Buffet Ramadhan 2016 Sime Darby Convention Centre

buffet-ramadhan-2016-sime-darby-sdcc

Table of Contents

Adakah anda peminat makanan Cina terutamanya Dim Sum? Kalau jawapannya YA maka bulan puasa yang akan muncul Jun 2016 nanti bolehlah cuba untuk berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre yang terletak di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Selain Dim Sum yang menjadi pilihan tetamu di sini, ada juga pilihan makanan dan juadah buka puasa lain baik masakan Melayu mahupun masakan goreng-gorengan yang santai. Terdapat 20 gerai ala bazar yang akan memasak makan secara live di depan tetamu dan pasti akan membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk berbuka nanti.
Senarai Buffet Ramadhan 2016 <<

Menu buffet Ramadhan Sime Darby yang sangat menyelerakan

Antara pilihan makanan lain yang boleh anda dapati di Sime Darby Buffet Ramadhan 2016 nanti adalah:

  • aneka lauk pauk melayu
  • aneka makanan santai bergoreng seperti cucur, char kuew teaw, sizzling
  • sup berempah
  • steamboat
  • kuih muih Melayu
  • aneka kek & rojak sebagai pencuci mulut
  • buah-buahan
  • kambing panggang
  • ketupat rendang

Dan pelbagai lagi pilihan makanan dan juadah puasa yang disediakan. Itu belum termasuk dengan pilihan aneka Dim Sum yang sedap dan memang sudah terkenal di SDCC sebagai hidangan buffet yang menarik di Kuala Lumpur.

Early Bird Promo dan Harga  Buffet Ramadhan 2016 di Sime Darby

sime darby buffet ramadhan 2016 sdcc

Seperti juga tahun lepas, bakal tetamu boleh mendapatkan harga buffet Ramadhan untuk seorang yang jauh lebih murah kalau beli awal-awal.

  • Tempahan pada bulan March 2016: RM 79/dewasa
  • Tempahan pada bulan April & May 2016:  RM 89/dewasa

Selepas itu May 2016, harga akan naik kepada harga asal iaitu:

  • Tempahan pada June 2016:
    • Dewasa: RM 138
    • Kanak-kanak (6-12 tahun): 50% diskaun
    • Kanak-kanak (<6 tahun): Percuma
    • Warga Emas( >60 tahun): 50% diskaun

Dengan pilihan harga yang ditawarkan walaupun pada harga asal, nilainya memang berbaloi kalau dilihat dari segi pilihan makanan yang eksklusif serta kredibiliti SDCC itu sendiri yang memang terkenal sebagai venue makan berbuffet pada setiap tahun dan sering menjadi lokasi makan untuk event-event yang korporat.

Lokasi dan Cara Tempahan

[learn_more caption=”Lihat Peta”]  [/learn_more]

Sebarang pertanyaan lanjut tentang pakej buffet Ramadhan 2016 di SDCC ini anda boleh hubungi nombor/email di bawah:

Alamat: Sime Darby Convention Centre, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, 60000, Kuala Lumpur.

Selamat mencuba dan iftar bersama yang tersayang di SDCC, Kuala Lumpur.

Rate this post
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Baca Lagi

  • 12 May, 2015
1 Ramadhan 1436H bersamaan 18 Jun 2015 (mengikut kalendar) akan bermulalah penjelajahan warga Shah Alam di restoran-restoran dan hotel-hotel sekitar...
  • 14 May, 2015
Bagi yang berada di Cherating atau Chukai, Kemaman, jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa buffet di Easter Pavilion Boutique...
  • 14 May, 2015
Tema yang berbunyi Jom Balik Kampung ke Pullman Putrajaya Lakeside ! Tahun 2015 Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan pakej...
  • 14 May, 2015
Seperti setiap kali di bulan Ramadhan tahun sebelumnya, tahun 2015 juga tidak berbeza, Concorde Inn Hotel KLIA sentiasa menganjurkan...
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination