Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Kereta Sewa Penang Yang Anda Mesti Cuba: Murah dan Selesa!

Sudah merancang itinerari percutian anda yang seterusnya? Bagaimana pula dengan mode pengangkutan anda? Sekiranya anda ingin ke Penang, apa kata anda ambil cara mudah dengan mendapatkan kereta sewa Penang.

Dengan kereta sewa Penang, anda tidak perlu lagi bersusah-payah menggunakan pengangkutan awam yang selalunya sesak dengan orang ramai. Tambahan pula, anda juga akan mendapat lebih banyak kebebasan untuk berkunjung ke destinasi yang diidamkan.


Kereta Sewa Penang daripada Festive Travels

Festive Travels merupakan antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan kondisi yang tip-top, selesa, dan semestinya bersih. Bukan itu sahaja, staf yang responsif dan peramah juga ada untuk menjawab segala persoalan anda. 

Rata-rata pelanggan mereka sangat berpuas hati dengan layanan serta kereta sewa yang disediakan. Misalnya, sebelum menyerahkan kereta kepada anda, mereka akan menerangkan sistem, aplikasi, serta ciri-ciri kereta yang anda sewa. 

Buat anda yang ingin turun di Penang International Airport, jangan risau! Festive Travels turut menawarkan perkhidmatan pick up di lapangan terbang (RM15–RM30) serta di Kawasan bandar Georgetown (RM30–RM50). Servis pickup oleh staf ini dikatakan sangat cepat dan cekap. Memang amat mudah dan menyenangkan!

Festive Travels

Alamat: 77- 01, 12, Medan Mayang Pasir, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 7.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 0174577114 

WhatsApp Festive Travels


Senarai Harga Kereta Sewa Penang 2023

Anda suka kereta yang mana? Tak perlu pening-pening, hanya tepuk dada dan tanya selera. Dengan jaminan harga promosi, anda pasti jumpa kereta sewa pilihan hati yang menepati keperluan anda. 

Di sini, kami sertakan senarai harga kereta sewa Penang yang ditawarkan oleh Festive Travels.

Model Kereta

Harga

1 Hari 3 Hari

1 Minggu

Nissan Urvan (M) RM400 RM1050 RM2200
Hyundai Starex Premium (A) RM375 RM1000 RM2200
Peugeot 5008 Turbo (A) RM240 RM700 RM1450
Proton Exora Turbo (A) RM220 RM600 RM1350
Proton Exora (A) RM180 RM510 RM1150
Perodua Alza (A) RM165 RM480 RM1050
Nissan Almera (A) RM175 RM500 RM1100
Proton Persona (A) RM140 RM405 RM875
Perodua Bezza (A) RM140 RM360 RM800
Proton Saga (A) RM115 RM330 RM700
Perodua Myvi SE (A) RM115 RM330 RM700
Perodua Myvi (A) RM115 RM330 RM700
Perodua Axia (A) RM95 RM285 RM600

Walaupun harga kereta sewa Penang telah disenaraikan di atas, anda masih boleh meminta diskaun dengan menghubungi mereka melalui telefon. Festive Travels sentiasa berusaha untuk memberikan anda harga yang terbaik. Yang penting, call dulu, baru tahu! 

Deposit serendah RM150 diperlukan untuk setiap kereta sewa. Deposit tersebut akan dipulangkan selepas tempoh sewa jika kereta berada dalam kondisi yang baik. Kos petrol ditanggung oleh penyewa, dan penalti sebanyak RM10–RM15 sejam akan dikenakan jika kereta lambat dipulangkan. 


Tempat Yang Wajib Anda Lawati di Penang

Sebut sahaja mengenai Penang, pasti terbayang-bayang variasi tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kini, anda sudah ada kereta sewa Penang. Jadi, senanglah untuk anda dan yang tersayang ronda-ronda Penang yang penuh dengan tarikan tersendiri!

 Antara lokasi best yang boleh anda pergi termasuklah:

  • The Top Komtar
  • Bukit Bendera (Penang Hill) & The Habitat
  • Pantai Batu Ferringhi
  • Street Art Penang
  • Fort Cornwallis
  • Penang 3D Trick Art Museum
  • P Ramlee House Museum
  • Kuil Kek Lok Si
  • Entopia by Penang Butterfly Farm
  • Tropical Fruit Farm

Jika anda nak tahu lebih banyak destinasi percutian di Penang, bacalah artikel 57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong untuk dapatkan peta lokasi dan informasi penting. 

Sinonim dengan nama syurga makanan, rugilah jika anda ke Penang tetapi tidak mencuba variasi hidangan enak yang ada di sini. Klik artikel 50+ Tempat Makan Best di Penang Paling TOP Untuk Pelancong untuk maklumat lanjut. Tidak lupa juga, carilah homestay Penang ideal yang serba lengkap untuk menginap semasa percutian anda. 

Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang percutian dengan bijak. Apa tunggu lagi? Datanglah ke Penang dan dapatkan kereta sewa Penang daripada Festive Travels untuk memudahkan perjalanan anda nanti. Selamat bercuti!

 

5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

5 Homestay di Bayan Lepas yang Patut Anda Cuba!

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Selain itu, ia merupakan hub perindustrian Pulau Pinang dan dikenali dengan Zon Bebas Perindustrian....

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...

11 Homestay Penang Macam Berada Di Luar Negara

Pulau Pinang atau singkatannya Penang, merupakan sebuah negeri yang sering menjadi tumpuan para pelancong, bukan sahaja daripada dalam negara, malah pelancong asing yang hadir...

Kota Cornwallis – Kubu Bersejarah Pulau Pinang

Antara tempat bersejarah di Pulau Pinang yang popular yang sering kali menjadi kunjungan pelancong adalah Kubu Cornwallis yang dipercayai berusia lebih 200 tahun. Fort...

Bukit Bendera Pulau Pinang – Apa yang menarik di sini

Anda belum bercuti sehabisnya ke Penang kalau masih belum menjejakkan kaki ke Bukit Bendera (Penang Hill). Itulah kata-kata yang sering menjadi halwa telinga kita...

6 Perkhidmatan Van Sewa untuk Meneroka Pulau Pinang

Penggunaan van sewa Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya pada musim cuti persekolahan. Maklumlah, Pulau Pinang mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x