Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Homestay untuk Penginapan Anda di Gong Badak

Terengganu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik dan sering menjadi tumpuan pelancong dalam negeri mahupun luar negara. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap, tempat bersejarah menarik yang boleh dikunjungi, dan budaya yang boleh dipelajari. 

Gong Badak merupakan salah satu kawasan penginapan berdekatan yang anda boleh cuba. Jom tengok 8 homestay di Gong Badak yang boleh anda pertimbangkan untuk penginapan anda semasa bercuti nanti!

8 Homestay di Gong Badak


1. ZN Homestay Gong Badak, Kampung Gong Datuk

ZN Homestay Gong Badak, Kampung Gong Datuk

Dengan sekali pandang sahaja, anda pasti rasa tertarik dengan keunikan dan konsep hiasan yang ada di dalam homestay ini. ZN Homestay merupakan sebuah homestay di Gong Badak yang sangat luas dan selesa untuk anda dan keluarga atau rakan-rakan. Bukan itu sahaja, laman yang luas memudahkan anda untuk meletakkan beberapa kereta di kawasan dalam rumah ini. 

Keselamatan anda juga terjaga kerana ZN Homestay terletak di dalam kawasan berpagar. Selain itu, kedudukannya yang berhampiran dengan kedai makan, kedai runcit dan surau memberi kemudahan untuk anda keluar mencari makanan serta barang keperluan sekiranya lapar. 

Alamat: Gong Badak, Lot 15223 Kawasan Penempatan Semula, Kampung Gong Datuk, 21300, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp ZN Homestay


2. Rayyan Homestay Terengganu, Taman Allamanda

Rayyan Homestay Terengganu, Taman Allamanda

Rayyan Homestay ialah sebuah homestay jenis satu tingkat yang mempunyai konsep eksklusif, menjadikan ia salah satu perhatian utama pengunjung sekiranya datang ke sini. Anda boleh tengok sendiri hiasan dalamannya yang pasti memberi kemewahan dan keselesaan kepada anda yang menginap. 

Lokasinya juga sangat starategik kerana ia berdekatan dengan tempat menarik seperti pantai, hospital, universiti, kedai makan dan sebagainya. Menarik kan? Anda boleh lepak santai bersama keluarga di pantai berdekatan yang tidak sampai 10 km dari homestay ini. Cubalah tempah penginapan anda di homestay ini. 

Alamat: Lot 29532 Taman Allamanda, 21030, Terengganu

Semak HargaLokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Rayyan Homestay


3. Kenanga Homestay, Kampung Wakaf Tembesu

Kenanga Homestay, Kampung Wakaf Tembesu

Homestay bungalow yang mempunyai 3 bilik tidur dan bilik air ini sering menjadi pilihan pengunjung jika ingin menginap di Gong Badak. Tidak jauh dari lapangan terbang Kuala Terengganu, Kenanga Homestay merupakan sebuah homestay besar dan kemas, serta mempunyai reka bentuk yang tradisional serta menarik perhatian. 

Jadi jika anda datang ke sini menaiki kapal terbang, anda tidak perlu risau kerana jarak untuk ke homestay ini sangat dekat. Lokasinya juga dekat dengan kawasan pantai dan tempat makan yang menarik. Petang-petang bolehlah anda lepak di tepi pantai sambil menikmati keropok lekor. Seronok kan? 

Alamat: Lorong Tenteram, Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Semak HargaLokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Kenanga Homestay


4. Ahada Homestay, Kompleks Mengabang Telipot

Ahada Homestay, Kompleks Mengabang Telipot

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan penyaman udara dan 2 bilik air untuk memberikan keselesaan optimum untuk anda yang menginap di homestay ini. Rumah yang sangat besar dan cantik ini boleh memuatkan sehingga 7-8 orang dalam satu masa menjadikan ia sesuai untuk anda yang bercuti bersama keluarga dan anak-anak. 

Manakala, laman rumah yang berpagar dan luas memudahkan anda untuk meletakkan kenderaan anda di dalam kawasan rumah yang berpagar ini dan ianya selamat untuk didiami. Harganya juga berpatutan. Bolehlah anda tempah sekarang untuk menginap di sini. 

Alamat: Lot 7046, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Kampung Gong Datuk, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Lokasi | Laman Web| Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Ahada Homestay


5. Aaeesha Homestay & Roomstay, Kampung Jati

Aaeesha Homestay & Roomstay, Kampung Jati

Homestay ini juga sering menjadi tumpuan dan pilihan untuk mereka yang ingin menginap di Gong Badak. Aeesha homestay ini mempunyai beberapa homestay yang berdekatan dengan kawasan ini. Cantik kan? Ramai pengunjung berpuas hati dan gembira dengan layanan yang diberikan. 

Susun atur dan perabot yang cantik serta kemas ini memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang. Lokasinya juga berdekatan dengan tempat pelancongan yang menarik seperti pantai Batu Buruk, Warisan Sari dan sebagainya. Jom, tempah penginapan anda di sini. 

Alamat: Jalan Gong Badak 18067c, Kampung Jati Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | Laman Web| Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Aeesha Homestay


6. Homestay WanJah, Taman Bestari

Homestay WanJah, Taman Bestari

Homestay rumah teres ini mempunyai 4 bilik tidur yang selesa dan pelbagai untuk pilihan dan keselesaan anda. Ia juga dilengkapi oleh perabot asas seperti tv, kerusi, meja makan dan sebagainya. Homestay di Gong Badak yang kemas dan bersih ini membuatkan pengunjung yang datang berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Lokasinya juga berdekatan dengan kedai makan, pantai dan tempat yang menarik seperti Pasar Payang memudahkan anda untuk membeli belah di Terengganu. Anda boleh cuba menginap di sini apabila datang melawat ke Terengganu.

Alamat: PT 29832 Taman Bestari, Depan ILP Gong Badak Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Semak Harga | Lokasi | FacebookUlasan Pelanggan

WhatsApp Homestay WanJah


7. Lela Homestay, Kampung Tok Jembal

Lela Homestay, Kampung Tok Jembal

Homestay yang besar ini terletak di Tok Jembal, Gong Badak. Rumah ini boleh memuatkan sehingga 10-15 orang dalam satu masa kerana rumahnya yang sangat besar dan luas. Buat pengetahuan anda, pemilik homestay ini mempunyai 2 homestay yang berbeza dengan tawaran harga yang berbaloi dan mampu milik. 

Anda boleh pilih homestay mana yang anda inginkan mengikut bajet dan keselesaan anda seisi keluarga. Rata-rata pelanggan memberikan komen yang sangat memuaskan tentang layanan dan perkhidmatan yang diberikan di homestay ini. Anda bolehlah cuba hubungi mereka untuk tempah penginapan anda. 

Alamat: Lot 12333A, Kampung Tok Jembal, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

LokasiLaman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Lela Homestay


8. Homestay Zamina, Kampung Gong Badak

Homestay Zamina, Kampung Gong Badak

Jika anda sedang merancang percutian bajet, mungkin homestay ini jawapan untuk lokasi penginapan anda. Homestay Zamina menawarkan pelbagai jenis bilik mengikut bajet dan keperluan anda. Homestay mereka berkonsepkan studio lengkap dengan perabot seperti katil, mesin basuh, wifi, dapur dan sebagainya. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkannya dengan harga cuma RM100 untuk satu malam sahaja tau. Memang sangat murah kan? Sesuai untuk mereka yang ingin menginap untuk majlis konvo kerana homestay ini berdekatan dengan universiti yang terkenal di sini. 

Alamat: Kampung Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Homestay Zamina


Berikut merupakan senarai 8 homestay di Gong Badak buat anda yang ingin melancong ke sana. Jika datang ke sini jangan lupa untuk singgah makan makanan menarik di Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang dan sebagainya. Rancang perjalanan anda dengan baik untuk mengelakkan kesesakan berlaku. Semoga artikel ini membantu!

Jika anda ingin melawat tempat yang menarik di Terengganu, anda boleh layari artikel 10 Tempat “Hiking” Di Terengganu Dengan Pemandangan Yang Memukau!

4/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x