Isi Kandungan
Batu Ferringhi, terkenal dengan sebuah tempat dan pekan yang dikelilingi oleh pantai yang cantik dan membiru. Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan warisan dan sering menjadi tumpuan pelancong yang datang apabila bercuti ke Pulau Pinang. Penginapan homestay di area Batu Ferringhi ini pasti akan memberi pengalaman yang menarik buat anda yang datang. Dalam artikel ini, akan akan terokai 10 penginapan homestay yang menarik di Batu Ferringhi. Semoga bermanfaat!
10 Homestay Menarik di Batu Ferringhi
1. HUPO Guest Room, Jalan Bayu
HUPO Guest Room ini merupakan rumah banglo yang menawarkan unit bilik yang berbeza mengikut saiz dan kemudahan yang berbeza. Anda boleh membuat pilihan mengikut harga dan kemampuan anda.
Homestay ini dilengkapi dengan perabot yang lengkap dan memberi keselesaan dan kemewahan kepada pengunjung yang datang menginap. Selain itu, homestay ini turut menyediakan kemudahan kolam renang untuk anda meluangkan masa melakukan aktiviti bersama yang tersayang di bila waktu lapang.
Lokasinya juga yang terletak kira-kira 200m dari pantai Batu Ferringhi, memberikan anda pengalaman untuk berjalan santai mengambil angin petang di kawasan berhampiran. Seronok kan? Bolehlah anda cuba untuk menginap di sini sekiranya datang bercuti di Batu Ferringhi.
Alamat: Â No 22, Jalan Bayu, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
 2. Batu Ferringhi Homestay Landed, Sungai Emas
Bagi anda yang bercuti dan membawa keluarga serta rakan yang ramai, rumah ini sangat sesuai dijadikan sebagai rumah penginapan di Batu Ferringhi. Rumah mewah 3 tingkat ini menawarkan 5 buah bilik tidur dan 5 bilik air serta 1 jakuzi, menjadikan percutian anda menjadi lebih mewah dan menarik.
Antara tarikan lain di homestay ini adalah homestay ini mempunyai kolam renang yang besar di dalam halaman rumah dan bertutup. Anda boleh bermandi manda tanpa risau dengan keadaan keliling kerana ianya memberikan privasi kepada anda sekeluarga.
Sekiranya bosan di malam hari, anda boleh membuat aktiviti seperti karaoke bersama rakan-rakan atau keluarga anda sambil berehat di kerusi rehat elektronik yang telah disediakan. Seronok, kan?
Alamat: Â 16, Jalan Sungai Emas 4, Kawasan Perumahan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan
 3. Eden Cosy Living, Lengkok Sungai Emas
Terletak 1.5 km dari pantai Batu Ferringhi dan 10 km dari bandar Batu Ferringhi, homestay ini menawarkan pelbagai kemudahan lengkap seperti wifi, bilik penghawa dingin, akses ke tempat-tempat menarik dan sebagainya.
Kedudukannya yang strategik memudahkan dan menjimatkan masa anda sekiranya anda menginap di sini. Ini disebabkan kerana homestay ini berdekatan dengan tempat menarik seperti taman tema, Pinang Peranakan Mansion, Entopia, Kek Lo Si Temple dan sebagainya.
Anda juga tidak perlu risau kerana homestay ini berdekatan dengan kedai makan dan kedai serbaneka, memudahkan untuk anda mencari barang keperluan. Anda boleh menempah penginapan dan merasai sendiri pengalaman menginap di sini dengan menekan link Semak Harga di bawah.
Alamat: 12A, Lengkok Sungai Emas 2, Kawasan Perumahan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan
4. No. 2 Spacious Luxury Home Ferringhi Emas, Solok Sungai Emas
Rumah ini merupakan salah satu homestay yang sering menjadi pilihan pengunjung yang datang bercuti ke Batu Ferringhi. Rumah banglo 3 tingkat ini dihiasi dengan hiasan yang moden, minimalis dan memberikan suasana yang selesa dan mewah kepada pengunjung.
Lokasi homestay ini hanya 5 minit berdekatan dengan pantai, pasar malam, restoran dan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Kebanyakan pengunjung yang pernah menginap di sini memberikan komen yang positif dan berpuas hati dengan servis serta kemudahan yang diberikan.
Apa tunggu lagi, cepat tempah homestay anda di sini sekarang dengan menekan link Semak Harga di bawah!
Alamat: 2, Solok Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan
5. Dpantai Homestay Penang, Teluk Bahang
Sekiranya anda inginkan kelainan dan suasana kampung dalam percutian anda, anda boleh cuba menginap di Dpantai Homestay ini. Homestay yang menghadap pantai ini menjadi salah satu pilihan untuk mereka menginap di sini.
Anda boleh menikmati pemandangan dan angin pantai sepanjang anda menginap di homestay ini. Seronok, kan? Sesuai untuk anda yang ingin melakukan aktiviti pantai dan santai bersama keluarga dan rakan tersayang.
Jika lapar, anda tidak perlu risau kerana anda boleh makan di kedai yang berhampiran dengan homestay ini dengan hanya berjalan kaki sahaja. Homestay ini juga sesuai bagi mereka yang suka memancing kerana berhadapan dengan pantai. Jom cuba menginap di sini!
Alamat: Fishing Village, Teluk Bahang, 11050 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-491 3212
6. By The Sea Batu Ferringhi Penang, Jalan Batu Ferringhi
Homestay di sini sering menjadi pilihan pengunjung sekiranya ingin bercuti di Batu Ferringhi. Berdasarkan komen pengunjung yang pernah menginap di sini, mereka sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di apartment ini.
Selain itu, sepertimana dinyatakan di namanya, anda juga boleh menikmati pemandangan pantai yang terdapat di sekitar homestay ini. Anda juga boleh mencuba makanan-makanan yang sedap di kawasan homestay ini.
Alamat: By The Sea Homestay, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan
7. Shamrock Boutique Villa, Solok Pantai Batu 2
Sekiranya anda ingin membawa keluarga dan rakan-rakan ke Batu Ferringhi, homestay ini sangat sesuai untuk anda menginap. Rumah banglo 3 tingkat ini mempunyai ruang yang sangat besar dan selesa.
Jika anda ingin lakukan aktiviti seperti family gathering atau team bonding, anda boleh menginap dan melakukan pelbagai aktiviti bersama di sini. Rumah ini boleh muat maksimum sehingga 20 orang dalam satu masa. Seronok kan bila dapat berkumpul bersama di ruang yang luas untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik?
Alamat: 6, Solok Pantai Batu 2, Shamrock Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
8. Ali’s Ferringhi Guest House, Jalan Bayu Senja
Jika anda inginkan percutian yang lebih natural, anda boleh cuba menginap di Ali’s Guest House ini. Homestay yang berkonsepkan natural dan suasana kampung menjadikan mood anda seperti bercuti di kampung.
Kedudukan homestay ini berhadapan dengan pantai dan kedai makan yang sedap. Anda perlu berjalan kaki sahaja untuk ke pantai dan makan-makan. Mudah, kan? Pada waktu malam pula, anda boleh menikmati suasana angin pantai dan menikmati pemandangan lampu-lampu yang ada di sekitar homestay ini.
Alamat: No. 53-54 B, Jalan Bayu Senja, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
9. Bayu Emas Ferringhi Homestay, Bayu Emas Apartment
Terletak 300 meter dari Pantai Batu Ferringhi, Bayu Emas Ferringhi Homestay menawarkan penginapan di Batu Ferringhi dengan akses kepada kolam renang.
Apartment berhawa dingin ini terdiri daripada 3 bilik tidur, ruang tamu, dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk, dan 2 bilik mandi yang menyediakan peralatan mandian secara percuma.
Menariknya di homestay ini, anda boleh menyewa basikal secara percuma! Bolehlah anda berbasikal di kawasan homestay ini sambil menikmati pemandangan sekeliling yang menenangkan.Â
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
10. Cozy Homestay@Batu Ferringhi, Lilitan Sungai Emas
Banglo 2 tingkat ini terletak kira-kira 1.9meter dari Pantai Tanjung Bungah, menjadikan ia sebagai salah satu pilihan homestay bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga yang besar atau bersama kumpulan.
Banglo ini menyediakan 5 bilik tidur dan 5 bilik air yang besar memberikan keselesaan kepada anda apabila menginap di sini. Menariknya, terdapat pelbagai kemudahan disediakan di dalam banglo ini seperti tempat karaoke, kolam renang, tempat permainan snooker, tempat BBQ dan sebagainya.
Anda boleh melakukan aktiviti santai sambil ber-BBQ bersama keluarga dan rakan-rakan. Servis dan layanan yang diberikan oleh pemilik banglo juga sangat baik. Anda boleh mencuba dan merasai sendiri pengalaman menginap di banglo ini.
Alamat: 21, Lilitan Sungai Emas, Kawasan Perumahan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
Berikut merupakan 10 penginapan homestay menarik di Batu Ferringhi yang boleh anda terokai. Sebelum bercuti, pastikan segala kelengkapan diri dibawa untuk memudahkan perjalanan anda. Buatlah pilihan dengan sebaiknya mengikut kemampuan dan bajet yang ada. Semoga percutian anda lebih bermakna!
Jika anda ingin mengetahui dan terokai aktiviti yang menarik di kawasan Batu Ferringhi, anda boleh layari artikel Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA.