Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Lubuk Homestay di Permatang Pauh yang Wajib Dikunjungi!

Pulau Pinang merupakan antara destinasi popular yang sering berada dalam senarai wajib pergi. Ini kerana Pulau Pinang terkenal dengan pelbagai tarikan terutamanya di kawasan Permatang Pauh. Namun, kami pasti anda juga semestinya mengimpikan tempat penginapan yang selesa untuk berehat setelah penat bersiar-siar. Oleh itu, jom lihat tujuh lubuk homestay di Permatang Pauh yang wajib anda kunjungi. Semoga membantu!

7 Homestay di Permatang Pauh


1. Cu Om’s Homestay, Bukit Mertajam

Cu Om’s Homestay

Cu Om’s Homestay merupakan homestay yang sering menjadi pilihan utama bagi pengunjung yang datang berkunjung Permatang Pauh. Sering menjadi pilihan kerana keadaaan homestaynya yang bersih dan selesa di samping tuan rumah yang sangat ramah dan mesra. Anda pasti akan jatuh hati pada homestay ini. 

Tambahan lagi, suasana dan konsep yang ditawarkan dikatakan memiliki ciri-ciri seperti suasana kampung yang selesa. Homestay ini juga terletak di kawasan yang terdapat pelbagai kemudahan seperti kedai makan dan kedai runcit. Jika anda berkunjung ke Permatang pauh, jangan lepaskan peluang anda untuk menginap di homestay ini!

Alamat: 1374 Jalan Permatang Pauh ,Permatang Janggus Permatang Pauh, 13500 Bukit Mertajam, Penang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Cu Om’s


2. Ns Homestay Permatang Pauh, Taman Haji Mohd Amin

Ns Homestay Permatang Pauh

Walaupun Ns Homestay ini kurang mendapat ulasan di Laman Google, namun semua ulasan yang sudah diberikan oleh pengunjung yang menginap sebelum ini positif. Majoriti mereka amat menyukai homestay ini kerana tempatnya yang bersih serta mempunyai ruang yang cukup besar dan selesa untuk keluarga besar.

Selain itu, lokasinya yang terletak dalam kawasan perumahan juga merupakan antar sebab utama homestay ini sering dipilih bagi mereka yang datang untuk menginap di Permatang Pauh. Homestay ini juga turut menyediakan pelbagai kemudahan lain khas untuk anda. Jika anda berminat untuk menginap di sini, anda boleh klik sahaja nombor di bawah!

Alamat: 12, Solok Nipah 2, Taman Haji Mohd Amin, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Ns Homestay


3. Boria Homestay Permatang Pauh, Permatang Tengah 

Boria Homestay Permatang Pauh 

Istimewanya Boria Homestay ini, ia mampu memuatkan sehingga 12 orang dan ruang letak kenderaan pula cukup besar sehingga anda boleh memuatkan sebanyak tiga buah kereta. Jika anda mencari homestay untuk menginap dengan jumlah ahli keluarga yang ramai, Boria Homestay ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. 

Dengan jumlah bilik tidur sebanyak tiga buah, dan dilengkapi dengan penyaman udara dan juga kipas siling, kami pasti anda selesa menginap di homestay ini. Tambahan pula, homestay ini juga ada menyediakan kemudahan lain seperti penapis air Coway, dapur dan mesin basuh untuk memudahkan urusan anda. 

Alamat: TS 1444 mk4, Permatang Tengah, Permatang Pauh, 13500 Butterworth, Seberang Perai, 13500, Pulau Pinang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Boria Homestay


4. Homestay Haji Ayob, Kampung Pertama

Homestay Haji Ayob 

Jika anda merancang percutian ke Permatang Pauh, jangan lepaskan peluang untuk cuba menginap di Homestay Haji Ayob. Homestay ini terletak di Kampung Pertama dan pastinya menjanjikan penginapan yang selesa untuk anda sekeluarga. Homestay ini mempunyai beberapa buah bilik yang pastinya mampu memuatkan keluarga anda dan semestinya sangat selesa.

Selain itu, anda tidak perlu risau tentang ruang letak kenderaan kerana ianya disediakan khas untuk anda yang datang menginap di homestay ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan sebelum ingin menempah homestay ini, hanya klik nombor di bawah dan terus berhubung dengan pemiliknya untuk maklumat lanjut. 

Alamat: TBP 4919, Kampung Pertama, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Haji Ayob


5. Homestay Alya Penang, Kampung Belah Dua

Homestay Alya Penang

Homestay Alya Penang ini boleh dikatakan agak mendapat undian tertinggi oleh majoriti pengunjung yang telah menginap di sini sebagai salah satu homestay yang paling bersih di Permatang Pauh. 

Homestay ini amat sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga kerana ianya sangat selesa, bersih dan menariknya homestay ini mempunyai ruang gazebo untuk anda berehat sambil menikmati keindahan alam. Ia mempunyai tiga buah bilik dan kelengkapan yang cukup sempurna bagi anda yang sedang bercuti. 

Bagi memudahkan perjalanan anda, Homestay Alya ini terletak betul-betul di Uitm Pulau Pinang, jadi kami pasti ianya amat mudah untuk dicari dan anda tidak akan sesat. Kami sarankan anda untuk merancang percutian anda sebaiknya dan buatlah tempahan awal kerana homestay ini sentiasa penuh!

Alamat: Mk6, 1239, Kampung Belah Dua, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Alya


6. HNZ Homestay Penang, Kampung Belah Dua

HNZ Homestay Penang

Bagi anda yang mempunyai anak kecil dan menginginkan homestay yang mempunyai daya tarikan yang menarik, HNZ Homestay ini pastinya menepati citarasa anda. Homestay ini bukan sahaja terkenal kerana kecantikannya, tetapi juga cukup dikenali kerana homestay ini memiliki kolam renang yang dibahagikan mengikut kategori dewasa dan kanak-kanak. 

Homestay ini memiliki tiga bilik di mana dua daripadanya dilengkapi dengan pendingin hawa. Buat anda yang datang secara sendirian dan ingin menenangkan fikiran, jangan risau kerana homestay ini juga turut menyediakan pilihan roomstay untuk anda yang bercuti secara solo. 

Haaa sangat menarik, kan? Namun, jika anda merancang untuk menginap di sini, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana homestay ini sentiasa menjadi rebutan terutama ketika musim cuti sekolah!

Alamat: Kampung Belah Dua, 13700 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp HNZ


7. Tok Ani Homestay, Kampung Bagan Serai

Tok Ani Homestay

Salah satu tarikan yang terdapat di Tok Ani Homestay ini adalah ia terletak jauh dari kesibukan jalan raya dan anda dapat merasakan suasana nyaman di tepi bendang. Jika anda ingin menenangkan fikiran dari kesibukan kerja, anda boleh datang dan menginap di sini. 

Homestay ini menawarkan anda persekitaran yang sangat selesa, dan dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau di samping lokasinya yang terletak berhampiran dengan kedai makan. 

Selain itu, homestay ini mempunyai kolam renang dan juga tempat BBQ khas untuk anda yang ingin membuat aktiviti bersama keluarga. Namun, homestay ini hanya menerima tempahan secara atas talian sahaja. Jadi, jika anda ingin menginap di sini, anda boleh hubungi nombor di bawah untuk membuat tempahan anda!

Alamat: 1970/1971, Jl. Permatang Janggus, Kampung Bagan Serai, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Tok Ani


Kami pasti anda semestinya mengimpikan percutian yang menyeronokkan, tidak kira sama ada bersama rakan-rakan mahupun keluarga yang tersayang. Dengan adanya senarai homestay di Permatang Pauh ini, kami harap dapat membantu meringankan beban anda dalam membuat pilihan yang tepat. Selamat bercuti!

Jika anda juga sedang mencari homestay di sekitar kawasan Kulai, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 6 Homestay di Kulai yang Pasti Membuatkan Anda Tertawan!

4.5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x