Isi Kandungan
Penggunaan van sewa Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya pada musim cuti persekolahan. Maklumlah, Pulau Pinang mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti Bukit Bendera, Pantai Batu Ferringhi, Pantai Tanjung Bungah, Persiaran Gurney dan macam-macam lagi.
Bagi anda yang merancang untuk datang ke sini bersama keluarga atau rakan, berkonvoi akan menyukarkan pergerakan. Tambahan lagi, ramai sedia maklum dengan keadaan trafik yang sentiasa sesak di Pulau Pinang. Oleh itu, menggunakan perkhidmatan van sewa Pulau Pinang akan memudahkan perjalanan dan menjimatkan kos.
Terdapat pelbagai jenis van untuk memenuhi keperluan pelanggan. Van dapat memuatkan sehingga 18 orang dengan selesa. Selain itu, ruang belakang yang luas pasti memudahkan kerja mengangkut dan memindah bag, barangan dan buah tangan yang dibeli semasa percutian.
Sama ada anda mahu memandu sendiri atau menggunakan tour service, jom lihat 6 perkhidmatan van sewa Pulau Pinang yang available!
6 Van Sewa Best dan Murah di Pulau Pinang
1. Holidaygogogo Tours Sdn Bhd
Holidaygogogo Tours Sdn Bhd, ditubuhkan pada tahun 2013 adalah sebuah agensi pelancongan yang dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Agensi ini menawarkan pelbagai produk pelancongan kepada pelanggan dan pakar dalam Pakej Pelancongan Pulau, Pantai & Pelayaran. Mereka turut mempunyai banyak maklumat berkaitan pelancongan di rantau ini untuk memudahkan para pelanggan.
Berpusat di Shah Alam, agensi ini melebarkan sayap dan memberi perkhidmatan pelancongan ke seluruh Malaysia. Selain pakej pelancongan, mereka turut menawarkan khidmat pengangkutan lapangan terbang, sewa kereta dan sewa bas/van.
Bagi anda yang tinggal di Pulau Pinang, mereka menawarkan khidmat pengangkutan peribadi pintu ke pintu sama ada dari George Town, Bayan Lepas, Butterworth, Bukit Mertajam ke destinasi pilihan anda.Â
Staf mereka memberi servis yang terbaik dan pantas untuk para pelanggan. Mereka akan memastikan anda dapat menikmati percutian dari awal hingga akhir lawatan dengan selesa. Anda pasti berpuas hati dengan servis yang diberikan.
Alamat: 47-1, Jalan Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook |Â Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-221 6385
2. Active Dynamic Travel & Tours Sdn Bhd, Perai
Ditubuhkan sejak tahun 2008, Active Dynamic menawarkan pelbagai pakej pelancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu, mereka turut menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan pandu sendiri atau bersama pemandu.Â
Kenderaan mereka sentiasa diselenggara untuk memastikan pemanduan yang lancar. Interior van yang bersih dan luas akan memastikan anda selesa sepanjang perjalanan. Pemandu mereka juga professional dan cermat semasa memandu.Â
Alamat: Blok M-G-08, Jalan Jenahak Taman Tun Hussein Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 5.30 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook |Â Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-399 7766
3. Penang Tour And Transport Service, George Town
Agensi yang berpangkalan di George Town ini menawarkan private tour berdasarkan keperluan pelanggan. Pemandu mereka ramah dan mempunyai pengetahuan luas tentang tempat-tempat pelancongan di Pulau Pinang.Â
Selain itu, mereka juga menepati masa dan sangat bertoleransi jika terdapat sebarang perubahan dalam perancangan anda. Kenderaan mereka juga bersih dan berjalan lancar akan memastikan anda menikmati pemandangan Pulau Pinang dengan selesa.
Alamat: Taman Mutiara Vista 2-22-15, 11600 George Town, Pulau Pinang.
Waktu operasi: Buka 24 jam
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-480 4258
WhatsApp Penang Tour And Transport Service
4. Trolda Vacation, George Town
Trolda Vacation merupakan agensi pelancongan berlesen yang menyediakan pakej pelancongan Pulau Pinang, sewa van Pulau Pinang bersama pemandu, tempahan tiket feri, dan tempahan penginapan. Pakej pelancongan Pulau Pinang ini akan memberikan anda kadar terbaik untuk tempahan hotel, makanan, pengangkutan dan permintaan khas anda yang lain.
Pakej pelancongan mereka sentiasa membenarkan pelanggan membuat keputusan sendiri dan tidak mengikut jadual perjalanan tetap. Jadi, anda boleh memilih tempat yang anda ingin lawati dan menyesuaikan jadual perjalanan anda mengikut keperluan. Oleh itu, anda boleh menikmati percutian dengan selesa dan tenang.
Alamat: 1-1-15 Goldhill Complex, Tingkat Paya Terubong 1, Taman Terubong Indah, 11060 George Town, Pulau Pinang.
Waktu operasi: Buka 24 jam
Lokasi | Laman Web | Facebook |Â Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-440 6642
5. Ya Shams Travel And Tour, Gelugor
Ya Shams Travel And Tour menyediakan perkhidmatan pengangkutan airport dan pelancongan di Pulau Pinang. Selain itu, mereka juga menyediakan pelancongan ke Cameron Highlands dan tempat-tempat menarik yang berdekatan. Anda boleh memilih mana-mana destinasi yang anda mahu dan mereka akan cuba sedaya upaya untuk memenuhinya.
Pemandu mereka ramah, profesional dan arif tentang pelbagai tempat tarikan pelancong. Mereka juga menepati masa dan akan memastikan anda tiba di destinasi dengan selamat.Â
Alamat: Blok C 3-29 Lorong Helang 1 Desa Permai Indah, Sungai Dua, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.
Waktu operasi: Buka 24 jam
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-477 9786
6. Beh Travel & Tour Sdn Bhd, George Town
Agensi yang terletak di George Town ini menawarkan pakej pelancongan untuk mereka yang ingin menyewa van atau bas untuk memuatkan kumpulan besar orang. Dengan cara ini, semua penumpang dapat mencipta pelbagai kenangan indah di negeri ini sebagai satu kumpulan. Sama ada rombongan keluarga atau syarikat, anda pasti dapat menikmati percutian tersebut dengan selesa.Â
Selain lawatan di sekitar Pulau Pinang, Beh Travel & Tour turut menyediakan lawatan ke Genting Highlands dan Thailand. Pemandu mereka yang profesional dan cekap akan memastikan anda tiba di destinasi dengan selamat. Kenderaan juga diselenggara dengan baik dan sentiasa bersih. Mereka menawarkan kadar harga berpatutan dengan pakej pelancongan yang disediakan.Â
Alamat: 33-G-15, Jalan Dr Lim Chwee Leong, 10100 George Town, Pulau Pinang.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.30 am – 10.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-545 3888
Kami harap senarai ini dapat membantu anda mencari van sewa di Pulau Pinang yang terbaik. Sama ada anda merancang untuk meneroka Pulau Pinang atau mahu ke negeri lain, pastikan anda menilai sama ada perkhidmatan van sewa yang disediakan bersesuaian dengan bajet dan keperluan percutian anda atau tidak.Â
Selain itu, anda disyorkan membuat tempahan dengan awal, lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolahan atau perayaan. Hal ini untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk bercuti di Pulau Pinang. Harga sewa juga mungkin berbeza pada musim-musim tersebut. Oleh itu, pastikan anda berbincang dengan mereka untuk memudahkan urusan.Â
Bagi anda yang mahu mengetahui tempat-tempat menarik di Pulau Pinang, jom lihat 57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong. Anda mesti melawat beberapa tempat tersebut jika anda rancang untuk kunjungi Pulau Pinang. Selamat bercuti!