Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 7 Kedai Elektrik Berkualiti di Sungai Petani

Kita semua tahu bahawa semua perkakasan elektrik berfungsi dan membantu dalam kehidupan harian kita. Jadi, ianya mestilah dijaga dengan baik agar tidak berlaku kerosakkan. Walaupun begitu, ia juga memiliki tempoh jangka hayat tertentu, samada 5 tahun, 10 tahun dan sebagainya.

Jadi, kita juga perlu memeriksa keadaan perkakasan elektrik setelah mencapai tempoh yang ditetapkan agar tidak berlaku renjatan dan kerosakkan. Untuk itu, kami telah menyenaraikan 7 kedai elektrik berkualiti di Sungai Petani untuk memudahkan anda membeli perkakasan elektrik yang baru.

7 Kedai Elektrik di Sungai Petani


1. BHB – Ban Hin Bee Sdn Bhd, Lagenda Heights

BHB - Ban Hin Bee Sdn Bhd, Lagenda Heights

Terletak di kawasan Lagenda Heights, sebuah kedai yang bernama Ban Hin Bee Sdn Bhd telah mendapat sambutan hangat dari pelanggan. Rata-rata pelanggan mengatakan staf di kedai ini mesra pelanggan dan harganya berpatutan.

Banyak barangan dan perkakasan elektrik yang berjenama dijual di kedai elektrik ini. Antaranya ialah televisyen, penyedut hampagas, peti sejuk, mesin basuh dan banyak lagi barangan yang berkualiti dan berjenama.

Kedai ini juga dibuka setiap hari. Menariknya kedai ini, jika di musim perayaan atau hari-hari tertentu, banyak promosi dan potongan harga untuk pelanggan yang membeli. Jadi, tunggu apa lagi, jom membeli!

Alamat: 256, Jalan Lagenda 10, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 pagi – 9.00 malam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp BHB


2. Meh Electrical And Hardware Supplies, Lagenda Heights

Meh Electrical And Hardware Supplies, Lagenda Heights

Sebut sahaja kedai MEH elektrik, pasti ramai warga Sungai Petani mengenalinya. Kedai elektrik ini bukan sahaja menjual barangan elektrik, malah ada juga barangan hardware yang berkualiti.

Kedai elektrik MEH ini telah ditubuhkan sejak tahun 2000. Ianya merupakan pengedar sah untuk pelbagai jenama terkenal, seperti KDK, Jotun, Johnson Suisse, Joven dan bermacam lagi.

Banyak jenis peralatan dan barangan seperti shower set, water heater, cermin kabinet, singki ada jual di kedai ini. Ianya sesuai untuk anda yang ingin menukar peralatan di bilik atau mencantikkan bilik mandi di rumah anda.

Terdapat juga pelbagai promosi dan diskaun harga barangan yang ditetapkan di kedai ini. Jadi, jangan lepaskan peluang, datanglah ke Meh Electrical And Hardware Supplies!

Alamat: 178, Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 pagi – 5.30 malam), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-423 9876

WhatsApp MEH


3. Grand Senheng Sungai Petani, Lagenda Heights

Grand Senheng Sungai Petani, Lagenda Heights

Anda juga boleh kunjungi kedai elektrik Grand Senheng yang terletak di Lagenda Heights, Sungai Petani. Ianya menjual pelbagai barangan elektrik dari jenama yang terkenal. Antaranya adalah kipas, televisyen, mesin basuh dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, telefon pintar juga ada dijual di kedai ini. Kedai yang luas dan besar ini sering menjadi pilihan pelanggan yang ingin dapatkan perkakasan elektrik yang berkualiti.

Ramai pelanggan telah membeli barangan di sini dan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Rata-rata pelanggan mengesyorkan kedai ini kepada pelanggan yang lain. Berita baik kepada pelanggan yang ingin membeli barangan, di Grand Senheng menawarkan perkhidmatan bayaran ansuran kad kredit dari pelangai bank. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang pembayaran!

Alamat: 206, 207 & 208, Jalan Legenda 7, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 pagi – 9.00 malam)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Senheng


4. K.T. Ooi Radio Sdn Bhd, Jalan Ibrahim

Kedai Elektrik K.T. Ooi Radio Sdn Bhd, Jalan Ibrahim

Terletak di Jalan Ibrahim, kedai perkakasan elektrik ini juga menjadi pilihan pelanggan di Sungai Petani kerana terdapat banyak barangan yang berjenama seperti Midea, LG, Hitachi dan banyak lagi.

Kedai ini dibuka setiap hari pada jam 10.30 pagi sehingga 8.00 malam. Banyak jenis barangan elektrik yang berkualiti dijual di sini, seperti penghawa dingin, periuk nasi, water heater dan lain-lain lagi.

Ramai pelanggan mengatakan harga yang yang ditawarkan di kedai ini adalah murah dan banyak diskaun untuk setiap belian. Rata-rata berpuas hati dengan servis yang diberikan. Anda juga boleh mengikuti laman sosial Facebook mereka untuk melihat promosi terkini. Jadi, tunggu apa lagi, jom ke K.T. Ooi Radio!

Alamat: 7, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 pagi – 8.00 malam)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-421 4548

WhatsApp K.T. Ooi


5. Syarikat Bersama Hati, Lagenda Heights

Kedai Elektrik Syarikat Bersama Hati, Lagenda Heights

Kedai elektrik yang bernama Syarikat Bersama Hati ini juga merupakan kedai elektrik di Sungai Petani yang menjual barangan berkualiti dan berjenama.

Antaranya adalah perkakasan dapur seperti ketuhar, pemanas air, air fryer, dan banyak lagi. Terdapat juga barangan besar seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin dijual kedai ini.

Di samping itu, anda juga boleh membeli dan boleh buat bayaran ansuran sekiranya diperlukan. Setelah membeli, khidmat penghantaran barangan juga percuma diberikan. Mudah dan senang kan?

Alamat: 209 Jalan Lagenda 8, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 pagi – 9.00 malam)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Syarikat Bersama Hati


6. Syarikat Neoh Radio, Taman Pekan Rabu

Syarikat Neoh Radio, Taman Pekan Rabu

Terdapat juga sebuah kedai elektrik yang bernama Syarikat Neoh Radio di kawasan Taman Pekan Rabu, Sungai Petani untuk anda kunjungi. Kedai elektrik ini juga menjadi pilihan pelanggan oleh kerana kedainya yang luas dan terdapat banyak jenis barangan elektrik dari pelbagai jenama. Harganya yang berpatutan dan tidak terlalu tinggi.

Bukan itu sahaja, ada juga barangan promosi dan hadiah cabutan bertuah kepada pelanggan yang membeli barangan di sini. Rata-rata pelanggan memberikan ulasan yang positif dengan servis dan kualiti barangan yang dibeli.

Alamat: 13 – 14, Jalan Merbok, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 pagi – 7.00 malam), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Neoh Radio


7. Swee Leong Electrical, Jalan Bakar Arang

Kedai Elektrik Swee Leong Electrical, Jalan Bakar Arang

Kedai elektrik yang berkualiti yang lain di sekitar Sungai Petani ialah Swee Leong Electrical. Kedai ini menjual perkakasan elektrik dari pelbagai jenama besar. Antara perkakasan yang menjadi pilihan pelanggan adalah pemanas air, pengisar, periuk nasi, ketuhar dan sebagainya.

Harga yang ditawarkan murah dan berpatutan. Kedai ini besar dan mudah untuk parking sekiranya ingin datang ke sini. Ianya dibuka setiap hari pada jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Jadi, jom ke kedai elektrik ini!

Alamat: Ground Floor 32A, 33A, 34A, Jalan Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 pagi – 7.00 malam), Ahad (11.00 pagi – 5.00 petang)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-422 6819

WhatsApp Swee Leong


Terdapat banyak kedai elektrik yang berkualiti di kawasan Sungai Petani. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam mencari perkakasan elektrik yang berdekatan dengan kawasan anda. Pastikan anda membuat penilaian berdasarkan keperluan dan bajet anda untuk mencapai penjimatan yang terbaik.

Dan sekiranya anda seorang penduduk Alor Setar dan ingin mendapatkan perkakasan elektrik yang terbaik, jangan lupa layari artikel kami 6 Kedai Elektrik Terbaik dan Harga Mampu Milik di Alor Setar untuk rujukan anda. Moga bermanfaat!

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

5 Kedai Komputer Best di Alor Setar & Kulim

Walau di mana sekalipun anda berada, di kawasan bandar mahupun kawasan perkampungan, keperluan teknologi gajet canggih seperti komputer pada masa kini tidak boleh dipandang...

10 Kedai Komputer Best di Sungai Petani & Jitra

Peralatan komputer (computer devices) dan gajet  kian menjadi keperluan masa kini bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden seperti bekerja, belajar dan berkomunikasi. Keperluan komputer...

6 Kedai Elektrik Terbaik dan Harga Mampu Milik di Alor Setar

Setiap rumah pasti memiliki barangan elektrik seperti periuk nasi, pemanas air, penyedut hampagas dan banyak lagi. Barangan elektrik ini menjadi keperluan kepada semua individu....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x