Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

11 Homestay Penang Macam Berada Di Luar Negara

Pulau Pinang atau singkatannya Penang, merupakan sebuah negeri yang sering menjadi tumpuan para pelancong, bukan sahaja daripada dalam negara, malah pelancong asing yang hadir ke Malaysia. Terkenal dengan Nasi Kandar, Penang menjadi destinasi pilihan mereka yang gemar ‘food hunting’, lebih-lebih lagi dengan adanya banyak kafe yang menyediakan hidangan yang berbagai. Sebut sahaja tentang Penang, ramai akan terfikir untuk menaiki feri dan berjalan di kawasan tepi laut. Oleh itu, pengunjung yang datang ke Penang semestinya memerlukan tempat penginapan yang dekat dengan kawasan-kawasan tumpuan tersebut. Homestay terutamanya, mendapat tempahan yang banyak daripada mereka yang datang dari negeri lain.

Disebabkan populariti negeri Penang, banyak homestay menawarkan penginapan yang besar dan serba lengkap. Jadi, kami menyediakan satu senarai dengan 13 buah homestay di sekitar Penang yang boleh anda baca sambil membuat keputusan. Tanpa melengahkan masa lagi, marilah lihat senarai homestay yang kami sediakan khas buat pembaca Cari Destinasi.

13 Homestay Ideal di Penang


1. Sunrise Gurney Homestay

Buat mereka yang mahukan homestay yang menawarkan sebuah kolam renang untuk digunakan secara percuma, Sunrise Gurney Homestay mungkin menjadi pilihan. Selain Wi-fi dan tempat letak kereta peribadi yang percuma, host turut menyediakan kemudahan gim untuk tetamu yang gemar bersenam. Antara kawasan-kawasan tarikan yang terdekat dengan tempat penginapan ini ialah Rainbow Skywalk dan Muzium Wonderfood sejauh 2.7 kilometer dan juga 1st Avenue Penang sejauh 3 kilometer. Dengan adanya CCTV yang berfungsi di semua kawasan sekitar homestay, tetamu akan berasa selamat sepanjang menginap.

Antara 18 unit yang boleh ditempah di Sunrise Gurney Homestay semuanya mempunyai pendingin hawa di seluruh rumah, dan setiap unit mempunyai satu bilik air dengan kelengkapan mandian percuma. Sudah semestinya homestay ini memudahkan urusan-urusan tetamunya.

Alamat: 68-15-7, Sunrise Gurney, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-670 8017

Whatsapp Sunrise Gurney Homestay


2. Stay SongSong Mount Erskine

Di Stay SongSong Mount Erskine, tetamu akan mendapat 2 bilik air dan 3 buah bilik tidur, di mana host telah menyediakan 1 bilik dengan katil berkembar dan 2 lagi bilik dengan katil ‘double’. Jika tetamu hadir dengan jumlah yang banyak, anda boleh meminta satu tilam tambahan tanpa dicaj. Rumah yang dijadikan homestay ini merupakan rumah tinggalan perang, dan menawarkan pemandangan mercu tanda Pulau Pinang yang indah. Walaupun namanya homestay, namun host turut mempunyai kafe yang boleh tetamu lawati untuk mendapatkan sarapan pagi. Dengan hanya berjalan kaki, tetamu dapat melihat mural-mural seni sekitar homestay yang sesuai dijadikan tempat mengambil gambar.

Alamat: 15, Erskine Grove, Taman Teguh, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-551 2455

Whatsapp Stay SongSong Beach Street


3. 23 LoveLane

Homestay yang diberikan nama 23 LoveLane ini sudah semestinya antara tempat penginapan yang sangat prihatin terhadap keperluan semua orang. Ini kerana, di dalam homestay terdapat bilik air yang kelilingnya diletakkan pemegang untuk mereka yang sukar berjalan dan berdiri. Selain itu, disediakan juga kerusi roda buat mereka yang memerlukannya, sememangnya memudahkan tanpa perlu membawa keperluan dari rumah. Di dalam homestay juga, terdapat permainan papan dan ‘puzzle’ sebagai hiburan para tetamu. Dalam jarak kurang 5 kilometer, tetamu boleh ke restoran-restoran seperti Kesum Art Restaurant dan Stewart Lane.

Mereka ada menyediakan beberapa jenis penginapan mengikut kapasiti anda. Ada yang 1 bilik sehingga 3 bilik tidur. Di setiap bilik juga terdapat dapur kecil yang boleh anda gunakan serta akses Wifi.

23 LoveLane menawarkan kemudahan untuk bermesyuarat dan juga dewan bankuet untuk majlis-majlis. Untuk mereka yang bekerja, boleh juga menggunakan servis fotostat dan faks di sini, termasuk juga kemudahan perpustakaan.

Alamat: 23, Lorong Love, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 04-262 1323


4. RumahKu Georgetown

Daripada Komtar dan 1st Avenue Penang, RumahKu Georgetown hanya terletak 500 meter daripada pusat-pusat beli-belah tersebut. Oleh itu, bolehlah tetamu berulang-alik daripada homestay ke tempat-tempat tersebut tanpa mengharungi perjalanan yang jauh. Untuk kegunaan tetamu, host telah menyediakan set barbeku dan juga menu sarapan pagi untuk dinikmati oleh semua yang menginap secara layan diri. Sepanjang menginap, tetamu bolehlah menggunakan penapis air Panasonic untuk air yang dijamin bersih.

Host di homestay sendiri menggalakkan tetamu mereka bertanya untuk ke tempat-tempat makan yang menyajikan makanan lazat. Untuk yang menempah di sini, anda akan mendapat pilihan 5 buah bilik tidur dengan 1 bilik air peribadi, di mana terdapat 6 buah katil bersaiz queen semuanya, 1 katil single dan 1 katil sofa. Penginapan ini memang sangat cantik, kemas dan moden.

Alamat: 37, Lebuh Noordin, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-275 1128


5. Maritime Suites by Comfy Homestay

Penilaian 9.6 daripada 10 yang diterima Maritime Suite daripada Booking.com menunjukkan homestay ini mempunyai staf yang sangat membantu dan juga keselesaan serta kebersihan sekitar rumah. Homestay ini menawarkan bilik tidur bersifat terbuka tanpa bilik dan 2 buah bilik air peribadi. Di tingkat bawah homestay, banyak restoran-restoran yang tetamu boleh pergi hanya dengan berjalan kaki. Antaranya termasuklah McDonald’s, restoran masakan Cina, restoran Thai dan juga mamak. Tetamu dari pelbagai bangsa amatlah dialu-alukan, lebih-lebih lagi dengan kefasihan staf bertutur dalam bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Kantonis dan Indonesia.

Untuk yang membawa bayi, jangan risau kerana homestay mempunyai kerusi tinggi yang boleh digunakan bayi ketika makan. Selain mendapat pemandangan laut, mereka yang suka berjoging bolehlah berbuat demikian bersebelahan laut yang nyaman.

Alamat: 29B, 4-2, Persiaran Karpal Singh 2, 11600 George Town, Pulau Pinang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 01110811589


6. MS Orked Homestay Penang

MS Orked Homestay merupakan inap desa yang khas didirikan untuk tetamu Muslim. Dengan rumah yang luas, homestay ini mampu menampung 20 orang tetamu dalam satu masa. Oleh kerana saiznya, jumlah bilik tidur kesemuanya adalah 5 buah, di mana katil-katilnya semua sekali dapat memuatkan 16 orang. Yang seronoknya di sini, anda boleh menggunakan kelengkapan karaoke bagi menyanyi bersama dengan ahli keluarga, ataupun mengakses Android Box bagi tujuan menonton filem di aplikasi seperti Netflix. Di ruang tamu tersedia set sofa bed bagi seluruh ahli keluarga gunakan sewaktu bersosial. 5 buah bilik air di MS Orked Homestay Penang mempunyai gel mandian sendiri.

Untuk menikmati juadah, anda boleh ke restoran Faiz Burger, Nor Bee Nasi Melayu atau restoran makanan segera Burger King dan KFC, semuanya berjarak tidak lebih 5 kilometer. Kelengkapan barbeku juga turut disediakan.

Alamat: Jalan Seri Tg Pinang, Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-777 4732


7. iBook Gurney Suites

Tetamu yang mahu menempah di iBook Gurney Suites boleh memilih daripada 7 jenis bilik, di mana jumlah penginap yang boleh dimuatkan dalam satu masa adalah antara 4 hingga 40 orang. Di dalam bilik air sedia ada, tetamu akan mendapat kelengkapan mandian percuma dan di dapur pula, terdapat kelengkapan pembersihan buat mereka yang berasa perlu untuk mencuci dapur secara kerap. Selain itu, tuala mandi turut disediakan, maka tetamu tidak perlu memenuhkan beg untuk membawa tuala. Jika anda mahu mengadakan barbeku, di homestay terdapat taman cantik khas untuk tujuan tersebut. Untuk ke Wendy’s Burger dan melalui Gurney Drive, perjalanan hanyalah sejauh 100 meter.

iBook Gurney Suites mengalu-alukan semua tetamu, tidak kiralah jika anda mahu menginap sekejap sahaja ataupun untuk jangka masa yang lama. CCTV dan kawalan keselamatan ada di sini, jadi pastinya keselamatan anda terjamin.

Alamat: 18, Tingkat Kelawai, George Town, 10250 George Town, Pulau Pinang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 018-788 9880

Whatsapp iBook Gurney Suites


8. Homestay AlFaizin

Homestay AlFaizin dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur, dengan 5 katil bersaiz queen dan 3 katil bersaiz single kesemuanya. Terdapat 3 buah bilik air di dalam rumah dan host telah menyediakan kelengkapan mandian dan tuala khas buat tetamunya. Dengan adanya mesin basuh automatik, bolehlah tetamu membasuh dulu pakaian yang telah dipakai sebelum pulang ke rumah. Yang bagusnya, host masih menerima tempahan pada hari bekerja apabila tiba musim cuti. Tempat-tempat makan yang berada berdekatan homestay termasuklah Danish Lee Muslim Restaurant, Melor Cafe dan McDonald’s.

Untuk keluarga yang perlukan tempat penginapan sewaktu menghantar anak ke UiTM Penang, universiti tersebut hanyalah berjarak 1 kilometer daripada Homestay AlFaizin. Selain itu, dalam jarak 1 kilometer juga tetamu boleh menjumpai Mydin, surau dan klinik.

Alamat: 8, Lorong Pauh Jaya 4/4, Taman Pauh Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Phone: 011-1853 4742


9. Juma Homestay

Homestay ini mempunyai 2 unit yang terletak bersebelahan, di mana satu-satu unit boleh memuatkan 10 hingga 20 orang dalam satu masa. Di Juma Homestay, anda akan diberikan 4 buah bilik tidur, yang semuanya mempunyai pendingin hawa. Dengan caj tambahan, tetamu boleh menggunakan kelengkapan barbeku ataupun mengadakan sambutan hari jadi di homestay. Buat tetamu yang menginap selama 3 hari dan 2 malam, anda dibenarkan melakukan majlis secara kecil-kecilan seperti majlis pertunangan. Juma Homestay menyediakan 3 buah bilik air, yang semestinya cukup untuk digunakan tetamu yang ramai.

Untuk pergi bersiar-siar sambil menginap di homestay, anda boleh sampai ke Muzium Perang, Muzium 3D Art dan juga Bukit Bendera dalam 15 minit. Dalam 5 minit perjalanan, anda boleh menjumpai 7Eleven, klinik dan juga Giant Bayan Baru.

Alamat: 5, Lintang Bayan 11, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-1442 9903

Whatsapp Juma Homestay


10. Hnz Homestay

Homestay ini telah dilengkapkan dengan bukan satu, tetapi tiga buah kolam renang untuk digunakan tetamunya. Satu kolam renang dibina khas untuk golongan dewasa, manakala dua lagi dibina untuk kanak-kanak yang mana satu daripadanya mempunyai kelengkapan seperti di taman tema air. Selain daripada kolam renangnya, pihak host turut menyediakan dewan dan khemah untuk tetamu yang mahu mengadakan apa-apa majlis. Jika anda mahu menbuat kenduri, tempah sahaja daripada pihak homestay. Berada 3 minit dari Petronas dan UiTM Penang, sudah pasti Hnz Homestay berada di lokasi sangat strategik. Tetamu yang mahukan hidangan lazat boleh pergi ke Polkadot Steamboat atau Shahida Kitchen yang boleh ditemui dalam 1 minit.

Hnz Homestay menawarkan harga tetap, tidak kiralah sama ada ianya musim cuti sekolah ataupun hari biasa. Homestay ini mempunyai 3 bilik dengan 2 bilik air, maka keluarga yang ramai bolehlah menempah lebih dari satu unit.

Alamat: Kampung Belah Dua, 13700 Permatang Pauh, Penang

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-705 6345

Whatsapp Hnz Homestay


11. Homestay Tok Ani

Sampai sahaja di Homestay Tok Ani, anda akan ditemukan dengan kolam renang yang cukup besar untuk digunakan satu keluarga. Untuk menggunakan kawasan dan peralatan barbeku yang disediakan host tetamu perlu membuat caj tambahan, tetapi berbaloilah untuk suasana yang meriah. Sambil anak-anak bersuka-ria di dalam kolam renang, ibu bapa dan sanak-saudara boleh berehat di gazebo yang berada di tepi kolam sambil bersembang atau sambil bakar-bakar. Dalam homestay ini, terdapat 2 bilik tidur dengan 1 bilik air yang mempunyai pancuran mandian. Kebanyakkan tetamu yang menginap di homestay ini mengadakan sambutan hari jadi yang digalakkan oleh pihak host.

Walaupun tempat penginapan ini hanyalah sebuah homestay, namun mereka mempunyai kaunter yang tersendiri sekiranya tetamu perlukan bantuan. Untuk membeli-belah anda boleh ke Sunway Carnival Mall sejauh 2 kilometer.

Alamat: 1970/1971, Jl. Permatang Janggus, Kampung Bagan Serai, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 010-511 8021

Whatsapp Homestay Tok Ani


Tidak hairan lagi, keputusan untuk datang ke Penang dan menempah homestay yang disenaraikan akan menjadi pengalaman yang terbaik buat anda, ahli keluarga dan kenalan. Sambil berehat, anda boleh menikmati keindahan pulau yang terulung di Malaysia. Maka, kedatangan anda dan penginapan di homestay tidak akan menjadi sia-sia.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Masjid Kapitan Keling – Masjid Bersejarah berusia 216 tahun di Penang

Pulau Pinang mempunyai banyak pengaruh budaya campuran dalam kalangan masyarakat Cina & juga India yang secara tidak langsung mempengaruhi senibina bangunan-bangunan di sini. Salah...

Top 10+ Kereta Sewa di Penang Yang TERBAIK & Murah

Pulau Pinang atau dipanggil Penang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi. Antara tempat menarik di Penang seperti Pantai...

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...

7 Homestay di Balik Pulau yang Boleh Anda Cuba!

Balik Pulau terletak di negeri Pulau Pinang yang mana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat padat dan menarik untuk dikunjungi. Bukan sahaja...

Muzium 3D Penang – Destinasi Riang Ria Kanak-Kanak di Penang

Bercuti ke tempat menarik di Penang bersama anak-anak sudah tentulah kita mencari destinasi yang akan membuatkan kanak-kanak seronok & ghairah sampai lupa nak balik. Salah...

Kereta Sewa Penang Yang Anda Mesti Cuba: Murah dan Selesa!

Sudah merancang itinerari percutian anda yang seterusnya? Bagaimana pula dengan mode pengangkutan anda? Sekiranya anda ingin ke Penang, apa kata anda ambil cara mudah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x