Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Homestay di Bayan Lepas yang Patut Anda Cuba!

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Selain itu, ia merupakan hub perindustrian Pulau Pinang dan dikenali dengan Zon Bebas Perindustrian. Jika melalui kawasan ini, anda akan lihat banyak kilang-kilang di tepi jalan. Bayan Lepas turut dikenali sebagai bandar yang sibuk kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang terletak di sini.

Tambahan pula, di sinilah terletak pusat membeli-belah yang popular di Pulau Pinang seperti Queensbay Mall, Kompleks Bukit Jambul, dan Sunshine Square. Selain itu, antara tempat tarikan pelancong yang berdekatan adalah Muzium Perang, Tokong Ular dan Akuarium Pulau Pinang (FRI Aquarium Batu Maung).

Bagi anda yang merancang percutian bersama keluarga di sini, jom lihat 5 homestay di Bayan Lepas yang tersenarai di bawah. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda!

5 Homestay di Bayan Lepas


1. Dusun Indah Cottage, Kampung Teluk Kumbar

Homestay Dusun Indah Cottage, Kampung Teluk Kumbar, Bayan Lepas

Dusun Indah Cottage yang terletak di Kampung Teluk Kumbar ini telah beroperasi sejak September 2022. Homestay di Bayan Lepas ini berdekatan dengan Bukit Sungai Batu, jadi anda dapat menikmati pemandangan bukit-bukau yang indah.

Selain itu, anda juga boleh mendaki bukit untuk melihat pemandangan atas bukit. Pendakian tersebut hanya mengambil masa 10 ke 20 minit sahaja, jadi, jangan lupa untuk melalukan aktiviti ini bersama keluarga anda untuk memori yang tak dapat dilupakan!

Walaupun terletak berdekatan dengan bukit, homestay ini juga mudah diakses dari jalan utama. Homestay ini mempunyai tempat letak kereta yang luas dan taman mini yang cantik di hadapan rumah. Selain itu, rumah ini turut dilengkapi dengan penghawa dingin, Wi-Fi dan televisyen. Pemilik homestay ini sangat peramah dan akan memastikan anda selesa sepanjang penginapan anda. 

Bukan itu sahaja, homestay ini juga turut mempunyai tempat khas untuk BBQ dan grill. Jadi, ianya sangat sesuai jika anda ingin berkumpul beramai-ramai bersama keluarga mahupun rakan-rakan rapat anda.

Alamat: 158B, MK, 11, Lorong Sungai Batu, Kampung Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dusun Indah


2. Amari Spice TR-Homey Homestay, Sungai Ara

Amari Spice TR-Homey Homestay, Sungai Ara, Bayan Lepas

Amari Spice TR-Homey Homestay merupakan rumah pangsapuri yang mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Semua bilik tidur mereka luas dan bersih serta dilengkapi dengan penghawa dingin. Selain itu, pemanas air telah dipasang ke semua bilik mandi dan semua peralatan mandian asas seperti sabun badan, syampu rambut, tisu tandas, tuala dan pengering rambut disediakan. 

Tambahan pula, dapur mereka turut dilengkapi dengan peralatan dapur asas seperti peralatan memasak, pinggan mangkuk, cerek, pembakar roti dan peti ais. Terdapat juga kemudahan Wi-Fi, seterika dan televisyen disediakan. Anda pasti akan selesa sepanjang penginapan di sini. 

Homestay ini turut mempunyai dua balkoni. Dengan ini, anda dapat menikmati pemandangan bandar, terutamanya pada waktu malam yang disinari dengan cahaya lampu yang menakjubkan. Pemilik homestay ini sangat peramah dan akan menjawab sebarang pertanyaan anda dengan baik. 

Antara tempat tarikan pelancong yang berdekatan dengan homestay ini adalah Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang, Fort Cornwallis, Queensbay Mall dan Pantai Batu Feringghi. Jadi, anda boleh merancang aktiviti untuk dilakukan bersama-sama keluarga atau rakan.

Alamat: Tunas Residensi, Medan Bayan, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Amari Spice


3. 2 Storey Terrace Taman Seri Anggun, Kampung Sungai Nibong

2 Storey Terrace Taman Seri Anggun, Kampung Sungai Nibong

Homestay di Bayan Lepas yang merupakan rumah teres 2 tingkat ini mempunyai banyak bilik yang luas dan selesa. Semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi. Jadi, ianya memang sesuai bagi anda yang datang dengan rombongan besar. Bilik-bilik tertentu turut mempunyai ruang tempat duduk untuk berehat selepas seharian yang sibuk. 

Selain itu, rumah ini turut dilengkapi dengan Wi-Fi, televisyen dan penghawa dingin. Dapur mereka turut dilengkapi dengan peralatan asas seperti pinggan mangkuk, cerek dan microwave. Anda pasti akan berasa selesa dengan pelbagai kemudahan disediakan semasa menginap di sini.

Homestay ini turut terletak di lokasi yang strategik. Bagi anda yang gemar membeli-belah, homestay ini berada di tengah-tengah antara Queensbay Mall dan Kompleks Bukit Jambul.

]Selain itu. antara tempat tarikan pelancong yang berdekatan adalah Tokong Ular dan Rainbow Skywalk Komtar. Tambahan pula, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hanya terletak kira-kira 5 km dari tempat penginapan ini.

Alamat: 35, Lebuh Pantai Jerjak 2, Kampung Sungai Nibong, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Taman Seri Anggun


4. Hasienda Homestay, Kampung Bukit

Hasienda Homestay, Kampung Bukit

Hasienda Homestay menyediakan 4 unit rumah untuk ditawarkan kepada pelanggannya. Setiap rumah mempunyai 3 bilik tidur berhawa dingin dan 2 bilik air. Keadaan bilik yang luas dan bersih akan memastikan anda selesa sepanjang penginapan di sini.

Selain itu, homestay ini menyediakan tempat letak kereta yang luas untuk anda secara percuma. Malah, homestay ini turut menyediakan beberapa kelengkapan asas yang pastinya dapat memudahkan urusan anda. Pemilik homestay ini juga sangat ramah dan sedia membantu anda. 

Jarak antara homestay ini dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hanyalah dalam 2 km. Selain itu, antara tempat tarikan pelancong yang berdekatan adalah Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang, Fort Cornwallis dan Queensbay Mall.

Alamat: Kampung Bukit, Mukim 11, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Hasienda


5. Nadrah Cottage, Kampung Masjid

Nadrah Cottage, Kampung Masjid

Nadrah Cottage, turut dikenali sebagai Homestay Batu Maung, menawarkan suasana kampung yang aman kepada para pelanggannya. Homestay mereka mempunyai 1 bilik yang dilengkapi dengan katil saiz king. Oleh itu, sangat sesuai bagi keluarga yang bersaiz kecil antara 3-5 orang. Tilam dan bantal extra juga disediakan jika anda memerlukannya.

Seterusnya, terdapat banyak restoran makanan yang berhampiran. Anda boleh bertanya kepada pemilik homestay untuk mendapatkan rekomendasi yang sedap dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, antara tempat tarikan pelancong yang berdekatan di sini adalah Akuarium Pulau Pinang (FRI Aquarium Batu Maung) dan Muzium Perang Pulau Pinang.

Alamat: 60, MK, 12, Batu Maung Hwy, Kampung Masjid, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Nadrah Cottage


Kami harap senarai ini dapat membantu anda mencari homestay di Bayan Lepas yang selesa dan sesuai dengan anda. Harga homestay boleh berubah-ubah mengikut musim, jadi pastikan anda memberi maklumat berkaitan semasa berurusan dengan pemilik homestay untuk mendapatkan harga yang terbaik.

Selain itu, disarankan untuk anda membuat tempahan awal kerana kebanyakan homestay yang disediakan adalah terhad.

Dah sampai Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di Pulau Mutiara ini. Jom lihat artikel kami tentang 6 Perkhidmatan Van Sewa untuk Meneroka Pulau Pinang. Selamat bercuti!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Homestay di Balik Pulau yang Boleh Anda Cuba!

Balik Pulau terletak di negeri Pulau Pinang yang mana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat padat dan menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja...

Top 10+ Kereta Sewa di Penang Yang TERBAIK & Murah

Pulau Pinang atau dipanggil Penang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi. Antara tempat menarik di Penang seperti Pantai...

6 Perkhidmatan Van Sewa untuk Meneroka Pulau Pinang

Penggunaan van sewa Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya pada musim cuti persekolahan. Maklumlah, Pulau Pinang mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti...

Bukit Bendera Pulau Pinang – Apa yang menarik di sini

Anda belum bercuti sehabisnya ke Penang kalau masih belum menjejakkan kaki ke Bukit Bendera (Penang Hill). Itulah kata-kata yang sering menjadi halwa telinga kita...

Padang Kota Lama – Destinasi Lepak Santai di Penang

Padang Kota Lama merupakan satu tempat santai yang sesuai untuk anda berkunjung bersama keluarga ketika melancong di Penang. Destinasi ini merupakan sebuah padang terbuka...

Kedai Jeruk Madu Pak Ali – Destinasi Beli Buah Tangan Penang Terbaik

Sekiranya anda melancong ke Penang dan ingin mencari buah tangan yang sinonim dengan orang Penang untuk dibawa balik ke rumah, salah satu destinasi menarik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x