Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Elektrik Terbaik dan Harga Mampu Milik di Alor Setar

Setiap rumah pasti memiliki barangan elektrik seperti periuk nasi, pemanas air, penyedut hampagas dan banyak lagi. Barangan elektrik ini menjadi keperluan kepada semua individu. Jadi, untuk mendapatkan barangan elektrik yang berkualiti dan bermutu tinggi, jom lihat 6 kedai elektrik terbaik dan harga mampu milik di Alor Setar.

6 Kedai Elektrik di Sekitar Alor Setar


1. Weylite Electric Sdn Bhd (Dr. Lampu), Pekan Simpang Kuala Weylite Electric Sdn Bhd (Dr. Lampu), Pekan Simpang Kuala

Kedai yang bernama Weylite Electric Sdn Bhd terletak di kawasan Pekan Simpang Kuala. Ia merupakan sebuah kedai elektrik yang dikenali oleh ramai penduduk di Alor Setar. Kedai ini juga lebih dikenali sebagai Dr. Lampu kerana ia memiliki pelbagai jenis lampu yang cantik dan menarik.

Walaupun penjualan utama mereka memfokuskan lampu dan mentol, mereka juga menjual pelbagai jenis barangan elektrik yang lain seperti kipas, periuk nasi, seterika, mesin pengisar dan banyak lagi.

Ramai pelanggan berpuas hati dengan barangan yang dijual kerana dikatakan harga ditawarkan mampu milik. Staf juga mesra pelanggan dan rajin membantu dalam urusan pemilihan barangan yang berkualiti tinggi. 

Selain itu, kedai ini juga memiliki barangan elektrik yang berjenama, seperti Panasonic, Khind, Pensonic dan lain-lain lagi. Menariknya kedai ini, jika anda ingin membeli secara atas talian, anda boleh melayari laman e-dagang shopee mereka. Mudah kan?

Alamat: 16, Jalan PSK Satu, Pekan Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 pagi – 6.30 petang) & Jumaat (Tutup)

Lokasi | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-419 0557

WhatsApp Weylite Electric 


2. Wah Lee Group (Alor Setar), Jalan Kancut

Kedai Elektrik Wah Lee Group (Alor Setar), Jalan Kancut

Wah Lee Group bermula pada tahun 1983 dengan sebuah syarikat bernama Wah Lee Electronic Service sebagai peruncit untuk perkhidmatan elektrik dan perkakas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Kemudian, setelah perniagaan mereka maju, mereka mula membuka cawangan di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Salah satu cawangan kedai elektrik yang dibuka di negeri Kedah adalah di kawasan Alor Setar, Jalan Kancut.

Kedai elektrik ini mendapat perhatian dan sambutan hangat dari orang ramai kerana memiliki barangan jualan yang berjenama dan bermutu tinggi. Antara jenama yang cukup dikenali seperti Samsung, Pensonic, Proneer, Electrolux dan banyak lagi.

Kedai elektrik di cawangan Alor Setar ini cukup besar dan memiliki banyak jenis barangan elektrik dan elektronik seperti peti sejuk, mesin basuh, televisyen, penyedut hampagas dan sebagainya. 

Menariknya kedai ini, mereka sering mengadakan promosi dan diskaun pada laman sosial Facebook mereka. Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya. Jom, beramai-ramai singgah ke Wah Lee Group cawangan Alor Setar!

Alamat: 2369A, Lorong Sena, Off, Darul Aman Highway, 05100 Alor Setar, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 pagi – 8.30 malam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-735 1398

WhatsApp Wah Lee Group


3. Siang Electrical Alor Setar, Pekan Simpang Kuala

Kedai Elektrik Siang Electrical Alor Setar, Pekan Simpang Kuala

Kedai seterusnya pula bernama Siang Electrical cawangan Alor Setar. Kedai ini bermula beroperasi jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam pada setiap hari. Siang Electrical memiliki 17 cawangan kedai elektrik, termasuklah di Alor Setar. 

Di Siang Electrical terdapat banyak jenis barangan elektrik seperti penghawa dingin, mesin basuh, peti, televisyen dan banyak lagi. Mereka juga menjual barangan berjenama seperti Sharp, Toshiba, Midea, LG dan banyak lagi. Walaupun berjenama, namun harga yang ditawarkan mampu milik!

Menurut ulasan pelanggan, harga yang ditawarkan untuk barangan elektrik di kedai ini juga berpatutan. Bukan itu sahaja, kedai ini juga sering mengadakan harga promosi kepada pelanggan mereka! Jimat, kan?

Rata-rata berpuas hati dengan layanan staf mereka yang peramah. Anda juga boleh layari laman web rasmi kedai mereka dan juga laman sosial untuk dapatkan diskaun barangan elektrik yang dijual.

Alamat: 54 & 55, Pekan Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 pagi – 9.00 malam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Siang Electrical


4. Perniagaan Elektrik Jaya Utara Sdn Bhd, Kampung Lubok Peringgi

Perniagaan Elektrik Jaya Utara Sdn Bhd, Kampung Lubok Peringgi

Kedai Elektrik Jaya Utara yang terletak di Kampong Lubok Peringgi ini juga menjadi pilihan penduduk di Alor Setar untuk membeli barang elektrik. Mereka mula beroperasi bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang pada hari Sabtu hingga Khamis.

Rata-rata pelanggan memberikan ulasan yang positif kepada kedai ini. Banyak juga barangan elektrik yang berjenama dijual di kedai ini. Di samping itu, harganya juga berpatutan dan mampu milik.

Apa yang menarik di kedai ini, anda boleh juga membeli di laman e-dagang mereka iaitu Shopee sekiranya tidak berkesempatan untuk kunjungi ke kedai mereka. Setakat ini, mereka masih di dalam proses untuk memuatnaik barangan mereka ke laman Shopee mereka, jadi rajin-rajinkanlah diri anda untuk check Shopee mereka!

Alamat: 828, Jalan Menanti, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.00 pagi – 6.00 petang), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Shopee | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-731 8822 


5. HK Home Electrical Sdn Bhd, Pekan Simpang Kuala

HK Home Electrical Sdn Bhd, Pekan Simpang Kuala

Kedai elektrik di Alor Setar seterusnya bernama HK Home. Lokasi kedai ini terletak di Pekan Simpang Kuala. Waktu operasinya bermula jam 10.30 pagi sehingga 8.30 malam pada setiap hari.

HK Home Electrical menjual pelbagai barangan elektrik seperti televisyen, air-fryer, oven, mesin basuh dan banyak lagi. Selain itu, barangan-barangan ini juga berjenama dan bermutu tinggi. Antaranya ialah Daikin, LG, Hitachi, Philips, Elba dan banyak lagi. Jadi, anda tidak perlu risau jika barang elektrik mereka tidak berkualiti tinggi. 

Di samping itu, anda boleh lawati akaun laman sosial Facebook mereka untuk dapatkan harga promosi dan diskaun barangan yang ditawarkan. Yang menariknya, kedai ini juga memiliki akaun e-dagang Shopee! Jadi, tunggu apa lagi, jom membeli!

Alamat: 24, Jalan PSK Satu, Pekan Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 pagi – 8.30 malam)

Lokasi | Shopee | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-772 8268 


6. Suria Jerai Electrical, Mergong 

Suria Jerai Electrical, Mergong 

Kedai elektrik yang juga mendapat sambutan ramai dari pelanggan di Alor Setar adalah Suria Jerai Electrical. Kedai elektrik yang terletak di kawasan Mergong ini merupakan cawangan mereka di Alor Setar. Mereka memiliki 21 kedai termasuklah HQ mereka di kawasan Gurun.

Mereka telah beroperasi sejak 34 tahun yang lalu bermula tahun 1989. Menurut laman web mereka, Suria Jerai mempunyai hampir 49 jenama barangan elektrik di kedai mereka.

Yang bestnya kedai ini, mereka menyediakan khidmat pembayaran secara ansuran kepada pelanggan. Pelanggan yang hadir boleh membuat kad keahlian selama setahun hanya dengan RM15 sahaja. Wow, murah kan?

Barangan yang sering mendapat sambutan yang hangat di sini adalah seperti penghawa dingin, televisyen smart tv, dan banyak lagi. Anda juga boleh membeli barangan ini di laman e-dagang Shopee mereka. Mudah dan senang, kan?

Alamat: F2, 107-A & B, Jalan Seberang Putra, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 pagi – 9.00 malam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-700 7703

WhatsApp Suria Jerai


Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam mencari kedai barangan elektrik di Alor Setar yang berdekatan dengan kawasan anda. Jangan lupa untuk membuat penilaian berdasarkan keperluan dan bajet anda untuk mendapatkan penjimatan yang optimum.

Adakah anda sangat sibuk dan tiada masa untuk walk-in di kedai-kedai elektrik yang disenaraikan di atas? Anda boleh layari artikel kami di 10 Kedai Elektrik Terbaik di Shopee yang patut dikunjungi untuk membeli barang secara atas talian. Diharapkan membantu dan bermanfaat!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 7 Kedai Elektrik Berkualiti di Sungai Petani

Kita semua tahu bahawa semua perkakasan elektrik berfungsi dan membantu dalam kehidupan harian kita. Jadi, ianya mestilah dijaga dengan baik agar tidak berlaku kerosakkan....

10 Kedai Komputer Best di Sungai Petani & Jitra

Peralatan komputer (computer devices) dan gajet  kian menjadi keperluan masa kini bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden seperti bekerja, belajar dan berkomunikasi. Keperluan komputer...

5 Kedai Komputer Best di Alor Setar & Kulim

Walau di mana sekalipun anda berada, di kawasan bandar mahupun kawasan perkampungan, keperluan teknologi gajet canggih seperti komputer pada masa kini tidak boleh dipandang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x