Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay yang Cantik dan Menarik di Lumut untuk Pilihan Anda!

Perak terkenal dengan destinasi pelancongan yang menarik dan mempunyai tempat makan yang banyak. Terkenal dengan variasi panorama yang memikat mata dan hati, Lumut merupakan salah satu tempat destinasi utama pelancong apabila datang berjalan ke Perak. 

Haa, bila datang ke sini mestilah anda ingin mencari tempat untuk menginap kan? Jom tengok senarai 10 homestay di Lumut!

10 Homestay di Lumut


1. Homestay Villa Teluk Batik,  Taman Tiara Idaman

Homestay Villa Teluk Batik

Terletak di Taman Tiara Idaman, homestay ini merupakan antara yang terbaik di kawasan Lumut. Berdekatan dengan Pantai Teluk Batik, homestay ini sering menjadi pilihan pengunjung untuk menginap di sini. Bagi kaki pancing anda juga boleh datang dan menginap di sini kerana berdekatan dengan pantai Marina. 

Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur yang selesa untuk anda jika datang bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Homestay ini juga berdekatan dengan kedai makan dan kedai serbaneka jadi mudah untuk anda ekses mendapatkan barang keperluan atau makanan. Mudah kan? 

Alamat: Taman Tiara Idaman PT 8720, 32200 Lumut, Perak

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Homestay Villa Teluk Batik


2. Homestay Mateen Lumut, Taman Lumut Mewah 2

Homestay Mateen Lumut

Homestay 2 tingkat ini sangat besar dan memberi keselesaan kepada anda sekeluarga atua rakan-rakan. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur berpenyaman udara dan juga 4 bilik air tau! Jadi, anda tidak perlu berebut atau menunggu giliran jika ingin menggunakan tandas di rumah ini. 

Dilengkapi oleh perabot yang lengkap seperti tv bersiaran Astro, peti ais, mesin basuh, coffee maker, microwave, dan kelengkapan dapur yang sempurna memberikan kemudahan untuk anda yang menginap di sini. Lokasinya juga amat strategik kerana berhampiran dengan pantai dan pusat membeli belah.

Alamat: No 28, Jalan Lumut Mewah 2, Taman Lumut Mewah 2, 32200 Lumut, Perak

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Mateen Lumut


3. Taman Lumut Indah Guesthouse, Kampung Tebing Rabak

Taman Lumut Indah Guesthouse

Homestay ini terletak di Kampung Tebing Rabak, Lumut. Homestay ini sangat cantik dan bersih mempunyai 4 bilik tidur kesemuanya. Rata-rata pengunjung yang datang menginap memberikan respon yang sangat memuaskan terhadap servis dan layanan yang diberikan oleh pemilik homestay. 

Homestay ini terletak berdekatan dengan Restoran Lumut Ikan Bakar. Dah alang-alang anda menginap di kawasan berdekatan pantai bolehlah singgah makan makanan laut di kedai ini. Mesti sedap kan? Jika berkelapangan boleh lajak berjalan ke Manjung cari tempat makan yang sedap di sana juga. 

Alamat: Jalan Iskandar Shah, Kampung Tebing Rabak, 32200 Lumut, Perak

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan


4. Lumut Cube – Homestay Kontena, Taman Padang Tembak

Lumut Cube - Homestay Kontena

Bagi anda yang inginkan keunikan anda boleh cuba menginap di Lumut Cube ini. Diperbuat daripada kontena yang kecil anda boleh pilih cube mana yang bersesuaian dengan anda. Comel kan? Bukan itu sahaja, walaupun dari luar nampak kecil tapi di dalamnya lengkap dengan segala kemudahan seperti katil, tv dan sofa. 

Haa, selain itu anda juga dibenarkan untuk memasang khemah di luar cube ini untuk lepak santai di malam hari bersama insan tersayang. Anda bukan sahaja dapat menginap di penginapan yang unik namun anda juga boleh merasai suasana kampung di sini memandangkan suasanya yang tenang dan tidak bising.

Alamat: Lot 4084-A, Jalan Padang Tembak, Taman Padang Tembak, 32200 Lumut, Perak

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Lumut Cube


5. AlQadri Homes, Jalan Lumut Sentosa 1

AlQadri Homes

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang bersih dan cantik. Kawasan rumah ini sangat luas kerana terdapat 14 rumah di dalam kawasan berpagar. Jadi anda tidak perlu risau kerana anda boleh buat banyak pilihan untuk menginap di sini. Kesemua bilik dan ruang tamu rumah mempunyai penyaman udara yang berfungsi dengan baik.

Petang-petang anda boleh keluar bejalan ambil angin pantai di pantai Teluk Batik yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 mini sahaja dari homestay ini. Jika nak merasai suasana sejuk dan kampung bolehlah menginap di sini kerana ada review tentang kabus waktu pagi di AlQadri Homes.

Alamat: Jalan Lumut Sentosa 1, 32200 Lumut, Perak

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp AlQadri


6. IsMa Lumut Homestay, Kampung Tersusun Pundut

IsMa Lumut Homestay

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi yang dilengkapi oleh kelengkapan asas. Rumah ini boleh muat maksimum sehingga 8 orang dalam satu masa. Sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang ramai dan bawa anak-anak. 

Anda juga tidak perlu risau tentang keselamatan kereta anda kerana homestay ini boleh memuatkan kira-kira 4 buah kereta di dalam laman yang berpagar. Terletak berhampiran dengan bandar Manjung, anda boleh berjalan di kawasan bandar dan luangkan masa bersama keluarga di pantai yang berdekatan dengan homestay ini. 

Alamat: 61, Lorong Kekwa, Kampung Tersusun Pundut, 32200 Lumut, Perak

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp IsMa


7. D’zira Homestay, Jalan Lumut Sentosa 1

D'zira Homestay Lumut Perak

D’Zira Homestay ini tidak kurang juga hebatnya dan menjadi pilihan pengunjung kerana rumah ini sangat besar dan cantik. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur yang mempunyai pelbagai jenis hiasan dalaman dan 2 bilik air yang bersih. Bukan itu sahaja, jika anda membawa keluarga yang besar dan rakan-rakan yang ramai, mereka juga turut menyediakan narita dan bantal untuk keselesaan anda. 

Wahh, terbaiklah! Homestay ini terletak di kawasan kampung jadi anda boleh berehat dan bercuti dengan tenang tanpa diganggu oleh kesibukan kota atau jalan raya. Lokasinya juga yang terletak berdekatan dengan bandar memudahkan anda untuk membeli makanan dan mencari barang keperluan di kawasan ini. 

Alamat: Jalan Lumut Sentosa 1, 32200 Lumut, Perak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp D’Zira


8. Fahaz Lumut Homestay, Kampung Tersusun Pundu

Fahaz Lumut Homestay

Homestay ini terletak di Kampung Tersusun Punduk, Lumut. Rumah ini dilengkapi oleh perabot yang lengkap sesuai untuk anda yang inginkan penginapan yang selesa dan menyenangkan. Lokasinya di tengah-tengah pekan Lumut menyenangkan anda untuk keluar berjalan dan mencari makanan yang sedap di kawasan ini. 

Sekiranya anda ingin lakukan aktiviti seperti bowling dan bermain futsal juga badminton anda boleh keluar dan bermain dengan jarak lokasi dari rumah tidak sampai 10 minit sahaja. Selain dari berjalan ke tempat menarik, anda juga boleh melakukan aktiviti bersama insan dan rakan tersayang anda apabila menginap di sini. 

Alamat: 20, Jalan Pundut Raya 2, Kampung Tersusun Pundut, 32200 Lumut, Perak

Semak Harga | Laman Web | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Fahaz Lumut


9. Art D’Lumut Homestay, Lorong Lumut Indah

Art D'Lumut Homestay

Art D’Lumut homestay ini menawarkan homestay yang besar untuk anda yang menginap di sini. Rumah ini mempunyai pelbagai jenis bilik untuk pilihan dan kesesuaian anda. Jika anda bawa rakan-rakan atau anak-anak anda boleh tidur di katil bertingkat ini ramai-ramai. 

Rata-rata pengunjung yang pernah menginap di sini memberikan respon yang sangat memuaskan dana mereka berpuas hati dengan kelengkapan yang disediakan di rumah ini. Ruang tempat kereta juga luas boleh memuatkan sehingga 4 buah kereta dalam satu masa. 

Alamat: 32200, Lorong Lumut Indah 1/1, 32200 Lumut, Perak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Art D’Lumut


10. D’Lumut Homestay, Taman Lumut Indah 1

D'Lumut Homestay

Homestay ini terletak di Taman Lumut Indah 1. Homestay ini juga menjadi pilihan pengunjung kerana rumahnya yang besar dan cantik. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur juga 4 tandas memberikan keselesaan kepada anda apabila menginap di sini. 

Harganya juga murah dan berbaloi jika dibandingkan dengan homestay yang lain. Sesuai untuk anda buat family gathering atau team bonding di sini. Jika mahu pergi ke Marina Bay pun dekat sahaja kurang dari 3km tau. Jangan tunggu lama-lama cepat tempah homestay ini untuk keselesaan anda. 

Alamat: Taman Lumut Indah 1, 32200 Lumut, Perak

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D’Lumut Homestay


Berikut merupakan senarai 10 homestay di Lumut untuk pilihan anda ketika bercuti atau datang ke sini. Semoga anda dapat membuat pilihan yang terbaik! Jika anda ingin melawat tempat yang menarik di Lumut, anda boleh layari artikel 11 Tempat Menarik Di Lumut – POPULAR & Harus TEROKAI.

4.4/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

11 Tempat Menarik Di Lumut – POPULAR & Harus TEROKAI

Jika sebut destinasi popular atau tempat menarik di Lumut, pasti anda akan terbayang Pulau Pangkor sahaja, kan? Tetapi, tahukah anda sebenarnya dekat Lumut ada...

10 Tempat Makan di Lumut PLG FAMOUS

Lumut ialah sebuah bandar di dalam daerah Manjung dan terletak kira-kira 84 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Sebuah bandar yang terletak berhampiran dengan pantai dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x