Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

15 Homestay Popular Di Perlis yg Murah & Best

Banyak tempat-tempat menarik di Negeri Perlis yang harus anda terokai. Bukan itu sahaja, Negeri Perlis kini semakin dikenali dan menjadi pilihan para pelancong. Kalau anda nak tahu, Perlis merupakan sebuah negeri yang kecil di dalam Malaysia. Walaupun begitu, di sana terdapat banyak destinasi pelancongan yang menyeronokkan. Jalan yang kurang sesak akan membuatkan perjalanan percutian anda berjalan dengan lancar. Pasti anda akan terkejut dan tidak menyangka bahawa negeri terkecil ini banyak menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi.

Ambil masa anda sehari dua untuk datang bercuti dan menerokai negeri yang menakjubkan ini. Untuk itu, anda memerlukan penginapan yang terbaik untuk keselesaan anda sekeluarga. Di sini kami mencadangkan 14 homestay menarik di Perlis yang memang tiada lawannya. Bilik yang serba lengkap dengan segala kemudahan ini memberikan kenyamanan buat tidur malam anda. Peroleh ketenangan di tempat yang harmoni dan aman ini. Dapatkan udara yang segar dengan berjalan-jalan di tempat yang indah seperti di homestay-homestay ini.

14 Homestay Di Perlis Yang Perlu Anda Cuba


1. Wood Valley Lodge, Perlis

Wood Valley Lodge, Perlis

Wood Valley Lodge Yang terletak di Perlis ini memang terkenal dengan keunikkan reka bentuknya. Direka berasaskan senibina rumah tradisional Melayu dengan gabungan konsep rumah tradisional Thailand. Homestay di Perlis ini dikelilingi dengan kawasan sawah padi dan berlatar belakangkan Bukit Chuping. Inilah peluang untuk anda melihat dengan lebih dekat sawah padi yang terdapat di keliling homestay ini. Suasana di tempat ini juga memang sangat nyaman dan sangat sesuai kepada anda yang ingin lari daripada kesibukkan kota. Walaupun begitu, daripada homestay ini untuk ke Bandar Diraja Arau hanya mengambil masa 5 minit sahaja jika anda memandu kenderaan sendiri. Untuk ke Bandar Kangar ia mengambil masa 10 minit sahaja.

Homestay yang telah dibuka sejak tahun 2014 ini menjanjikan keselesaan yang sempurna kepada anda yang menginap. Mereka menawarkan 3 buah rumah yang mampu memuatkan seramai 6 hingga ke 10 orang. Setiap rumah dilengkapi dengan penghawa dingin, peti sejuk, sofa, televisyen dengan astro, water heater, barangan untuk mandi dan macam-macam lagi. Anda juga boleh rancang untuk melakukan aktiviti seperti bermain badminton, bola dan lain-lain lagi di kawasan laman yang lapang.

Alamat: R9, Jalan Kampung Baroh Ayer Mata, Kampung Hutan Lembah, 02500 Kangar, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-215 0196


2. Aisy Homestay

Aisy Homestay

Dikelilingi dengan pagar biru yang daripada jauh pon anda boleh nampak, Aisy Homestay yang terletak di Simpang Ampat, Perlis ini menawarkan 3 bilik tidur bersama dengan 1 bilik air. Di sini juga terdapat sebuah kolam renang besar yang boleh memuatkan anda sekeluarga untuk bermandi-manda. Mereka menawarkan penginapan dengan harga serendah RM 271 untuk semalaman. Namun terdapat juga perubahan harga sebagai contoh jika mereka ada membuat promosi terutama pada hari-hari istimewa.

Yang menariknya, mereka telah menyiapkan segala kelengkapan seperti ekstra tilam atau bantal, tempat karaoke, fasiliti untuk barbeque, seterika, tuala, sejadah untuk muslim dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, peralatan seperti keetle, dapur gas, periuk nasi dan periuk steamboat juga disediakan dalam keadaan yang boleh digunakan. Lebih menjimatkan perbelanjaan, anda hanya tinggal membeli barangan mentah sahaja.

Kalau anak-anak anda mengadu kebosanan, bawa mereka bersukan atau berjalan-jalan di sekitar kawasan homestay. Antara aktiviti sukan yang boleh anda lakukan ialah berbasikal, bermain dart atau bola sepak. Tambahan pula, mereka ada menyediakan alatan memancing yang lengkap bagi anda yang mempunyai perancangan untuk memancing. Sekiranya anda mempunyai bayi, anda boleh membuat permintaan untuk menambah baby coat di bilik anda.

Alamat: Lot 477C, kampung tebuk 02700, Kampung Tebok, 02700 Simpang Ampat, Perlis

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-264 47989

Whatsapp Aisy Homestay


3. Istiqamah Homestay

ISTIQAMAH HOMESTAY

Istiqamah Homestay terletak di Mata Ayer, Perlis dan merupakan salah satu penginapan yang terbaik di Perlis. Mereka menawarkan rumah yang mempunyai 3 bilik tidur yang luas, dapur dan 2 ruang tamu. Kalau anda nak tahu, setiap bilik di sini mempunyai bilik air sendiri yang telah dilengkapi dengan segala barangan untuk mandi. Tempat letak kerets di juga memang lapang dan boleh memuatkan sebanyak 3 buah kereta. Setiap ruangan dilengkapi dengan penghawa dingin bersama dengan kipas syiling. Homestay ini dikelilingi oleh sawah padi dan suasana memang sangat nyaman. Untuk keselesaan anda, mereka menyediakan pelbagai kemudahan antaranya ialah seterika, telekung bagi yang beragama islam, kerusi santai, televisyen yang dipasang Astro dan macam-macam lagi.

Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi apabila bermalam di sini antaranya ialah Bandar Arau Diraja, Bandar Kangar, Tasik Rekreasi Tasik Melati dan Muzium Kota Kayang yang hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja. Oleh kerana di sini terdapat dapur yang telah dilengkapi dengan segala peralatan memasak, anda boleh mendapatkan barangan basah di pasaraya yang terletak berdekatan sahaja dengan homestay. Harga yang mereka tawarkan untuk menginap di homestay ini hanyalah RM150 sahaja semalaman dan mereka akan memulangkan RM 50 jika tidak terdapat sebarang kerosakkan pada barangan di dalam homestay.

Alamat: No. 4, Lot 1682 Kampung Pokok Petai, Batu 1/4 Jln Ngulang 02500 Kangar Perlis, Kangar, Malaysia

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-5939 1221

Whatsapp ISTIQAMAH HOMESTAY


4. Homestay Arau Idaman

Homestay Arau Idaman

Terletak di Arau, Perlis dan mempunyai ciri-ciri homestay idaman yang sesuai dengan namanya iaitu Homestay Arau Idaman. Dijamin memang tidak akan mengecewakan anda dan akan membuatkan percutian anda menjadi lebih menarik. Mereka menawarkan bilik yang bersih, besar, terjaga dengan sangat rapi dan kemas. Rumah percutian berpenghawa dingin ingin ini mempunyai 3 bilik tidur, dapur bersama ruangan makan, 2 bilik mandi dan ruang tamu. Kalau anda nak tahu, design dalaman homestay ini juga memang sangat mewah dan cantik. Alang-alang anda telah menginap di sini, jangan lupa untuk menangkap gambar sebagai kenangan di beberapa port yang cantik.

Antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi di sini ialah Air Hangat yang berada 46 km daripada homestay, Bandar Kangar yang mengambil masa lebih kurang 10 minit dan Stesyen Keretapi Arau yang hanya mengambil masa 5 minit. Memang mudah bagi mereka yang datang dengan kemudahan awam seperti keretapi ini. Anda memang patut cuba untuk bersantai dan menghabiskan waktu cuti di homestay yang sangat elegant ini. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perabot, kipas, barangan mandi, peralatan memasak, seterika, almari dan macam-macam lagi.

Alamat: No 9, Lorong 13, Taman Saujana Idaman, Arau, 02600 Arau, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-429 7855


5. NOOR HOMESTAY

NOOR HOMESTAY

Sebuah homestay menarik yang terletak di Kangar, Noor Homestay menawarkan 2 rumah homestay yang selesa untuk anda bermalam. Pakej A menyediakan 4 bilik tidur dengan harga serendah RM 250 semalaman. Pakej B pula menyediakan 3 bilik tidur dengan harga serendah RM 189 semalaman. Homestay yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti berpenghawa dingin, peralatan memasak, peralatan barbeque, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, daput gas, water heater dan macam-macam lagi. Mereka juga akan menyediakan 6 biji bantal ekstra, 2 toto dan 1 tilam single untuk kedua-dua homestay.

Mengapa anda perlu memilih Noor Homestay sebagai tempat anda bermalam? Ini kerana mereka menawarkan penginapan dengan ruangan yang lapang dan suasana yang sangat tenang. Bukan itu sahaja, banyak destinasi pelancongan yang menarik terletak berdekatan sahaja dengan homestay ini sebagai contoh Gua Kelam yang mengambil masa tidak sampai 30 minit, Bandar Arau yang mengambil masa 15 minit sahaja dan sebuah tempat yang dikenali sebagai syurga membeli belah iaitu Padang Besar yang mengambil masa 35 minit. Kalau anda malas untuk masak di dapur yang disediakan, anda boleh membeli sahaja di kedai makan yang teletak berdekatan dengan homestay. Selain itu, mengambil masa 5 minit sahaja untuk ke restoran makanan segera seperti MCD, KFC atau Marrybrown.

Alamat: NO 9, Ira Jaya Street 1, Taman Ira, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: 24 jam

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-512 1318


6. Desa Pulai Homestay

Desa Pulai Homestay

Anda ada merancang untuk pergi bercuti di Perlis? Apa kata anda cuba untuk menginap di Desa Pulai Homestay. Sebuah penginapan rumah teres satu tingkat yang menawarkan 3 bilik tidur, 2 bilik air dan ruang tamu yang lapang. Antara kelengkapan yang disediakan ialah perabot, televisyen, meja makan, sofa, cerek elektrik, seterika, extra comforter dan macam-macam lagi. Suasana yang selesa di sini akan membuatkan percutian anda menjadi lebih menyeronokkan. Kadar harga yang ditetapkan juga memang sangat murah berbanding dengan homestay yang lain.

Kalau anda nak tahu, di sini juga terdapat banyak destinasi pelancongan yang menarik untuk anda kunjungi. Antaranya ialah Bandar Kangar, Bukit Kayu Hitam atau Stadium Utama Kangar. Bawa anak-anak anda bersiar-siar di sekitar kawasan menarik yang terdapat di Perlis ini. Jangan risau tentang makanan kerana di sini terdapat pelbagai kedai makan yang menawarkan menu makanan istimewa. Menu menarik yang mampu menambat hati anda dan memang akan menepati cita rasa anda. Homestay ini juga memang mudah dicari kerana ia terletak berhadapan dengan Institut Perguruan Perlis.

Alamat: No 20, Jalan Padang Behor, Taman Desa Pulai, 01000 Kangar, Perlis

 Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 012-425 2011

Whatsapp Desa Pulai Homestay


7. Homestay Seri Nipah Perlis

Homestay Seri Nipah Perlis

Sekiranya anda masih mencari penginapan yang menarik di kawasan Kangar, menginaplah di Homestay Seri Nipah Perlis. Di sini mereka menawarkan penginapan berpenghawa dingin dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu. Jangan risau tentang parking kereta kerana mereka telah menyediakan ruangan parking yang percuma dan lapang. Kemudahan seperti mesin basuh, dapur memasak, peti sejuk, peralatan mandi, kemudahan barbeque dan banyak lagi juga telah disediakan dengan baik. Dikelilingi dengan pokok-pokok bunga yang subur dan memaparkan pemandangan gunung yang indah membuatkan suasana menjadi sangat nyaman.

Biarkan sahaja anak-anak anda pergi bermain basikal di kawasan homestay dan sementara itu anda boleh pergi memancing di bendang berdekatan. Manfaatkan ruangan laman yang lapang di sini untuk melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Percutian anda tidak akan menjadi hambar di tempat yang meriah ini. Kalau anda nak tahu, kaunter penerimaan tetamu mereka juga boleh bertutur dengan baik menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Layanan daripada mereka juga memang sangat mesra dan baik.

Alamat: 34, Jalan Dato Ali, Kampung Panggau, 01000 Kuala Perlis, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-465 3015


8. Syed Homestay Arau 

SYED HOMESTAY ARAU

Syed Homestay menyediakan sebuah penginapan yang terbaik dan menjaminkan keselesaan buat anda yang menginap. Menawarkan homestay rumah dua tingkat yang besar dan mewah untuk anda menginap sekeluarga. Terdapat balkoni di bilik utama tingkat dua untuk anda melihat pemandangan indah. Kalau anda nak berkumpul satu keluarga besar untuk acara hari keluarga di Perlis, anda memang patut menempah penginapan homestay ini. Walaupun homestay ini kelihatan sangat elegant dan mewah tetapi harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan.

Terdapat 3 bilik tidur bersama 3 bilik air, 2 ruang tamu, dapur dan ruangan makan. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah sofa, water Purifier Coway, WiFi, mesin basuh, peti sejuk, ampaian dan macam-macam lagi. Homestay ini memang terletak di tempat yang sangat strategik kerana ia berdekatan dengan ATM, petrol pam, 7 eleven, pasaraya dan Masjid Negeri Arau. Mereka juga ada menyediakan meja batu bulat di laman rumah ini untuk anda melepak sekeluarga. Anak-anak anda boleh bermain lari-lari atau apa-apa sahaja di rungan laman yang lapang.

Alamat: No 71, Jalan Saujana 10, Taman Saujana Idaman, Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis.

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 017-266 6759


9. Deena Homestay (Utan Aji) Perlis

Deena Homestay (Utan Aji) Perlis

Sebuah homestay yang dihias dengan cantik dan kreatif, semestinya hanya di Deena Homestay. Mereka menawarkan 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang tamu dan dapur yang telah dilengkapi dengan segala peralatan memasak. Anda hanya tinggal membeli daging, ayam, sayur-sayuran atau macam-macam lagi lauk di pasaraya berdekatan homestay. Mesin basuh, microwave, peti sejuk, seterika dan banyak lagi kemudahan yang telah disediakan. Homestay mempunyai jarak 35 km sahaja daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Yang menariknya, di sini terdapat sebuah kolam renang besar yang terdapat lukisan kartun-kartun comel disekelilingnya. Ia pasti akan menarik perhatian anak-anak anda.

Jangan tertipu dengan kemewahan homestay ini kerana kadar harga yang diletakkan memang sangat berpatutan. Homestay yang elegant ini mampu memuatkan seramai lebih 10 orang. Habiskan waktu cuti anda di tempat yang mendamaikan dan terbaik ini. Jika anda memerlukan kemudahan tambahan di sini, kemungkinan anda akan dikenakan cas tambahan. Anda juga boleh mengakses sambungan WiFi sewaktu menginap di homestay ini. Parking bukanlah satu masalah kerana mereka menyediakan parking yang percuma dan lapang sehingga mampu memuatkan sebanyak 2 atau 3 kenderaan.

Alamat: No.1a, Jalan Sek. Keb, 01000 Kangar, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 012-319 3717


10. Damai D’Homestay

Damai D'Homestay

Sekiranya anda masih mencari tempat penginapan yang mampu memberikan anda ruang privasi, anda memang patut menempah Damai D’Homestay. Mereka menawarkan 3 bilik tidur berserta 2 bilik mandi yang mempunyai shower, dapur bersama ruangan makan dan ruang tamu tempat anda berkumpul. Suasana di tempat ini memang tidak boleh digambarkan kerana memang nyaman. Kalau anda ingin lari dari kesibukkan kota, tempat yang aman damai ini memang sangat sesuai untuk anda. Dikelilingi oleh sawah padi dan menyediakan ruangan laman yang lapang untuk anda melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah hiking di bukit yang terletak berdekatan sahaja dan memancing di kolam ikan berdekatan. Manfaatkan cuti anda dengan berseronok dan bersantai di homestay yang mendamaikan ini. Kalau anda malas untuk masak, anda boleh mendapatkan makanan di kedai makan yang terletak berhampiran dengan homestay. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan makanan istimewa Negeri Perlis di kedai-kedai makan ini.

Alamat: Lot 1613, Jln Abi Tok Hashim, Kampung Behor Empiang, 01000 Kangar, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 019-444 0705


11. Riverview Homestay Perlis

Riverview Homestay Perlis

Percaya atau tidak, antara homestay yang paling best di Perlis adalah Riverview Homestay. Mereka menyediakan 3 jenis pakej bilik yang boleh anda pilih sebagai tempat anda bermalam. Di satu bilik mampu memuatkan seramai 6 orang kerana terdapat 2 katil bersaiz queen dan 1 bilik air. Di setiap bilik juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen, ruangan makan dengan meja makan 6 kerusi, mini dapur dengan segala fasiliti memasak, kelengkapan mandi dan banyak lagi.

Yang menariknya, jika anda ingin merasai keindahan gua Bukit Ngulang, anda memang patut menginap di homestay ini kerana ia terletak berhampiran sahaja. Inilah masanya untuk anda mencabar diri anda melakukan aktiviti yang menarik seperti menerokai gua. Bukan itu sahaja, di sini anda juga boleh berkayak atau berkelah di tepi sungai. Mereka juga ada menyewakan ATV untuk anda bersiar-siar di kawasan homestay ini.

Percutian ala-ala nature ini memang sangat menyeronokkan dan tidak boleh didapati di bandar. Suasana nyaman yang anda akan rasai di sini memang tidak boleh digambarkan. Waktu cuti anda akan lebih berguna jika anda meluangkan masa di tempat yang indah. Selain itu, mereka juga telah menyiapkan segala kelengkapan yang anda perlukan semasa menginap dengan baik. Bukan sifat pekerja sahaja yang baik malah pemilik homestay ini juga memang sangat ramah. Kalau anda nak tahu, anda boleh mendapatkan harga serendah RM 150 untuk semalaman di homestay ini.

Alamat: 12, Lorong Ngulang Utara 1, Kampung Jejawi, 01000 Kangar, Perlis

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 011-5656 6588

Whatsapp Riverview Homestay Perlis


12. Serambi Homestay Kg Pondok

Serambi Homestay Kg Pondok

Serambi Homestay Kg Pondok merupakan sebuah homestay yang bercirikan rumah tradisional Melayu. Suasana yang indah dan tenang yang akan membuatkan anda seperti sedang berada di kampung halaman sendiri. Walaupun ia rumah kayu kampung tetapi ia kelihatan sangat elegant dan mempersonakan. Mereka menawarkan 3 bilik tidur, 1 bilik air dengan segala kelengkapan mandi, dapur dan ruang tamu. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, pemanas dan katil bersaiz queen. Antara barangan kemudahan yang mereka berikan bagi setiap bilik adalah mesin basuh, seterika, peti pertolongan cemas, televisyen, perabot dan banyak lagi.

Yang istimewanya, homestay ini terletak 9.2 km sahaja daripada Terminal Bas Kuala Perlis dan 37.0 km daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Untuk pengetahuan anda, pihak homestay menegaskan kepada setiap tetamu agar tidak merokok di dalam kawasan homestay. Selain itu, harga yang ditawarkan bagi rumah kediaman ini memang sangat berpatutan. Soal makan tidak akan menjadi masalah kerana di sini terdapat banyak kedai makan yang terletak berhampiran. Selain daripada balik ke kampung halaman, bila lagi anda akan dapat merasa tinggal di kediaman yang mempunyai persekitaran kampung yang indah ini.

Alamat: Kampung Pondok, 01000 Kangar, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 019-410 4725


13. My Kampung Homestay

My Kampung Homestay

Menginap di My Kampung Homestay memang akan membuatkan anda seperti sedang berada di kampung halaman. Buat anda yang merindukan kampung halaman atau tidak pernah merasai suasana kampung, anda memang patut untuk menginap di sini. Terdapat dua jenis rumah yang mempunyai perbezaan reka bentuk untuk anda tempah. Homestay rumah pertama mempunyai bentuk bumbung segi tiga yang unik tetapi tetap kelihatan menarik. Homestay rumah kedua pula mempunyai design rumah kayu kampung yang kelihatan sangat hebat. Di setiap bilik mampu memuatkan seramai 6 orang kerana mempunyai 2 katil bersaiz queen dan 1 bilik air. Kedua-dua design rumah memang sangat mempersonakan.

Bukan itu sahaja, Kedua-dua homestay juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan sempurna. Mereka menawarkan balkoni di setiap unit untuk melihat pemandangan yang indah. Bersantai dengan angin petang bersama suasana yang menenangkan di balkoni penginapan anda. Anda tidak akan berasa bosan semasa menginap di sini kerana banyak aktiviti menyeronokkan yang boleh dirancang untuk dilakukan. Sebagai contoh berbasikal di sekitar kawasan kampung, berjalan-jalan di taman homestay, bermain badminton atau macam-macam lagi. Mereka juga ada menawarkan kenderaan untuk ke Lapangan terbang berhampiran iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Alamat: 207, KM 11, Jalan Kaki Bukit, Kampung Darat, 02400 Beseri, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 012-536 6997


14. Raina Homestay Arau Kangar

Raina Homestay Arau Kangar

Raina Homestay merupakan salah satu homestay terbaik yang terdapat di kawasan Arau Perlis. Menawarkan rumah 3 bilik tidur berpenghawa dingin, 1 bilik air yang telah dilengkapi peralatan mandi, dapur dengan segala fasiliti memasak, meja makan dan ruang tamu yang luas. Dari luar hingga ke peralatan didalam rumah menggunakan satu warna iaitu ungu. Ini membuatkan rumah ini kelihatan lebih harmoni dan ceria. Penginapan ini hanya ditawarkan untuk mereka yang beragama islam sahaja.

Mereka menawarkan bilik dengan harga RM197 sahaja untuk semalaman. Untuk menjadikan percutian anda lebih meriah, anda boleh membuat permintaan kepada mereka untuk mengatur perjalanan anda ke bendang atau tali air untuk memancing. Bawa peralatan memancing anda sendiri daripada rumah. Hasil tangkapan anda nanti boleh dimasak di dapur yang terdapat di homestay. Berjalan-jalan di kawasan bendang untuk mendapatkan udara yang segar memang dapat membantu menghilangkan tekanan.

Alamat: No 31 Lorong Saujana Idaman 10, Taman Saujana Idaman, Arau, 02600 Arau, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelancong | Phone: 019-443 0097


15. Mirnaz Roomstay @ Kampung Masjid

MIRNAZ ROOMSTAY PERLIS

Mirnaz Roomstay yang terletak di Kangar, Perlis ini merupakan sebuah tempat penginapan yang baru dibuka. Apa yang menariknya tentang tempat penginapan ini adalah rekaan bilik tidurnya yang berbentuk segitiga apabila dilihat dari luar. Menarik, bukan? Selain daripada rekaannya yang unik, tempat penginapan ini mempunyai sebuah swimming pool yang agak besar dan ianya terletak hanya beberapa langkah saja dari depan pintu bilik.

Dalam pada itu, mereka juga ada menyediakan roomstay yang bertemakan rumah tradisional, jadi ianya amat sesuai untuk anda yang suka akan suasana kampung. Selain itu, tempat penginapan ini amat sesuai jika anda ingin mengadakan hari keluarga kerana tempatnya yang luas dan boleh memuatkan ramai orang. Jika anda ingin berbarbeku, mereka juga menyediakan tempat barbeku yang boleh disewa. Di dalam bilik tidurnya pula dilengkapi dengan katil yang selesa, tv, aircond, dan pemanas air.

Untuk memastikan keselamatan para penginap di sini, pihak Mirnaz Roomstay juga ada memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar, jadi anda tidak perlu risau dengan keselamatan anda dan anak-anak. Oleh itu, jika anda berminat untuk mencuba sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain, anda disarankan untuk menginap di Mirnaz Homestay.

Alamat: Lot 2355 Jalan Kaki Bukit, BT 3, 3/4, Kampung Masjid, 01000 Kangar, Perlis

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone: 0185750155


Sekali sekala memang wajar untuk membawa anak-anak anda untuk bercuti di tempat yang indah. Negeri Perlis sememangnya tempat yang tepat dan menarik untuk diterokai. Berseronoklah di sini dan lupakan segala masalah anda. Rehatkan minda dan diri anda sebaik-baiknya. Survey kesemua homestay di atas bagi mendapatkan pilihan yang terbaik. Rancang percutian anda dengan bijak bagi mengelakkan sebarang masalah.

3.6/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Tempat Penginapan yg Best di Perlis

Perlis merupakan negeri terkecil dan negeri yang mempunyai populasi paling sedikit di Malaysia. Lokasi yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand...

Tempat Makan BEST di Perlis – Pilihan Menarik JJCM TV3

Bercuti ke Perlis tanpa merasa makanan yang sedap dan unik di sini sememangnya ibarat "pergi memancing tidak bawa joran dan umpan". Jadi ayuh kita melihat...

35+ Tempat Menarik di Perlis Paling POPULAR Untuk Pelancong Terokai

Kalau sebut sahaja pasal aktiviti pelancongan & tempat menarik di Perlis yang popular, destinasi bergua seperti Gua Kelam & Gua Wang Burma merupakan antara...

Top 5 Kereta Sewa Perlis yg Best

Jika anda merancang untuk melancong ke Perlis, anda boleh menyewa kereta untuk bersiar-siar. Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia dan terletak di kawasan utara...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x