Penang memang cukup terkenal dengan beberapa menu makanan yang sedap seperti laksa penang, pasembur, rojak dan yang paling ikonik semestinya nasi kandar. Berikut saya kongsikan 4 restoran best di Penang kalau anda nak pekena nasi kandar.
Memang teruja kalau sampai di kedai-kedai ni sebab banyak lauk dan sangat meriah macam kat pasar malam (punyalah ramai orang).
Restoran Nasi Kandar Line Clear
Salah satu tempat yang sangat popular dengan nasi kandar di Georgetown yang terletak di Penang Road.
Kedai ini merupakan pemilik En Hamid dan ahli keluarganya yang merupakan seorang India Muslim dan telah berniaga nasi kandar di Penang lebih 50 tahun.
Saban hari, restoran ini menyediakan lebih 12Â jenis lauk nasi kandar untuk dicuba seperti kari ayam, kurma ayam, udang harimau, sotong Argentina, daging masak kicap dan sebagainya.
Kalau kena time kemuncak memang penuh orang di sini dan beratur sehingga 30 minit atau sejam mungkin adalah sesuatu yang biasa kepada regular customer Restoran Nasi Kandar Line Clear.
Dan yang menariknya, kedai ini terletak seperti di sebuah lorong kecil di mana pengunjung boleh melihat tempat memasak yang banyak kuali-kuali dan dapur-dapur besar.
Memang membangkit selera kalau dah masuk ke kedai ini.
Next to 117,
Penang Road,
10000, Georgetown,
Pulau Pinang.
04-261 4440
Restoran Hameediyah
Di katakan Restoran Hameediyah merupakan antara restoran yang paling lama berniaga nasi kandar di Pulau Pinang sejak dari tahun 1907, fuh lebih satu abad !
Kalau sebut je cakap nak makan nasi kandar di Penang yang paling best, mesti ada yang akan mencadangkan restoran ini.
Jom Baca: Destinasi makan pilihan JJCM TV 3 di Penang
Menu makan nasi kandar di sini juga pernah diiktiraf oleh 50 chef yang mengatakan memang sedap ketika Festival Makanan Asia pada tahun 2014.
Pelbagai aneka lauk yang boleh pengunjung dapati di sini dan ada juga hidangan sampingan lain yang turut menjadi kegemaran pelanggan seperti murtabak, nasi beriyani, okra dan rojak.
Restoran HameedeyahÂ
164A Campbell Street
Penang
04-2611095
Nasi Kandar Beratur Original
Dari luar restoran ini nampak sempoi sahaja seperti warung makanan lain tapi siapa sangka ianya telah bertapak di sini sejak tahun 1947 lagi.
Apakah faktor yang membuatkan restoran nasi kandar ini menjadi salah satu tempat makan yang best di Pulau Pinang sampai ada yang sanggup beratur berjam lamanya.
Kedai ini memang sarat dengan orang yang beratur di malam hari. Kalau nak makan nasi kandar di sini kenalah sabar sikit dan yang peliknya ia dibuka bermula pukul 10 malam.
Pekena nasi kandar malam-malam sebelum tidur memang satu resepi yang menarik untuk tidur lena sambil menambah ‘tayar spare’. Â Nasi Kandar Beratur Original terletak hanya bersebelahan dengan satu lagi tarikan pelancongan di Penang iaitu Masjid Kapitan Keling.
Jom Baca: Senarai Tempat Menarik di Penang
Sesudah solat di sini, bolehlah isi perut dengan nasi kandar ni.
Original Penang Kayu Nasi Kandar
Bagi yang berada di Bayan Lepas, salah satu restoran nasi kandar yang popular di sini semestinya ialah Original Penang Kayu Nasi Kandar.
Restorannya yang luas dan selesa sesuai untuk datang ke sini dengan keluarga kalau nakkan suasana yang lebih ‘restoran’.
Menu lauk nasik kandar di kedai makan ni juga banyak seperti di kedai makan nasi kandar popular yang lain dan sudah pasti pilihan roti canai, rojak dan pasermbur juga tidak kurang menariknya di sini.
13 Lbh Nipah 7,
11900, Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
Semoga 4 restoran legend yang menghidangkan nasi kandar ini memberi kita idea kelak untuk mencari port terbaik untuk pekena menu makanan popular ini di Penang dan seantero Malaysia kelak. Selamat mencuba.
Nasi kandar original….beratur panjang.. Kotor dan mmg letak harga mahal…
I sudah try makan dekat nasi kandar beratur…beratur dari 9.30pm-10.30pm…setakat beratur 1 jam i okey lagi…tapi nama tak sehebat masakan dan persekitaran kedai…kedai kotor siap ada tahi kucing merata2 bau kencing dan tahi kucing …pinggan berminyak2…cawan plastik berlumut hitam …harga mak oiiii…mahal gila…nasi putih ayam goreng 2 ketul sayur bendi rebus kuah kari Rm13.50 , husband makan nasi putih kari kambing 1 ketul 2 ketul bendi rebus cili kuah kari Rm15.50….1st time try and last…ingatkan orang beratur sebab memang sedap sangat…tapi mengecewakan…dari 10 i just bagi 2 je…
ni la punca2 sy xbpa minat mkn nasi kandar kt penang
Lain-lain nasi kandar yang best di Penang. Deen Nasi Kandar di Jelutong, Nasi Kandar Kampung Melayu di Air Itam, Nasi Kandar Tajuddin di Little India George Town, Nasi Kandar Merlin di Bishop Street, Nasi Kandar Sulaiman di Jalan Datuk Keramat berhampiran Rope Walk dan penjara, Nasi Kandar di Jalan Brick Klin berhadapan sekolah Kampung Jawa dan Perodua, Nasi kandar di Jalan Transfer dekat stesen minyak Caltex.
cantikk !! trima kasih atas perkongsian tuan :)
Ni memang glemer sungguh di Penang nu