meredah hutan. Di Hutan Simpan Sungai Menyala ini juga terdapat pokok yang sangat besar dan memerlukan 10 orang dewasa untuk memeluknya.

Selain itu, terdapat banyak pilihan aktiviti outdoor menarik lain yang boleh anda lakukan bersama keluarga seperti camping, jungle trekking, melihat perkampungan orang asli dan sebagainya. Di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan serbaguna, bilik mesyuarat & sebagainya yang sangat sesuai untuk anda jadikan destinasi untuk event yang berkonsepkan team building, family day ataupun kem jati diri.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 06-6463917 | Website | Instagram

  • Pusat Edu Eco-tourism Sg. Menyala, Jalan Sua Betong, N8, 71000 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

  • 8.00 am – 5.00 pm (Dibuka setiap hari)

  • Lawatan percuma
  • sila berhubung di 06-646 3917


22. Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda seorang hiker sejati sudah tentu ‘pantang dengar’ kalau ada tempat menarik yang ada aktiviti panjat memanjat & daki mendaki bukan? Nah, ini dia destinasi terbaik di Port Dickson untuk anda melempias keinginan dengan menerokai & menikmati keindahan Port Dickson dari puncak Bukit Batu Putih.

Walaupun cabaran menuju ke puncaknya tidaklah mencabar seperti mendaki Gunung Datuk, tetapi panorama di sini yang menampakkan laut biru terbantang luas tetap akan membuatkan jiwa yang bergelora menjadi damai aman sentosa.

Untuk menuju ke puncak ini, pengujung kebiasaannya akan bermula dari pintu masuk Rumah Api Tanjung Tuan & akan sampai di sini sekitar 20-35 minit sahaja. Tidak jauh dari puncak Bukit Batu Putih ini juga, terdapat laluan menurun yang akan membawa anda ke kawasan pantai di sebalik tanjung Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini.

Pantai ini jarang pelancong yang datang kerana lokasinya yang hanya boleh diakses dengan meredah hutan. Satu destinasi yang sangat ideal untuk anda lakukan senaman pagi sekiranya menginap di hotel berdekatan seperti Casa Rachado Beach Resort PD ataupun di PNB Ilham Resort.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, 71050, Negeri Sembilan

  • 8.00 am – 6.00 pm (Dibuka setiap hari)

  • Percuma


23. Corus Paradise Resort Port Dickson

Corus Paradise Resort Port Dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai peranginan Port Dickson memang tidak dinafikan, mempunyai begitu banyak sekali pilihan hotel tepi pantai yang menarik. Kalau anda mungkin mempunyai bajet yang agak terhad & tidak sanggup berbelanja lebih semata-mata nak bermalam di resort 5 bintang seperti di Lexis Hibiscus PD, apa kata cuba pertimbangkan Corus Paradise Resort Port Dickson.

Meskipun taraf hotel ini adalah 4 bintang tetapi dari segi tarikan seperti bilik, lokasi & kolam renang tepi pantai, destinasi ini tetap sangat berbaloi untuk anda bermalam. Pemandangan dari bilik di sini juga tidak kurang menariknya yang menampakkan pemandangan laut PD yang saujana mata memandang.

Selain itu, terdapat juga kolam mandi yang juga agak besar untuk orang dewasa ataupun kanak-kanak bersuka ria. Bilangan bilik untuk bermalam di sini juga sangat banyak sehingga 200 bilik.

Kalau anda bercadang nak adakan event-event besar dalam kumpulan yang ramai, destinasi ini sesuai untuk anda pilih. Paling penting, pantai yang bersebelahan dengan resort ini juga sangat cantik & lebih menarik dari beberapa kawasan pantai lain di PD.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak |  606-6477600 | Facebook | Website

  • Jalan Pantai, Taman Haji Zainal, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


24. Balai Cerap Bukit Kemang / Pusat Cerapan Baitul Hilal

Balai Cerap Bukit Kemang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin merasai pengalaman melihat bulan, planet & bintang di angkasa raya secara langsung, apa kata ke Pusat Cerapan Baitul Hilal yang hanya bersebelahan dengan Kelana Beach Resort.

Di sini, pengunjung berpeluang untuk menerokai angkasa raya yang berjuta batu jaraknya dengan menggunakan teleskop canggih yang nilainya mencecah RM 1.7 juta.

Selain itu, terdapat juga galeri-galeri pameran yang menceritakan pelbagai kisah menarik tentang sistem solar & ilmu falak.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi & bercita-cita nak jadi ahli astromi atau angkasawan, bolehlah bawa mereka ke sini untuk menyuntik semangat supaya rajin belajar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website |

  • Lot 4506, 8, Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Balai Cerap Bukit Kemang

  • Isnin-Khamis (*Masa rehat: 2.00pm-3.00pm)
    • 10.00am – 6.00pm (Kemasukkan terakhir: 4.00pm)
  • Jumaat-Ahad / Cuti Umum / Cuti Sekolah (*Masa rehat: 2.00pm-3.00pm & 6.00pm-8.00pm)
    • 10.00am – 11.00pm (Kemasukkan akhir: 4.00pm & 9.00pm)

  • Dewasa:
    • MYKAD: RM15
    • BUKAN MYKAD: RM25
  • Warga Emas
    • MYKAD: RM7
    • BUKAN MYKAD: RM20
  • Kanak-Kanak ( 12 tahun & ke bawah)
    • MYKAD: RM7
    • BUKAN MYKAD: RM20

Untuk tempahan kumpulan yang melebihi 20 orang, anda perlu berhubung melalui e-mel di [email protected] atau di talian Whatsapp 010 266 4506.


25. Hutan Lipur Pasir Panjang

Hutan Lipur Pasir Panjang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini tidak terlalu popular di PD, mungkin kerana lokasinya yang sedikit ke selatan pantai Port Dickson & jauh dari kawasan tumpuan utama. Namun sekiranya anda bercuti lama di PD & ingin menerokai kesemua keindahan yang ada di PD, bolehlah datang ke Hutan Lipur Pasir Panjang ini.

Tarikan utama di sini bukannya air terjun tetapi kawasan tepi pantainya yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Terdapat laluan jalan kaki dan jeti di tepi pantai yang selalu pengunjung bersantai melihat pemandangan sambil layan angin pantai.

Landskap kehijauan hutan lipur ini tidak kurang menariknya & mempunyai juga beberapa pokok yang redup, sesuai untuk hamparkan tikar sambil berpiknik dengan keluarga. Berdekatan dengan destinasi ini juga terdapat Medan Ikan Bakar Kampung Teluk Pasir yang sering menjadi kunjungan pelancong untuk menjamu selera pada waktu petang & malam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website | 606-6014000

  • Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan

  • Destinasi terbuka awam (24 jam)

  • Percuma


26. Extreme Park PD

Extreme Park PD

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin melakukan aktiviti outdoor secara berkumpulan seperti go-karting, ATV fun ride, memanah, paintball war game & sebagainya, Extreme Park Port Dicskson adalah jawapannya. Lokasinya tidak jauh dari kawasan tumpuan di PD & hanya sekitar 3.5 km sahaja dari Lexis Hibiscus Port Dickson.

Lapangan paint ball di sini juga sangat menarik kerana dikelilingi kehijauan pokok-pokok yang membuatkan pengalaman ketika menyertai paint ball war game lebih terasa adventurous.

Aktiviti berkumpulan yang sebegini sangat bagus untuk dilakukan sekiranya anda anjurkan team building kerana dapat memupuk semangat kerjasama dan setia kawan di samping dapat mengeratkan talian silaturahim dengan rakan sepejabat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | +6012-762 2913 | Facebook | Instagram | Website

  • Palm Spring Resort, Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson

  • 10.00 am – 7.00 pm (Dibuka setiap hari sehingga 11 Januari)

  • ATV Ride – RM 48.60 Per Trip 15 Min time
  • Paintball – RM 27.00 Per game
  • Archery – RM 21.60 Per game
  • Go Kart:
    • Double Kart – RM 75.60 Per Trip 10 Min time
    • Single Kart – RM 54.00 Per Trip 10 Min time
    • Kiddie Kart – RM 37.80 Per Trip 10 Min time
    • Mini Race – RM 113.40 Per Trip 15 Min time

Untuk harga semasa, sila berhubung dengan pihak pengurusan Xtreme Park PD


Tempat Makan Menarik di Port Dickson

Port Dickson mempunyai beberapa destinasi pilihan yang boleh anda terjah untuk acara jalan jalan cari makan anda di sini. Destinasi tepi pantai sebegini sudah tentu lebih popular dengan hidangan makanan yang berasakan makanan laut & ikan bakar.

Antara destinasi terkenal adalah Medan Selera Bagan Pinang, Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson dan Medan Selera Seri Bayu.

Tempat Penginapan Menarik di Port Dickson

Sektor penginapan di pantai peranginan Port Dickson memang tidak mengecewakan. Terdapat banyak pilihan hotel bajet & resort tepi pantai mewah serta selesa untuk pelancong bermalam. Rata-rata lokasi penginapan juga tidak jauh antara satu sama lain dan strategik dengan majoriti tempat menarik di Port Dickson seperti senarai di atas.

Cari Hotel di Port Dickson

Akhir kata, semoga destinasi dan aktiviti-aktiviti menarik di atas ini akan memberi anda seribu satu idea untuk merancang percutian anda di Port Dickson dengan lebih efisien. Selamat cuti cuti Malaysia di Port Dickson. Wassalam.

4.7/5 - (67 votes)

Anda Mungkin Berminat

15 Homestay Di Port Dickson- Penginapan Dekat Dengan Pantai TERBAIK

Port Dickson memang terkenal dengan pantai-pantai yang menjadi tarikan pelancong. Tempat-tempat penginapan tepi pantai di sini sesuai untuk anda yang bercuti bersama pasangan, keluarga...

30 Tempat Makan BEST di Port Dickson Untuk Pelancong Terjah

Sudah menjadi kelaziman kita sebagai pelancong, kalau bercuti di mana-mana tempat menarik di Malaysia sudah tentu kita ingin mencuba makanan tempatan yang popular atau...

Top 5 Kereta Sewa di Port Dickson & Seremban yg Terbaik

Adakah anda ingin melancong ke negeri Sembilan dan ingin mencari kereta sewa di Port Dickson dan Seremban yang best? Jika ya, anda berada di...

10+ Resort Di Port Dickson- Cantik dan Unik!

Adakala manusia memerlukan percutian sebagai salah satu terapi untuk mengembalikan mood yang sedang berada dalam tekanan atau masalah. Dalam Malaysia juga mempunyai banyak tempat-tempat...

6 Kedai Tomyam Paling Best di sekitar Port Dickson

Port Dickson merupakan tempat pelancongan yang agak popular di Malaysia kerana pantai dan pemandangannya yang tenang dan cantik. Ditemani angin laut yang sangat mendamaikan,...

16 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

16 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Paket Tour Danau Toba
2 months ago

Amboi cantiknya
Bila masa boleh melawat sini

Pakej Aceh Sabang
Pakej Aceh Sabang
1 year ago

Banyak ya tempat cantik kat sana.

Isma
Isma
6 years ago

Datang Port Dickson dengan pengangkutan awam?
Jangan patah kaki!
Kami ada sediakan PERKHIDMATAN KERETA SEWA PORT DICKSON.
Ambil sendiri kenderaan @ kami hantar ke lokasi anda di mana2 kawasan di PD @ perhentian bas Seremban (+ Caj penghantaran)
Whatsapp http://www.wasap.my/+60196110143/KeretaSewa

Umm Naufal
Umm Naufal
6 years ago

Banyak pantai yang menarik boleh dikunjungi di Port Dickson. Terima kasih atas info yang lengkap ^_^

azwan kalel
azwan kalel
6 years ago

Kalau percutian untuk 15 family ada ke tempat penginapan ya..kami akan bercuti pada hari raya ini iaitu 8/6/19.

joe damak
joe damak
7 years ago

Terima Kasih.. info ni sangat membantu..tqsm.

eeyda seni
eeyda seni
7 years ago

Kalau nak makan..malam pun boleh hubungi kami..0192486604 gerai kami di kg telok pasir panjang berhadapan dgn hutan lipur pasir panjang ..harga yg menarik dan murah untuk family puas ati .!!gerai kami number 3 cr eeda penyanyi k…harga murah confirm puas ati…ikan bakar dan pelbagai..

Hubungi Kami

16
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x