7 Kedai Steamboat di Penang Rugi Kalau Anda Tak Cuba!

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti anda terbayangkan keindahan negeri ini serta tak lain tak bukan makanannya. Pulau Pinang atau Penang ini juga digelar Syurga Makanan kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang anda boleh temui di sini. Salah satu makanan yang popular di Penang ialah steamboat. 

Jika anda datang ke Penang dengan keluarga besar, jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah steamboat bersama-sama. Menikmati steamboat bersama ahli keluarga cukup menggembirakan. Jadi, kali ini, kami bawakan 7 kedai steamboat yang best di Penang untuk rujukan anda jika datang bercuti di sini.

Hidangan utama steamboat sudah pasti kuah yang dicelup bersama daging, ayam, udang dan juga pelbagai jenis bebola. Antara menjadi pilihan ialah kuah tomyam atau sup biasa, bergantung dengan citarasa anda. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!

7 Kedai Steamboat di Penang


1. Penang Steamboat and Grill (The Mualaf Kopitiam), Georgetown

Penang Steamboat and Grill (The Mualaf Kopitiam), Georgetown

Jika anda berada di Georgetown untuk mencari kedai steamboat yang best, anda boleh menyusur terus ke Penang Steamboat and Grill. Apa yang menarik di kedai steamboat ini ialah hidangan dan masakan ala Chinese Muslim di sini. 

Terdapat juga 160 jenis makanan yang disediakan di sini. Pasti anda rambang mata apabila menjejak kaki di kedai steamboat ini. Kedai ini juga menawarkan harga yang cukup berpatutan, berbaloi anda datang dengan keluarga besar anda. Bak kata mereka, “bayaq sekali, makan sampai tersandaq”!

Alamat: 63, Gurney Dr, Georgetown, 10250 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (6.00 pm – 12.00 am)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon : 016-408 9122

WhatsApp The Mualaf Kopitiam


2. D’Fiesha Licious Steamboat & Grill, Kepala Batas

D'Fiesha Licious Steamboat & Grill, Kepala Batas

D’Fiesha Licious Steamboat & Grill yang terletak di Kepala Batas ini memberikan anda pengalaman yang cukup menggembirakan apabila berkongsi makanan dengan keluarga dengan hidangan steamboat. 

Bukan sahaja dihidangkan steamboat, malahan anda boleh bakar (grill) dengan perapan daging serta ayam. Ramai pelanggan mereka memuji keenakan perapan ayam dan daging mereka yang cukup rasa dan lembut apabila makan. 

Pencuci mulut seperti aiskrim turut disediakan di sini. Yang paling penting, harga yang mereka tawarkan juga cukup berbaloi!

Alamat: No.11, 11A, 15 & 17, 12, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (4.30 pm – 11.00 pm), Rabu (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp D’Fiesha Licious


3. Seoul Garden, Autocity Perai

Seoul Garden, Autocity Perai

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Seoul Garden, restoran rantaian makanan steamboat ala Korea yang popular di Malaysia. Ia menjadi tarikan di kalangan rakyat Malaysia kerana menyajikan pelbagai hidangan sampingan steamboat yang ada. 

Di Seoul Garden juga mereka turut membuat beberapa hari istimewa untuk para pelanggan mereka untuk mendapatkan harga yang murah. Antaranya ialah harga pelajar, harga untuk warga emas dan harga hari jadi. Memang berbaloi kan?

Bukan itu sahaja, Seoul Garden juga menghidangkan aneka dessert untuk anda serta anak-anak anda. Harga yang mereka tawarkan berbaloi dengan hidangan yang ada. Namun, pastikan anda membuat temu janji dahulu jika ingin datang ke kedai ini. 

Alamat: 1831-G1, Jalan Perusahaan Highway, Autocity, 13600 Perai, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.30 am – 10.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 04-501 9339


4. Jom Masak2 Steamboat & Grill, Bukit Berangan

Jom Masak2 Steamboat & Grill, Bukit Berangan

Jika anda mencari kedai steamboat yang mempunyai tempat selesa serta cantik, Jom Masak2 Steamboat & Grill adalah tempat yang sesuai. Sebaik sahaja anda melangkah masuk, pasti anda terpukau melihat kecantikan dekorasi kedai ini.

Ingin meraikan hari istimewa? Di sini, anda boleh menempah awal tempat serta hidangan steamboat untuk meraikan hari istimewa! Kemudahan seperti ruang parkir juga tersedia, malahan taman permainan kanak-kanak turut ada. Semuanya ada, sangat mudah dan selesa untuk anda menikmati hidangan steamboat di kedai mereka.

Alamat: 494, Mukim 21, Bukit Berangan, 14400 Kubang Semang, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (4.00 pm – 11.00 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Jom Masak2 Steamboat


5. Johnny’s Restaurant, Queensbay Mall

Johnny's Restaurant, Queensbay Mall

Bagi peminat steamboat, pasti nama Johnny’s Restaurant tidak asing lagi bagi anda. Restoran steamboat ini mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Walau bagaimanapun, restoran ini hanya didapati di dalam mall sahaja. 

Di Penang, Johnny’s Restaurant ini berada di dalam Queensbay Mall. Banyak hidangan sampingan yang ada di sini yang boleh membuatkan anda tidak tahu nak pilih yang mana. Jika ada antara ahli keluarga anda yang tidak menggemari makanan steamboat, tak perlu risau!. Di sini dihidangkan juga dengan hidangan lain seperti nasi goreng untuk anda. Rugi tak datang sini!

Alamat: Queensbay Mall, LG-43, 100, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | No Telefon: 012-564 6042


6. Contena Steamboat & Grill, Permatang Pauh

Contena Steamboat & Grill

Jika anda ingin merasakan suasana yang santai dan rileks, Contena Steamboat & Grill ini memberikan suasana yang anda inginkan. Kedai steamboat di Penang ini yang diperbuat daripada kontena pasti memberikan anda satu pengalaman yang cukup rileks.

Kedai steamboat ini juga menghidangkan daging kambing perapan sebagai antara menu yang popular di sini. Harga yang berpatutan juga setanding dengan menu sampingan yang mereka sediakan di sini. Paling menarik, bagi anda yang mempunyai anak kecil, di sini sesuai untuk anda membawa mereka kerana persekitarannya yang selamat.

Alamat: Lot 2052, Taman Arowana, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (4.00 pm – 12.00 am), Ahad (4.00 pm – 11.30 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Contena Steamboat


7. Restoran Cabai Kering Steamboat & Grill, Seberang Jaya

Restoran Cabai Kering Steamboat & Grill, Seberang Jaya

Jarang kita lihat restoran steamboat & grill yang menghidangkan kambing golek sebagai juadah mereka. Namun, itulah keunikan yang ada di Restoran Cabai Kering Steamboat & Grill di Seberang Jaya, Penang ini. 

Bagi penggemar kambing golek anda wajib singgah di sini untuk menikmati hidangan kambing golek mereka yang dikatakan cukup padu dan cepat habis! Bukan kambing golek sahaja yang menanti anda tetapi makanan unik yang lain pun ada seperti belangkas, ketam, udang lipan dan pelbagai lagi juadah yang pasti membuatkan anda tak sabar untuk mencubanya. 

Dengan harga yang cukup berpatutan, anda dapat menikmati makanan laut serta daging perapan yang sangat enak di kedai steamboat ini. Menurut ulasan pelanggan, parkir juga senang dicari di kedai ini. Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu Restoran Cabai Kering Steamboat & Grill!

Alamat: 2789, Jalan Tun Hussein Onn (belakang Petron), 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (5.00 pm – 12.00 am), Sabtu – Ahad (3.00 pm – 12.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Cabai Kering


Pasti anda sudah tak sabar untuk datang bercuti di Negeri Pulau Mutiara ini, kan? Semoga senarai kedai steamboat di Penang ini dapat membantu anda dalam percutian kelak. Pastikan juga anda tahu bajet anda sebelum menikmati hidangan steamboat ini.

Tak sah perjalanan anda ke Pulau Pinang jika tidak mencuba nasi kandar mereka. Jadi, jom baca artikel 4 Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang Yang Best kami sediakan ini untuk membantu anda dalam mencari kedai nasi kandar yang semestinya best dan sedap!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong

Syurga makanan. Itulah yang boleh disimpulkan dengan Pulau Pinang. Sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal...

Kota Cornwallis – Kubu Bersejarah Pulau Pinang

Antara tempat bersejarah di Pulau Pinang yang popular yang sering kali menjadi kunjungan pelancong adalah Kubu Cornwallis yang dipercayai berusia lebih 200 tahun. Fort...

10 Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang yg BEST

Pulau Pinang, terkenal dengan pelbagai hidangan kuliner yang lazat. Antara pelbagai hidangan yang menarik, satu hidangan tempatan ikonik yang sering mencuri perhatian orang ramai...

Kedai Jeruk Madu Pak Ali – Destinasi Beli Buah Tangan Penang Terbaik

Sekiranya anda melancong ke Penang dan ingin mencari buah tangan yang sinonim dengan orang Penang untuk dibawa balik ke rumah, salah satu destinasi menarik...

Muzium 3D Penang – Destinasi Riang Ria Kanak-Kanak di Penang

Bercuti ke tempat menarik di Penang bersama anak-anak sudah tentulah kita mencari destinasi yang akan membuatkan kanak-kanak seronok & ghairah sampai lupa nak balik. Salah...

Bukit Bendera Pulau Pinang – Apa yang menarik di sini

Anda belum bercuti sehabisnya ke Penang kalau masih belum menjejakkan kaki ke Bukit Bendera (Penang Hill). Itulah kata-kata yang sering menjadi halwa telinga kita...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x