Isi Kandungan
Balik Pulau terletak di negeri Pulau Pinang yang mana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat padat dan menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja kerana negeri ini mempunyai pulau dan pantai yang cantik serta bersih, malah lokasi ini juga menyediakan pelbagai makanan yang sedap untuk anda cuba.Â
Namun begitu, apabila datang ke sini, sudah semestinya anda akan mencari tempat penginapan yang menarik dan selesa untuk didiami kan? Haa, jangan risau. Kami dah senaraikan beberapa homestay di area Balik Pulau untuk rujukan anda. Jom baca 7 homestay di Balik Pulau yang anda boleh cuba!Â
7 Homestay di Balik Pulau
1. Homestay Balik Pulau Paddy View, Jalan Sungai Nipah
Homestay ini mempunyai beberapa bilik sesuai untuk anda yang bersama keluarga yang besar dan rakan-rakan. Rumah ini sering menjadi perhatian dan tarikan pengunjung kerana rumahnya dikelilingi oleh kawasan padi yang menghijau. Cantik kan?Â
Homestay ini mempunyai pelbagai jenis bilik dan kelengkapan asas, memberi keselesaan untuk anda yang datang bercuti di Balik Pulau. Malah, harganya juga berpatutan. Anda boleh menempah bilik yang anda berminat berpandukan maklumat yang kami sediakan di bawah.
Alamat: Sebelah, 243 A, Jalan Sungai Nipah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
2. Homestay Dua Villa Balik Pulau, Kampung Sungai Burung
Antara tempat penginapan yang sering menjadi pilihan pengunjung juga apabila datang ke Balik Pulau ini adalah Homestay Dua Villa. Homestay ini mempunyai 2 bilik yang berasingan seperti hotel. Susun atur perabot yang bersih dan kemas pasti memberi keselesaan dan kemudahan kepada anda.
Ramai pelanggan yang datang menginap di sini memberi komen yang positif dan berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan oleh pemilik homestay ini. Bolehlah anda cuba menginap di sini dan rasai pengalaman yang memuaskan sendiri.
Alamat: Â 118 Mukim H Sungai Burung, Kampung Sungai Burung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
3. Homestay D’Art Container, Kampung Terang
Homestay D’Art Container ini terletak di berhadapan sawah padi yang luas. Jadi, anda boleh menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau apabila tiba waktunya. Suasana sekeliling yang nyaman dan senyap memberi ketenangan kepada anda untuk bercuti di sini.
Selain itu, rumah ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Lokasinya juga tidak jauh dengan kawasan bandar. Mudah untuk anda keluar berjalan-jalan explore kawasan Balik Pulau ini. Di samping itu, pelanggan yang telah menetap di tempat penginapan ini berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan oleh pemilik homestay ini.
Alamat: 402, Mukim J, Kampung Terang, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan
4. Nature Fruit Farm Resort, Kampung Genting
Homestay ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan keindahan alam semulajadi dan inginkan percutian yang unik dan mendamaikan. Lokasi homestay ini terletak di dalam dusun, membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti seperti jungle tracking sambil menikmati pemandangan hutan dan kebun.
Jika penat, anda juga boleh singgah di cafe durian mereka dan makan durian serta buah tempatan. Sambil anda berehat di cafe mereka, bolehlah anda minum dan bersantai bersama rakan-rakan mahupun keluarga anda. Menarik, kan?
Selain itu, anda boleh berjalan menikmati pemandangan bukit-bukau dan sungai yang ada di dalam kawasan homestay ini. Wah, seronok, kan? Pelanggan yang datang ke sini pun sangat berpuas hati dan gembira dengan kemudahan yang diberikan.Â
Alamat: 311 MK 7, Kampung Genting, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
5. Homestay Bendang Indah, Permatang Tepi
Jika anda inginkan percutian ala-ala kampung, homestay ini adalah yang terbaik untuk anda. Homestay berkonsepkan tradisional ini dikelilingi oleh pemandangan sawah padi! Ia turut menawarkan perabot yang lengkap seperti katil, tilam, penghawa dingin, memberikan kemudahan untuk anda apabila datang ke sini.
Bukan itu sahaja, jika anda menginap di sini pada musim buah, mungkin anda boleh menikmati dan merasai makan buah tempatan seperti durian di kawasan ini. Anda juga boleh menikmati laksa penang di kedai yang berdekatan dengan homestay ini. Haa, seronok kan?
Alamat: Â Jalan Sungai Nipah, Permatang Tepi, Kampung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
6. Bao Sheng Durian Farm, Sungai Pinang
Homestay Bao Sheng Durian Farm ini sangat sesuai bagi anda yang inginkan keindahan dan pemandangan semulajadi yang cantik dan menenangkan. Terletak di dalam kebun durian, anda bukan sahaja dapat bercuti dengan tenang di dalam kawasan kebun, malah anda boleh menikmati buah-buahan seperti durian di dalam kawasan ini!
Pelbagai makanan lain yang dihidangkan dan anda boleh menikmatinya dengan gembira di sini. Rata-rata pelanggan yang datang ke sini memberikan respon yang memuaskan tentang layanan dan servis yang diberikan. Bolehlah anda cuba menginap di sini juga!
Alamat: 150 Mk2 Sungai Pinang, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
7. Wejdan Inn Guest House, Kampung Paya Simpang Empat Genting
Homestay 2 tingkat ini menawarkan 6 bilik tidur yang berlainan konsep dan 6 bilik air. Harganya juga berbeza mengikut bajet dan keselesaan anda. Rumah yang kemas dan bersih ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke sini untuk menginap.
Ia juga berdekatan dengan tempat pelancongan yang menarik seperti Pantai Batu Ferringhi, Armenian Street, Heaven Hill dan sebagainya. Ianya amat mudah untuk anda akses keluar berjalan-jalan apabila menginap di sini. Jangan lupa tempah penginapan anda di homestay ini sebelum orang lain ambil tempat anda!
Alamat: 17, Solok Simpang Jaya, Kampung Paya Simpang Empat Genting, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Ulasan PelangganÂ
Berikut merupakan senarai 7 homestay di Balik Pulau yang boleh anda cuba apabila datang ke area Pulau Pinang. Kesemuanya tempat penginapan tersenarai adalah yang terbaik kami boleh jumpa di kawasan yang ingin anda tuju.
Anda boleh membuat pilihan untuk menginap di mana-mana homestay tersebut mengikut kesesuaian dan bajet anda. Jangan lupa rancang dahulu perjalanan dan penginapan anda supaya percutian anda berjalan lancar.
Jika anda ingin melawat tempat bersejarah yang menarik di Pulau Pinang, kami ada artikel sesuai untuk anda lihat! Sila layari ke artikel kami tentang Tempat Bersejarah & Muzium di Pulau Pinang. Semoga artikel ini membantu!