Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Bukit Bendera Pulau Pinang – Apa yang menarik di sini

Anda belum bercuti sehabisnya ke Penang kalau masih belum menjejakkan kaki ke Bukit Bendera (Penang Hill). Itulah kata-kata yang sering menjadi halwa telinga kita bila bercakap bab destinasi percutian menarik di Pulau Pinang. Kali ini ayuh kita lihat apa yang menarik di Bukit Bendera yang boleh dilakukan kalau dah terlanjur ke Pulau Pinang.

Dengan suhu di puncak yang agak dingin pada ketinggian lebih 800m dari aras laut, Bukit Bendera sememangnya satu destinasi percutian yang ideal untuk mereka yang ingin berbulan madu di Penang. Banyak aktiviti-aktiviti santai yang boleh dikatakan bersuasanakan romantis yang ada di sini yang pasti akan menjadi satu memori indah dalam album honeymoon anda.


Aktiviti menarik untuk dilakukan di Bukit Bendera, Penang

1. Naik Keretapi

naik kereta kabel bukit bendera

Nak ke puncak Bukit Bendera ada beberapa alternatif yang boleh pelancong gunakan samaada menggunakan keretapi, mendaki melalui denai yang disediakan atau melalui jalan lasak menggunakan jeep.

Namun, rata-rata pelancong yang bercuti ke Bukit Bendera lebih menggemari menggunakan keretapi kerana ianya mudah, cepat, tak penat, ada aircond dan lebih selesa tambah-tambah untuk mereka yang bercuti ke Bukit Bendera bersama keluarga dan anak-anak.

Menaiki keretapi hanya memakan masa sekitar 7-10 minit sahaja dan laluannya yang sangat curam memang agak mendebarkan terutamanya ketika turun dari puncak ke bawah. Nak lebih thrill, cepat-cepat masuk ke gerabak yang paling hadapan.

Keretapi di Bukit Bendera beroperasi setiap hari dan jadual perjalanannya bermula seawal 6.30 pagi sehinggalah ke jam 11 malam (train terakhir dari puncak). Sila rujuk harga tiket keretapi Bukit Bendera di bawah samaada untuk pelancong tempatan mahupun pelancong asing:

Harga Tiket Keretapi Bukit Bendera untuk Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad) :

  1. Normal Rate
    • Dewasa: RM 12/pax (dua hala)
    • Warga Emas >60 tahun: RM6/pax
    • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM6/pax
    • OKU: Percuma
  2. Fastlane Rate
    • Dewasa: RM 40/pax (dua hala)
    • Warga Emas >60 tahun: RM6/pax
    • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM3/pax
    • OKU: Percuma

Harga Tiket Keretapi Bukit Bendera untuk BUKAN pemegang MyKad:

  1. Normal Rate
    • Dewasa: RM 30/pax (dua hala)
    • Warga Emas >60 tahun: RM30/pax
    • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM15/pax
    • OKU: Percuma
  2. Fastlane Rate
    • Dewasa: RM 80/pax (dua hala)
    • Warga Emas >60 tahun: RM60/pax
    • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM40/pax
    • OKU: Percuma

PENTING: Pastikan anda membawa MyKad ketika membeli tiket keretapi di kaunter tiket untuk dapatkan harga warganegara Malaysia yang lebih murah. 1 Mykad = 1 tiket.

Promosi Tiket: Untuk pemegang MyKad juga, anda boleh membeli tiket pada harga RM 3 seorang untuk semua kategori di mana waktunya adalah pada:

  • 6.30 am – 8.00 am (Harga Matahari terbit)

Bagi yang malas beratur panjang, anda boleh membeli tiket Fastlane. Namun ketika waktu-waktu puncak pada cuti sekolah, orang yang beratur di laluan fastlane juga agak panjang. Walaubagaimanapun, promosi harga tiket kereta kabel ini TIDAK SAH pada cuti-cuti sekolah.

Waktu Operasi kaunter tiket Bukit Bendera

Isnin – Khamis – 6.15am ke 6.45pm

Jumaat – Ahad – 6.15am ke 7.45pm

Parking Kereta sekitar Bukit Bendera

Bercuti ke Bukit Bendera boleh dikatakan satu aktiviti wajib untuk setiap pelancong yang pertama kali bercuti ke Penang. Jadi pada waktu puncak seperti cuti sekolah/ hujung minggu, parking kereta di sini memang cepat penuh. Kadar bayaran parking di sini juga berpatutan dalam RM5 sekali masuk walaupun ketika cuti sekolah. Jadi datanglah ke sini pagi-pagi selepas subuh.


2. Melihat Keindahan Bandaraya di Pulau Pinang

apa menarik di bukit bendera

Sebaik melangkah keluar dari kereta kabel, lokasi pertama yang akan anda jumpa ialah viewing deck 180⁰ yang menempatkan platform yang menjanjikan pemandangan bandaraya Pulau Pinang yang sangat cantik.

Kalau cuaca baik dan tidak berkabus, anda boleh melihat mercu-mercu utama Pulau Pinang seperti Jambatan Pulau Pinang lama & baru, Menara Komtar, Pulau Jerejak, Fort Cornwallis, Terminal Feri dan sebagainya.

Melihat Matahari Terbit di Bukit Bendera

Matahari terbit bukit bendera

Bagi pengunjung yang suka menikmati pemandangan yang cantik pada awal pagi, Bukit Bendera merupakan tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbit.

Melihat Matahari Terbenam di Bukit Bendera

Matahari terbenam bukit bendera

Waktu matahari terbenam, saksikan pemandangan bandaraya George Town yang nyaman, memberi ketenangan yang ditunggu-tunggukan selepas hari yang sibuk.

Di Bukit Bendera, ini selalu menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan, menyegarkan dan memperkaya.


3. Observation Area & Little Village Hill

Dari viewing deck menuju ke Dataran Bukit Bendera anda akan berjumpa dengan sebaris 10 biji teropong-teropong berwarna-warni yang pasti membuatkan anak-anak ingin mencuba.

Sekiranya anda membawa teropong sendiri, tidak perlulah susah-susah untuk menghabiskan RM 1 untuk 2 minit bagi menggunakan teropong-teropong di sini. Namun kalau anda ingin melihat dengan lebih dekat bandaraya Penang dan kapal-kapal yang berlabuh di tengah lautan, bolehlah mencubanya.

Bagi mereka yang bercuti ke Bukit Bendera untuk berbulan madu, sangat sesuai untuk singgah di Little Village Penang Hill untuk bergambar di mercu hati berlampu LED dan melawat beberapa taman-taman bunga.

Aktiviti di sini akan diikuti oleh jurugambar profesional yang akan mengambil gambar anda dengan cantik dan menarik. Ya ada bayaran dikenakan untuk sesi-sesi di sini. Kalau anda ke sini pada waktu senja atau malam, memang sangat cantik gambar yang akan dihasilkan nanti.


4. Santai-santai di Dataran Bukit Bendera

Di sekeliling dataran atau astaka ini terdapat beberapa tarikan yang umumnya lebih kepada aktiviti santai dan bergambar seperti ikon-ikon mini Bukit Bendera, dataran love lock, model keretapi Bukit Bendera generasi kedua, pokok-pokok bunga dan sebagainya.

Ala-ala tarikan yang popular di Jepun atau Korea Selatan di mana pengunjung boleh membeli mangga berbentuk hati di sini dan kuncikan di pagar-pagar sebagai simbolik cinta antara manusia akan terkunci rapi sampai bila-bila. Kalau teringin juga nak buat, bawa sahaja kunci solex dari rumah dan betulkan niat.


5. Owl Museum & Clift Cafe

Bersebelahan dengan Dataran Bukit Bendera ini juga terdapat sebuah bangunan kayu 4 tingkat yang menempatkan cafe atau medan selera, kedai cenderahati dan juga muzium burung hantu.

Banyak juga pilihan makanan-makanan santai yang menarik di sini dan tandas serta tempat mandi juga tersedia. Di aras paling bawah terdapat Owl Museum atau muzium burung hantu yang menempatkan pelbagai hasil seni dan arca yang bertemakan burung hantu. Tiket masuk ke muzium ini hanya RM 10 seorang.


6. Meriam, Taman Permainan, Masjid & Kuil

Di sebelah Dataran Bukit Bendera ini juga terdapat satu bukit yang memerlukan pengunjung mendaki tangga curam yang mempunyai kira-kira 20 anak tangga. Di atas puncak ini terdapat beberapa tarikan seperti sebuah meriam yang berusia lebih 250 tahun, masjid, taman permainan kanak-kanak, guard house dan juga sebuah kuil.

Pemandangan dari puncak ini juga tidak kurang menariknya dan kalau waktu pagi/ petang, suhu dan angin di sini memang sangat sejuk.


7. Menaiki Buggy

Di sebelah Dataran Bukit Bendera ini juga terdapat perkhidmatan buggy yang akan membawa pelancong menyusuri jalan yang jauhnya 2 km. Harga untuk perkhidmatan sebuah buggy pergi dalam balik hanya RM 30 dan boleh memuatkan 4-5 orang. Pemandu yang bertugas juga akan bercerita tentang setiap tarikan yang ada di sepanjang perjalanan.

bukit bendera penang 2017 best

Dengan menaiki buggy ini, anda akan melihat banyak rumah-rumah bungalow lama yang berpuluh tahun usianya yang mempunyai pengaruh senibina Inggeris lama. Antara persinggahan yang paling best di sini ialah berhenti di sebuah pondok yang mempunyai pemandangan bandaraya Pulau Pinang yang sangat menakjubkan.

Umumnya perjalanan pergi dan balik yang jumlah jaraknya 4 km memang sangat santai dan anda bolehlah mencuba aktiviti ini selepas penat berjalan di tempat menarik lain di Bukit Bendera. Sekiranya anda ingin menginap di Bukit Bendera, hanya ada sebuah hotel yang terdapat di sini iaitu Bellevue Hotel.


Itulah dia apa yang menarik di Bukit Bendera yang boleh dilakukan kalau anda bercuti ke sini. Kesimpulannya, percutian di Bukit Bendera memang sangat menyeronokkan kalau datang bersama keluarga ataupun sebagai destinasi pilihan ketika berbulan madu di Penang. Banyak lagi tempat-tempat pelancongan baru yang akan dibuka di Bukit Bendera seperti canopy walk dan skywalk (seperti di Langkawi) yang pasti akan lebih memeriahkan lagi destinasi ini dengan kunjungan pelancong. Wassalam.

4.3/5 - (51 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kota Cornwallis – Kubu Bersejarah Pulau Pinang

Antara tempat bersejarah di Pulau Pinang yang popular yang sering kali menjadi kunjungan pelancong adalah Kubu Cornwallis yang dipercayai berusia lebih 200 tahun. Fort...

Masjid Kapitan Keling – Masjid Bersejarah berusia 216 tahun di Penang

Pulau Pinang mempunyai banyak pengaruh budaya campuran dalam kalangan masyarakat Cina & juga India yang secara tidak langsung mempengaruhi senibina bangunan-bangunan di sini. Salah...

10 Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang yg BEST

Pulau Pinang, terkenal dengan pelbagai hidangan kuliner yang lazat. Antara pelbagai hidangan yang menarik, satu hidangan tempatan ikonik yang sering mencuri perhatian orang ramai...

7 Kedai Steamboat di Penang Rugi Kalau Anda Tak Cuba!

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti anda terbayangkan keindahan negeri ini serta tak lain tak bukan makanannya. Pulau Pinang atau Penang ini juga digelar Syurga...

50+ Tempat Makan Best di Penang Paling TOP Untuk Pelancong

Memang betul, kalau bercuti di Penang lebih 2 hari anda perlu bawa seluar bersaiz 2 cm lebih besar daripada saiz normal pinggang anda kerana...

57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong

Syurga makanan. Itulah yang boleh disimpulkan dengan Pulau Pinang. Sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal...

22 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

22 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
DR. Mohd Zairul Mohd Noor

Hi. ada massage parlour dan tukang urut vietnam tak di bukit bendera?

Zurita Dzulkifli
Zurita Dzulkifli
2 years ago

Hi! Ada tmpt untuk Mandi x di kawasan kaki bukit? Untuk hikers yg turun di bukit bendera.

Ng guey ying
2 years ago

Hi, semua.
Besok nak pergi bukit bendera, nak tanya kalau saya check in hotel di hillside retreat, yang berada di half way hill. Adakah saya perlu membeli ticket kerata api lagi untuk naik ke puncak selepas check in Dan letak luggage. Atau saya perlu awal pagi bawa luggage naik ke puncak dulu then sampai waktu check in baru turun. Sebab saya ada bawa warga emas dan budak budak, harap dapat opinion kamu semua dan plan siap siap…….

AMIRA
AMIRA
3 years ago

SALAM SEJAHTERA, ADA JUAL BUNGA ROS TAK DI SINI?

Fara
Fara
3 years ago

Ada jual tiket online x

Muss
Muss
4 years ago

May i know if we buy the tickets on promotion time such as 730 until 9am. can we enter it at any time?

Afad
Afad
4 years ago

kalau bawa ayah yg berkerusi roda ada tempat khas x? contoh masa naik keretapi

Hubungi Kami

22
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x