57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong

Isi Kandungan

Syurga makanan. Itulah yang boleh disimpulkan dengan Pulau Pinang. Sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal seantero dunia ini, menjanjikan begitu banyak destinasi percutian yang pasti tidak akan menghampakan kaki travel seperti anda. Seperti juga Bandar Hilir Melaka, Bandar Georgetown juga pernah tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO tahun 2008 kerana mempunyai daya tarikan luar biasa umumnya dari 3 aspek utama iaitu makanan kenegeriannya, bangunan lamanya & juga kesenian jalanan yang memukau.

Tidak hairanlah, ramai pelancong luar yang melancong ke Malaysia menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pilihan dalam misi menerokai keindahan budaya, kesenian, flora fauna & yang paling ulung, makanannya. Laksa Penang, nasi kandar mahu pun pasembur, sudah cukup untuk mengangkat Pulau Pinang terkenal di mata dunia. Hebat bukan ? Tidak cukup dengan itu, dalam satu kawasan pelancongan di Penang yang tidaklah sebesar Negeri Sarawak, anda boleh melawati majoriti tempat menarik di Pulau Pinang yang pelbagai kategorinya dalam masa yang singkat.

Sama ada aktiviti atau destinasi menarik di pantai peranginan, tempat bersejarah, muzium, hotel menarik, kawasan hutan mahupun destinasi yang lebih dekat dengan jiwa anak-anak seperti taman haiwan, Penang ada jawapannya. Jika anda teringin mencari keunikan di negeri bertuah ini, teruskan menerokai 57+ tempat menarik di Penang yang popular seperti di bawah ini. Jadi, mari kita lihat kesemua destinasi percutian termasuk dengan lokasi-lokasi terbaik untuk aktiviti ‘jalan jalan cari makan’ di Penang bersama keluarga & rakan-rakan kelak. Turut tersedia, informasi penting untuk pelancong seperti peta destinasi, jarak perjalanan, harga tiket & juga pautan-pautan rujukan untuk kemudahan anda.


57+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Pulau Pinang, Pulau Mutiara

1. Bukit Bendera

tempat menarik bukit bendera

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau tidak berkunjung ke Bukit Bendera, bukan bercuti di Penang namanya. Sekiranya ini adalah kali pertama anda melancong ke Penang, sangat disyorkan untuk masukkan destinasi ini ke dalam jadual perjalanan percutian anda. Bukit Bendera, satu tempat menarik di Penang yang sangat ikonik & sangat popular sejak zaman berzaman. Kawasan tanah tinggi ini merupakan lokasi terbaik untuk anda melakukan aktiviti menarik di Penang yang lebih santai bersama anak-anak mahu pun pasangan.

Pengalaman menaiki kereta kabel ini sudah tentu akan memberikan anda satu pengalaman yang baru. Memang cukup berbeza dengan menaiki train atau LRT di Kuala Lumpur kerana perjalanan menuju ke puncak Bukit Bendera sangat curam & memberikan perasaan yang lebih mendebarkan. Sebaik sampai di puncak, banyak tempat menarik di Bukit Bendera yang boleh anda jalan kaki atau menaiki buggy untuk melawat tarikan seperti Muzium Burung Hantu, The Habitat, SkyWalk & sebagainya.

Rata-rata aktiviti di Bukit Bendera sangat santai & tidaklah terlalu ‘heavy’ seperti bercuti di pulau atau pun di hutan lipur. Pemandangan sekeliling yang terdapat di puncak Bukit Bendera sangat menarik untuk anda yang kaki fotografi merakam gambar landskap. Menerokai Bukit Bendera dengan aktiviti-aktiviti yang selalu pelancong lakukan di sini tidaklah memakan masa terlalu lama & anda sebenarnya boleh habiskan dalam tempoh kurang sehari sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-8288880 | Facebook | Website

Baca lagi:

  • Bukit Bendera, George Town, Penang

Waktu Operasi Bukit Bendera Penang

  • Keretapi di Bukit Bendera beroperasi setiap hari & jadual perjalanannya bermula seawal 6.30 pagi sehinggalah ke jam 11 malam (train terakhir dari puncak).

Harga Tiket Kereta Kabel Bukit Bendera untuk Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad) :

  1. Normal Rate
    • Dewasa:
      • RM 10/pax (dua hala)
    • Warga Emas >60 tahun:
      • RM5/pax
    • Pelajar:
      • RM 5/pax
    • Kanak-kanak (4-6 tahun):
      • RM3/pax
    • OKU:
      • Percuma
  2. Fastlane Rate
    • Dewasa:
      • RM 30/pax (dua hala)
    • Warga Emas >60 tahun:
      • RM5/pax
    • Pelajar:
      • RM 15/pax
    • Kanak-kanak (4-6 tahun):
      • RM3/pax
    • OKU:
      • Percuma

Harga Tiket Kereta Kabel Bukit Bendera untuk BUKAN pemegang MyKad:

  1. Normal Rate
    • Dewasa:
      • RM 30/pax (dua hala)
    • Warga Emas >60 tahun:
      • RM30/pax
    • Pelajar:
      • RM 15/pax
    • Kanak-kanak (4-6 tahun):
      • RM5/pax
    • OKU:
      • Percuma
  2. Fastlane Rate
    • Dewasa:
      • RM 60/pax (dua hala)
    • Warga Emas >60 tahun:
      • RM60/pax
    • Pelajar:
      • RM 45/pax
    • Kanak-kanak (4-6 tahun):
      • RM5/pax
    • OKU:
      • Percuma

Promosi Tiket: Untuk pemegang MyKad, anda boleh membeli tiket pada harga RM 3 seorang untuk semua kategori di mana waktunya adalah pada:

  • 6.30 am – 9.00 am
  • 7.00 pm – 10.30 pm

Namun promosi ini hanya untuk hari-hari tertentu sahaja. Maklumat lanjut, sila layari website.

Kadar bayaran parkir sekitar RM 5 sekali masuk


2. Pantai Batu Ferringhi

batu ferringhi beach penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda inginkan destinasi tepi pantai di Penang yang menarik untuk bercuti, Pantai Batu Ferringhi adalah destinasi yang paling popular untuk anda terokai. Pantai peranginan ini mempunyai banyak aktiviti sukan air menarik yang boleh anda sekeluarga cuba seperti bermain jetski, parasailing, banana boat & sebagainya. Setiap hujung minggu, ramai pengunjung setempat & pelancong yang datang riadah ke sini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Untuk lakukan aktiviti sukan air di Pantai Batu Feringgi juga sangat mudah & mempunyai ramai operator yang menyediakan pakej-pakej menarik untuk pengunjung. Persisiran Pantai Batu Ferringhi juga sangat panjang & lapang, sesuai untuk berkelah atau bersantai melihat pemandangan indah terutamanya pada waktu matahari terbenam. Air lautnya mungkin tidak sehebat di kawasan pulau, tetapi sangat sesuai serta landai untuk aktiviti mandi manda.

Sekiranya anda berbulan madu di Pulau Pinang, bolehlah terokai hotel atau resort menarik yang berdekatan dengan pantai ini seperti Hard Rock Hotel Penang, Park Royal Hotel Penang, Golden Sands Resort Penang & sebagainya. Menginap di Pantai Batu Feringgi juga satu keputusan yang tepat kerana lokasinya strategik & terletak di tengah-tengah antara Tanjung Bungah & Teluk Bahang. Malah, untuk ke Georgetown juga hanya mengambil masa sekitar 25 minit sahaja dari Pantai Batu Feringgi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Batu Feringghi, 11050, Penang

  • 24 jam ( destinasi pantai peranginan )


3. Golden Sands Resort by Shangri-La

hotel ada kolam renang kanak-kanak penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercadang bercuti di Penang bersama anak-anak yang masih bersekolah rendah, apa kata terokai penginapan ini yang merupakan salah satu hotel yang ada kolam renang menarik di Pantai Batu Ferringhi. Hotel Golden Sands Resort by Shangri-La merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Pantai Batu Ferringhi & lokasinya juga sangat strategik dengan tarikan sekitarnya yang boleh anda berjalan kaki sahaja seperti Pasar Malam Batu Ferringhi, kawasan pantai yang meriah dengan aktiviti sukan air, tempat makan menarik & sebagainya.

Selain lokasinya yang strategik, hotel ini juga mempunyai kemudahan yang sangat lengkap untuk percutian anda di Penang bersama anak-anak seperti kolam mandi yang mempunyai gelongsor air & juga indoor playground yang dikenali sebagai Adventure Zones. Taman permainan kanak-kanak ini sangat terkenal di kalangan pelancong yang bercuti di Batu Ferringhi bersama anak-anak kerana mempunyai gelongsor & permainan fizikal yang menarik. Malah, keselamatan di taman permainan ini juga diutamakan oleh pihak hotel di mana terdapat span lembut yang membaluti bahagian keras seperti tiang & juga dinding.

Tidak cukup dengan itu, di perkarangan hotel ini juga menempatkan Splash Zone iaitu kolam renang & juga gelongsor air yang menarik yang pasti membuatkan anak-anak tidak sabar-sabar untuk mencuba. Memandangkan hotel ini mempunyai kriteria penginapan yang sangat bagus & juga reviu pengunjung yang cemerlang, tidak hairanlah ramai pelancong berkeluarga tempatan gemar memilih Golden Sands Resort by Shangri-La sebagai destinasi pilihan untuk bermalam.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 604-8861911 | Facebook | Instagram | Website

  • Golden Sands Resort by Shangri-La, Jalan Batu Ferringhi, Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


4. Taman Negara Pulau Pinang

tarikan pelancongan penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tarikan pelancongan di Penang bukan sahaja terkenal dengan makanan atau tempat bersejarah sahaja, sebenarnya ada juga destinasi yang kaya dengan flora fauna yang pasti tidak akan menghampakan pencinta alam & kaki jungle trekking. Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang terkenal di kalangan pelancong untuk melakukan aktiviti yang lebih mendekatkan diri dengan alam semulajadi seperti jungle trekking, bird watching, merentas titian kanopi sepanjang 210 meter & banyak lagi.

Lebih mengujakan, anda bukan sahaja boleh merasai suasana hutan diiringi bunyian unggas hutan sahaja, malah terdapat juga kawasan tepi pantai yang cantik & saujana mata memandang. Menarik bukan ? Anda boleh lakukan 2 aktiviti di dalam satu destinasi dengan penerokaan di hutan & juga berlibur di pantai. Terdapat banyak denai hutan di Taman Negara Pulau Pinang yang menuju ke lokasi berbeza seperti Pantai Kerachut, Rumah Api Muka Head, Pantai Monyet, Pantai Teluk Kampi & sebagainya. Menariknya, laluan-laluan denai hutan di sini sangat mudah & mempunyai penunjuk arah yang sangat bersistematik untuk memudahkan pelancong meredah hutan.

Sekiranya anda baru berjinak-jinak dengan dunia meredah hutan, sangat disyorkan untuk mulakan hobi baru anda di sini kerana laluannya mudah, banyak papan arah & tidaklah terlalu ekstrem seperti di kawasan pedalaman. Malah tarikan haiwan hutan seperti burung, serangga & monyet liar juga setanding dengan tempat lain. Sekiranya memilih laluan menuju ke Pantai Kerachut atau Pantai Teluk Kampi, anda juga boleh ke pusat konservasi penyu di Pantai Kerachut atau ke Tasik Meromiktik iaitu kawasan pertemuan di antara air tasik yang tawar dan air laut yang masin.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-8813530 | Facebook | Website

  • Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, Pulau Pinang, 11050 Pulau Pinang, Penang

Waktu Operasi Taman Negara Penang

  • Dibuka setiap hari
    • 7.30 am – 6.00 pm

Harga Tiket Taman Negara Penang

  • Bayaran masuk ke Penang National Park:
    • Percuma
  • Bayaran merentasi titian kanopi dalam Penang National Park:
    • Dewasa: RM 5.00
    • Kanak-Kanak: RM 3.00


5. Taman Botani Penang

taman botani penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda obses dengan keindahan landskap taman bunga seperti di Cameron Highlands, apa kata bawa keluarga berkunjung ke Taman Botani Penang, Georgetown. Taman ini juga lebih sinonim dengan nama Taman Monyet di kalangan penduduk setempat kerana mempunyai banyak monyet-monyet yang berkeliaran dengan gelagat yang melucukan. Destinasi ini bukan sahaja menjadi lokasi feveret warga setempat untuk riadah, malah turut menjadi salah satu tempat menarik di Georgetown yang sangat popular kerana keindahan landskap tamannya & juga lokasinya yang sangat strategik berdekatan dengan hotel-hotel popular seperti G-Hotel Kelawai, G Hotel Gurney, Berjaya Penang Hotel & sebagainya.

Dalam Taman Botani Penang ini terdapat 11 tarikan utama yang boleh anda terokai bersama keluarga atau rakan-rakan seperti Taman Jepun, Android Trail, Taman Herba, Aquatic Garden & sebagainya. Menariknya, di sini juga terdapat jualan langsung di mana pengunjung boleh membeli lebih 23 jenis pokok-pokok bunga atau anak pokok herba yang boleh dikategorikan eksotik seperti Bunga Ros Jepun, Tongkat Ali, Belalai Gajah, Mahkota Dewa & macam-macam lagi. Bagi kaki lensa kamera, destinasi ini juga merupakan satu tempat menarik di Penang untuk fotografi landskap yang sangat ideal kerana mempunyai banyak subjek unik seperti Rain Tree, Cannon Ball Tree, Ebony Tree & banyak lagi.

Kalau anda sukakan aktiviti meredah hutan, di sini juga terdapat trail menarik yang boleh anda terokai untuk menikmati keindahan hutan yang bersebelahan Taman Botani Penang. Di sepanjang trail hutan di sini, pengunjung juga boleh menggunakan peranti pintar masing-masing untuk mengimbas QR Code yang terdapat pada tumbuhan atau pokok di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan spesis berkenaan. Canggih bukan? Satu inisiatif yang perlu dicontohi oleh destinasi lain untuk kemudahan pengunjung mendapatkan maklumat seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2264401 | Facebook | Website

  • 673 A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Taman Botani Penang

Dibuka setiap hari termasuk cuti umum

  • 5 am – 8 pm

Terdapat tarikan Plant Houses seperti Fern House, Cactus & Succulent House, Orchidarium & Bromeliad House yang dibuka seperti waktu berikut.

  • Selasa & Khamis
    • 9.30 am – 12.30 pm
    • 2.30 pm – 4.30 pm
  • Sabtu & Ahad
    • 9.30 am – 12.30 pm
    • 2.30 pm – 6.00 pm

Waktu jualan pokok-pokok

  • 9.00 am – 4.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Taman Botani Penang

  • Percuma

*untuk lawatan berkumpulan & berorientasi, sila berhubung Mrs. Syazalina di 04-2264404.


6. Escape Theme Park Penang

tempat teambuilding menarik penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lebih 33 pilihan aktiviti outdoor menarik yang boleh anda lakukan di sini. Walaupun destinasi ini popular dengan aktiviti yang menggayatkan, namun anda jangan bimbang kerana masih terdapat aktiviti-aktiviti yang sangat mesra keluarga & kanak-kanak. Bagi dewasa & muda mudi yang sukakan cabaran, cubalah berkunjung ke sini bersama rakan-rakan untuk melakukan aktiviti outdoor yang pasti memberikan ledakan adrenalin yang maksima seperti merentasi laluan berhalang dari pokok ke pokok, abseiling, sling shot, kite flyer & banyak lagi.

Malah, terdapat beberapa aktiviti mencabar di sini yang hanya boleh anda lakukan di Escape Theme Park Penang ini seperti sling shot, tubby racer & jungle swinger. Tidak hairanlah, dengan kemudahan yang lengkap & pilihan aktiviti outdoor yang banyak, banyak organisasi menjadikan destinasi ini sebagai destinasi pilihan untuk acara seperti hari keluarga atau team building di Penang. Menariknya, pakej aktiviti di sini bukan sahaja khas untuk syarikat semata-mata, malah sesiapa sahaja yang berkumpulan samaada bersama keluarga atau rakan-rakan, boleh menganjurkan aktiviti seperti team building atau hari keluarga.

Bagi yang berkeluarga & bersama anak-anak, anda boleh suka ria di taman tema air yang terdapat di sini. Jangan terkejut pula, water park di sini sangat hebat & bukan dibina untuk kanak-kanak semata mata. Terdapat juga beberapa gelongsor air yang curam & tinggi yang pasti membuatkan golongan dewasa ingin mencuba seperti Tubby Tunner, Tubby Rapids & sebagainya. Satu tempat menarik di Penang yang sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja yang inginkan destinasi yang lengkap dengan aktiviti lasak pada cuti sekolah atau hujung minggu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-8811106 | Facebook | Instagram | Website

  • 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Waktu Operasi Escape Adventureplay Theme Park Penang

  • Selasa-Ahad:
    • 10 am – 6 pm
  • Isnin:
    • Tutup

Harga Tiket Escape Adventureplay Theme Park Penang

harga tiket escape theme park penang

  • Escape Theme Park Penang mempunyai banyak pakej harga tiket. Maklumat lanjut sila layari website.


7. The Top Penang

the top rainbow skywalk komtar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terokai keindahan Bandaraya Penang secara 360 darjah dari sudut pandangan seekor burung yang terbang bebas di angkasa raya. Jika melihat suasana matahari terbenam adalah obses buat diri anda, sangat disyorkan untuk anda ke puncak Menara Komtar. Pengalaman berjalan di atas kaca lutsinar yang dikenali Rainbow Skywalk ini, pasti akan memberikan anda satu pengalaman baru yang berbeza.

Pada ketinggian 250 meter dari tanah di aras 68 Menara Komtar, pasti bukan semua orang yang berani mencubanya. Jika aktiviti di tempat tinggi seperti flying fox adalah ‘kacang’ sahaja buat anda, cubalah berdiri di sini pula untuk lihat jantung anda berdegung kencang atau tidak. Panorama sekeliling yang sangat menakjubkan sebegini, bukan semua destinasi ada tawarkan untuk anda. Kalau takut kulit hitam berdiri di SkyWalk waktu siang, jangan bimbang kerana aktiviti ini dibuka sampai malam. Malah, melihat suasana sekeliling dengan hiasan lampu warna warni pada waktu malam juga lebih menarik ibarat sedang berada di sebuah negeri kayangan.

Di aras bawah Rainbow Skywalk ini juga terdapat Observation Deck di mana anda boleh melihat suasana sekeliling dengan lebih selesa. Ada penghawa dingin & lebih tidak mendebarkan seperti di Rainbow Skywalk. Kalau berkunjung di Menara Komtar bersama anak-anak, terdapat banyak tarikan lain yang lebih dekat dengan jiwa mereka seperti Jurrasic Research Centre, 7D Discovery Motion Theater, Ocean Explorer, The Dome Penang & juga Penang Boutique Aquarium. Satu tempat menarik di Penang yang sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2623800 | Facebook | Instagram | Website

  • 1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

  • Dibuka setiap hari
    • 10 am – 10 pm

Harga Tiket Rainbow Skywalk

#1 Pelancong Tempatan

  • Dewasa:
    • RM 48
  • Kanak-Kanak:
    • RM 28

#1 Pelancong Asing

  • Dewasa:
    • RM 68
  • Kanak-Kanak:
    • RM 48


8. Entopia by Penang Butterfly Garden

taman rama rama penang entopia

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Rama Rama Penang kini dikenali Entopia selepas proses naik taraf fasiliti siap sepenuhnya pada 2016. Kalau anda pertama kali bercuti di Penang bersama anak-anak, destinasi ini sangat disyorkan untuk anda sekeluarga terokai sendiri & pasti tidak akan mengecewakan anda. Malah, konsep tarikan yang ada di sini juga sangat berbeza dengan mana-mana taman rama-rama di Malaysia yang lain.

Ringkasannya, Entopia ini ibarat sebuah taman fantasia yang cantik dengan landskap dalamannya & dihiasi pula rama-rama yang berwarna warni yang pasti membuatkan anak-anak anda kagum seolah-olah sedang menerokai sebuah taman larangan puteri di kayangan. Sebaik melangkah masuk ke dalam, anda pasti sudah kagum dengan landskap jalannya yang berterowong & dihiasi pula dengan reptilia eksotik di dalam kaca sebelum sampai ke tempat lawatan utamanya.

Ruangan taman rama-rama di dalamnya sangat besar ibarat sedang memasuki sebuah stadium elegan yang tertutup. Melihat rama-rama berterbangan bebas & hinggap di atas kepala adalah pengalaman yang jarang-jarang boleh anda dapatkan di tempat lain. Malah, bilangan rama-rama di sini sangat banyak sehingga lebih 15000 ekor & mempunyai lebih 60 spesis yang pelbagai bentuk yang biasanya dilihat dalam kaca tv sahaja. Selain itu, terdapat banyak infografik & video menarik tentang kitaran hidup rama-rama yang sangat bermanfaat untuk menambah ilmu pengetahuan anak-anak anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-8888111 | Facebook | Instagram | Website

  • No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang

Waktu Operasi Taman Rama-Rama Penang by Entopia

Dibuka setiap hari termasuk cuti umum & hujung minggu;

  • 9:00 am – 6:00 pm

*Jualan tiket terakhir & waktu masuk terakhir 5:00 pm.

Harga Tiket Taman Rama-Rama Penang by Entopia

#1 Harga MyKad/MyKid:

  • Dewasa ( 13-59 tahun) :
    • RM 49.00
  • Kanak-kanak (4-12 tahun):
    • RM 29.00
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas):
    • RM 29.00
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+2 kanak-kanak):
    • RM 144
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+3 kanak-kanak):
    • RM 167
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+4 kanak-kanak):
    • RM 190
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+5 kanak-kanak):
    • RM 213
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+6 kanak-kanak):
    • RM 236

#2 Harga Biasa:

  • Dewasa ( 13-59 tahun) :
    • RM 65.00
  • Kanak-kanak (4-12 tahun):
    • RM 45.00
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas):
    • RM 45.00
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+2 kanak-kanak):
    • RM 202
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+3 kanak-kanak):
    • RM 238
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+4 kanak-kanak):
    • RM 274
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+5 kanak-kanak):
    • RM 310
  • Pakej Keluarga (2 dewasa+6 kanak-kanak):
    • RM 346


9. Muzium Perang

muzium perang penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang sangat disyorkan untuk lawatan institusi pengajian atau sekolah kerana mempunyai banyak kesan-kesan sejarah yang sangat tinggi nilainya. Muzium ini bukan sekadar sebuah galeri yang menempatkan diorama & bahan infografik semata-mata seperti di Muzium Negara. Muzium yang masih mengekalkan struktur asal bangunannya dan sangat terjaga ini merupakan satu tempat bersejarah di Pulau Pinang yang sangat popular selain Fort Cornwallis.

Malah, kawasannya terbuka & berkonsepkan warisan Perang Dunia Kedua yang ideal untuk pengisian ilmu pelajar sekolah. Kalau nak tahu, muzium ini merupakan tapak warisan Perang Dunia Kedua yang terbesar di dalam Asia. Menariknya, muzium ini dahulunya merupakan sebuah kubu pertahanan & kem tentera British ketika era Perang Dunia Kedua. Malah, kubu ini juga pernah menjadi kem tentera Jepun yang sangat digeruni satu masa dahulu. Walaupun sudah lebih 7 dekat masa berlalu pergi, namun anda masih boleh melihat kesan-kesan peninggalan peperangan yang masih wujud di sini.

Muzium Perang Penang ini memang besar & anda boleh habiskan masa antara 2-3 jam sekiranya ingin menerokai satu persatu kesan-kesan sejarah di sini. Sebaik melangkah masuk kedalamnya, terasa seperti kembali ke zaman silam yang pasti membuatkan hati anda sedikit sebanyak berdebar terutamanya ketika melewati bangunan-bangunan lama seperti bilik penyeksaan, penjara, stor simpanan senjata api & sebagainya. Bagi pencinta sejarah atau pelajar sekolah, terdapat banyak tempat penerokaan menarik di dalam Muzium Perang Penang ini yang pasti membuatkan anda termenung & berfikir, betapa dahsyatnya suasana sebuah peperangan & betapa mahalnya harga untuk mencapai segenggam kemerdekaan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-4213606 | Facebook

  • No Lot 1350, Mukim 12, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang, 11960 Batu Maung, Penang

Waktu Operasi Muzium Perang Penang

  • Isnin – Ahad :
    • 9.00 am – 6.00 pm
    • 7.00 pm – 11.00 pm

Harga Tiket Muzium Perang Penang

Warganegara

  • Dewasa:
    • RM 21.20
  • Kanak-Kanak:
    • RM 10.60

Pelancong Asing

  • Dewasa:
    • RM 37.10
  • Kanak-Kanak:
    • RM 18.60


10. Feri Pulau Pinang ( Rapid Feri)

tempat menarik di butterworth penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika bercuti dengan anak-anak di Penang, apa kata anda bawa mereka menaiki feri menuju ke Georgetown dari Butterworth. Pengalaman menaiki feri sebegini dengan kereta merentasi laut pasti memberikan anda sekeluarga satu pengalaman baru ketika bercuti di Penang. Almaklumlah, hanya di Penang atau Langkawi sahaja destinasi yang boleh anda bawa kereta naik feri dengan selesa & menuju ke lokasi percutian. Jadi, gembirakan anak-anak anda dengan satu perjalanan yang berbeza dalam agenda percutian anda di Penang.

Kalau nak tahu, perkhidmatan feri di Penang ini adalah yang tertua di Malaysia. Rugi sangat kalau sudah sampai ke Pulau Mutiara ini tidak mencubanya sendiri walaupun sekali. Malah, tambangnya juga sangat berpatutan & sesuai dengan segenap latar belakang pelancong walaupun mereka yang bercuti di Penang secara bajet. Tempoh perjalanan menaiki feri ke Pangkalan Raja Tun Uda di Georgetown dari Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth juga tidak lama sekitar 15-20 minit sahaja.

Anda jangan risau, sistem jadual & perjalanan feri di Penang sangat cekap walaupun anda dengan kereta. Tidak perlu menunggu lama-lama kerana perjalanan feri pergi balik sentiasa ada setiap 30 minit pada waktu puncak iaitu pagi & petang. Menjelang 10 am – 4 pm, tempoh perjalanan feri adalah setiap 1 jam. Waktu operasi feri di Penang ini bermula sekitar 5.30 am sehinggalah lewat malam sekitar 12.30 malam. Satu aktiviti menarik yang sangat disyorkan untuk mereka yang pertama kali bercuti di Pulau Pinang & lokasi jeti feri di Butterworth juga hanya bersebelahan dengan Stesen Keretapi KTM Butterworth.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

Waktu Operasi Feri Penang

Dari Butterworth (Pangkalan Sultan Abdul Halim) ke Georgetown ( Pangkalan Raja Tun Uda );

  • Feri pertama:
    • Pukul 5.20 am
  • Feri terakhir:
    • Pukul 12.10 am

Dari Georgetown ( Pangkalan Raja Tun Uda ) ke Butterworth (Pangkalan Sultan Abdul Halim);

  • Feri pertama:
    • Pukul 5.40 am
  • Feri terakhir:
    • Pukul 12.40 am

*Perjalanan feri adalah setiap 20-30 minit pada waktu puncak. Waktu biasa 1 jam.
*Perjalanan feri di Penang mengambil masa 15-20 minit (3 km)

Harga Tambang Feri Penang

Berikut adalah harga tambang feri dari Dari Butterworth (Pangkalan Sultan Abdul Halim) ke Georgetown ( Pangkalan Raja Tun Uda );

#1 Harga tambang individu;

  • Dewasa :
    • RM 1.20
  • Kanak-Kanak (5-12 tahun) :
    • RM 0.60
  • OKU:
    • RM 0.60

#2 Harga tambang kenderaan;

  • Basikal:
    • RM 1.40
  • Motosikal:
    • RM 2.00
  • Motokar:
    • RM 7.70

*maklumat lanjut, sila layari website myrapid.


11. Wonderfood Museum Penang

wonderfood museum penang best

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Penang memang sangat terkenal dengan menu makanan kenegerian yang digemari oleh semua orang di Malaysia & juga pelancong luar negara. Sekiranya anda ingin selami sejarah & budaya makanan-makanan popular khususnya di Penang, apa kata berkunjung ke Wonder Food Museum Penang. Menariknya, pendekatan pameran visual untuk pengunjung mendapatkan informasi bersejarah di sini sangat unik, sangat interaktif, sangat menyeronokkan & sangat berbeza berbanding majoriti muzium di Malaysia yang lain.

Kalau berkunjung waktu perut lapar, percayalah perut anda akan berkeroncong dengan lebih kuat. Mana tidaknya, setiap makanan-makanan kenegerian di sini dipersembahkan dalam bentuk replika yang tampak sangat realistik seperti anda sedang melihat makanan yang sebenar-benarnya. Malah, saiz hidangan replika dalam pinggan di sini seperti Laksa Penang, Nasi Lemak atau Nasi Kandar, dibuat dalam skala yang lebih besar daripada biasa. Kagum dengan orang yang mereka cipta replika-replika makanan yang terdapat di sini kerana sungguh halus seninya & pasti mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

Wonderfood Museum Penang sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja datang melawat terutamanya kanak-kanak atau pun pelajar sekolah. Destinasi sebegini, walaupun nampak menyeronokkan, tetapi sangat banyak pengisian ilmu yang boleh anda bersama anak-anak pelajari seperti asal usul nama makanan, sejarahnya, inovasi semasa menu makanan & sebagainya. Anda juga boleh bergambar atau berswafoto bersama makanan-makanan yang bersaiz gergasi di muzium ini sebanyak mana yang anda mahukan & staf bertugas juga boleh membantu anda untuk rakam gambar sekiranya anda berkunjung ke sini secara solo. Satu muzium di Penang yang sangat unik & tiada seumpamanya di destinasi menarik lain di Malaysia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2519095 | Facebook

  • 49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (next to CIMB bank)

Waktu Operasi Wonderfood Museum Penang

  • Dibuka setiap hari;
    • 9 am – 6 pm

Harga Tiket Wonderfood Museum Penang

Warganegara:

  • Dewasa:
    • RM 15
  • Kanak-Kanak:
    • RM 10

Pelancong Luar:

  • Dewasa:
    • RM 25
  • Kanak-Kanak:
    • RM 15


12. The Habitat Penang Hill

berbulan madu penang hill

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda seorang pelancong yang gemar menikmati keindahan alam semulajadi & pada masa yang sama tidak berminat dengan aktiviti meredah hutan yang boleh buat badan melekit, apa kata berkunjung ke destinasi ini. Tidak perlu susah payah meredah hutan atau merentasi sungai untuk menikmai keindahan alam di Penang ini, di sini sebenarnya anda boleh realisasikan impian anda tersebut & bahkan, panorama alam sekeliling serta melihat suasana hutan rimba di sini adalah setanding dengan hutan lipur atau Taman Negara.

Di sini, anda boleh menimati keindahan flora fauna sekeliling dengan berjalan kaki menerusi canopy walk atau platform jalan kaki membulat sepanjang 230 m yang dibina di atas Bukit Bendera. Canopy walk di sini bukanlah yang berkonsepkan lasak seperti canopy walk di Taman Negara, tetapi merupakan pelantar jalan kaki yang dibina dengan besi & sesuai untuk golongan keluarga termasuk dengan kanak-kanak menerokai keindahan alam sekeliling. Memandangkan The Habitats Penang Hill ini terletak di puncak Bukit Bendera, maka anda boleh melihat keindahan Pulau Pinang dari sudut yang paling menarik secara 360 darjah.

Dari pelantar jalan kaki ini, anda boleh melihat pemandangan bukit bukau, Selat Melaka & juga pulau-pulau berdekatan yang pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk berswafoto. Jika datang waktu pagi, kedinginan & kabus yang menyeliputi di sekeliling pasti membuatkan anda terasa seperti sedang bercuti di luar negara. Kalau anda teringin melihat panorama matahari terbenam di lokasi terbaik di Penang, inilah tempatnya. Bagi yang berbulan madu di Penang, sangat disyorkan untuk anda berdua terokai The Habitat Penang Hill ini. Aktivitinya tidak lasak, santai-santai sahaja & bolehlah habiskan masa berkualiti bersama yang tersayang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-8272677 | Facebook | Instagram | Website

  • The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300, Penang, Malaysia.

Waktu Operasi The Habitat Penang Hill

Dibuka setiap hari termasuk cuti hujung minggu & cuti umum.

#1 Standard Walk;

  • 9.00 am – 5.30 pm

#2 Sunset & Night Walk;

  • 5.30 pm & keatas
  • Kemasukan terakhir, 7.00 pm & keluar terakhir 8.00 pm

Harag Tiket The Habitat Penang Hill

  • Dewasa (13-59 tahun):
    • RM 53.00
  • Kanak-Kanak(3-12 tahun):
    • RM 31.80
  • Kanak-Kanak ( bawah 3 tahun):
    • PERCUMA
  • Pelajar ( Serta kad pelajar):
    • RM 31.80
  • Warga Emas ( 60 tahun keatas):
    • RM 31.80

Harga pakej menarik lain di The Habitat Penang Hill:

  • Pakej Keluarga ( 2 dewasa + 2 kanak-kanak):
    • RM 137.80
  • Sunset Walk (Dewasa) :
    • RM 74.20
  • Sunset Walk (Kanak-Kanak):
    • RM 42.40
  • Sunset Walk (Pelajar):
    • RM 42.40
  • Sunset Walk (Warga Emas):
    • RM 42.40


13. The Northam All Suite Penang

bercuti di georgetown penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika berenang di kolam renang hotel adalah aktiviti yang menjadi kemestian untuk anda ketika bercuti, apa kata terokai The Notham All Suite Penang. Pemandangan indah hotel ini yang mengadap laut terutamanya ketika berenang di kolam renang infiniti di aras 9, pasti membuatkan anda serta merta jatuh cinta dengan Penang. Hotel yang bertaraf 4 bintang & mempunyai bilik-bilik penginapan yang dilengkapi jakuzi ini sangat disyorkan untuk anda yang bercadang berbulan madu di Penang.

Lokasinya pula di tengah-tengah antara Padang Kota lama & Persiaran Gurney membuatkan tetamu yang menginap boleh akses ke semua tempat menarik yang terdekat dengan mudah. Kalau sudah lapar & jemu makan di hotel, jangan risau, anda boleh mencari banyak tempat makan yang berdekatan & popular di Penang seperti Gurney Drive Hawker Centre atau sekitar Padang Kota Lama yang terkenal dengan Hamed Mee Goreng Sotong & Nasi Kandar Line Clear. Kalau mahu membeli belah, terokai sahaja pusat membeli belah bersaiz mega di Gurney Plaza & Gurney Paragon Mall yang hanya 2 km dari hotel ini.

The Northam All Suite Penang mempunyai lebih 10 pilihan jenis bilik penginapan yang sesuai untuk sesiapa sahaja. Apa pun tujuan anda berkunjung ke hotel ini samaada bercuti atau urusan bisnes, hotel ini sangat disyorkan untuk dijadikan tempat bermalam. Dengan harganya yang tidak terlalu tinggi seperti di hotel 5 bintang, reputasinya yang bagus & reviu tetamu yang cemerlang, bermalam di The Northam All Suite Penang pasti menjadi satu keputusan yang tepat untuk anda ketika bercuti di Bandar Georgetown.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 604-3701111 | Facebook | Website

  • The Northam All Suite Penang, 55, Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Tikus, 10050 George Town, Pulau Pinang

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


14. Masjid Kapitan Keling

mercu tanda penang popular

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pulau Pinang mempunyai banyak pengaruh budaya campuran seperti kaum Cina & juga India yang secara tidak langsung mempengaruhi senibina bangunan-bangunan di sini. Salah satu senibina kebanggaan orang Pulau Pinang yang turut menjadi mercu tanda Penang yang popular adalah Masjid Kapitan Keling yang terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong di Jalan Masjid Kapitan Keling.

Kalau nak tahu, Masjid Kapitan Keling ini adalah antara masjid tertua di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1801 lagi & ini bermakna sudah menjangkau lebih 2 abad usianya. Senibina bangunan ini mempunyai banyak pengaruh budaya Roman dan Timur Tengah. Masjid ini dahulunya dibina untuk menampung populasi masyarakat muslim terutamanya India Muslim yang makin bertambah di Penang. Malah, sepanjang lebih 200 tahun usianya, sudah beberapa kali melalui fasa pembaharuan bagi menjaga struktur bangunannya.

Di perkarangan masjid ini terdapat paparan informasi yang mencerikan sejarahnya termasuk dengan gambar-gambar lama Masjid Kapitan Keling. Lokasi masjid ini juga hanya bersebelahan dengan salah satu tempat makan menarik di Penang waktu malam iaitu Restoran Nasi Kandar Beratur. Mungkin selepas solat Isyak di masjid ini, bolehlah pula beratur di kedai nasi kandar ini untuk menikmati menu asli nasi kandar yang sangat popular. Reka bentuk Masjid Kapitan Keling ini terutamanya di bahagian kubah utamanya sangat persis Masjid Zahir yang terletak di Alor Setar, Kedah & juga Masjid Alwi, Perlis.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • 14, Jalan Buckingham, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Masjid Kapitan Keling

  • Subuh – Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


15. Padang Kota Lama

tempat menarik penang waktu malam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah taman terbuka di tepi laut yang menempatkan kemudahan awam yang lengkap baik taman permainan kanak-kanak, restoran, tandas & sebagainya. Padang Kota Lama juga sering menjadi lokasi untuk acara-acara komuniti seperti pesta makanan, festival, sambutan perayaan dan sebagainya. Lokasinya juga adalah bersebelahan dengan Kubu Cornwallis & sesuai untuk anda datang bersantai di sini waktu petang sambil ‘melayan’ angin bayu laut yang bertiup kencang.

Kalau bercuti di Penang dengan anak-anak, bolehlah bawa mereka bermain di taman permainan kanak-kanak di sini. Walaupun di waktu tengahari, taman permainan ini tidak terlalu panas & suasananya sangat redup kerana dipayungi banyak pokok-pokok besar yang rendang. Di sekitarnya juga terdapat penjaja-penjaja yang menjual makanan santai serta permainan budak-budak seperti bubble gun, belon & sebagainya.

Sekiranya anda menginap di hotel sekitar Padang Kota Lama & inginkan tempat menarik di Penang waktu malam yang happening, bolehlah ke sini. Dataran di Padang Kota Lama sering menjadi tumpuan warga muda mudi & keluarga bersiar-siar mengambil angin malam. Ada yang bermain roller blade, ada yang busking dan ada juga yang ‘bertenggek’ di atas tembok konkrit tepi laut untuk menikmati bayu malam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 1, Light St, Georgetown, 10450 George Town, Penang

Waktu Operasi Padang Kota Lama

  • 24 jam

Harga Tiket Padang Kota Lama

  • Percuma ( destinasi rekreasi awam)


16. Taman Burung Penang

penang bird park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda nak tahu, inilah dia taman burung yang pertama di Malaysia yang dibangunkan sejak tahun 1988. Destinasi ini sangat ideal untuk pencinta burung & golongan berkeluarga yang mempunyai anak-anak kecil untuk berkunjung serta melihat lebih 3000 ekor burung pelbagai spesis di sini. Walaupun Taman Burung Penang ini sudah lama & kelihatan biasa-biasa sahaja dari luar, percayalah anda pasti akan terpesona dengan tarikan yang ada di dalamnya. Malah, banyak masa yang boleh anda luangkan di sini kerana kawasannya sangat luas sekitar 5 ekar & mempunyai lebih 150 sangkar burung.

Dekorasi dalaman destinasi ini sangat mendamaikan, banyak pokok & tumbuh-tumbuhan menarik yang menghiasi Penang Bird Park ini serta sesuai dengan destinasinya yang berkonsepkan sebuah taman. Kebanyakan burung-burung ditempatkan di dalam sangkar & ada juga dalam kawasan berdinding kaca. Malah, ada juga kawasan sangkar yang besar di mana anda boleh masuk ke dalamnya untuk berinteraksi dengan burung-burung ini dengan lebih dekat. Anda jangan takut, kerana burung-burung ini bukan dari spesis yang agresif. Melihat & sentuh burung-burung yang eksotik ini pasti menjadikan lawatan di Taman Burung Penang lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Sebaiknya, rancanglah perjalanan anda ke sini sekiranya inginkan kepuasan yang maksima. Jangan lepaskan peluang untuk melihat Bird Show yang berlangsung setiap hari pada pukul 11.00 am & 3.30 pm. Anak-anak pasti kagum melihat burung-burung terlatih di sini seperti burung helang, burung hantu & burung kakak tua yang sangat bijak berinteraksi serta mengikut arahan staf di sini. Satu tempat menarik di Pulau Pinang yang sangat ideal untuk kujungan pelancong berkeluarga ataupun dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar pihak sekolah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-3991899 | Facebook | Website

  • Taman Burung Seberang Jaya, Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700, Perai, Pulau Pinang

Waktu Operasi Taman Burung Penang

Dibuka setiap hari termasuk cuti sekolah & cuti umum;

  • 9.00 am – 7.00 pm

Waktu Bird Show;

  • 11.00 am & 3.30 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Taman Burung Penang

  • Dewasa:
    • RM 38
  • Dewasa (MyKad):
    • RM 25
  • Kanak-Kanak ( 12 tahun kebawah):
    • RM 20
  • Kanak-Kanak (12 tahun kebawah + MyKid):
    • RM 15
  • Pelajar Sekolah ( dengan uniform) :
    • RM 10
  • Kamera:
    • RM 1
  • Kamera Video:
    • RM 5


17. Design Village Outlet Mall Penang

tempat membeli belah penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Percutian anda ke Penang tidak akan pernah lengkap kalau tidak mencari destinasi menarik untuk membeli belah & mencari sesuatu yang unik bukan ? Jadi, apa kata ke sini. Seperti tersirat pada namanya, Design Village Penang mempunyai keunikan senibina untuk sebuah pusat membeli belah yang sangat berbeza berbanding majoriti destinasi lain seperti di JPO di Johor atau pun Freeport A’Famosa Outlet di Melaka.

Anda pasti terkejut, kerana di dalam pusat membeli belah ini tidak mempunyai sistem penghawa dingin & ianya adalah berkonsep terbuka. Apa yang pasti, ruangan mall ini sangat besar & mempunyai banyak lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan berjenama. Kebanyakan pilihan jenama di sini bukanlah yang terlalu mewah seperti LV atau Gucci. Tidak hairanlah ramai pelancong yang berkunjung ke sini kerana jenama & harga barangan yang dijual di sini lebih ‘mesra poket’ majoriti rakyat Malaysia.

Kalau sudah penat berjalan kaki di shopping mall yang besar ini, bolehlah pula berehat & makan-makan di restoran fast food di sini. Sayang sekali, makanan popular orang Penang di sini tidaklah terlalu banyak pilihan. Kalau anak-anak merengek sebab bosan, ajak mereka ke indoor playground yang terdapat di dalamnya. Memandangkan DVO Mall Penang ini konsepnya terbuka, sebaiknya datang waktu petang atau malam kerana kurang panas.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-5899888 | Facebook | Website

  • 733, Jalan Cassia Barat 2, 14110 Bandar Cassia, Penang

Waktu Operasi Design Village Penang

  • Isnin-Khamis
    • 11.30 am – 9.00 pm
  • Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum
    • 11.00 am – 10.00 pm

  • Destinasi shopping mall


18. Penang 3D Trick Art Museum

muzium 3d penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda menginap sekitar Padang Kota Lama & ingin mencari aktiviti yang boleh dilakukan mungkin pada waktu tengahari yang panas, apa kata ke tempat menarik di Penang yang tertutup seperti di Penang 3D Art Museum ini. Lokasinya sangat berdekatan dengan beberapa tarikan pelancongan lain seperti Fort Cornwallis & Mee Sotong Hameed yang terkenal dengan menu mee gorengnya. Muzium 3D ini yang terletak di dalam sebuah bangunan kedai 2 tingkat mempunyai lebih 40 ilustrasi 3 dimensi yang sangat menarik untuk anda sekeluarga bergambar untuk dijadikan kenangan peribadi.

Kalau berkunjung ke sini secara solo, anda jangan khuatir kerana staf di sini sentiasa membantu pengunjung untuk rakam gambar dari posisi terbaik supaya gambar yang dihasilkan nanti tampak menarik & lukisannya ‘timbul’. Walaupun muzium 3D ini nampak kecil sahaja dari luar, anda sebenarnya boleh menghabiskan masa sekitar 45 minit sehingga sejam lamanya. Cabaran ke destinasi sebegini terutamanya waktu seperti cuti sekolah adalah terpaksa menunggu giliran di setiap mural 3D di sini.

Ilustrasi 3D di sini rata-ratanya mempunyai kisah tersendiri. Di aras bawah muzium ini, kebanyakannya mengetengahkan gambar yang berkonsepkan budaya, suasana perkampungan & kesenian setempat. Aras duanya pula lebih membuatkan anak-anak teruja kerana lukisan-lukisan 3D di sini lebih dekat dengan jiwa mereka yang berkonsepkan watak animasi kartun, haiwan & sebagainya. Satu destinasi yang sangat disyorkan untuk mereka yang suka bergambar dalam suasana yang menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2631628 | Facebook | Instagram | Website

  • 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Muzium 3D Penang (Penang 3D Trick Art Museum)

  • Isnin-Jumaat:
    • 9.00 am – 6.00 pm
  • Sabtu/Ahad:
    • 9.00 am – 8.00 pm

Harga Tiket Muzium 3D Penang (Penang 3D Trick Art Museum)

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas)
    • Ada MyKad: RM 15/pax
    • Tiada MyKad: RM 25/pax
  • Kanak-kanak ( 3 tahun – 12 tahun)
    • Ada MyKid: RM 10/pax
    • Tiada MyKid: RM 15/pax
  • Pelajar & Warga Emas (60 tahun & keatas)
    • Ada MyKad: RM 10/pax
    • Tiada MyKad: RM 15/pax
  • Harga tiket untuk kanak-kanak bawah ketinggian 100 cm PERCUMA


19. Fort Cornwallis

tempat bersejarah pulau pinang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau di Melaka terkenal denga Kota A’Famosa atau Pintu Gerbang Santiago yang merupakan kesan-kesan sejarah paling popular di sana, di Penang pula terdapat Kubu Cornwallis yang telah berusia lebih 230 tahun lamanya. Kubu atau Kota Cornwallis ini dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light & kalau nak tahu, di sinilah tempat pendaratan tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika menawan Pulau Pinang satu masa dahulu. Lokasi kubu ini terletak sangat berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong di Georgetown & hanya bersebelahan sahaja dengan Padang Kota Lama.

Di dalam kubu ini terdapat beberapa bangunan yang merupakan sebahagian daripada fungsi kubu ini satu ketika dahulu seperti bilik simpanan serbuk sejata api, van tentera, meriam, gereja lama & rumah api. Landskap di dalamnya terjaga & sesuai untuk aktiviti bergambar bersama keluarga. Rata-rata aktiviti di sini lebih kepada melihat kesan-kesan sejarah sahaja seperti sedang melawat muzium. Untuk masuk ke dalam Fort Cornwallis ini, terdapat bayaran yang dikenakan kepada pelancong.

Anda sebenarnya boleh melihat kubu ini hanya dari luar sahaja ketika bersiar-siar di Padang Kota Lama. Sekiranya anda seorang yang gemar menghayati nilai sejarah di sesuatu tempat pelancongan, sangat disyorkan untuk terokai destinasi ini kerana kubu yang berusia ratusan tahun ini adalah kubo kuno yang terbesar di Malaysia & binaannya juga masih sempurna seperti asal. Tidak seperti Kubu A’Famosa atau Kubu Belanda di Pulau Pangkor, yang sudah banyak hancur akibat peperangan satu ketika dahulu & struktur binaannya juga tidak selengkap seperti di Fort Cornwallis .

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2639855 | Website

  • Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Fort Cornwallis Penang

  • Dibuka setiap hari
    • 9.00 am – 10.00 pm

Harga Tiket Fort Cornwallis Penang

Harga Pemegang Mykad

  • Dewasa:
    • RM 10
  • Kanak-Kanak:
    • RM 5

Harga Pelancong Luar

  • Dewasa:
    • RM 20
  • Kanak-Kanak:
    • RM 10

Kadar parkir kereta di sebelah Kubu Cornwallis

  • RM 2 sejam pertama
  • RM 1 sejam berikutnya


20. Phantamania Magic World Penang

tempat menarik di pulau pinang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang penuh dengan kejutan yang pasti membuatkan anak-anak anda terpinga-pinga dengan setiap tarikan yang ditawarkan di sini. Majoriti tarikan di dalam Phantamania Magic World Penang adalah berkonsepkan ilusi silap mata. Persembahan barangan & ruangan landskap di sini yang banyak menggunakan illusion trick akan membuatkan gambar yang anda rakam tampak sangat menarik.

Aktiviti di sini pada dasarnya sama seperti anda melawat muzium 3D di Penang di mana staf bertugas akan membantu anda mengambil gambar dari sesuatu sudut untuk menghasilkan satu foto yang nampak sangat realistik. Berbeza dengan muzium 3D yang kebanyakannya hanyalah menampilkan ilustrasi 3 dimensi, di Phantamania Magic World Penang pula kebanyakan ilustrasi akan membuatkan anda berfikir banyak kali untuk memahami tarikan yang sedang anda lihat.

Selain hanya bergambar, pengunjung juga berpeluang melihat beberapa persembahan silap mata yang pasti akan membuatkan anak-anak anda teruja. Sekiranya anda selama ini kagum dengan kehebatan silap mata yang selalu ditonton di kaca tv, apa kata anda terokai ruangan jual beli barangan silap mata yang ada di sini. Terdapat beberapa barangan silap mata yang boleh anda beli mungkin untuk hiburan anak-anak di rumah atau untuk anda buat persembahan silap mata kepada rakan-rakan di pejabat nanti.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2633193 | Facebook | Website

  • 193, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Phantamia Magic World Penang

  • Dibuka setiap hari
    • 10.00 am – 7.00 pm

Harga Tiket Phantamia Magic World Penang

Harga Tiket Untuk Pemegang MyKad

  • Dewasa: RM 19
  • Kanak-Kanak: RM 12
  • Warga Emas: RM 12
  • Pelajar: RM 12

Harga Tiket Pelancong Luar:

  • Dewasa: RM 28
  • Kanak-Kanak: RM 18
  • Warga Emas: RM 18
  • Pelajar: RM 18

*kanak-kanak bawah tinggi 100 cm PERCUMA


21. Upside Down Museum Pulau Pinang

muzium rumah terbalik penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda seorang Instafamous ? Suka menghasilkan gambar-gambar unik yang membuatkan rakan-rakan di sosial media kagum ? Apa kata datang ke Rumah Terbalik Penang ini yang pasti membuatkan anda bergembira. Pelbagai ruangan unik yang boleh anda bergambar di sini dengan pelbagai gaya untuk menghasilkan gambar dalam suasana yang ‘terbalik’. Destinasi sebegini sangat ideal untuk dilawati untuk masa riang ria bersama keluarga & rakan-rakan.

Kalau bercuti di Penang secara solo, jangan bimbang kerana staf di sini akan bantu anda rakam gambar secara percuma. Apa yang perlu, setting kamera anda siap-siap supaya mudah staf di sini untuk tolong anda rakam gambar. Muzium ini yang terletak di dalam sebuah rumah kedai 2 tingkat tidaklah sebesar muzium lain seperti di KL, tetapi anda boleh habiskan masa sekitar 30-40 minit. Konsep tarikan di sini pada dasarnya sama sahaja sekiranya anda pernah ke mana-mana rumah terbalik seperti di Melaka atau Port Dickson di mana semua dekorasi dalaman rumah ini dijadikan dalam suasana yang keadaan tunggang terbalik.

Lokasi Upside Down Museum Penang ini hanya terletak di Jalan Kimberly & berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Georgetown yang boleh anda jalan kaki sahaja seperti Pasar Chowrasta, Menara Komtar & 3D Glow in the Dark Museum. Satu tempat menarik indoor di Penang yang boleh anda lawati bersam anak-anak atau dijadikan alternatif destinasi lawatan sekiranya cuaca hujan atau cuaca terlalu panas di luar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2642660 | Facebook

  • Upside Down Museum Penang, 45 Kimberley Street, 10100 George Town, Penang

Waktu Operasi Rumah Terbalik di Penang (Upside Down Museum Penang)

Isnin-Jumaat

  • 9.00 am – 5.30 pm

Sabtu, Ahad & Hari Cuti Sekolah/Cuti Umum

  • 9.00 am – 6.30 pm

Harga Tiket Rumah Terbalik di Penang (Upside Down Muzium Penang)

Pemegang MyKad

  • Dewasa:
    • RM 17
  • Kanak-Kanak (5-12 tahun):
    • RM 10

Pelancong Luar

  • Dewasa:
    • RM 29
  • Kanak-Kanak(5-12 tahun) :
    • RM 17


22. Countryside Stables Penang

tempat menarik balik pulau penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kuda merupakan haiwan yang sering dianggap sebagai ‘haiwan orang kaya’ kerana kos penjagaannya yang sangat tinggi & bahkan, untuk memiliki seekor kuda juga memerlukan wang yang sangat besar. Bagi yang berminat melihat haiwan ini dengan lebih dekat, ada satu tempat menarik di Balik Pulau, Penang yang boleh anda lawati bersama anak-anak, iaitu di Countryside Stables Penang. Destinasi ini merupakan kandang kuda peribadi Wan Aikhsan & Doris Lim yang dibuka kepada umum sebagai satu tarikan pelancongan di Penang.

Sehingga ke hari ini, Countryside Stables Penang telah menjadi habitat untuk 35 ekor kuda pelbagai baka dalam & luar negara. Kandang kuda yang terdapat di sini juga sangat terjaga & sangat ideal untuk lawatan golongan berkeluarga. Untuk ke sini juga, tidaklah terlalu sukar walaupun jalan rayanya agak sempit sedikit, tetapi masih mudah diakses dengan kereta. Antara aktiviti menarik yang boleh anda sekeluarga lakukan di sini adalah memberi makan kuda, menuntun kuda bersiar siar, naik kereta kuda & juga menunggang kuda.

4 aktiviti ini menjadi tarikan utama di kalangan pelancong kerana tiada tempat menarik di Penang lain yang menawarkan aktiviti yang khusus bersama kuda sebegini. Kalau anak-anak anda belum pernah merasai pengalaman menunggang kuda, sangat disyorkan untuk anda bawa mereka ke sini. Harga yang ditawarkan untuk aktiviti di sini juga sangat berpatutan dengan kualiti binatang, kebersihan & suasana sekelilingnya yang sangat mendamaikan seperti di satu kawasan desa yang indah. Selain kuda, terdapat juga binatang-binatang lain yang turut menjadi sebahagian tarikan untuk pengunjung seperti burung merak, itik, kambing, arnab & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-4080678 | Facebook

  • Lot 10050, Jalan Sungai Burung, Sungai Burung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Waktu Operasi Countryside Stables Penang

Dibuka setiap hari

  • 2.00 pm – 7.00 pm

Bayaran Tiket Masuk ke Countryside Stables

  • Dewasa:
    • RM 10.00
  • Kanak-Kanak:
    • RM 5.00

Pakej aktiviti menarik lain di Countryside Stables Penang

  • Joy Ride / Guided Ride
    • Kanak-kanak:
      • RM 17
    • Dewasa:
      • RM 20
  • Animal Petting
    • RM 5 /pack of hay
  • Private Function ( 100 orang kebawah)
  • Pre Wedding Photoshoot
    • RM 450 / sejam
  • Horse Carriage ( dalam arena 400 meter)
    • Kanak-Kanak :
      • RM 5.00
    • Dewasa:
      • RM 10


23. Eastern & Oriental Hotel Penang

hotel strategik penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ingin menerokai Bandar Georgetown dengan jalan kaki & ingin menginap di hotel yang sangat strategik serta sangat selesa? Cubalah menginap di Eastern & Oriental Hotel Penang yang mempunyai reputasi yang sangat cemerlang ini. Dari segi lokasinya, usah bimbang kerana banyak tempat menarik di Georgetown yang boleh anda terokai hanya dengan jalan kaki sahaja seperti Muzium Negeri Penang, Padang Kota Lama, Fort Cornwallis & banyak lagi. Pendek cerita, dalam radius 700 meter dari hotel ini, anda boleh melawat puluhan tempat menarik di Bandar Georgetown berdekatan yang tidak akan sempat untuk anda habiskan dalam masa sehari.

Hotel Eastern & Oriental Hotel Penang merupakan sebuah hotel bertaraf 5 bintang & mempunyai senibina bangunan sejak zaman penjajah lagi yang menerapkan kesenian Inggeris. Warna putih bangunan hotel & ukirannya yang klasikal pasti pada mulanya membuatkan anda fikirkan ianya sebuah hotel lama. Namun, sebaik melangkah masuk ke dalam ruangan lobi & bilik hotel, anda pasti kagum dengan kemewahan yang ditawarkan. Paling menarik, terdapat pilihan bilik hotel yang mengadap laut & anda boleh rasa sepoi-sepoi bahasa bayu laut bertiup kencang hanya dari beranda bilik.

Sudah penat berjalan kaki menerokai Bandar Georgetown ? Segarkan diri anda dengan berenang & bersantai di kolam renang infiniti yang terletak di aras 6 bangunan sambil menikmati keindahan laut yang terbentang luas di depan mata. Sekiranya anda pentingkan keselesaan & inginkan tempat bermalam antara paling eksklusif di Georgetown, fikir-fikirkan untuk menginap di Eastern & Oriental Hotel Penang.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 604-2222000 | Facebook | Instagram | Website

  • Eastern & Oriental Hotel 10, Lebuh Farquhar 10200 Penang

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


24. Saanen Dairy Goat Farm

lawatan sambil belajar penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap sekitar Tanjung Bungah atau Balik Pulau, apa kata terokai ladang kambing biri-biri ini yang pasti memberikan satu pengalaman baru untuk anda & anak-anak. Destinasi ini bukanlah sebuah tarikan pelancongan di Penang yang dikomersialkan secara besar-besaran & ianya merupakan sebuah ladang penternakan kambing persendirian yang boleh dilawati oleh pelancong. Walaupun ladang ini tidaklah besar, tetapi sangat terjaga & sesuai untuk dijadikan destinasi untuk mendedahkan ilmu haiwan ternakan ini kepada umum.

Menariknya, lawatan ke sini adalah percuma & tiada apa yang hendak dirugikan. Anak-anak juga boleh melihat haiwan ini dengan lebih dekat & merasai pengalaman memberi makan atau memberi susu kepada kambing biri-biri di sini. Terdapat juga tempat untuk membeli susu kambing segar dan aiskrim perisa susu kambing sekitar RM 5- RM 6. Selain kambing biri-biri, terdapat juga haiwan lain yang boleh dilihat seperti ayam api-api, kucing & itik.

Bilangan haiwan ternakan di sini memang agak banyak & sekiranya anda bercita-cita dalam perusahaan ternakan kambing, sangat disyorkan untuk anda lihat sendiri destinasi ini untuk mencari idea yang mungkin berguna pada masa hadapan. Sekiranya anda berhasrat mengadakan lawatan sambil belajar di Penang secara berkumpulan, bolehlah jadikan ladang ini sebagai destinasi pilihan. Terdapat juga pakej lawatan bersama jurupandu untuk minimum 10 orang & keatas.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-5163017 | Facebook

  • 298 Mukim 1, Sungai Pinang , 11010 Balik Pulau,, Pulau Pinang

Waktu Operasi Saanen Dairy Goat Farm Penang

Dibuka setiap hari

  • 10 am – 5 pm

Harga Tiket Saanen Dairy Goat Farm Penang

  • Percuma

*untuk lawatan berkumpulan bersama jurupandu, perlu buat tempahan awal & ada cas RM 7 / orang termasuk 250 ml susu & juga 30 minit lawatan berorientasi.


25. Rumah P. Ramlee

rumah p ramlee penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti terungkap pada nama destinasi ini, ianya merupakan sebuah rumah kecil yang pernah menjadi tempat membesar satu nama yang sangat besar dalan industri seni tanah air, iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sebelum kewujudan Youtube, Facebook & dunia permainan maya di peranti pintar, karya seniman agung inilah yang banyak mewarnai kehidupan zaman kanak-kanak era 70- 90-an di kaca tv pada setiap malam hujung minggu.

Rumah lama ini yang beratapkan nipah & berdindingkan kayu masih mengekalkan senibina & hiasan seperti rumah asalnya. Melangkah masuk ke dalam rumah ini sambil diiringi lagu-lagu dendangan Allahyarham P. Ramlee pasti menggamit nostalgia zaman kanak-kanak. Anda boleh melihat banyak informasi tentang kehidupan peribadi & perjalanan karier beliau di dalam ruangan pameran. Masih terdapat juga beberapa koleksi barangan peribadi yang sangat klasik & sesuai untuk kaki fotografi yang mencari subjek klasikal untuk dijadikan koleksi foto peribadi anda.

Walaupun pameran yang terdapat di sini tidaklah segah di Muzium Negara, tetapi ramai pelancong tempatan yang datang singgah ke Rumah P. Ramlee ini untuk melihat sendiri suasana rumah yang pernah menjadi kediaman seniman agung ini. Anda boleh habiskan masa di sini kurang daripada 30 minit & bayaran juga adalah percuma. Satu tempat menarik di Pulau Pinang yang sangat menggamit nostalgia terutamanya mereka yang pernah bergelar kanak-kanak sebelum era 90-an.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Rumah P. Ramlee Penang

  • 9.00 am – 5.30 pm

Harga Tiket Rumah P. Ramlee Penang

  • Percuma


26. Penang Tunnel Museum

muzium time tunnel penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seronok bukan bercuti di Pulau Pinang ? Terdapat banyak destinasi yang menawarkan informasi bersejarah tetapi dalam bentuk persembahan yang lebih interaktif. Salah satu lagi muzium menarik di Penang yang perlu anda terokai adalah Penang Tunnel Museum yang terletak bersebelahan sahaja dengan The Esplanade, Padang Kota Lama. Destinasi ini sangat disyorkan untuk golongan berkeluarga mengenali sejarah Pulau Pinang dalam pendekatan yang berbeza daripada muzium biasa yang lain.

Umumnya, Penang Tunnel Museum ini boleh dibahagikan kepada dua zon lawatan utama di mana zon pertama merupakan kawasan yang menceritakan perjalanan kemajuan Penang dari era penjajahan sehinggalah ke sekarang. Zon kedua pula merupakan kawasan yang lebih terarah kepada tarikan hiburan di mana terdapatnya galeri mural 3D & juga dekorasi ala-ala galeri rumah terbalik.

Aktiviti di zon kedua memang lebih menyeronokkan kerana anda sekeluarga boleh bergambar & berswafoto dalam situasi sekeliling yang sangat menarik. Penerokaan kembali ke 400 ratus tahun yang lalu di Penang melalui muzium ini adalah satu aktiviti menarik yang perlu anda & anak-anak rasai sendiri. Selain dapat memperkasakan ilmu di dada tentang sejarah Pulau Pinang, dapatlah juga berseronok dengan anak-anak di kawasan zon kedua di muzium ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2613649 | Facebook | Website

  • 39, Jalan Green Hall, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Muzium Time Tunnel Penang

Isnin-Jumaat (waktu masuk terakhir pada 6.00 pm);

  • 9.15 am – 7.00 pm

Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah ( waktu masuk terakhir pada 6.30 pm)

  • 9.15 am – 7.30 am;

Harga Tiket Muzium Time Tunnel Penang

Harga Tiket Untuk Pemegang MyKad/MyKid

  • Dewasa:
    • RM 16
  • Kanak-Kanak (5-12 tahun) :
    • RM 10

Harga Tiket Pelancong Luar

  • Dewasa:
    • RM 29
  • Kanak-Kanak (5-12 tahun) :
    • RM 17


27. Muzium Pinang Peranakan

muzium peranakan penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti di Melaka, Penang juga merupakan negeri yang popular dengan budaya Peranakan atau pun lebih sinonim dipanggil Baba & Nyonya. Untuk lebih mengenali sejarah, budaya & adat resam masyarakat Peranakan Penang, apa kata anda berkunjung ke rumah agam ini yang mempunyai lebih 1000 koleksi barangan klasik & antik seperti perabut lama, barang kemas, hiasan dalam & sebagainya. Dekorasi dalaman rumah ini yang banyak berunsurkan kesenian kaum Cina, Inggeris & Scotland juga membuatkan anda terasa seperti kembali ke zaman silam.

Menariknya, dengan hanya satu tiket sahaja, anda boleh melawat rumah agam ini sebanyak mana yang anda mahukan dalam sehari. Sekiranya bercadang untuk ke sini, datanglah waktu pagi kerana lebih banyak masa untuk anda menerokai setiap tarikan di sini. Almaklumlah, rumah ini memang sangat besar. Kalau waktu pagi tidak cukup? Anda boleh kembali ke sini waktu petang mungkin selepas makan tengahari untuk meneruskan penerokaan anda di rumah agam ini.

Lawatan anda juga akan ditemani dengan jurupandu yang akan menceritakan sejarah & kisah di sebalik tarikan yang ada di sini. Banyak adat & budaya masyarakat Peranakan yang boleh anda belajar di sini seperti, tidak boleh pijak bingkai pintu masuk kerana dianggap tidak menghormati tuan rumah & juga perlu buka cermin mata hitam, kasut atau topi ketika memasuki kawasan nenek moyang sebagai tanda hormat. Satu tempat bersejarah di Penang yang penuh dengan keindahan senibina bangunan yang pasti tidak akan menghampakan pelancong yang gemarkan kesenian & fotografi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2642929 | Facebook | Website

  • 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi Muzium Peranakan Penang

Isnin-Ahad (termasuk cuti sekolah)

  • 9.30 am – 5.00 pm

*sila buat temujanji kalau untuk lawatan bersama jurupandu.

Harga Tiket Muzium Peranakan Penang

  • Dewasa :
    • RM 20.00
  • Kanka-Kanak ( bawah 6 tahun):
    • Percuma

Lawatan ditemani jurupandu hanya untuk pelancong yang buat tempahan awal dengan syarat berkumpulan minimum 5 orang. Diskaun ditawarkan untuk tempahan dari institusi sekolah atau secara berkumpulan yang besar.


28. Pantai Tanjung Bungah

pantai di pulau pinang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap di Bandaraya Georgetown & inginkan destinasi pantai bersiar-siar terdekat, Pantai Tanjung Bungah adalah salah satunya yang terletak kira-kira 10 km. Pantai ini bukanlah pantai peranginan yang meriah seperti di Pantai Batu Feringgi yang banyak dengan aktiviti sukan air. Majoriti yang datang berkunjung ke Pantai Tanjung Bungah adalah tetamu yang menginap di hotel sekitar Pantai Tanjung Bungah. Malah, ruangan parkir kereta di sini juga terhad & tiada fasiliti seperti tandas awam.

Namun, sekiranya anda ingin bercuti di Penang & menginap di hotel tepi pantai yang tidak sesibuk di Pantai Batu Feringgi, Pantai Tanjung Bungah adalah jawapannya. Terdapat beberapa pilihan resort & hotel di Pantai Tanjung Bungah yang jaraknya hanya berjalan kaki sahaja. Antara hotel popular di sini adalah Flamingo Hotel, Rainbow Paradise Beach Resort & Copthorne Orchid Hotel Penang. Aktiviti di Pantai Tanjung Bungah pada dasarnya lebih kepada menikmati keindahan pantai, melihat matahari terbenam ataupun camping. Sayang sekali, mandi manda di sini tidak disyorkan kerana terdapat banyak obor-obor.

Berdekatan Pantai Tanjung Bungah juga, terdapat sebuah masjid di Penang yang sangat popular iaitu Masjid Terapung Tanjung Bungah. Kalau anda menginap di hotel berdekatan Pantai Tanjung Bungah hari Jumaat, bolehlah menunaikan Solat Jumaat dengan berjalan kaki sahaja. Bagi pelancong yang sedang honeymoon di Penang & inginkan lebih privasi, destinasi penginapan di Pantai Tanjung Bungah ini sangat disyorkan. Malah, lokasinya juga strategik untuk anda menerokai tempat menarik di Georgetown yang hanya 10 km ataupun melakukan aktiviti sukan air di Pantai Batu Feringgi yang hanya 8 km.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Tanjung Bungah, 11200, Penang

  • 24 jam ( pantai awam)


29. Tropical Spice Garden

taman herba penang menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini sangat disyorkan untuk pelancong yang mencintai tumbuhan herba & spesis-spesis pokok hutan yang dikategorikan sangat eksotik. Terletak di dalam kawasan berkeluasan 8 ekar & mempunyai lebih 500 spesis tumbuhan, destinasi ini pasti membuatkan masa lawatan anda berlalu dengan pantas. Tidak dinafikan, selain Taman Botani Penang, taman tumbuhan ini adalah tempat menarik di Penang yang terbaik untuk anda lihat & mengkaji spesimen pokok-pokok eksotik.

Pendekatan untuk mendidik pengunjung dengan informasi pokok-pokok di sini juga sangat menarik. Bukan sahaja dengan melihat & membaca informasi bertulis di setiap paparan pada pokok, pengunjung juga boleh menggunakan satu alat kawalan beraudio yang akan menerangkan setiap informasi di sini dengan cara yang lebih efektif & interaktif. Kalau mahukan sesi lawatan yang banyak soal jawab, anda boleh ambil pakej lawatan bersama jurupandu yang akan memimpin anda ke setiap tarikan di sini. Selain itu, terdapat juga kedai untuk membeli herba serta cenderahati yang boleh dijadikan buah tangan istimewa untuk keluarga di rumah.

Landskap taman tropika ini sangat mendamaikan & sangat sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan sambil belajar di Penang. Kalau anda ingin mencari aktiviti untuk team building yang lebih santai & tidak ekstrem, apa kata terokai pakej-pakej aktiviti team building di Tropical Spice Garden ini seperti aktiviti memasak menggunakan herba yang terdapat di sini atau pun aktiviti yang lebih mencabar seperti telematches ataupun explorace. Malah, lokasi destinasi ini juga sangat berdekatan dengan Pantai Batu Feringghi & sangat ideal untuk dijadikan tempat team building syarikat di Penang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-4307795 | Facebook | Website

  • Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Tropical Spice Garden Penang

  • Lawatan dibuka setiap hari
    • 9.00 am – 6.00 pm
  • Waktu masuk terakhir 5.15 pm
  • Lawatan bersama jurupandu
    • 9 am / 11 am / 1.30 pm

Harga Tiket Tropical Spice Garden Penang

Garden Audio Tour:

  • Dewasa:
    • RM 31
  • Kanak-Kanak( 4-12 tahun):
    • RM 18
  • Kanak-Kanak ( bawah 4 tahun):
    • Percuma
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas) :
    • RM 25
  • Pelajar ( Ada kad pelajar):
    • RM 25

Lawatan bersama jurupandu (9 am/ 11am/ 1.30pm)

  • Dewasa:
    • RM 48.00
  • Kanak-Kanak( 4-12 tahun):
    • RM 25
  • Kanak-Kanak ( bawah 4 tahun):
    • Percuma
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas) :
    • RM 38
  • Pelajar ( Ada kad pelajar):
    • RM 38


30. Made in Penang Interactive Museum

muzium 3d pulau pinang popular

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau makan angin di Penang bersama anak-anak, janganlah bawa mereka melawat ke destinasi pelancongan yang berkonsepkan sama seperti di tempat bersejarah atau pun muzium sahaja. Cuba variasikan tempat lawatan dengan destinasi-destinasi menarik yang lebih dekat dengan jiwa mereka seperti di Made in Penang Interactive Museum.

Walaupun aktiviti di sini lebih riang ria, namun masih ada sesuatu yang anak-anak anda akan belajar untuk memperkasakan ilmu sejarah khususnya berkaitan dengan Negeri Pulau Pinang. Muzium ini merupakan sebuah galeri serba satu untuk mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah kebudayaan orang Penang samada dari segi makanan, budaya, pakaian dan sebagainya.

Pendekatan muzium ini mengetengahkan sejarah & kebudayaan di Penang melalui 2 cara iaitu binaan miniatur atau boleh dipanggil juga sebagai diorama mini. Keduanya, melalui ilustrasi 3 dimensi yang terletak pada dinding yang boleh anda bergambar & berswafoto bersama keluarga seperti di muzium 3D Pulau Pinang yang lain. Sambil-sambil melihat minatur, bolehlah anda sebagai ibu bapa mengambil peluang menceritakan kisah-kisah di sebaliknya untuk pemahaman anak-anak tentang sejarah & kebudayaan orang setempat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2626119 | Facebook | Instagram | Website

  • 3, Pengkalan Weld, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Made in Penang Interactive Museum

  • Dibuka setiap hari termasuk cuti umum
    • 10.00 am – 6.30 pm

Harga Tiket Made in Penang Interactive Museum

Pelancong Tempatan (MyKad)

  • Dewasa ( 13-59 tahun):
    • RM 25
  • Kanak-Kanak (4-12 tahun):
    • RM 15
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 15
  • OKU
    • Percuma

Pelancong Luar

  • Dewasa ( 13-59 tahun):
    • RM 35
  • Kanak-Kanak (4-12 tahun):
    • RM 25
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 25
  • OKU
    • Percuma

*untuk lawatan berkumpulan yang besar, sila berhubung untuk tawaran harga lebih menarik.


31. Adventure Zone di Golden Sand Resort

tempat menarik penang kanak kanak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini merupakan sebuah indoor playground kanak-kanak yang terletak di dalam Golden Sand Resort by Shangri-La Penang, berdekatan Pantai Batu Ferringhi. Manalah tahu, sekiranya ditakdirkan hari hujan lebat ketika bercuti di Pantai Batu Ferringhi, bolehlah anda jadikan taman permainan ini sebagai alternatif tambahan untuk masa riang ria anak-anak anda.

Variasi permainan kanak-kanak di dalam taman permainan ini agak banyak & anak-anak anda boleh habiskan masa antara 1-2 jam. Kondisi dalaman taman mainan ini juga sangat terjaga & mempunyai span lembut pada dinding serta tiang besi untuk keselamatan kanak-kanak ketika bersuka ria di sini.

Bagi ibu bapa pula, sementara anak-anak bermain di sini, anda bolehlah rehat-rehatkan diri di kawasan menunggu yang turut mempunyai akses internet. Walaupun taman permainan ini terletak di dalam Golden Beach Resort, tiada halangan untuk tetamu luar datang ke sini bersama anak-anak untuk bersuka ria, tetapi harga tiket sedikit mahal. Jika mahu harga murah, anda sekeluarga boleh menginap di hotel ini untuk mendapatkan diskaun istimewa tetamu. Malah, hotel ini juga sangat strategik untuk anda menerokai Pantai Batu Feringgi dengan hanya berjalan kaki sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-8861911 | Facebook | Instagram | Website

  • Golden Sand Resort by Shangri-La Penang, Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu Operasi Aventure Zone Penang

  • 10 am – 7 pm

Harga Tiket Aventure Zone Penang

#1 Harga untuk Tetamu Resort Golden Sand Resort by Shangri-La Penang

  • Kanak-Kanak:
    • RM 45.00 nett ( pakej separuh hari)
    • RM 22.50 nett ( pakej 2 jam)
  • Dewasa:
    • Percuma untuk dewasa yang bayar tiket kanak-kanak

*Untuk harga penginapan di Resort Golden Sand Resort by Shangri-La Penang, sila semak di halaman ini.

#2 Bukan Tetamu Resort / Pelancong Tempatan:

  • Kanak-Kanak
    • RM 33.50 nett ( pakej 2 jam)
  • Dewasa: Percuma untuk dewasa yang bayar untuk kanak-kanak

*pakai stokin & baju berlengan panjang adalah wajib untuk kanak-kanak


32. The Gravityz Penang

tarikan pelancongan di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pernahkah anda mencabar diri sendiri melakukan sesuatu aktiviti di luar kemampuan diri & tidak pernah terfikir pun untuk melakukannya ? Kalau tidak pernah, apa kata anda cuba aktiviti mencabar ini yang sangat menggayatkan & sekiranya anda boleh lakukan, bermakna aktiviti menggayatkan lain seperti flying fox, SkyTrex atau Escape Theme Park Penang adalah ‘kacang’ sahaja buat anda. Untuk lakukan aktiviti ini, pastikan anda bebas daripada penyakit seperti darah tinggi, hipertensi, acriphobia & aktiviti ini juga tidak disyorkan untuk dilakukan oleh wanita yang mengandung.

The Gravityz Penang ini terletak di puncak Menara Komtar di Georgetown yang berada di aras 65 tingkat menara. Kalau nak tahu, Menara Komtar ini mempunyai ketinggian 249 meter & ianya adalah lebih 2 kali ganda ketinggian Menara Taming Sari di Melaka. Bayangkan, bergayut pada tali yang merentasi 2 kawasan di puncak ini & apabila melihat kebawah, ternampak pergerakan kenderaan di jalan raya seperti semut-semut kecil. Pasti membuatkan sesiapa sahaja kecut perut & jantung seperti mahu berhenti sahaja.

Umumnya, The Gravityz Penang menawarkan beberapa aktiviti di puncak Menara Komtar seperti Confidence Path, High Bench, A Great Bridge, Z-Wire, G-Rocky & X-Point. Pendek cerita, walaupun nama-nama aktiviti ini berbeza & berlainan cabarannya, tetapi semuanya adalah sangat menggayatkan & pasti akan membuatkan ramai berfikir 2 kali sebelum mencubanya. Namun, anda jangan bimbang kerana faktor keselamatan di sini sangat dititik beratkan & bahkan, sudah ramai yang berjaya mencubanya termasuk golongan hawa. Anda seorang lelaki gagah perkasa ? Beranikah sahut cabaran ini ?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6011-56915543 | Facebook | Instagram | Website

  • 65 Floor, Jalan Penang, George Town, the top @komtar, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi The Gravityz Penang

  • Weekdays
    • 12 pm – 8 pm ( slot terakhir 7 pm)
  • Weekend
    • 12 pm – 9 pm ( selot terakhir 8 pm)

Harga Tiket The Gravityz Penang

  • Standard Rate: RM 199
  • Diskaun MyKad: RM 139
  • Penangite Special: RM 89

Tempahan secara online di website rasmi


33. Masjid Terapung Tanjung Bungah

Masjid Tanjung Bungah Penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah masjid ikonik di Pulau Pinang yang sangat popular di kalangan pelancong. Bukan sahaja kerana lokasinya yang strategik berada di kawasan tumpuan pelancongan, konsep masjid ini yang ‘terapung’ cukup membuatkan pengunjung kagum dengan suasananya yang mempunyai auranya tersendiri. Namun, status masjid ini sebagai ‘masjid terapung’ mungkin agak terjejas sedikit terutamanya ketika air laut surut. Bagaimanapun, masjid ini sangat disyorkan untuk anda lawati kerana hanya terletak di Pantai Tanjung Bungah & hanya 6 km sahaja dari Pantai Batu Feringgi.

Jika anda seorang kaki lensa kamera, disyorkan untuk kunjungi Masjid Terapung Tanjung Bungah ini pada waktu senja untuk merakam suasana masjid ini dalam panorama berlatar belakangkan langit jingga. Malah, waktu air pasang juga banyak bot-bot nelayan yang terdapat di sekitar masjid ini yang pasti menjadi subjek foto anda yang sangat menarik untuk dijadikan koleksi gambar peribadi anda.

Dari segi senibina, Masjid Terapung Tanjung Bungah banyak dipengaruhi oleh elemen kesenian Melayu tempatan & juga Turki. Anda boleh lihat unsur-unsur ini yang rata-ratanya terletak pada bentuk geometri di dinding & juga awan larat yang menghiasi sekeliling masjid. Uniknya, masjid ini sangat menjimatkan tenaga elektrik & tidak perlu sistem penghawa dingin untuk keselesaan jemaah kerana lokasinya di tepi laut sudah mencukupi untuk anda rasai bayu dingin yang bertiup kencang serta menyejukkan dalaman masjid.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Jalan Batu Ferringhi, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid digalakkan


34. Penang Street Art

penang street art georgetown

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau nak tahu, Georgetown merupakan salah satu destinasi yang tersenarai di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO tahun 2008 atas 3 faktor utama iaitu pilihan makanan kenegerian yang menarik, keindahan alam semulajadi seperti di Taman Negara Pulau Pinang & juga seni jalanan yang popular yang terdapat sekitar Bandar Georgetown. Penang Street Art merupakan satu rangkaian lukisan mural yang boleh anda terokai dengan mudah di Bandar Gerogetown.

Lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal dari Lithuania, Ernest Zacharevic pasti memberikan anda satu gambaran baru tentang kebudayaan di Penang dari sudut yang berbeza. Jika menginap di hotel sekitar Bandar Georgetown, majoriti hotel akan memberikan anda risalah pelancongan yang menempatkan lokasi Penang Street Art ini yang boleh anda jalan kaki sahaja. Jangan terkejut, walaupun lukisan-lukisan mural ini hanyalah terletak di dinding luar bangunan, kadang-kadang anda perlu menunggu giliran kerana ramai pelancong ingin merakam gambar & berswafoto untuk dijadikan kenangan.

Jadi, untuk elakkan perlu menunggu lama untuk bergambar, sebaiknya datang waktu pagi sebelum pukul 11 am. Pengalaman berjalan menyelusuri jalan-jalan yang terdapat lukisan mural ini sangat disyorkan untuk anda terokai. Aktiviti menarik di Penang Street Art ini bukan sahaja dengan bergambar bersama mural malah anda dapat juga menyelami & melihat suasana bangunan-bangunan lama yang terdapat di sekitarnya yang sesetengahnya menjangkau usia ratusan tahun.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang

Waktu Operasi Penang Street Art

  • 24 jam

Harga Tiket Penang Street Art

  • Percuma


35. Masjid Negeri Pulau Pinang

masjid negeri pulau pinang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masjid yang cukup indah ini terletak hanya 3 km dari kawasan parkir di Bukit Bendera. Kalau sudah terlanjur ke sana, jangan lupa untuk singgah di Masjid Negeri Pulau Pinang ini yang mempunyai senibina & landskap yang cukup memukau. Kubah utamanya yang berwarna emas & ‘bersarangkan’ konkrit biru putih, membuatkan identiti Masjid Negeri Pulau Pinang sangat berbeza berbanding masjid lain serta mudah untuk dikenal pasti dari jauh lagi.

Gabungan kubah & bumbung yang menaungi masjid ini juga sangat menyerupai sebuah payung gergasi yang terbuka luas. Di dataran makan di dalam Masjid Negeri Pulau Pinang pula terdapat sepohon pokok yang agak besar yang menjadi sebahagian daripada landskap dalaman masjid. Pasti ini adalah kali pertama anda melihat dekorasi sebegini di mana-mana masjid yang pernah anda lawati di Malaysia.

Ruangan dalaman masjid, usah cerita, memang sangat luas & mempunyai permaidani tebal yang cukup selesa untuk anda bersolat. Keindahan lampu hiasan utama di bahagian dalaman kubah, membuatkan anda terasa seperti berada di sebuah kawasan yang mewah bagaikan di dalam istana. Masjid yang sangat luas ini boleh menampung jemaah sehingga 5 ribu orang & kalau berkunjung bersama anak-anak, boleh biarkan mereka bermain di kawasan permainan kanak-kanak. Aksesnya sangat mudah dari jalan utama & mempunyai ruangan parkir kereta yang luar biasa luasnya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Jalan Masjid Negeri, 10400 Ayer Itam, Pulau Pinang

  • Subuh-Isyak

  • Derma masuk tabung masjid, sangat digalakkan.


36. Kek Lok Si Temple

tempat menarik di Georgetown

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi pelancongan di Penang yang sangat popular di kalangan pelancong luar. Kek Lok Si Temple yang terletak di Air Itam ini merupakan sebuah tokong Buddha yang dibina pada 1981 & kira-kira 8 km dari Bandar Georgetown. Tokong ini juga merupakan antara kompleks bangunan tokong yang terbesar & terbaik di Asia Tenggara. Walaupun destinasi ini merupakan tempat keagamaan penganut Buddha, namun tiada halangan untuk sesiapa sahaja datang berkunjung.

Kebanyakan pelancong yang datang ke sini ingin melihat dengan lebih dekat ukiran, mural & senibina bangunan serta binaan keagamaan unik seperti bangunan Pagoda yang terdapat di sekitar tokong ini. Kek Lok Si Temple memang sangat besar & memandangkan lokasinya juga di atas bukit, penerokaan untuk ke kawasan puncak mungkin agak memenatkan sedikit.

Namun, sebaik sampai ke puncak, panorama sekelilingnya yang menampakkan suasana pemandangan bukit memang sangat mendamaikan. Ramai juga yang datang ke sini pada waktu senja kerana ingin melihat suasana Kek Lok Si Temple ini yang akan mula diterangi lampu-lampu yang menambahkan lagi seri suasana sekelilingnya. Sekiranya anda seorang pelancong yang gemar melihat senibina bangunan atau mempelajari seni kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, Kek Lok Si Temple adalah salah satu tempat menarik di Georgetown yang boleh anda terokai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-8283317 | Facebook | Website

  • 1000-L, Tingkat Lembah Ria 1, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Waktu Operasi Kek Lok Si Temple

  • 7 am – 9 pm (setiap hari)

Harga Tiket Kek Lok Si Temple

  • Masuk Percuma
  • Naik Lift: RM 3
  • Masuk bangunan Pagoda: RM 2


37. Dark Mansion – 3D Glow in The Dark Museum

tempat menarik penang kanak kanak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ingin mencari destinasi percutian di Penang yang lebih futuristik ? Apa kata terokai tarikan yang ada di 3D Glow in The Dark Museum ini yang hanya terletak Jalan Lebuh Kimberly, Georgetown. Berbeza dengan kebanyakan muzium 3D di Penang yang lain, tarikan mural dinding di sini boleh menghasilkan cahaya dalam suasana gelap. Kalau nak tahu, tarikan mural glow in the dark ini adalah satu seumpananya di Penang & Malaysia. Jika anda seorang pelancong yang suka menerokai sesuatu yang baru, cubalah bawa keluarga ke sini.

Ilustrasi 3D di muzium ini sangat unik & juga melibatkan seorang pelukis mural 3D yang terkenal di dunia iaitu Edgar Mueller. Satu tarikan mural yang dihasilkan oleh Edgar Mueller di sini adalah ilustrasi air terjun 2 situasi di mana apabila terdapat cahaya, ianya memaparkan tebing air terjun yang tinggi & apabila dalam keadaan gelap pula, air terjun ini akan berubah seperti tebing tinggi yang mengalirkan lava gunung berapi yang panas.

Rata-rata tarikan di sini sangat unik & sangat berbeza dengan muzium 3D di Penang yang lain. Selain itu, terdapat juga bahagian-bahagian yang mempunyai situasi sekeliling yang diadaptasikan dari adegan filem-filem popular Hollywood. Salah satunya adalah Tropical Pandora, iaitu sebuah situasi di dalam hutan rimba yang dipenuhi tumbuhan fantasi bercahaya persis babak filem Avatar. Menarik bukan ? Satu tempat menarik di Penang untuk kanak-kanak yang sangat unik & sangat disyorkan untuk anda yang ingin alami sesuatu pengalaman yang baru.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2519694 | Facebook | Website

  • 145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Dark Mansion Penang

  • Dibuka setiap hari termasuk cuti umum;
    • 10.00 am – 6.30 pm
    • waktu masuk terakhir 5.30 pm

Harga Tiket Dark Mansion Penang

Harga MyKad

  • Dewasa:
    • RM 25
  • Kanak-Kanak:
    • RM 15
  • Warga Emas:
    • RM 15

Harga Pelancong Luar

  • Dewasa:
    • RM 35
  • Kanak-Kanak:
    • RM 25
  • Warga Emas:
    • RM 25


38. Gurney Drive (Persiaran Gurney)

tempat makan menarik di Penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda bercuti di Penang dalam masa yang singkat & inginkan penginapan yang sangat selesa, mudah cari makan, mudah membeli belah, lokasi tepi laut & mudah untuk bersiar siar, apa kata pertimbangkan untuk terokai Persiaran Gurney ini. Destinasi ini boleh dilabelkan sebagai kawasan elit & sangat strategik untuk pelancong terokai tempat menarik di Penang kerana mempunyai banyak hotel-hotel bertaraf 5 bintang yang terkenal di Georgetown seperti G Gurney Hotel, Evergreen Laurel Hotel Penang, The Gurney Resort Hotel & Residences dan juga G Hotel Kelawai.

Tidak cukup dengan itu, terdapat 2 pusat membeli belah mega iaitu Gurney Plaza & Gurney Paragon yang pasti memberikan anda satu pengalaman membeli belah yang hebat. Bagi food hunter, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang menerokai Gurney Drive Hawker Centre yang menempatkan puluhan peniaga yang menjual bermacam-macam makanan popular di Penang. Uniknya, peniaga-peniaga di Gurney Drive Hawker Centre terdiri daripada orang Melayu, Cina & India. Satu tempat makan menarik di Penang yang mencerminkan masyarakat majmuk di Malaysia yang sesuai untuk ada selami kebudayaan penduduk lokal di Penang.

Sudah puas makan & membeli belah, anda boleh bersiar-siar di sepanjang Persiaran Gurney ini untuk menikmati bayu laut yang bertiup kencang pada sebelah petang. Bagi yang suka jaga badan, trek laluan di Persiaran Gurney ini yang sepanjang 1.5 km lebih mencukupi untuk aktiviti jogging & riadah petang anda sekeluarga. Kalau ingin menikmati keindahan flora fauna atau melihat taman bunga yang cantik seperti di Cameron Highlands, ajak anak-anak ke Taman Botani Penang yang hanya terletak 4 km dari Persiaran Gurney ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Gurney Drive ( Persiran Gurney), Georgetown, 10250 George Town, Penang

Waktu Operasi Gurney Drive Penang

  • 24 jam ( destinasi terbuka)

Waktu Operasi Gurney Drive Hawker Center

  • Rabu – Isnin
    • 4.30 pm – 11.00 pm
  • Selasa
    • Tutup

Harga Tiket Gurney Drive Penang

  • Destinasi terbuka
  • Untuk harga penginapan terdekat, semak di halaman ini.


39. Tropical Fruit Farm Penang

tempat menarik balik pulau

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tarikan pelancongan di Penang sangat pelbagai, bukan sahaja bercorakkan destinasi keriangan malah destinasi yang mendekatkan diri dengan alam semula jadi juga banyak variasinya. Apa kata kali ini anda bawa anak-anak untuk mengenali buah-buahan tropika tempatan yang terdapat di Tropical Fruit Farm Penang, Balik Pulau. Lokasinya hanya 8 km dari Pantai Teluk Bahang & 11 km dari Pantai Batu Feringgi. Ladang buah berkeluasan 25 ekar ini menempatkan lebih 250 jenis pokok buahan tropika yang terkenal di dalam Malaysia & Asia Tenggara.

Banyak juga pokok-pokok buah yang dianggap eksotik & mungkin anak-anak anda tidak pernah tengok rupa bentuk pokoknya seperti pokok buah ciku, avacado, rose apple & banyak lagi. Waktu terbaik untuk datang ke sini adalah ketika musim berbuah dan pengunjung boleh menikmati buah-buahan segar yang dipetik terus dari ladang.

Alang-alang sudah sampai di sini, anda juga boleh melawati beberapa tempat menarik di Balik Pulau yang lain seperti Saanen Dairy Goat Farm atau pun berkelah di Air Terjun Titi Kelawang yang jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja. Satu destinasi yang sangat disyorkan bukan sahaja untuk kanak-kanak kenali buah-buahan, malah juga untuk orang dewasa yang pasti majoritinya belum tentu pernah melihat kesemua pokok-pokok buah di sini sepanjang hidup.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-8665168 | Facebook | Website

  • Jalan Teluk Bahang, 11000 Pulau Pinang

Waktu Operasi Tropical Fruit Farm Penang

Guided Farm Tour

  • 9 am – 5 pm (dibuka setiap hari)

Harga Tiket Tropical Fruit Farm Penang

#1 Guided Farm Tour

  • Dewasa :
    • RM 40
  • Kanak-Kanak (5-12 tahun):
    • RM 30

#2 Guided Farm Tour with Set Lunch ( minimum 20 pax)

  • Dewasa:
    • RM 55
  • Kanak-Kanak:
    • RM 45

#3 Guided Farm Tour with Buffet Lunch ( minimum 20 pax)

  • Dewasa:
    • RM 75
  • Kanak-Kanak:
    • RM 65

#4 Pakej Pelajar ( Warganegara sahaja) ( 1 guru= 10 pelajar)

  • Tadika/Sekolah Rendah
    • Guru:
      • RM 16
    • Pelajar:
      • RM 5
    • Penjaga:
      • RM 16
  • Sekolah Menengah/Kolej/Universiti
    • Guru:
      • RM 16
    • Pelajar:
      • RM 8
    • Penjaga:
      • RM 16


40. Pasar Malam Batu Ferringhi

tempat menarik penang waktu malam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini tidak dinafikan merupakan pasar malam di Penang yang paling popular. Populariti pasar malam ini dimainkan oleh beberapa faktor seperti lokasinya yang terletak di kawasan pantai di Penang paling popular & juga pilihan-pilihan barangan yang banyak untuk pelancong terokai. Malah, destinasi sebegini membuatkan pelancong asing sangat teruja kerana rata-ratanya ingin merasai pengalaman membeli belah di pasar malam yang cukup sinonim di Malaysia.

Bagi pelancong tempatan, pasar malam sebegini mungkin bukanlah satu tempat menarik di Penang yang terlalu asing kerana semua negeri mempunyai destinasi pasar malamnya tersendiri. Pilihan barangan & budaya jual belinya di tempat yang berstatuskan ‘pasar malam’ sudah tentu anda boleh jangkakan. Namun, sekiranya anda bercuti di Penang & menginap sekitar Pantai Batu Feringghi atau Pantai Tanjung Bungah, pasar malam ini adalah salah satu tempat membeli belah terdekat untuk anda mencari barangan berbentuk cenderahati seperti rantai kekunci, baju, magnet peti, barangan kraf tangan & sebagainya.

Selain itu, terdapat juga pilihan barangan yang berupa aksesori wanita, beg tangan wanita, kasut & baju kelawar yang mungkin membuatkan kaum wanita tempatan lebih berminat. Jangan lupa untuk tawar menawar dengan penjual untuk dapatkan harga yang lebih ‘masuk akal’ untuk pelancong tempatan. Pendek cerita, jika anda inginkan tempat menarik di Penang waktu malam yang meriah, boleh makan-makan, boleh ‘cuci mata’ & boleh shopping, Pasar Malam Batu Feringgi adalah destinasinya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang

Waktu Operasi Pasar Malam Batu Feringgi

  • 7 pm – 1 am (setiap hari)

  • Destinasi pasar malam


41. Kedai Jeruk Madu Pak Ali

tempat menarik di seberang perai

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sudah menjadi lumrah, kalau sudah bercuti di tempat orang, sudah tentu kita mencari sesuatu yang sinonim dengan destinasi percutian untuk dijadikan buah tangan istimewa buat keluarga di rumah bukan ? Kalau anda buntu, cubalah terokai kedai asam yang sangat popular di Penang & bahkan, mempunyai banyak cawangannya di seluruh Malaysia. Selain di cawangan-cawangannya yang boleh anda boleh dapati di Penang, anda juga boleh terus ke kilangnya yang terletak di Simpang Ampat.

Pilihan utama pengunjung ke sini sudah tentulah mencari pelbagai jenis jeruk yang sedap. Apa yang paling penting, jeruk di sini halal dan boleh dimakan tanpa was-was. Malah anda juga boleh lihat pekerja-pekerja melakukan proses penjerukan di satu kawasan yang tertutup secara teratur. Justeru, lebih yakinlah kebersihannya kalau hendak dijadikan buah tangan kerana tiada pendedahan habuk & asap kereta yang berterbangan di dalam kedai. Selain jeruk, terdapat juga pilihan makanan lain seperti kerepek, aneka sos dalam botol, kuih muih, serbuk asam, kuah rojak Mak Bee & sebagainya.

Kalau anda ada ibu bapa yang sudah berusia, bolehlah beli produk yang lebih ‘mesra’ dengan umur mereka seperti gamat, minyak linang, pati buah delima, pati kurma & sebagainya. Jika anda takut termimpi-mimpikan kesedapan char kuew teow di Penang, jangan risau, anda boleh beli sos char koay teaw di Kedai Jeruk Madu Pak Ali untuk dijadikan bekalan barangan dapur di rumah. Bagi pelancong dari KL, destinasi cawangan yang disyorkan adalah di Seberang Jaya kerana lokasinya yang strategik di tepi lebuhraya Utara-Selatan, parkir kereta yang luas & sangat mudah diakses kalau sedang menuju pulang ke Kuala Lumpur.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-5883781 | Website

  • Lorong Iks Tasek 4, Kawasan Iks Tasek, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Waktu Operasi Pusat Jualan Kilang Jeruk Madu Pak Ali Penang

  • 9:00 pagi – 6:00 petang ( Setiap Hari )

  • Destinasi membeli belah


42. Pasar Chowrasta

tempat menarik di penang percuma

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda bercuti di Penang dalam sehari tanpa bermalam ? Jangan bazirkan masa, terokai sahaja Pasar Chowrasta untuk anda lakukan aktiviti makan makanan menarik, membeli cenderahati yang menarik & melawat tempat menarik. 3 aktiviti dalam satu destinasi, hebat bukan ? Pasar Chowrasta merupakan sebuah kompleks pasar 2 tingkat yang terletak di tengah-tengah Bandar Georgetown & berdekatan dengan banyak tempat-tempat menarik di Penang yang sering menjadi kunjungan pelancong.

Di aras bawah pasar ini menempatkan produk-produk makanan yang sering menjadi pilihan pelancong untuk dijadikan buah tangan istimewa seperti jeruk, makanan kering, kerepek, buah-buahan tempatan & sebagainya. Di aras atasnya pula menempatkan kedai-kedai yang menjual produk-produk berbentuk cenderahati seperti key chain, magnet peti, baju, aksesori & sebagainya. Lapar ? jangan risau, hanya dengan berjalan kaki sahaja anda boleh menerokai banyak makanan popular di Penang seperti Nasi Kandar Pokok Ketapang, ais tingkap, ais kacang, cendol, pasembur, laksa Penang & banyak lagi.

Pendek cerita, boleh rambang mata dibuatnya kerana banyak destinasi makan menarik yang berdekatan dengan Pasar Chowrasta ini. Malah dari sini juga, anda boleh ke beberapa tempat menarik di Georgetown seperti 3D Glow in The Dark Museum, Rumah Terbalik Penang, Glass Museum Penang ataupun berjalan kaki sekitar 500 meter untuk ke Penang Street Art. Seronok bukan ? Parkir kereta di Pasar Chowrasta ini & mulakan penerokaan anda menjelajahi destinasi menarik di Penang hanya dengan jalan kaki sahaja dari sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Bazar Chow Rasta

  • 6.30 am – 6.00 pm

  • Destinasi pasar


43. Pasar Lorong Kulit / Pasar Pagi Stadium Negeri

pasar karat penang shopping

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda ingin menerokai kehidupan budaya masyarakat setempat, apa kata lawati Pasar Pagi Stadium Negeri yang hanya bersebelahan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Pasar pagi ini bukannya seperti pasar tani yang hanya menjual barangan basah atau keperluan seharian semata-mata, tetapi merupakan pasar yang menjual banyak barangan yang dikategorikan klasik, antik & majoriti harganya pula boleh dilabelkan ‘mampu milik’ majoriti rakyat Malaysia.

Ringkasannya, barangan fizikal yang boleh anda cari di sini adalah seperti cd, dompet, novel lama, kasut lama, barangan antik dan sebagainya. Di kalangan orang setempat, ada yang namakan destinasi ini sebagai Pasar Karat Penang, Pasar Lorong Kulit & ada juga yang panggil Road Walk. Tidak hairanlah, konsep barangan jualan di sini juga tidak ubah seperti di mana-mana pasar karat yang popular di negeri lain seperti di Ipoh atau pun di Johor Bahru.

Seronok sebenarnya berjalan di sini, sambil-sambil melihat suasana jual beli masyarakat setempat, bolehlah anda mencari barangan yang unik atau ‘rare’ untuk dijadikan koleksi peribadi. Sudah penat pusing-pusing di pasar ini, apa kata anda berjalan kaki pula ke salah satu tempat makan menarik di Pulau Pinang yang sangat popular iaitu Medan Selera Padang Brown yang mempunyai begitu banyak makanan kenegerian yang boleh anda sekeluarga menjamu selera.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Facebook | Jarak

  • Jalan Stadium , 10460 George Town, Penang (Bersebelahan Stadium Negeri Pulau Pinang)

Waktu Operasi Pasar Karat Penang / Road Walk

  • Dibuka setiap hari
    • 6 am – 1 pm

  • Destinasi pasar


44. Penang Avatar Secret Garden

penang avatar secret garden

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Fantasi, futuristik & paling penting, percuma. Itulah 3 perkataan yang boleh menggambarkan destinasi ini. Taman ini terletak kira-kira 8 km dari Bandar Georgetown & hanya bersebelahan dengan Tokong Thai Pak Koong. Jika anda mencari tempat menarik di Penang pada waktu malam untuk berswafoto & upload gambar ke media sosial sebelum tidur, destinasi inilah yang perlu anda terjah.

Dekorasi taman di tepi pantai yang dipenuhi cahaya neon LED berwarna warni memang sungguh menakjubkan & tidak hairanlah ianya dipanggil Penang Avatar Secret Garden kerana suasananya persis di Pandora iaitu sebuah destinasi khayalan dari babak filem fantasi Hollywood, Avatar.

Taman yang terletak di tepi pantai ini juga sangat ideal sekiranya anda ingin bersantai petang & melihat panorama matahari terbenam. Seusai matahari melabuhkan tirainya di ufuk barat, maka bermulalah masanya taman ini bertukar wajah & akan bercahaya seolah-olah anda sedang berada di dalam dimensi yang lain. Secara tepatnya, lampu-lampu di sini akan dipasang sekitar 7.30 pm.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

  • 24 jam (Destinasi taman awam terbuka )

*lampu neon LED dibuka 7.30 mlm

  • Percuma


45. Pantai Monyet

pantai monyet penang national park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah pantai menarik di Penang yang sangat terpencil kedudukannya tetapi sangat indah pesisirannya. Malah, sebaik sampai di pantai ini, terasa seperti sedang bersantai di pantai popular di Terengganu atau di Sabah. Mungkin kerana lokasinya yang susah untuk diakses oleh pengunjung menjadikan kebersihan & keindahan sekelilingnya masih kekal terjaga. Sekiranya anda sukakan destinasi tepi pantai yang cantik, anda boleh ke sini namun cabaran untuk ke Pantai Monyet ini agak tinggi di mana anda perlu lakukan aktiviti redah hutan & pendakian kira-kira 1 jam.

Jika anda bukan seorang kaki redah hutan, anda jangan bimbang kerana tahap kesukaran laluan hutan ke sini dikategorikan mudah & bahkan sudah banyak pelajar sekolah yang adakan aktiviti pengembaraan di sini. Lokasi mula pengembaraan hanya terletak di Taman Negara Pulau Pinang & tiada bayaran yang dikenakan. Selain meredah hutan, ada cara lain lebih mudah untuk ke sini dengan menggunakan perkhidmatan bot yang terdapat di pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang.

Pantai Monyet bukanlah seperti di Pantai Batu Feringgi yang meriah dengan aktiviti sukan air & pilihan hotel-hotel yang banyak di sekeliling. Pantai yang terpencil sebegini mungkin lebih sesuai untuk mereka ingin memencilkan diri dari kesibukan orang ramai di kawasan tepi pantai yang lebih privasi. Pada dasarnya, aktiviti di sini lebih kepada santai-santai, menikmati keindahan laut, camping & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

  • Pagi-Petang

  • Percuma jika meredah hutan
  • Harga tambang bot sekitar RM 50-RM 60/ bot untuk sehala


46. Pantai Miami

honeymoon di pulau pinang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Miami yang terletak di tepi Jalan Batu Ferringhi merupakan pantai kecil yang mempunyai landskap pesisiran pantai yang menarik untuk aktiviti santai petang. Walaupun pantai ini tidaklah semeriah di Pantai Batu Ferringhi yang terletak 2 km dari sini, tetapi keindahan air laut & pokok-pokok besar yang tumbuh meninggi pasti membuatkan anda jatuh cinta serta merta.

Malah, waktu cuti sekolah, Pantai Miami juga tidak sibuk dengan kelibat pelancong & sangat ideal untuk mereka yang ingin releks di tepi pantai dengan lebih tenang. Kalau anda berhasrat honeymoon di Pulau Pinang, apa kata mempertimbangkan untuk menginap di hotel yang terdapat di sini & salah satu hotel yang paling popular di Pantai Miami adalah DoubleTree Resort by Hilton Penang.

Hotel mewah 4 bintang ini mempunya reputasi yang sangat bagus di kalangan tetamu yang pernah menginap & mempunyai pilihan bilik tidur yang romantis & sangat sesuai untuk mereka yang baru bergelar raja sehari. Pilihan restoran menarik di sini agak terhad, namun pada waktu petang anda boleh mencari makan di tepi Pantai Miami di mana terdapat peniaga jalanan yang menjual makanan santai popular orang setempat seperti laksa Penang, pasembur, jagung bakar, cendol & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Miami, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Percuma ( pantai rekreasi awam)
  • Untuk pilihan hotel terbaik di sini, semak di halaman ini.


47. Taman Negeri Bukit Panchor

tempat menarik nibong tebal penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Negeri Bukit Panchor yang terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan ini mungkin tidak sepopular destinasi hutan lipur di Penang yang lain tetapi sangat popular di kalangan kaki fotografi yang gemar merakam gambar-gambar pokok hutan yang sangat bervariasi saiz & spesisnya. Destinasi hutan lipur ini juga mempunyai kawasan air terjun & tempat mandi manda yang sesuai untuk golongan kanak-kanak. Ruangan parkir kereta yang besar & kawasan mandi manda juga sangat dekat serta tidak perlu berjalan kaki jauh.

Landskap di Taman Negeri Bukir Panchor juga sangat redup dipayungi banyak pokok-pokok hutan yang besar & biarpun berkunjung pada waktu tengahari, tidak terasa bahang matahari yang memancar terik. Selain itu, terdapat juga platform kayu jalan kaki bagi mereka yang ingin melihat hutan-hutan sekeliling yang lebih menarik. Ramai juga pengantin di kawasan berdekatan yang menjadikan taman negeri ini sebagai destinasi untuk acara wedding photoshoot.

Di Taman Negeri Bukit Panchor juga terdapat 2 buah gua yang sering menjadi lokasi penerokaan pengunjung yang melakukan aktiviti secara berkumpulan, iaitu Gua Tongkat & Gua Kelawar. Namun, gua-gua ini bukanlah sesuai untuk diterokai oleh semua orang kerana perlukan aktiviti redah hutan yang sangat mencabar. Tidak hairanlah, dengan keindahan hutannya yang masih terjaga & kemudahan asas yang lengkap, banyak institusi pendidikan melakukan aktiviti pengembaraan di sini untuk mendedahkan kepada pelajar tentang keindahan flora fauna yang terdapat di Pulau Pinang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

  • 7 am – 6 pm

  • Percuma


48. Muzium Hantu

Muzium Hantu pulau pinang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti terungkap pada namanya, destinasi yang penuh dengan misteri ini merupakan sebuah muzium atau galeri yang menempatkan pameran hantu-hantu yang sering mewarnai kehidupan masyarakat sama ada dalam filem, drama ataupun novel seram. Konsep pameran hantu di sini bukanlah seperti di mana-mana rumah hantu yang terdapat di fun fair yang ada melibatkan sergahan & boleh membuatkan jantung berhenti seketika.

Destinasi ini hanyalah mengetengahkan patung-patung yang dipamerkan dalam keadaan pegun tidak bergerak, namun situasinya sangat mendebarkan & hantunya juga sangat realistik. Umumnya, terdapat hampir 20 jenis hantu-hantu yang mempunyai pelbagai latar belakang, sejarah & disusun mengikut kepercayaan kaum masing-masing. Ada hantu yang sinonim di kalangan orang tempatan seperti pocong, langsuir, pontianak, toyol & ada juga hantu-hantu yang sering menjadi watak utama dalam filem-filem seram antarabangsa seperti zombie, hantu Jepun & sebagainya.

Lebih menarik, hantu-hantu di sini juga ditempatkan dalam ruangan yang mempunyai tema dekorasi seram yang berbeza serta sesuai dengan wataknya & bukannya hanya dipamerkan di dalam kotak cermin seperti pameran di muzium lain. Suasana sekelilingnya yang juga diiringi muzik saspens, membuatkan melihat & mengenali hantu mengikut kepercayaan mistik di sini menjadi satu pengalaman yang lebih mendebarkan. Pengunjung juga boleh bergambar & berswafoto sebanyak mana yang dimahukan dengan hantu-hantu di Muzium Hantu Penang ini tanpa halangan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2612352 | Facebook

  • 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi Muzium Hantu Penang

Dibuka setiap hari

  • 10 am – 7 pm

Harga Tiket Muzium Hantu Penang

#1 Harga Warganegara ( MyKad)

  • Dewasa:
    • RM18
  • Kanak-Kanak:
    • RM 10
  • Warga Emas:
    • RM 10
  • Pelajar:
    • RM10

#2 Pelancong Asing

  • Dewasa:
    • RM28
  • Kanak-Kanak:
    • RM 16
  • Warga Emas:
    • RM 16
  • Pelajar:
    • RM16


49. Pantai Kerachut

pantai kerachut penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Walaupun pantai ini merupakan destinasi pantai menarik di Penang yang paling sukar untuk diterokai, namun Pantai Kerachut boleh dilabelkan pantai yang paling cantik di Penang. Pesisir pantainya yang putih & lautnya juga jauh lebih jernih jika dibandingkan dengan Pantai Batu Ferringhi. Pantai Kerachut merupakan sebahagian daripada destinasi redah hutan yang terdapat di Penang National Park. Anda boleh memulakan aktiviti redah hutan dari pintu masuk Taman Negara Penang ke Pantai Kerachut yang memakan masa sekitar 1 jam 30 minit.

Laluan redah hutan juga agak mencabar & memerlukan stamina kerana terdapat kawasan yang melibatkan aktiviti mendaki serta memanjat akar kayu. Kepenatan meredah hutan pasti akan terubat sebaik menjejakkan kaki di pasir pantai yang putih di Pantai Kerachut ini. Melihat langit & laut membiru yang seakan bersambungan di kaki langit pasti membuatkan anda diam seribu bahasa serta terkesima dek panorama memukau yang sebegini. Tetapi, sayang seribu kali sayang, pengunjung tidak disyorkan untuk melakukan aktiviti mandi manda di sini kerana terdapat obor-obor yang berbisa.

Pantai Kerachut yang jauh terpencil ini sangat sesuai untuk anda yang mungkin sekali sekala ingin memencilkan diri jauh dari keserabutan rutin harian di tempat kerja. Sesuai untuk hamparkan tikar, bersantai di bawah redupan pokok di sini sambil baca novel atau pun camping. Berdekatan dengan Pantai Kerachut, terdapat pusat konservasi penyu yang boleh anda lawati untuk melihat penyu-penyu yang dijaga di sini. Kalau malas meredah hutan, anda juga boleh ke Pantai Kerachut dengan menaiki bot yang terletak berdekatan pintu masuk Taman Negara Penang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Penang

  • Pagi-Petang

  • Percuma. Hanya perlu daftar diri di pintu masuk Taman Negara Penang.
  • Tambang bot, sekitar RM 80-RM 100 untuk perjalanan satu hala dari Taman Negara.


50. PG Gold Museum

pg gold museum penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pernah pegang jongkong emas seberat 50 kg yang bernilai jutaan ringgit? Kalau belum, apa kata berkunjung ke PG Gold Museum di Gerogetown & hanya 200 meter sahaja dari Padang Kota Lama. Muzium ini mengetengahkan sejarah aktiviti perlombongan emas yang mungkin ramai di kalangan kita tidak pernah berpeluang berlajar & merasai pengalaman mendulang.

Dekorasi dalaman muzium ini juga seperti sebuah gua & sesuai dengan konsep pamerannya membuatkan lebih terasa adventurous sedikit. Di dalamnya, terdapat ruangan mendulang dengan menggunakan kuali yang pengunjung boleh rasai sendiri pengalaman mendulang. Kalau bernasib baik, dapatlah ketulan-ketulan emas kecil ketika mendulang di sini. Bagaimanapun, jangan cepat teruja kerana ketulan emas ini adalah tiruan sahaja & hanya sekadar ingin memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman mendulang.

Selain itu, anda juga boleh melihat demonstrasi di sini cara-cara mencairkan & membeku emas di dalam acuan yang disediakan. Mendebarkan juga melihat cecair merah panas persis aliran lava gunung berapi yang dituangkan ke dalam acuan untuk dijadikan jongkong emas. Paling mengujakan, terdapat ruangan berkaca yang menempatkan jongkong emas 5o kg & perak 30 kg yang sangat besar serta bernilai jutaan ringgit. Anda boleh sentuh jongkong emas & perak ini dengan menghulurkan tangan melalui lubang sebesar 4 inci.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2619999 | Facebook

  • 95, Lebuh Bishop, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi PD Gold Museum Penang

  • Dibuka setiap hari
    • 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket PD Gold Museum Penang

Warganegara

  • Dewasa:
    • RM 28
  • Kanak-Kanak:
    • RM 15


51. Taman Rimba Teluk Bahang

tempat berkelah di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pernah ke Krabi, Thailand & berenang di Emerald Pool ? Kalau belum, cubalah terokai destinasi ini dahulu. Sebuah taman rekreasi & tempat berkelah di Penang yang sesuai untuk seisi sekeluarga. Destinasi ini merupakan tempat perkelahan yang sangat popular di Teluk Bahang, mudah diakses dengan kenderaan & sangat cantik kerana dikelilingi keindahan rimba yang hijau lagi mendamaikan. Lebih menarik, di sini juga terdapat kolam mandi manda buatan manusia & air sungainya jernih membuatkan sesiapa sahaja ingin berendam.

Walaupun tidaklah sebesar & warna airnya tidaklah sebiru Emerald Pool yang popular di Thailand, tetapi lebih memadai untuk anda sekeluarga datang berkelah. Paling menarik, bayaran masuk pun percuma & tiada apa yang hendak dirugikan. Lokasi Taman Rimba Teluk Bahang juga berdekatan dengan satu tempat menarik di Pulau Pinang yang sangat popular, iaitu Escape Theme Park Penang. Jika anda melakukan aktiviti lasak di Escape Theme Park, apa kata selepas itu datang berendam di sini pula. Pasti akan menyegarkan.

Mandi pun sudah & berkelah pun sudah. Sebelum berangkat pulang ke hotel, anda kena bawa anak-anak ke Empangan Teluk Bahang yang terletak berdekatan untuk melihat pemandangan yang indah & berswafoto bersama keluarga untuk jadikan kenangan peribadi. Sambil menikmati keindahan air tasik di Teluk Bahang Dam ini, bolehlah anda menceritakan kepada anak-anak tujuan pembinaan empangan ini untuk memperkasakan pengetahuan am mereka. Makan angin sambil belajar, barulah percutian anda di Penang menjadi satu aktiviti bermanfaat untuk seisi keluarga bukan ?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 772,, Jalan Tanjung Bungah, Taman Tanjung Bunga, 11050, Penang

  • Pagi-Petang

  • Percuma


52. Pantai Teluk Kampi

pantai menarik di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti juga Pantai Kerachut, pantai ini juga merupakan sebuah lagi pantai menarik di Penang yang jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota raya & merupakan satu destinasi singgahan dalam aktiviti jungle trekking di Penang National Park. Selain menaiki bot, pengunjung juga boleh ke sini dengan meredah hutan dari pintu masuk Taman Negara Penang sekitar 1 jam setengah. Cabaran redah hutan juga tidak sukar & sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pengembaraan dalam hutan.

Apa yang pasti, keindahan & kebersihan di Pantai Teluk Kampi ini adalah setanding dengan Pantai Kerachut. Suasananya yang tidak ramai orang, sunyi sepi dari deruman kenderaan & hanya bertemankan irama hempasan ombak di pantai, pasti akan memberikan anda satu ketenangan peribadi yang sukar digambarkan.

Sekiranya anda bercuti di Penang secara berkumpulan & ingin camping tanpa bermalam, sangat disyorkan untuk terokai Pantai Teluk Kampi ini. Namun, jangan terlalu terpesona dengan keindahan air lautnya kerana pengunjung tidak disyorkan untuk mandi manda di sini kerana terdapat obor-obor. Cukuplah sekadar bersantai di tepi pantai & rehatkan diri menikmati keindahan sekeliling yang tiada tandingannya di pantai lain di Penang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Penang

  • Pagi-Petang

  • Percuma. Hanya perlu daftar diri di pintu masuk Taman Negara Penang.
  • Tambang bot, sekitar RM 80-RM 100 untuk perjalanan satu hala dari Taman Negara Penang.


53. Muzium & Galeri Tengku Fauziah

tempat lawatan sambil belajar di Penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium ini merupakan salah satu muzium di universiti yang pertama di Malaysia & terletak di kampus Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tarikan bahan pameran di sini lebih berunsurkan kepada kesenian, sains & juga teknologi. Galeri pameran di sini sebenarnya banyak mengetengahkan koleksi bahan-bahan artistik seperti lukisan, mural & arca yang penuh dengan seribu satu makna yang pasti membuatkan pencinta seni teruja ketika bertandang di muzium ini.

Koleksi pameran di sini juga bukan calang-calang kerana turut menempatkan hasil kerja tangan dari artis-artis tanah air yang popular seperti Latiff Mohidin, Sabri Idrus & Chuah Thean Teng. Malah, terdapat juga koleksi kesenian dari luar negara seperti dari Negara Thailand & negara Asean yang lain. Selain itu, terdapat juga pameran-pameran kesenian yang berbentuk Islamik yang boleh anda terokai seperti seni tulisan khat, Al-Quran, geometri kesenian Islamik & sebagainya.

Kalau nak tahu, bangunan yang tersergam indah yang menempatkan muzium ini juga sebenarnya merupakan sebuah rumah agam yang berusia lebih sedekat & terbina sejak zaman penjajahan lagi. Bagi guru-guru atau pensyarah, destinasi ini sangat disyorkan untuk anda jadikan tempat lawatan sambil belajar di Penang dalam mendedahkan para pelajar tentang ilmu asas dari sudut sains, teknologi, arkeologi, sejarah & kesenian. Pendek cerita, sebuah muzium yang menawarkan pameran berkaitan 5 jenis ilmu pengetahuan di bawah satu bumbung bangunan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-6533888 | Facebook | Website

  • Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Penang, Penang

  • 9 am – 5 pm ( Isnin-Sabtu)
  • Ahad tutup

  • Dewasa: RM 2
  • Kanak-Kanak: RM 1


54. Air Terjun Titi Kerawang

air terjun di penang menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah destinasi air terjun di Penang yang terletak di antara Teluk Bahang & Balik Pulau. Sekiranya anda bercuti di Pulau Pinang & menginap di hotel sekitar Teluk Bahang atau Balik Pulau, bolehlah terokai destinasi air terjun ini yang jaraknya sekitar 10-11 km sahaja. Air Terjun Titi Kerawang bukanlah air terjun yang terlalu besar & bahkan untuk ke sini juga perlu berfikir 2 kali kerana kawasan parkir kereta yang hanya di tepi jalan. Waktu ramai orang, boleh ‘potong mood’ kerana tiada ruangan parkir kereta yang sistematik.

Namun, sekiranya anda bernasib baik & tiada pengunjung yang ramai, bolehlah berkelah serta mandi mandi di sini. Kawasan tadahan utama air terjun juga mudah untuk diterokai & sekitar 100 m dari tepi jalan utama. Air terjunnya tidaklah terlalu tinggi tetapi kawasan mandinya agak lapang & sesuai untuk berendam atau menyelam. Suasana sekelilingnya juga mendamaikan seperti sedang berkelah di hutan lipur yang terletak jauh di kawasan pedalaman.

Destinasi air terjun ini tidak dikomersialkan secara besar-besaran & tiada kemudahan asas seperti tandas ataupun tempat bersalin pakaian. Ianya lebih kepada destinasi air terjun berstatuskan ‘air terjun tepi jalan’ tetapi mempunyai daya tarikan yang cantik sekiranya anda teringin mandi manda di kawasan air terjun di Penang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Terjun Titi Kerawang, Balik Pulau, 11000, Pulau Pinang

  • Tidak dikhususkan ( pagi – petang)

  • Percuma


55. Hard Rock Hotel Penang

hotel menarik tepi pantai penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda pentingkan gaya hidup ketika bercuti di sesuatu destinasi menarik ? Apa kata pertimbangkan Hard Rock Hotel Penang yang terletak di Pantai Batu Feringghi & sangat ideal untuk pelancong yang inginkan hotel yang selesa, ranggi, elegan & lebih moden. Sesuai dengan peredaran trend semasa, ramai di kalangan warga muda mudi yang inginkan destinasi sebegini untuk alami satu pengalaman bermalam yang berbeza daripada hotel lain.

Jika pemandangan dari bilik hotel yang menarik adalah ciri penting hotel yang anda idamkan, pilihlah Seaview Studio Suite di hotel ini yang merupakan pilihan bilik yang paling diminati pelancong. Buka pintu balkoni, anda boleh merasai bayu laut yang bertiup sambil menikmati secangkir kopi. Pemandangan di sini usah cerita, sangat mendamaikan. Lebih menarik, bilik juga dilengkapi TV LED 50 inci dengan pelbagai filem Inggeris yang boleh anda tonton sepuas-puasnya.

Waktu petang, ajak keluarga mandi manda di kolam renang yang sangat cantik di perkarangan hotel & mempunyai gelongsor air menarik, sesuai untuk masa riang ria anak-anak anda. Kalau ada anak berusia 3 tahun & kebawah, bawa mereka ke TABU Teens Club iaitu sebuah tempat bermain kanak-kanak tertutup yang dilengkapi dengan permainan bercorak pembelajaran bayi seperti mini playhouse, soft toys, mini slides & sebagainya. Satu hotel di Penang tepi pantai yang sangat menarik, strategik, mesra keluarga & pasti menjadi pelengkap yang ideal untuk percutian anda di Pulau Pinang.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 604-8811711 | Facebook | Instagram | Website

  • Hard Rock Hotel Penang Batu Ferringhi Beach Penang, Malaysia

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


56. Bao Sheng Durian Farm

penginapan unik pulau pinang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ‘hantu durian’ ? Apa kata ke sini untuk bermalam sambil-sambil makan durian secara berpesta bersama rakan-rakan. Bao Sheng Durian Farm merupakan sebuah destinasi yang berbentuk eko pelancongan di mana bukan sahaja menawarkan pakej-pakej makan durian, malah terdapat juga penginapan menarik & sangat ideal untuk pelancong yang ingin dikelilingi kehijauan alam semulajadi. Destinasi ini juga sebenarnya sebuah kebun durian yang diusahakan Chang Teik Seng & isterinya yang sangat obses dengan raja buah ini.

Kalau nak tahu, destinas ini menawarkan 16 jenis durian yang boleh pengunjung menjamu selera seperti 604, D11, Musang King & banyak lagi. Seronok bukan ? Amat jarang sekali hotel atau penginapan yang menjadikan durian sebagai trademark utamanya, sebaliknya yang menjadikan durian buah larangan untuk dibawa masuk ke dalam hotel, sangat banyak. Selain itu, lokasi Bao Sheng Durian Farm ini juga sebenarnya berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Pulau Pinang yang sangat popular iaitu ESCAPE Theme Park & juga Taman Negara Penang yang terletak kira-kira 10 km sahaja dari sini.

Kalau teringin mandi air terjun pula, jangan khuatir, Air Terjun Titi Kerawang hanya 200 meter dari sini yang boleh anda jalan kaki sahaja. Tidak kira anda bercuti di Penang secara solo, berdua bersama pasangan atau berkeluarga, Bao Sheng Durian Farm mempunyai pilihan penginapan yang sesuai untuk semua kategori. Bagi yang berkeluarga, apa kata pilih Standard Villa di sini yang mempunyai kolam renang peribadi yang boleh anda terjun hanya dari depan pintu villa sahaja.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 6012-4110600 | Facebook | Website

  • 150 Mk2 Sungai Pinang, Balik Pulau, 11000 Penang, Pulau Pinang

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)
  • Durian berbuah ikut musim. Layarai website untuk maklumat lanjut.


57. Muzium Kamera Pulau Pinang

muzium kamera penang hill

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pernah anda terfikir bagaimana sebuah kamera pada zaman dahulu digunakan ? Anda pasti terkejut sekiranya pertama kali melangkah ke Muzium Kamera Pulau Pinang ini yang menempatkan pelbagai kamera antik & anda tidak akan sangka-sangka bahawa kamera zaman dahulu sangat berbeza dengan kamera hari ini. Malah, ada juga bentuk kamera yang anda sendiri tidak akan sangkakan yang ianya sebenarnya sebuah kamera.

Ramai di kalangan pelancong kini sudah mahir & ada juga yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Apa yang pasti, destinasi ini pasti akan membuatkan kaki fotografi menghabiskan masa dengan lama sehingga 1-2 jam untuk meneliti setiap tarikan di sini. Bahan pameran di sini juga sangat bervariasi baik dari sudut lensa, aksesori, gambar-gambar lama & sebagainya.

Dahulunya, lokasi muzium ini di dalam Bandaraya Georgetown, sekarang telah beralih di Bukit Bendera bersebelahan dengan Owl Museum. Kalau berhasrat ke muzium ini, anda perlulah menaiki kereta kabel di Bukit Bendera terlebih dahulu. Kalau nak tahu, muzium kamera ini adalah satu-satunya yang terdapat di Asia Tenggara & jika anda obses dengan seni fotografi, wajib datang ke sini ketika bercuti ke Penang kerana tiada muzium sebegini di negeri lain di Malaysia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 604-2613649 | Facebook

  • Level B3, Astaka Bukit Bendera, Jalan Tunku Yahaya Petra, Bukit Bendera, 10000 Penang Hill, Penang

Waktu Operasi Muzium Kamera Penang

Dibuka setiap hari;

  • 9.00 am – 8.00 pm

Sabtu & Ahad

  • 9.00 am – 8.00 pm

Harga Tiket Muzium Kamera Penang

  • Dewasa:
    • RM 20
  • Kanak-Kanak:
    • RM 15
  • Warga Emas:
    • RM 15


58. Taman Rimba Bukit Mertajam

tempat menarik bukit mertajam di penang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah taman rimba atau kawasan hutan lipur yang ideal untuk aktiviti riadah petang bersama keluarga & hanya 6 km dari Bandar Bukit Mertajam. Taman Rimba Bukit Mertajam sangat disyorkan untuk pelancong yang ingin melakukan aktiviti outdoor di satu kawasan yang dikelilingi suasana kehijauan sambil menghirup udara yang nyaman. Sekiranya anda menginap di hotel sekitar Seberang Perai atau Butterworth, bolehlah ajak keluarga berekreasi di sini.

Terdapat laluan jungle trekking yang sesuai untuk sesiapa sahaja melakukan aktiviti redah hutan di Taman Rimba Bukit Mertajam. Sama ada anda seorang beginner atau tidak pernah mencuba aktiviti redah hutan, Taman Rimba Bukti Mertajam sangat ideal untuk anda mulakan aktiviti yang menyihatkan ini. Bagi yang sudah mahir mendaki, anda boleh mencuba laluan pendakian sehingga ke puncak sekitar 3.5 km jauhnya. Pemandangan dari puncak juga sangat mengujakan di mana anda boleh melihat Selat Melaka & kawasan Pulau Pinang di seberang sana. Cabaran laluannya juga lebih mencabar & memerlukan stamina yang tinggi kerana ada sesetengah kawasannya agak curam serta perlu memanjat.

Di sini juga terdapat aliran air terjun yang kecil, sesuai untuk anak-anak kecil bermain-main air. Untuk dewasa yang mengharapkan air terjun yang boleh ‘terjun tiruk’, air terjun di sini bukanlah jawapannya. Satu tempat menarik di Bukit Mertajam yang sesuai untuk pelancong yang gemarkan aktiviti outdoor atau pun untuk kaki fotografi yang mencari subjek-subjek berbentuk alam semulajadi yang boleh dijadikan foto masterpiece teragung anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Taman Rimba Bukit Mertajam, Jalan Kolam Air, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • pagi-petang

  • Percuma


Tempat Makan Menarik di Penang

Jika bercuti di Pulau Pinang, mencuba makanan popular kenegerian adalah satu kemestian yang mesti anda lakukan. Nasi Kandar mungkin menu paling popular di Pulau Pinang yang semua orang di setiap negeri lain juga suka. Jadi apa kata anda cuba pula nasi kandar di restoran-restoran yang popular di Penang & rasakan keunikan yang tersembunyi dalam nasi kandar asli dari Penang.

Sebenarnya banyak destinasi tempat makan menarik di Penang untuk aktiviti ‘jalan jalan cari makan’, samaada makanan kenegerian atau pun ala barat, usah risau, semuanya ada. Sila semak pautan di bawah ini.

Tempat Penginapan Menarik di Penang

Setanding dengan pilihan hotel di negeri lain, Penang mempunyai banyak hotel mewah mahu pun yang dalam kategori bajet. Rancang percutian anda dengan buat tempahan awal untuk harga yang lebih murah & cari penginapan di lokasi yang strategik supaya mudah bergerak ke destinasi pilihan anda.

Sebagai pelancong yang bijak, carilah destinasi penginapan yang sesuai dengan bajet perjalanan anda. Jangan terlalu mengikut gaya hidup orang lain sehinggakan hujung bulan terpaksa makan mee segera. Ukurlah baju di badan sendiri & janganlah diikutkan pepatah lapuk, ‘ biar papa asalkan bergaya, duit poket tak cukup pun takpa’.

Cari Hotel di Penang

Akhir kata, semoga senarai 57+ tempat-tempat menarik di Pulau Pinang seperti di atas akan memberi anda seribu macam idea ketika bercuti di sini. Selamat cuti cuti Malaysia di Penang. Wassalam.

4.6/5 - (193 votes)

Anda Mungkin Berminat

5 Homestay di Bayan Lepas yang Patut Anda Cuba!

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Selain itu, ia merupakan hub perindustrian Pulau Pinang dan dikenali dengan Zon Bebas Perindustrian....

Terokai 10 Penginapan Homestay yang Menarik di Batu Ferringhi!

Batu Ferringhi, terkenal dengan sebuah tempat dan pekan yang dikelilingi oleh pantai yang cantik dan membiru. Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan warisan...

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...

Masjid Kapitan Keling – Masjid Bersejarah berusia 216 tahun di Penang

Pulau Pinang mempunyai banyak pengaruh budaya campuran dalam kalangan masyarakat Cina & juga India yang secara tidak langsung mempengaruhi senibina bangunan-bangunan di sini. Salah...

6 Perkhidmatan Van Sewa untuk Meneroka Pulau Pinang

Penggunaan van sewa Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya pada musim cuti persekolahan. Maklumlah, Pulau Pinang mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti...

8 Kedai Mamak Popular di George Town yang Patut Anda Cuba!

Bercakap tentang kedai mamak, pastinya anda sudah terbayang kelazatan nasi kandar di situ, bukan? Selain itu, mamak juga sinonim dengan ‘port’ lepak sambil pekena...

23 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

23 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mila
Mila
3 years ago

Tq sharing..sgt membantu

Shaheen
Shaheen
3 years ago

Terima kasih atas perkongsian

Jamain Othman
3 years ago

Terima kasih diatas perkongsiannya, saya dan keluarga pasti akan DATANG.. Harap2 boli jumpa orang yang boli membawa kelokasi2 yang diinginkan..

Sin
Sin
4 years ago

saya penangite tapi baru tau ada tempat ni! hahaha

Siti hajar
Siti hajar
4 years ago

Nak carik kereta sewa

Wakjawe
Wakjawe
4 years ago

Terima kasih diatas perkongsian maklumat

Nuralia zanum
Nuralia zanum
5 years ago

Good job. Sangat membantu. Terima kasih

Hubungi Kami

23
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x