Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 10+ Kereta Sewa di Penang Yang TERBAIK & Murah

Pulau Pinang atau dipanggil Penang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi. Antara tempat menarik di Penang seperti Pantai Batu Feringghi, Penang Street Art, Penang hill, muzium-muzium dan sebagainya. Selain itu, Penang juga amat terkenal dengan makanan yang best terutamanya nasi kandar. Pengunjung boleh datang ke Penang dengan menaiki kapal terbang, pengangkutan awam atau kenderaan sendiri. Untuk pengalaman bercuti yang lebih selesa dan tenang di Penang, anda disarankan untuk menyewa kereta Penang agar perjalanan anda lebih mudah. Di sini kami senaraikan 13 kereta sewa Penang yang best untuk rujukan anda.

Kereta Sewa Best di Penang 


1.  Kereta Sewa Penang WS Tours

Kereta Sewa WS Tours

WS Tours adalah sebuah syarikat kereta sewa di Penang yang sangat mesra pengguna dan memberi perkhidmatan yang memuaskan. Mereka telah membantu ramai pengunjung dari Malaysia mahupun luar negara yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa di Penang. Dengan harga sewa yang menarik serta banyak promosi yang ditawarkan sudah tentu dapat menarik ramai pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Mereka akan sentiasa memastikan kereta yang akan disewakan kepada pelanggan dalam keadaan bersih, kemas dan yang paling penting adalah selamat untuk digunakan. Sebarang tempahan kereta sewa WS Tours boleh dilakukan sama ada melalui whatsapp ataupun tempahan secara atas talian di laman web mereka.

Alamat: 77 G19, Medan Mayang Pasir, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Instagram | Ulasan Bisnes | Phone: 017-4577114

Whatsapp WS Tours


2.  New Bob Rent-a-Car & Tours

Kereta Sewa New Bob Rent-a-Car

Kereta sewa New Bob yang terletak di George Town, Pulau Pinang telah beroperasi dan mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan kereta sewa lebih dari 30 tahun. Syarikat ini yang mementingkan kepuasan pelanggan serta keselamatan pengguna menjadikannya lebih maju dalam bidang ini. Telah banyak feedback positif dari pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka. Antara kelebihan menyewa kereta dengan New Bob adalah, anda boleh meminta pemandu tambahan jika memerlukan dan tiada bayaran yang akan dikenakan. Best, kan? Jadi, tak perlu risau jika anda berasa letih untuk memandu. Selain perkhidmatan kereta sewa, mereka juga menyediakan pakej percutian di Penang. Sangat memudahkan urusan bagi anda yang merancang untuk bercuti di Penang.

Sekiranya anda berminat menggunakan perkhidmatan mereka, anda boleh segera menghubungi mereka melalui pautan di bawah. Pembayaran secara atas talian adalah disarankan kerana anda boleh mendapat diskaun. Lebih jimat!

Alamat: 11, Jalan Gottlieb, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 8am – 10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-4725577

Whatsapp New Bob Rent-a-Car 


3. Penang Luxury MPV Car Rental

Wahhh nama kereta sewa pun bukan biasa biasa ni. Penang Luxury MPV Car Rental atau dikenali juga sebagai Kereta sewa Mewah Penang, menyediakan servis sewa kereta yang tiptop dan boleh dikatan high class. Kereta-kereta mewah seperti McLaren, Panamera, Bentley dan lain-lain boleh didapati di sini. Sewa kereta mewah ini sesuai bagi majlis istimewa, majlis kahwin dan sangat cantik serta nampak mewah untuk bergambar. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai kereta sewa jenis kompak, hatchback seperti Axia, Myvi, Honda dan banyak lagi. Terdapat banyak pilihan kereta sewa anda boleh dapatkan di kedai mereka.

Sekiranya berminat, boleh hubungi mereka pada bila-bila masa untuk tempahan segera. Jangan risau tentang servis mereka, kerana sudah banyak feedback positif dari pelanggan.

Alamat: Level 1, Lemon Inn Counter, 108A/B, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Taman Green Lane, 11600 George Town, Pulau Pinang.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-4106262

Whatsapp Penang Luxury MPV


4.  Asiastar Adventures Car Rental

Kereta Sewa Asiastar Adventures

Asiastar Adventure menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan mempunyai jenis kereta saiz kecil seperti Perodua Axia sehingga kereta saiz besar seperti Proton Exora. Testimonial mengatakan servis mereka sangat bagus kerana keadaan kereta yang bersih dan selamat untuk digunakan. Selain itu, harga yang berpatutan juga menarik minat pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Mengenai urusan pickup dan drop off, anda hanya perlu memberitahu lokasi anda dan mereka akan pergi ke destinasi tersebut.

Sebarang pertanyaan atau persoalan boleh dituju kepada khidmat pelanggan mereka melalui nombor di bawah. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka, anda boleh layari laman web mereka di pautan di bawah untuk membuat tempahan.

Alamat: 91A Lebuh Muntri, 10200, Georgetown, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu 9am – 6pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 016-4449977

Whatsapp Asiastar Adventures


5.  SB Rent Car Services

Kereta Sewa SB Rent Car

SB Rent Car Service sangat menepati masa dengan pelanggan mereka. Waktu untuk pick up dan drop off kereta sewa yang ditetapkan oleh pelanggan, mereka akan tiba tepat pada masanya. Hal ini amat penting dalam menjaga kepuasan dan memberikan servis terbaik kepada pelanggan. Mereka juga akan memastikan kereta sewa berada dalam keadaan yang bersih dan tiptop sebelum memberikan kepadan penyewa. Anda dijamin akan berasa tenang dan selesa menggunakan perkhidmatan SB Car Rent. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan berbaloi.

Untuk menghubungi mereka, anda boleh menekan link Whatsapp di bawah ini. Mereka akan segera memberi respon atas pertanyaan anda. Staf mereka juga sangat mesra dan sentiasa memberikan servis terbaik.

Alamat: 7A-G12, Jalan Seri Tanjung Pinang 3, Seri Tanjung Pinang, 10470 Tanjung Bungah, Pulau

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9am – 5pm, Jumaat 9am – 5.30pm

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 019-4222904

Whatsapp SB Rent Car


6.  Century Cars

Century Cars

Century Cars adalah syarikat sewa kereta berlesen dan telah beroperasi lebih dari 10 tahun di Penang. Pelbagai jenis kereta sewa yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda. Mereka mempunyai jenis kereta kompak, sedan, MPV dan SUV. Sistem di laman web mereka untuk sebarang tempahan juga amatlah mudah dan efisien. Feedback dari pelanggan juga mengatakan servis dari Century Cars ini memang terbaik. Mereka akan memastikan kereta dalam keadaan yang baik dan bersih sebelum diserahkan kepada pelanggan agar mereka berasa selesa dan berpuas hati. Sebarang urusan boleh hubungi mereka untuk pertanyaan lebih lanjut.

Alamat: Business Center, 98-2-31b, Jalan Fettes, Prima Tanjung Business Centre, 10470 Tanjung Tokong, Penang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat 9am – 6pm, Sabtu 9am – 2pm, Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-5211000

Whatsapp Century Cars


7.  Green Matrix Car Rental

Kereta Sewa Green Matrix

Kereta sewa Green Matrix merupakan di bawah naungan syarikat Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat ini berpusat di Bayan Lepas, Penang yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Jika anda memerlukan kenderaan untuk percutian di Penang ataupun serata Malaysia, sewa kereta untuk beberapa hari atas urusan tertentu, Green Matrix adalah pilihan yang tepat untuk anda. Tempahan yang pantas dan mudah semestinya melancarkan perancangan perjalanan anda dan menjimatkan masa. Keselesaan dan keselamatan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa adalah keutamaan mereka.

Tempahan kereta sewa secara atas talian beroperasi 24 jam. Anda boleh tempah pada bila-bila masa yang diinginkan dengan mudah, pantas dan efisien di laman web mereka yang boleh didapati di pautan di bawah. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh juga hubungi di nombor berikut.

Alamat: 38, Jalan Intan Delima 1, Taman Intan Delima, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 012-8290755

Whatsapp Green Matrix


8.  J.C. Rent-A-Car Penang

Kereta Sewa J.C. Car Rental

Antara perkhidmatan kereta sewa yang terbaik di Penang ialah J.C. Rent-A-Car Penang. Mereka menawarkan harga kereta sewa Penang dan servis yang terbaik untuk pelanggan mereka. Sekiranya anda datang ke Penang dengan kapal terbang, anda boleh terus mendapatkan kereta sewa di lapangan terbang. Oleh itu, anda dapat menjimatkan masa untuk pergi ke destinasi yang seterusnya. Selain perkhidmatan kereta sewa, mereka juga mempunyai pakej lawatan ke tempat menarik di Penang. Bagi memudahkan lagi perjalanan anda, mereka juga menyediakan perkhidmatan sewa van berserta pemandu untuk melawat tempat-tempat menarik.

Alamat: No. 26 Solok Rajawali 1, Ideal Haus @ One Residence, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad 9am – 11pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 013-231 6681

Whatsapp J.C. Rent-A-Car Penang


9.  Filia Penang Car Rental

Kereta Sewa Filia Penang Car Rental

Filia Penang menawarkan harga kereta sewa yang berpatutan dan sesuai untuk pelajar atau yang masih belum mempunyai pendapatan tetap. Walaupun harga perkhidmatan mereka murah dan berpatutan, servis yang diberikan oleh syarikat ini sangat bagus dan memuaskan. Mereka mementingkan kebersihan dan keselamatan kereta agar pelanggan dapat pengalaman yang pasti menyeronokkan dan selesa. Bagi lokasi pickup dan drop off, anda boleh memberitahu lokasi dan masa mengikut kesesuaian anda. Sekiranya anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka, anda boleh whatsapp nombor di bawah. Staf mereka akan segera respon atas pertanyaan anda.

Alamat: Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Bayan Lepas, 11900 Penang

Waktu Operasi: Isnin – Khamis 8am – 9pm, Jumaat – Ahad buka 24 jam

Lokasi | Ulasan Bisnes | Phone: 013-4351973

Whatsapp Filia Penang Car Rental


10.  Suria Car Rental Penang

Kereta Suria Car Rental

Suria Car Rental mempunyai laman web bagi memudahkan urusan tempahan dan pembayaran kereta sewa. Di laman web mereka anda hanya perlu memilih tarikh dan masa, lokasi pick up dan drop off pilihan anda serta jenis kereta, buat pembayaran dan siap! Mereka menjanjikan kereta sewa yang selesa dan selamat kepada pelanggan mereka. Jadi, anda boleh memandu dengan tenang sahaja di Penang. Terdapat banyak pilihan jenis kereta yang anda boleh pilih mengikut citarasa dan kesesuaian. Mereka mempunyai kereta jenis kompak, sederhana, MPV, SUV, van dan lain-lain. Yang mana satu menjadi pilihan anda? Segera layari laman web di pautan di bawah untuk tempahan atau whatsapp mereka untuk pertanyaan lebih lanjut.

Alamat: 15567, Jalan Sultan Azlan Shah, Sg Tiram, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 016-4823074

Whatsapp Suria Car Rental


11. AZ Pinnacle Auto

Kereta Sewa Murah Penang AZ Pinnacle Auto, Bayan Lepas

Lokasi mereka yang berdekatan dengan lapangan terbang menjadikannya tempat yang popular untuk menyewa kenderaan. Jadi bagi anda yang datang ke Pulau Pinang menggunakan kapal terbang, bolehlah mencari kenderaan di sini. Selain itu, servis penghantaran kenderaan di sekitar Pulau Pinang turut disediakan. 

Mereka menawarkan pelbagai jenis pilihan kenderaan, jadi anda boleh pilih mana yang sesuai dan selesa bagi anda. Antara kenderaan yang disediakan ialah Alphard, Vellfire, Starex dan Toyota Hiace. Kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan terbaik, bersih dan wangi. Jadi, anda boleh berjalan-jalan di Pulau Pinang dengan selesa. 

Anda hanya perlu Whatsapp mereka untuk membuat tempahan dan segala urusan akan dilakukan dengan cepat dan efisien. Anda juga disarankan untuk melakukan tempahan dengan awal terutamanya pada musim perayaan. Jangan khuatir, harga van sewa Pulau Pinang mereka sangat berpatutan dan pasti akan memuaskan hati. 

Alamat: Lintang Bayan 2 Taman Tunas Muda, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Telefon: 017-764 4262

WhatsApp AZ Pinnacle Auto


 

12. Sewa VAN/MPV/STAREX Murah Penang

Sewa VANMPVSTAREX Murah Penang, Gelugor

Mereka menyediakan perkhidmatan van sewa untuk perjalanan sekitar Pulau Pinang, perjalanan dalam Malaysia, perjalanan ke Thailand, rombongan perkahwinan, rombongan kerja dan bermacam-macam lagi. Mereka turut menyediakan perkhidmatan pemandu jika anda memerlukannya. 

Pemandu mereka terlatih dan cekap dengan jalan raya di Malaysia dan Thailand. Jadi, anda tidak perlu pening memikirkan jalan yang perlu diambil untuk ke destinasi anda. Anda hanya perlu memberitahu mereka destinasi yang anda mahu pergi dan anda boleh berehat sepanjang perjalanan. 

Antara pilihan kenderaan yang disediakan di sini ialah Toyota Hiace, Nissan Urvan, Starex dan Avanza. Jadi, anda boleh pilih kenderaan yang bersesuaian dengan keperluan. Kenderaan yang disediakan diselenggara dengan baik dan dijamin bersih. Malah, hal ini dipandang serius untuk menjamin keselesaan anda!

Staf mereka sangat friendly, senang berurusan dan sangat bertoleransi. Jika anda mengalami masalah dalam tempoh sewaan, anda boleh terus hubungi mereka untuk bantuan. Mereka akan memberi response dengan pantas dan sedia membantu pada bila-bila masa. Harga perkhidmatan mereka juga sangat berpatutan dan pasti berbaloi. 

Alamat: Sungai Dua, Lengkok Nipah 3, Halaman Kenanga, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Telefon: 016-485 4325

WhatsApp Sewa Van Murah Penang


13. Kereta Sewa Bertam

Kereta Sewa Bertam, Kepala Batas

Kereta Sewa Bertam ini dikendalikan di bawah syarikat SCR Car Rental. Mereka menyediakan perkhidmatan kereta sewa kepada pelanggan di Pulau Pinang dan Kedah. Mereka menawarkan pelbagai jenis kenderaan seperti kereta kompak, MPV dan van sewa Pulau Pinang untuk kemudahan anda. Antara jenama kenderaan yang disediakan ialah Alphard, Vellfire, Toyota Hiace, Nissan Urvan dan Placer X.

Anda boleh menempah kenderaan melalui WhatsApp atau dalam talian. Mereka akan memberi response dengan cepat. Segala urusan tempahan juga akan dilakukan dengan pantas dan efisien.

Kereta mereka semuanya diselenggara dengan baik dan bersih. Jadi, anda boleh menggunakan mana-mana van sewa Pulau Pinang mereka tanpa was-was. Mereka turut menawarkan sokongan 24 jam dalam tempoh sewaan. Jika anda memerlukan sesuatu, anda hanya perlu hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan. 

Alamat: 24, Lorong Bertam Bestari 13, Bertam Perdana 5, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Telefon: 013-405 7539

WhatsApp Kereta Sewa Bertam


 

 

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium 3D Penang – Destinasi Riang Ria Kanak-Kanak di Penang

Bercuti ke tempat menarik di Penang bersama anak-anak sudah tentulah kita mencari destinasi yang akan membuatkan kanak-kanak seronok & ghairah sampai lupa nak balik. Salah...

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...

5 Homestay di Bayan Lepas yang Patut Anda Cuba!

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Selain itu, ia merupakan hub perindustrian Pulau Pinang dan dikenali dengan Zon Bebas Perindustrian....

57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong

Syurga makanan. Itulah yang boleh disimpulkan dengan Pulau Pinang. Sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal...

6 Perkhidmatan Van Sewa untuk Meneroka Pulau Pinang

Penggunaan van sewa Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya pada musim cuti persekolahan. Maklumlah, Pulau Pinang mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti...

Masjid Kapitan Keling – Masjid Bersejarah berusia 216 tahun di Penang

Pulau Pinang mempunyai banyak pengaruh budaya campuran dalam kalangan masyarakat Cina & juga India yang secara tidak langsung mempengaruhi senibina bangunan-bangunan di sini. Salah...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x