Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay di Gambang yang Pasti Memberi Kenangan Manis!

Bukit Gambang Waterpark merupakan tarikan utama sekiranya anda berada di Gambang, Pahang, terutamanya bagi kanak-kanak kerana terdapat banyak permainan air yang disediakan. Malah, bukan hanya kanak-kanak, ibu bapa juga akan berasa senang hati dengan telatah anak-anak yang sedang bersuka ria.

Walau bagaimanapun, permainan air pastinya memerlukan tenaga yang banyak, bukan? Oleh itu tempat penginapan yang dipilih mestilah selesa untuk seisi keluarga berehat. Di sini, kami telah senaraikan sebanyak tujuh homestay di Gambang untuk anda pilih.

Pastinya semua homestay di bawah dapat memberi keselesaan yang optimum kepada anda dan ahli keluarga anda, ataupun rakan-rakan. Semoga bermanfaat!

7 Homestay di Gambang


1. Homestay Gambang @Ustazah Homestay 3, Taman Gambang Damai 

Ustazah Homestay 3, Taman Gambang Damai 

Adakah anda sedang mencari sebuah homestay yang memberikan vibe rumah sendiri? Homestay Gambang @ Ustazah Homestay 3 sangat menepati citarasa anda! Hal ini kerana, dekorasi luar dan dalam homestay ini akan membuatkan anda rasa seperti berada di rumah sendiri. Sangat selesa, bersih, dan kemas.

Homestay ini yang juga telah memperoleh 5.0 bintang di Google Review, memberikan pemandangan yang indah dari tingkat atas bagi setiap pelanggan yang menginap di sini. Anda dapat menikmati cuaca sejuk di pagi hari sambil bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Bukan itu sahaja, kelengkapan dapur juga disediakan serba lengkap.

Alamat: No. 20, Lorong GD 25, Taman Gambang Damai, Gambang, 26300 Kuantan, Pahang

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Ustazah Homestay 3


2. Orchidd Homestay Gambang, Jalan Gambang Damai

Orchidd Homestay Gambang, Jalan Gambang Damai

Bak kata pepatah, jangan menilai buku berdasarkan kulitnya, terutamanya sewaktu anda melihat luaran homestay ini kerana bahagian dalamnya sangat cantik dan moden! Tidak hairanlah Orchidd Homestay Gambang ini telah memperoleh 5.0 bintang di Google Review.

Selain daripada interior dalaman yang mencuri tumpuan para pelanggan, kemudahan fasiliti yang disediakan juga serba lengkap, seperti penghawa dingin di setiap bilik tidur dan kelengkapan dapur yang serba lengkap. Bukan itu sahaja, homestay ini juga terletak di lokasi yang strategik. Ianya berdekatan dengan tol, empat universiti awam dan Bukit Gambang Resort City.

Alamat: No 27, Lorong 1, 14, Jalan Gambang Damai, 26300 Gambang

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Orchidd


3. Neesa Homestay Bukit Gambang Waterpark, Jalan Gambang Damai 1

Neesa Homestay Bukit Gambang Waterpark, Jalan Gambang Damai 1

Adakah anda ingin duduk di tempat penginapan yang berdekatan dengan Bukit Gambang Waterpark? Jika ya, anda perlu memilih Neesa Homestay Bukit Gambang Waterpark! Selain itu, homestay ini juga telah memperoleh 4.8 bintang di Google Review.

Rata-rata pelanggan memuji owner homestay ini sangat ringan tulang membantu mereka untuk check in dan check out. Selain itu, kemudahan fasiliti yang disediakan juga serba serbi lengkap untuk kegunaan harian. Homestay ini juga kemas, bersih dan paling penting selesa. Sesuai untuk anda yang datang dari jauh ke Gambang. 

Alamat: 10, 14 Lorong, Taman, Jalan Gambang Damai 1, 26300 Gambang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Neesa


4. Hanani Homestay Gambang, Taman Bukit Gambang

Hanani Homestay Gambang, Taman Bukit Gambang

Hanani Homestay Gambang telah memperoleh 4.8 bintang di Google Review dan mempunyai banyak ulasan positif dari pelanggan yang pernah menginap di sini. Terdapat tiga bilik tidur yang selesa, ruang tamu dan ruang makan yang luas serta ruang parkir yang bersih juga.

Sekiranya anda mahukan homestay yang minimal, Hanani Homestay Gambang untuk anda!

Alamat: 38, Lrg, 14, Jalan Gambang Damai 1, Taman Bukit Gambang, 26300 Kuantan, Pahang

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Hanani


5. Hamra Homestay Gambang Resort, Taman Gambang Damai 1

Hamra Homestay Gambang Resort, Taman Gambang Damai 1

Hamra Homestay Gambang Resort ini telah memperoleh 4.6 bintang di Google Review dan juga mendapat ulasan positif dari pelanggan yang telah menginap di sini. Susun atur perabot di dalam homestay ini juga kemas dan menarik kerana warna yang digunakan sangat ceria. 

Selain itu kemudahan fasiliti yang disediakan juga lengkap untuk sebuah keluarga, termasuk kelengkapan dapur dan mesin basuh. 

Alamat: No 22, Jalan Gambang Damai 1, 16, Taman Gambang Damai 1, 26300 Gambang, Pahang

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Hamra


6. Aziz Homestay Gambang Kuantan, Taman Gambang Damai

Aziz Homestay Gambang Kuantan, Taman Gambang Damai

Aziz Homestay Gambang Kuantan ini merupakan sebuah semi-D, yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Setiap bilik tidur dilengkapi penghawa dingin untuk keselesaan para pelanggan yang menginap. Homestay ini juga sesuai untuk anda yang datang bersama ahli keluarga yang ramai kerana ia luas dan selesa.

Selain itu, Aziz Homestay Gambang Kuantan yang telah memperoleh 4.3 bintang di Google Review ini turut menyediakan kawasan parkir yang luas untuk anda sehinggakan muat untuk 2 hingga 3 buah kereta parkir dalam satu masa. Menarik,bukan?

Alamat: No 10, Jalan Gambang Damai 1, Taman Gambang Damai, 26300 Kuantan, Pahang

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Aziz


7. Homestay Gambang D’Medina, Jalan Gambang Damai 1

Homestay Gambang D'Medina, Jalan Gambang Damai 1

Homestay ini dilengkapi dengan empat bilik, ruang tamu yang luas dan selesa serta tempat parkir yang luas. Selain itu, homestay yang bersih ini juga mempunyai owner homestay yang peramah dan rajin membantu para pelanggannya.

Oleh itu, tidak hairanlah Homestay Gambang D’Medina ini telah memperoleh 4.2 bintang di Google Review. Rata-rata pelanggan yang pernah menginap di sini memberikan ulasan positif dan akan memilih untuk menginap lagi di homestay ini sekiranya mereka datang ke Gambang.

Alamat: No 21 Lorong GD 1, 1, Jalan Gambang Damai 1, 26300 Gambang, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp D’Medina


Semoga senarai ini dapat membantu anda dalam mencari homestay yang sesuai dan selesa untuk ahli keluarga anda sepanjang bercuti di Gambang. Sukacita kami ingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kemudahan fasiliti yang disediakan. Jika boleh, sebelum anda beredar, pastikan ianya berada di dalam kondisi sepertimana ianya sebelum anda check in di homestay tersebut.

Di samping itu, ibu bapa khususnya dinasihatkan untuk sentiasa mengawasi anak-anak. Ini lagilah penting sepanjang anda sekeluarga berada di Bukit Gambang Waterpark kerana khuatir akan keselamatan mereka sewaktu bersuka ria bermain permainan air.

Adakah anda mempunyai rancangan untuk bercuti ke Gambang, Kuantan? Tetapi anda masih tidak pasti hendak lakukan aktiviti apa di sana? Jom baca artikel yang sudah kami sediakan untuk rujukan anda, 27+ Tempat Menarik di Kuantan Paling POPULAR Untuk Pelancong Bercuti!

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x