Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Masjid Kapitan Keling – Masjid Bersejarah berusia 216 tahun di Penang

Pulau Pinang mempunyai banyak pengaruh budaya campuran dalam kalangan masyarakat Cina & juga India yang secara tidak langsung mempengaruhi senibina bangunan-bangunan di sini. Salah satu senibina kebanggaan yang turut menjadi mercu tanda Penang ialah Masjid Kapitan Keling yang terletak di tengah-tengah bandar di Jalan Masjid Kapitan Keling. Lokasinya juga hanya bersebelahan dengan restoran terkenal di Penang iaitu Restoran Nasi Kandar Beratur.

Alang-alang anda dah bercuti ke Georgetown jangan pula tak singgah untuk melihat keunikan dan kecantikan masjid ikonik di Penang ini.


Sejarah Masjid tertua di Penang

masjid kapitan keling penang

Masjid Kapitan Keling ini merupakan masjid yang tertua di Pulau Pinang yang siap dibina pada tahun 1801 lagi. Oleh kerana pada masa itu Pulau Pinang merupakan salah satu pusat perdagangan terkenal di Selat Melaka, maka banyak orang luar yang datang ke Penang untuk berdagang dan salah satunya ialah masyarakat Chulia dari selatan India yang juga merupakan Tamil Islam.

Masyrakat Chulia adalah antara penduduk yang kian bertambah di Penang untuk aktiviti perdagangan rempah ratus & kain pelikat. Lantaran pada suku abad 18 Syarikat Hindia Timur telah membina masjid ini bagi memenuhi keperluan ibadat masyarakat India Muslim di sini.


Lokasi strategik Masjid Kapitan Keling

tempat sejarah penang
Lokasi masjid ini yang mudah diakses dan terletak dengan beberapa tarikan pelancongan utama lain di Penang menjadikan destinasi ini sering menjadi tumpuan para pelancong baik dalam ataupun luar negara. Hanya 5 minit memandu dari beberapa tempat menarik di Penang yang lain seperti Padang Kota Lama & Fort Cornwallis. Berjalan kaki ke sini juga sangat mudah kerana ada laluan jalan kaki & papan tanda sebagai petunjuk arah. Selain itu, pelancong juga boleh melihat senibina bangunan di sini yang tidak kurang menariknya sebelum sampai ke Masjid Kapitan Keling.


Senibina Masjid Kapitan Keling

kapitan keling mosque penang

Senibina Masjid Kapitan Keling di Penang ini bukanlah seperti struktur bangunan asalnya pada tahun 1801. Masjid ini telah menjalani beberapa fasa penambahbaikan dari segi struktur binaan dan juga rekabentuk. Namun ianya masih mengekalkan ciri-ciri senibina Islam dengan elemen-elemen kesenian India. Masjid yang ada sekarang dibina pada tahun 1906.  Tapak masjid & perkarangannya yang sekarang telah menjadi kecil kerana pembangunan pesat disekelilingnya yang memaksa sebahagian tanah masjid yang asalnya 18 ekar diambil untuk pembinaan rumah-rumah & jalan awam.


Masjid yang cantik & terjaga

tempat menarik georgetowm penang

Sekiranya anda melancong Pulau Pinang bolehlah singgah di sini untuk solat. Kemudahan tandas & tempat solat sangat terjaga bersih. Memandangkan masjid ini sering menjadi tumpuan pelancong, maka segala sumber informasi & sejarah perjalanan masjid ini tersedia. Penggunaan kolah sebagai tempat mengambil wudhu’ masih dikekalkan walaupun masjid ini telah banyak melalui fasa pembaikan.


restoran menarik jalan masjid keling

Pelancong juga boleh melihat lakaran gambar yang menunjukkan senibina & struktur asal masjid ini di perkarangan masjid. Tidak hairanlah, bukan sahaja orang Islam yang datang ke sini untuk bergambar malah ada juga pelancong bukan Islam yang dilihat bergambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Perjalanan sejarah lebih 200 tahun tentang masjid ini memang sangat menarik yang kini tidak putus-putus menerima kunjungan jemaah & pelancong.


Solat Isyak & dinner di Restoran Nasi Kandar Beratur

restoran nasi kandar beratur penang

Dicadangkan sangat untuk singgah solat Isyak berjemaah di Masjid Kapitan Keling dan sesudah solat, bolehlah pula mencuba nasi kandar yang popular di Penang iaitu di Restoran Nasi Kandar Beratur yang operasi perniagaan bermula pada jam pukul 10 malam. Walaupun Nasi Kandar Beratur dibuka pukul 10 malam namun anda boleh lihat bermula jam 9 malam memang dah ramai yang menunggu. Jangan pula terkeliru kerana perniagaan di restoran ini untuk siang dan sebelum pukul 10 malam adalah peniaga yang berlainan.


Akhir kata, selamat menunaikan kewajiban anda di Masjid Kapitan Keling dan jalan jalan cari makan di restoran sekitarnya. Wassalam.

4.7/5 - (13 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Perkhidmatan Van Sewa untuk Meneroka Pulau Pinang

Penggunaan van sewa Pulau Pinang bukanlah sesuatu yang asing, terutamanya pada musim cuti persekolahan. Maklumlah, Pulau Pinang mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik seperti...

7 Kedai Steamboat di Penang Rugi Kalau Anda Tak Cuba!

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti anda terbayangkan keindahan negeri ini serta tak lain tak bukan makanannya. Pulau Pinang atau Penang ini juga digelar Syurga...

Kota Cornwallis – Kubu Bersejarah Pulau Pinang

Antara tempat bersejarah di Pulau Pinang yang popular yang sering kali menjadi kunjungan pelancong adalah Kubu Cornwallis yang dipercayai berusia lebih 200 tahun. Fort...

11 Homestay Penang Macam Berada Di Luar Negara

Pulau Pinang atau singkatannya Penang, merupakan sebuah negeri yang sering menjadi tumpuan para pelancong, bukan sahaja daripada dalam negara, malah pelancong asing yang hadir...

5 Homestay di Bayan Lepas yang Patut Anda Cuba!

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Selain itu, ia merupakan hub perindustrian Pulau Pinang dan dikenali dengan Zon Bebas Perindustrian....

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x