Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Kedai Komputer Best di Alor Setar & Kulim

Walau di mana sekalipun anda berada, di kawasan bandar mahupun kawasan perkampungan, keperluan teknologi gajet canggih seperti komputer pada masa kini tidak boleh dipandang enteng oleh sesiapapun termasuklah ibu bapa dan masyarakat setempat. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, penggunaan internet isi rumah di komputer masing-masing telah meningkat kepada 77.6% pada tahun 2020. Hal ini menunjukkan peningkatan saban tahun terhadap penggunaan internet yang secara langsung meningkatkan penggunaan komputer.

Penggunaan komputer menjadi pilihan orang ramai atas beberapa tujuan. Antaranya untuk membuat kerja sama ada kerja pejabat mahupun kerja sekolah dan assignments. Sekiranya kerja-kerja sebegini dilakukan menggunakan telefon bimbit, ianya tidak dinafikan agak sukar kerana saiz telefon bimbit yang jauh lebih kecil berbanding komputer. Terdapat sebahagian masyarakat juga memilih untuk menonton drama ataupun video-video di Internet menggunakan komputer masing-masing kerana skrinnya yang lebih besar memberikan kepuasan kepada penonton untuk lebih menghayati drama tersebut.

Oleh itu, kami telah menyenaraipendekkan beberapa kedai komputer di Alor Setar & Kulim yang boleh anda kunjungi sekiranya anda ingin membeli komputer atau alat komponen yang lain.

 

Kedai Komputer Best Di Alor Setar


1.  Ph&co, Alor Setar

Ph&co, Alor Setar

Sangat menakjubkan! Ini adalah salah satu perkataan yang sesuai digambarkan untuk kedai komputer Ph&co Alor Setar. Mempunyai beratus review yang bagus di Internet memberi keyakinan bahawa kedai ini sememangnya terbaik seperti yang dikatakan. Menawarkan pelbagai jenis komputer, laptop, PC untuk gaming dan sebagainya, Ph&co menjual barangan komputer yang pelbagai dari segi reka bentuk, fungsi dan harga. Anda pasti akan sukar untuk membuat pilihan.

Harga barangan di sini berpatutan, ada yang murah ada yang mahal sesuai dengan bajet masing-masing. Harga barangan di kedai ini dipuji kerana setanding dengan platform membeli belah atas talian seperti Shopee dan Lazada yang mana selalunya menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding walk in di kedai. Selain itu, lokasi kedai ini juga agak baik kerana ianya teletak bersebelahan jalan utama dan terdapat papan tanda kedai yang besar. Tempat parkir juga turut disediakan sepanjang jalan.

Alamat: No. 41, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid, Persiaran Sultan Abdul Hamid, 05050 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm (Isnin, Selasa, Khamis-Ahad), Rabu tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-5798806

Whatsapp Ph&co, Alor Setar

2.  Azhar PC, Alor Setar

Azhar PC, Alor Setar

Secara ringkasnya, servis utama Azhar PC Alor Setar terbahagi kepada tiga bahagian iaitu menjual pelbagai jenis laptop sama ada yang baharu, mahupun yang terpakai semuanya boleh didapati di sini. Selain itu, Azhar PC juga menyediakan khidmat membaiki laptop yang rosak dan dijamin laptop anda akan kembali berfungsi seperti sediakala. Seterusnya, kedai ini juga menawarkan servis custom PC gaming mengikut bajet anda. Ramai anak muda pada zaman ini bermain permainan video contohnya seperti Valorant dan Dota 2. Hal ini membuatkan permintaan terhadap PC gaming semakin tinggi. Terdapat pelbagai reka bentuk dan gajet yang berbeza-beza boleh dipilih mengikut kemahuan dan kemampuan seseorang.

Setiap pembelian komputer di Azhar PC akan mendapat free gift daripada kedai. Para pelanggan memberikan pandangan mereka dengan menyatakan bahawa mereka amat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh staf dan pemilik kedai ini. Mereka sentiasa memberikan nasihat yang terbaik kepada para pelanggan dalam memilih komputer, memilih komponen komputer, membina PC gaming dan membaiki laptop masing-masing. Harga komputer di sini juga lebih murah berbanding kedai-kedai lain.

Alamat: City Plaza, Tingkat 3, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 11.00am – 7.00pm (Isnin-Ahad)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 017-5226375

Whatsapp Azhar PC, Alor Setar

3.  Kakmira Computer, Alor Setar

Kakmira Computer, Alor Setar

Kakmira Computer merupakan sebuah kedai komputer di Alor Setar yang sudah mempunyai beberapa cawangan di Malaysia. Walaupun tidak banyak tetapi boleh dikatakan perniagaan mereka semakin berkembang. Turut sama menyediakan perkhidmatan menjual laptop, komputer, membaiki komputer, custom PC gaming seperti kebanyakan kedai-kedai lain, akan tetapi apa yang membuatkan kedai ini istimewa dan lain daripada yang lain ialah mereka juga menjual dakwat pencetak dan pencetak daripada pelbagai jenis jenama. Kedai Kakmira Computer menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah (COD) dan penghantaran melalui pos selain daripada boleh walk in ke kedai.  Seperti yang semua sedia maklum, layanan mesra pelanggan adalah sesuatu yang harus dititikberatkan setiap peniaga. Jadi, kedai ini juga antara salah satu kedai yang sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada para pelanggannya.

Alamat: City Plaza, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah

Waktu Operasi: 11.00am – 8.00pm (Isnin-Ahad)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 04-7330091

Whatsapp Kakmira Computer, Alor Setar

Kedai Komputer Best Di Kulim


4.  Kulim Laptop Centre, Kulim

Kulim Laptop Centre, Kulim

Diberikan rating yang hampir sempurna oleh para pelanggannya, Kulim Laptop Centre sememangnya sangat terkenal dalam kalangan penduduk Kulim, Kedah. Menjual laptop baharu dan juga laptop terpakai yang dibaikpulih pada harga yang rendah tetapi berkualiti, kedai ini juga amat berkemahiran dalam membaiki komputer, laptop dan gajet-gajet lain.

Kulim Laptop Centre tidak perlu diragui kualiti dan harga serta layanan terbaik mereka. Hal ini kerana berdasarkan review yang diberikan para pelanggan, mereka amat berpuas hati sehinggakan rata-rata kebanyakkannya ingin berkunjung semula di masa akan datang untuk membeli laptop atau komputer bagi keperluan orang lain pula. Free gift yang diberikan juga banyak dan boleh tahan lumayan. Kedai ini juga mempunyai reka bentuk kedai yang cantik dan menarik.

Alamat: LG-907, Jalan Ks 2, Taman Kulim Square Indah, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: 11.00am – 7.00pm (Isnin-Khamis&Sabtu), 2.30pm – 7.00pm (Jumaat), Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-4622191

Whatsapp Kulim Laptop Centre, Kulim

5.  Supertech Computer, Kulim

Supertech Computer,Kulim

Antara kedai yang bagus dan mempunyai rating 5 bintang dalam kalangan pelanggannya, Supertech Computer, Kulim merupakan sebuah kedai yang tidaklah begitu besar tetapi masih terdapat pelbagai jenis laptop dan komputer yang boleh anda beli. Yang paling penting, staf di sini amatlah mesra pelanggan dan sentiasa bersedia membantu anda dalam setiap hal yang berkaitan komputer, laptop dan sebagainya. Kedai ini juga menyediakan perkhidmatan mencetak.

Antara komen menarik yang diberikan oleh pelanggan Supertech Computer ialah harga barangan di sini kadangkala lebih murah berbanding platform membeli belah atas talian iaitu Shopee terutamanya apabila anda ingin membeli sesuatu dalam kuantiti yang banyak, inilah kedai terbaik untuk anda dapatkan barangan kemahuan anda pada harga yang puas hati.

Alamat: No 6, Lorong Kemuning 1, Taman Kemuning, 09000 Kulim, Kedah

Waktu Operasi: 12.00pm – 9.00pm (Isnin-Sabtu), Ahad tutup

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 012-4654852

Whatsapp Supertech Computer, Kulim


Anda juga boleh mencari kedai komputer alternatif dengan melihat artikel kami tentang 10 Kedai Komputer Best di Sungai Petani & Jitra ini. Semoga membantu!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Komputer Best di Sungai Petani & Jitra

Peralatan komputer (computer devices) dan gajet  kian menjadi keperluan masa kini bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden seperti bekerja, belajar dan berkomunikasi. Keperluan komputer...

6 Kedai Elektrik Terbaik dan Harga Mampu Milik di Alor Setar

Setiap rumah pasti memiliki barangan elektrik seperti periuk nasi, pemanas air, penyedut hampagas dan banyak lagi. Barangan elektrik ini menjadi keperluan kepada semua individu....

Top 7 Kedai Elektrik Berkualiti di Sungai Petani

Kita semua tahu bahawa semua perkakasan elektrik berfungsi dan membantu dalam kehidupan harian kita. Jadi, ianya mestilah dijaga dengan baik agar tidak berlaku kerosakkan....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x