Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Komputer Best di Sungai Petani & Jitra

Peralatan komputer (computer devices) dan gajet  kian menjadi keperluan masa kini bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden seperti bekerja, belajar dan berkomunikasi. Keperluan komputer dan gajet sangat ketara dalam masa kini memandangkan era digital di Malaysia kian berkembang pesat. Komputer tidak hanya digunakan oleh golongan professional, peniaga dan pelajar, malah suri rumah turut menggunakannya bagi menguruskan hal ehwal rumah.

Bagi memenuhi permintaan masyarakat untuk mendapatkan gajet dan komputer yang terkini dengan harga yang murah, terdapat pelbagai kedai-kedai komputer yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Antara jenama komputer riba dan komputer meja yang terkenal dalam kalangan pengguna gajet di Malaysia adalah HP, ASUS, Acer, Dell, Lenovo, Toshiba, Apple Macbook dan Samsung. Pengguna juga mengunjungi kedai-kedai komputer bagi mendapatkan pelbagai aksesori dan gajet komputer yang canggih dan terkini, seperti komputer CPU, komponen komputer, gajet rangkaian komputer, perisian komputer dan hard-disk.

Di dalam artikel ini, kami senaraikan 10 kedai komputer yang best di Sungai Petani dan Jitra yang menawarkan pelbagai produk-produk komputer dan gajet bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden anda.

 

Kedai Komputer Best Di Sungai Petani


1.  BestBuy IT Mall Sdn Bhd, Lotuss Sungai Petani Selatan 

BestBuy IT Mall Sdn. Bhd

BestBuy IT Mall Sdn. Bhd terletak di Lotuss Sungai Petani membolehkan lokasi kedai komputer mudah diakses oleh penduduk setempat.   Kedai komputer ini mempunyai pelbagai ulasan-ulasan positif dari pelanggan oleh sebab perkhidmatan pelanggan yang amat mesra.

Pembelian peralatan komputer dan gajet boleh dilakukan secara ansuran menggunakan khidmat Aeon kredit. BestBuy IT Mall Sdn. Bhd turut mempunyai kedai online untuk pelanggan membuat pembelian secara atas talian.  Barangan di BestBuy IT Mall Sdn. Bhd menjual pelbagai PC monitor dan lain-lain gajet dari pelbagai jenama terkenal dan berkualiti tinggi.

Alamat: 2ND Floor, Tesco Selatan Sungai Petani Lot S18, Jalan Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-425 1181

Whatsapp BestBuy IT Mall

 

2. Kedai Komputer IT Mine, Pasaraya Billion Sg Petani

2. Kedai Komputer IT Mine

Kedai Komputer IT Mine merupakan pusat membaiki dan menjual berkaitan komputer baru dan terpakai. Terletak di tingkat bawah Pasaraya Billion Sg Petani, kedai komputer ini amat mudah diakses oleh penduduk setempat.  Terdapat pelbagai pilihan komputer dan gajet yang ditawarkan dengan harga murah, oleh itu Kedai Komputer IT Mine amat sesuai dikunjungi oleh golongan pelajar untuk keperluan IT mereka. Kedai Komputer IT Mine mendapat pelbagai ulasan-ulasan positif dari pelanggan oleh kerana perkhidmatan penjualan dan perkhimatan pelanggan yang cepat dan cekap.

Alamat: A3 – 1/ 6, Ground Floor, Pasaraya Billion Sg Petani, Jalan Mawar 2, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 9.15am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-423 7317

Whatsapp Kedai Komputer IT Mine

 

3. QSD Computer Distribution Sdn Bhd, Taman Pekan Baru

QSD Computer Distribution

QSD Computer Distribution Sdn Bhd membekalkan komputer, gajet dan produk ICT bagi pengguna rumah dan perniagaan. Antara produk-produk ditawarkan adalah seperti komputer riba, komputer meja, hardware, perisian komputer, aksesori komputer, printer dan projector. QSD Computer Distribution Sdn Bhd telah berjaya  mematuhi standard ISO 9001:2008, iaitu  sistem pengurusan kualiti bagi memastikan kualiti produk ditawarkan adalah terbaik dan memenuhi kehendak pengguna .

Selain penjualan barangan komputer dan kelengkapan ICT, QSD Computer Distribution Sdn Bhd turut menawarkan khidmat membaiki dan menservis pelbagai jenama printer rumah dan printer komersial.  Perkhidmatan utama yang ditawarkan adalah seperti membaiki komputer riba, melengkapkan system ICT di rumah dan pejabat, membaiki skrin komputer LED/LCD, membaiki projector dan membaiki bateri komputer riba . Setakat ini, QSD Computer Distribution Sdn Bhd telah memperoleh pelbagai anugerah dan sijil dari pelbagai syarikat komputer atas kualiti perkhidmatan pembaikian yang terbaik.

Alamat: 136 & 137, Jalan Masjid 1,Taman Pekan Baru, , 08000 Sungai Petani Kedah

Waktu Operasi: 9.30am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:04-424 4228

 

4. Lasto Computer Service Centre, Lagenda Heights

Lasto Computer Service Centre

Lasto Computer Service Centre  yang terletak di Lagenda Heights menawarkan pelbagai gajet dan komputer riba terkini dengan harga yang murah dan berpatutan. Lasto Computer Service Centre   turut mengadakan pelbagai promosi terkini untuk menarik pelaggan membeli-belah. Pelanggan boleh membuat tinjauan produk di laman Facebook bagi mendapatkan gambaran produk dan promosi-promosi terkini.

Antara perkhidmatan ditawarkan di Lasto Computer Service Centre adalah membaiki komputer, printer dan gajet yang bermasalah. Lasto Computer Service Centre turut mempunyai satu lagi cawangan di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani. Setakat ini, Lasto Computer Service Centre mendapat pelbagai ulasan positif dari pelanggan yang amat berpuas hati dengan servis dari Lasto Computer Service Centre. Oleh itu, tidak hairanlah syarikat ini mempunyai rating 4.9 di Google.

Alamat: No. 220 (ground floor), Jalan Legenda 8, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 9am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 014-385 9838

Whatsapp Lasto Computer Service Centre

 

5.  Mytron Computer Sales & Services, Taman Pekan Baru

Mytron Computer Sales & Services

Mytron Computer Sales & Services ditubuhkan pada 2003 dan kini terletak di Taman Pekan Baru. Ianya menawarkan pelbagai jenis komputer riba dan aksessori gajet berkualiti tinggi dari pelbagai jenama bagi memastikan waktu kerja anda lebih produktif.

Mytron Computer Sales & Services turut menawarkan khidmat membaiki komputer dan gajet oleh professional yang berkemahiran. Kedai Mytron Computer Sales & Services banyak menjual komputer-komputer riba berprestasi tinggi yang mana amat sesuai untuk mereka yang gemar bermain game. Terdapat pelbagai promosi berlangsung dari masa ke masa, oleh itu ikuti laman Facebook Mytron Computer Sales & Services untuk mendapatkan makluman promosi terkini.

Alamat:  88A, Jalan Pengkalan, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 9.30am-8pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-422 8022

 

6. Hypercom Technology, Taman Sri Tanjung 

Hypercom Technology

Hypercom Technology menawarkan perkhidmatan membaiki komputer meja,  komputer riba , peralatan ICT dan aksessori komputer oleh professional yang berkemahiran. Hypercom Technology telah mendapat review 5 bintang di laman Facebook daripada pelanggan-pelanggan yang amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Sekiranya komputer riba anda anda rosak atau bermasalah, anda bolehlah menghantar komputer dan gajet di kedai ini untuk dibaiki.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • menjual komputer baru dan terpakai
  • menjual alat ganti komputer yang baru dan terpakai
  • membaiki motherboard laptop
  • menukar LCD laptop
  • menukar skrin komputer yang pecah/retak
  • menjual komponen & alat ganti komputer

Alamat: No. 1,Lorong 10, Jalan Sungai Layar, Taman Sri Tanjung, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 11am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 017-505 1815

Whatsapp Hypercom Technology

 

7.  Minicomp Sdn Bhd, Central Square Complex

Minicomp Sdn Bhd

Minicomp Sdn Bhd  menawarkan pelbagai jenis gajet dan komputer berkualiti tinggi dan berprestasi hebat untuk kegunaan pengguna yang berminat dengan gajet terkini. Produk-produk yang ditawarkan amat sesuai untuk gamers yang mahukan perlatan komputer yang hebat bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden dan terkini.

Antara produk terhebat yang dijual di Minicomp Sdn Bhd adalah Razer Tomahawk, AMD ryzen, GeForce GTX dan AMD B450 AORUS Motherboard. Kesemua produk-produk ini amat sesuai untuk gamers yang mahukan pengalaman hebat sewaktu bermain game komputer. Minicomp Sdn Bhd turut membekalkan produk-produk utama dari Lenovo , yang mana rekaan komputer-komputer riba adalah bergaya dan sangat sleek.

Alamat: No.50&51 2nd Floor, Central Square Complex, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 11am-9pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 018-463 8251

Whatsapp Minicomp Sdn Bhd

 

8. MPC Sales & Services, Giant Hypermarket

MPC Sales & Services

MPC Sales & Services terletak di Giant Hypermarket Sungai Petani yang mana kedai ini amat mudah diakses oleh penduduk setempat.   MPC Sales & Services menyediakan perkhidmatan dan penjualan komputer baru dan terpakai dari Jepun.  Selain itu, kedai turut menawarkan aksesori komputer dan gajet seperti CPU, desktop, PC monitor , printer berjenama Canon, HP dan Epson , dakwat printer, telefon bimbit dan Bluetooth speaker.

MPC Sales & Services turut menyediakan perkhidmatan servis komputer riba dan printer yang bermasalah. Para pelanggan juga boleh menuntut waranti untuk semua jenis telefon yang dibeli dari kedai. Pelanggan juga boleh memesan barangan secara atas talian dan perkhidmatan penghantaran diuruskan oleh syarikat.

Alamat: LOT A3 Giant Hypermarket, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 04-431 1576

 

9. Kedai Komputer Qasturie Sg Petani, Jalan Lencongan Barat

Kedai Komputer Qasturie Sg Petani

Kedai Komputer Qasturie Sg Petani menjual komputer riba dan komputer meja terpakai yang diimport dari Jepun. Kedai Komputer Qasturie Sg Petani turut menawarkan perkhidmatan membaik pulih komputer riba dan komputer meja yang bermasalah. Selain itu, Kedai Komputer Qasturie Sg Petani menjual pelbagai aksesori-aksesori komputer terkini dari pelbagai jenama.

Pelanggan boleh memesan produk-produk ICT dari Kedai Komputer Qasturie Sg Petani yang mana perkhidmatan penghantaran melalui pos dan COD turut disediakan. Kedai Komputer Qasturie Sg Petani turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan komputer secara percuma. Terdapat pelbagai promosi menarik yang diadakan dari masa ke masa. Pelanggan boleh mengikuti laman Facebook syarikat untuk mendapatkan produk terkini dan promosi semasa yang diadakan.

Alamat: Lot B12, Value Mart, Jln Lencongan Barat, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Phone:010-325 9860

Whatsapp Kedai Komputer Qasturie Sg Petani

 

10. Touch Media Utara Laptop Specialist

Touch Media Utara Laptop Specialist

Touch Media Utara Laptop Specialist menawarkan khidmat menservis dan membaiki komputer yang bermasalah. Selain itu, Touch Media Utara Laptop Specialist turut menjual pelbagai model komputer riba, skin komputer LED/LCD, papan kekunci dan pelbagai aksesori komputer untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden.  Kedai komputer ini mempunyai pelbagai ulasan-ulasan positif dan testimoni pelanggan yang amat berpuas hati dengan khidmat ditawarkan.

Bagi perkhidmatan membaiki komputer, antara masalah komputer yang boleh dibaiki oleh professional terlatih dari Touch Media Utara Laptop Specialist adalah seperti display/graphic problem, blue screen, bios problem dan khidmat  PC re-formatting. Sekiranya anda mempunyai permasalahan komputer yang tidak mampu diselesaikan, kami sarankan untuk anda menghantar peralatan komputer di Touch Media Utara Laptop Specialist.

Alamat: 12C, Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:012-667 4667

Kedai Komputer Best Di Jitra


11.  First Star Computer Center, Jitra

first star computer centre

First Star Computer Center yang terletak di Jitra bukan sahaja menawarkan perkhidmatan  yang berkenaan dengan komputer dan teknologi, mereka juga ejen kurier ZTO Express.

First Star menawarkan servis memperbaiki komputer dan monitor dengan kelajuan yang amat cepat dan sering mengenakan caj yang berpatutan. Selain daripada servis membaiki, mereka juga menjual pelbagai aksesori komputer seperti keyboard, mouse, speaker, wayar komputer dan sebagainya. Anda juga boleh mencari komputer terpakai di sini. Walaupun kedainya kecil, tetapi banyak juga barang barang komputer boleh dijumpai di sini.

Alamat: 48, Jalan Tanah Merah, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: 10am-8pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10946208

Whatsapp First Star Computer Center

12. NZ It Solution Taman Damai Jitra

NZ It Solution Taman Damai Jitra

NZ IT Solution merupakan sebuah kedai komputer yang pakar dalam membaiki komputer dan membina komputer recond. Mereka juga boleh membina PC mengikut bajet setiap individu yang sesuai untuk kegunaan seperti pejabat, sekolah dan peribadi.

Selain daripada membina komputer, NZ IT Solution juga menyediakan servis membaiki printer, handphone dan pelbagai aksesori komputer. Pilihan barang teknologi yang boleh dijumpai di sini amat luas dan harga juga amat berpatutan.

Alamat: 11, Tingkat Bawah, Taman Damai Jaya, 06000, Jalan Hospital, Kubang Pasu District, 06000 Jitra, Kedah

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-5939426

Whatsapp NZ IT Solution

3.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

5 Kedai Komputer Best di Alor Setar & Kulim

Walau di mana sekalipun anda berada, di kawasan bandar mahupun kawasan perkampungan, keperluan teknologi gajet canggih seperti komputer pada masa kini tidak boleh dipandang...

6 Kedai Elektrik Terbaik dan Harga Mampu Milik di Alor Setar

Setiap rumah pasti memiliki barangan elektrik seperti periuk nasi, pemanas air, penyedut hampagas dan banyak lagi. Barangan elektrik ini menjadi keperluan kepada semua individu....

Top 7 Kedai Elektrik Berkualiti di Sungai Petani

Kita semua tahu bahawa semua perkakasan elektrik berfungsi dan membantu dalam kehidupan harian kita. Jadi, ianya mestilah dijaga dengan baik agar tidak berlaku kerosakkan....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x