Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Homestay Menarik di Pekan, Pahang untuk Percutian Anda!

Bandar Pekan merupakan ibu kota diraja bagi negeri Pahang. Ianya adalah salah satu tempat yang anda boleh kunjungi apabila datang berjalan ke Kuantan kerana terdapat beberapa tarikan yang unik dan bersejarah anda boleh pelajari. Tapi, bila dah sampai di Pekan Pahang, mesti anda ingin mencari tempat penginapan macam homestay yang selesa dan terbaik bukan? Haa, jangan risau. Jom lihat dan cari 8 homestay di Pekan, Pahang untuk percutian anda! 

8 Homestay di Pekan, Pahang


1. Premier Homestay Pekan Pahang, Taman Rendang Ixora

Premier Homestay Pekan Pahang, Taman Rendang Ixora

Rumah teres setingkat ini juga boleh dijadikan sebagai pilihan homestay anda sekiranya datang ke Pekan, Pahang. Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur penghawa dingin yang luas dan 2 bilik mandi untuk keselesaan anda sekeluarga. 

Dilengkapi dengan pemanas air di dalam tandas membolehkan anda menyegarkan diri setelah penat berjalan di kawasan bandar Pekan. Kediaman yang bersih ini menarik perhatian pelanggan luar yang datang untuk menginap di sini. 

Anda bolehlah cuba bawa keluarga dan rakan-rakan anda menginap di sini jika datang ke Kuantan atau Pekan. 

Alamat: Ixora, No 15 Lorong Rendang, 8, Taman Rendang Ixora, 26600 Pekan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Premier Homestay


2. Azzahra Homestay Pekan, Taman Dato Shahbandar

Azzahra Homestay Pekan, Taman Dato Shahbandar

Azzahra Homestay ini terletak di Taman Dato Shahbandar Pekan. Homestay ini antara yang dicari oleh pelanggan yang datang ke area Pekan Pahang kerana rumahnya yang luas dan murah. 

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur berhawa dingin yang besar dan selesa untuk anda yang membawa keluarga dan rakan-rakan datang ke sini. Kawasan keliling rumah yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan luas membuatkan pelanggan rasa selesa dan boleh menikmati masa rehat dengan tenang.

Anda juga tidak perlu risau sekiranya rangkaian internet tidak memuaskan di kawasan ini. Hal ini kerana homestay ini menawarkan wifi percuma untuk sesiapa yang menginap di rumah ini!

Alamat:  No 4, Jalan Sekolah, Taman Dato Shahbandar, Pekan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Instagram | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Azzahra


3. StayCation @Pekan, Taman Mentiga Jaya

StayCation @Pekan, Taman Mentiga Jaya

Staycation @Pekan ini juga antara yang menjadi pilihan pelanggan kerana rumahnya yang bersih dan kemas. Ramai pelanggan berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh homestay ini. 

Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan perabot yang besar dan selesa bagi anda yang ingin menginap di sini. Anda juga tidak perlu risau kerana semua kemudahan dan kelengkapan di dalam rumah ini semuanya sudah tersedia. Hanya bawa baju sahaja masuk ke dalam rumah ini. Mudah kan?

Alamat:  Taman Mentiga Jaya, 26600 Pekan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Staycation @Pekan


4. Homestay Ibu, Jalan Rompin Lama

Homestay Ibu, Jalan Rompin Lama

Homestay Ibu ini juga sering dijadikan pilihan pelanggan yang datang ke Pekan Pahang. Malah, mereka turut memberikan respon yang positif dan ingin menginap lagi di sini apabila datang ke Pekan. 

Rumah yang luas dan selesa juga menjadikan ia sebagai salah satu tarikan pelanggan untuk menginap. Selain itu, lokasi homestay ini berdekatan dengan bandar Pekan. Jadi, amat mudah untuk anda keluar ke pekan dan kawasan berdekatan untuk berjalan bersama seisi keluarga serta rakan-rakan.

Alamat: Jalan Rompin Lama, 26600 Pekan, Pahang

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Ibu


5. Manja Homestay, Taman Peramu Sejahtera

Manja Homestay, Taman Peramu Sejahtera

Manja Homestay ini terletak di Taman Peramu Sejahtera, Pekan, Pahang. Menariknya lokasi homestay ini terletak di kawasan strategik di mana ianya berdekatan dengan kawasan dan pekan utama seperti UMP, Mcdonald, Pasaraya, Taman Rekreasi dan sebagainya. Mudah untuk anda akses ke sesuatu tempat apabila menginap di homestay ini.

Dilengkapi oleh 3 bilik tidur, wifi percuma, tempat letak kereta berpagar, ruang rumah yang luas dan selesa menjadikan rumah percutian anda lebih menarik dan mudah. Harganya juga berpatutan dan sangat berbaloi. Bolehlah anda cuba untuk menginap di sini apabila sampai di Pekan nanti.

Alamat: DRB Hicom, No 8, Lorong Peramu Sejahtera 4, Taman Peramu Sejahtera, 26600 Pekan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Manja Homestay


6. Seri Rendang Utama Homestay, Taman Rendang

Seri Rendang Utama Homestay, Taman Rendang

Homestay ini juga sering menjadi tumpuan pengunjung yang datang apabila singgah di Pekan Pahang. Ini kerana lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan pusat bandar.

Rumah yang besar dan cantik ini membuatkan setiap pengunjung yang datang menginap akan menyatakan hasrat untuk menginap lagi di sini apabila berkunjung ke Pekan. 

Dilengkapi dengan perabot yang lengkap memudahkan pengunjung yang datang ke sini. Jika anda ingin lepak sambal masak dan menjamu bersama rakan-rakan atau keluarga anda tidak perlu risau kerana semuanya kelengkapan dapur sudah tersedia untuk anda. Mudah kan? 

Alamat: 32, Lorong Rendang 1, Taman Rendang, 26600 Pekan, Pahang

Semak Harga | Laman Web | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Seri Rendang Utama Homestay


7. Rumah Tamu Pekan (Pekan Guest House) semi-D, Kampung Pulau Serai

Rumah Tamu Pekan (Pekan Guest House) semi-D, Kampung Pulau Serai

Rumah semi D ini menawarkan khidmat homestay yang lengkap dan selesa untuk anda yang ingin menginap di Pekan Pahang. Rumah yang kemas dan bersih ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke sini untuk menginap.

Ia juga berdekatan dengan bandar Pekan yang mana anda boleh singgah untuk beli sebarang kelengkapan diri sekiranya anda terlupa membawa kelengkapan penting semasa melancong. 

Bukan itu saja, servis dan layanan yang diberikan oleh pemilik juga sangat baik. Menurut ulasan, pemilik homestay akan tunggu anda untuk masuk check in walaupun pada lewat malam. 

Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda sampai lewat malam ke sini kerana mereka akan memberi jaminan untuk menunggu anda sehingga selamat sampai ke destinasi homestay ini. 

Alamat: No 20710, Kampung Pulau Serai, 26600 Pekan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Rumah Tamu Pekan


8. Villa Mutiara Permai, Lorong Melur 2

Villa Mutiara Permai, Lorong Melur 2

Villa ini terletak di Taman Melur Kuala Pahang. Menariknya tentang villa ini adalah ianya berdekatan dengan Pantai Lagenda dan mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja untuk ke pantai. Haa, seronok kan? 

Anda boleh bercuti dan berehat di villa yang selesa ini. Malah, anda boleh merehatkan diri anda di tepi pantai sambal melayan angin petang bersama keluarga mahupun anak-anak. 

Anda juga tidak perlu bimbang sekiranya anda membawa rakan-rakan atau keluarga yang besar. Ini kerana rumah ini menyediakan 3 tempat letak kereta untuk pelanggan yang menginap. Jadi cepat, tempah villa ini sebelum ianya diambil orang lain!

Alamat: No 30, Lorong Melor 2, Taman Melur, Kuala Pahang, 26600 Pekan, Pahang

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Villa Mutiara Permai


Berikut merupakan senarai 8 homestay di Pekan untuk percutian anda di Pahang! Sekiranya ingin bercuti dan melancong di area Pekan, jangan lupa untuk merancang dulu perjalanan dan menempah penginapan anda lebih awal. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan dan kejadian yang boleh merosakkan percutian anda.

Jika anda ingin melawat tempat yang menarik di Kuantan, kami ada artikel sesuai untuk anda lihat! Sila layari ke artikel kami tentang 27+ Tempat Menarik di Kuantan Paling POPULAR Untuk Pelancong Bercuti untuk lebih lanjut. Semoga artikel ini membantu!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x