Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 5 Tempat Penginapan yg Best di Perlis

Perlis merupakan negeri terkecil dan negeri yang mempunyai populasi paling sedikit di Malaysia. Lokasi yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand ini sering menjadi tempat persinggahan untuk mereka yang ingin ke Thailand atau mereka yang baru pulang dari Thailand.

Walaupun Perlis merupakan negeri yang kecil, masih terdapat banyak tempat percutian yang menarik yang ada di sana. Kalau dah nak bercuti di Perlis, kita mesti mencari tempat-tempat penginapan yang best. Anda semua kena tengok satu-satu tempat penginapan yang best ini. Yang pastinya, anda tidak akan menyesal untuk cuba menginap disini.


1. Homestay My Home Village @ Arau

MY HOME VILLAGE

Jika keluarga anda suka meluangkan masa dengan bermandi-manda di kolam renang, My Home Village merupakan salah satu homestay yang best di Perlis yang perlu anda cuba. Disini, mereka menyediakan sebuah kolam renang yang sangat besar dan luas. Kolam renang di sini mempunyai dua jenis untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi, sesiapa sahaja daripada pelbagai peringkat umur boleh mandi-manda disini. My Home Village juga mempunyai beberapa jenis bilik tidur yang bersih dan selesa. Bilik-bilik disini dilengkapi dengan katil, almari penggantung baju dan bilik air persendirian.

Pada masa yang sama, pengunjung boleh datang ke My Home Village untuk bermandi-manda sahaja tanpa perlu menginap di sini. Pengunjung tidak perlu ‘booking’ dan boleh terus ‘walk in’ sahaja untuk mandi di pool mereka. Selain daripada mandi-manda, aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama keluarga ialah barbeku. My Home Village juga ada menyediakan tempat dan alatan barbeku yang boleh disewa.

Untuk menghidupkan suasana supaya menjadi lebih meriah atau anda ingin berkaraoke bersama keluarga, anda boleh menyewa PA system bersama My Home Village. Selain itu, disebabkan lokasinya yang berdekatan dengan pekan Arau, pengunjung amat suka untuk menginap disini kerana kemudahan untuk membeli makanan dan barang keperluan. 

Alamat: No. 1, Lorong Hj. Wan Ahmad, 02600, Arau, Perlis

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Myhome Village


2. Savana Hotel @ Pekan Kuala Perlis 

SAVANA HOTEL PERLIS

Savana hotel adalah sebuah hotel yang dibuka pada akhir tahun 2019, jadi keadaan bilik hotelnya yang masih baru menarik minat pengunjung untuk menginap disini. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan jeti Perlis memudahkan anda untuk bermalam disini sebelum atau selepas anda transit ke/dari Langkawi. Bilik yang disediakan pula sangat bersih, selesa dan luas. Biliknya dilengkapi dengan wifi percuma, tv, seterika, penghawa dingin, coffee maker dan peti ais mini. Jika anda bertuah,  anda akan mendapat bilik  ‘city view’.

Anda juga tidak perlu risau kerana tempat parking peribadi juga disediakan untuk mereka yang bermalam di hotel ini. Selain itu, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke kedai makan kerana terdapat banyak deretan kedai makan berdekatan dengan hotel. Hotel ini juga mempunyai sebuah cafe di lobi hotel jadi anda boleh bersantai disitu jika anda tidak mahu keluar daripada hotel. 

Alamat: No. 1,3,5, Blok C, Jalan 4, Kompleks Perniagaan, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 04-9856789


3. Deena Homestay @ Taman Budaya

DEENA HOMESTAY

Anda ingin bercuti bersama keluarga di Perlis? Anda mencari homestay yang ada swimming pool? Deena Homestay adalah jawapannya. Homestay ini ada menyediakan sebuah swimming pool sebagai salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air dan mampu memuatkan 6-8 orang dalam satu masa. Jadi, ianya amat sesuai untuk anda yang tidak mempunyai ahli keluarga yang terlalu ramai. Setiap bilik tidurnya pula dilengkapi dengan kipas siling dan penghawa dingin. Jadi, anda akan berasa selesa sepanjang anda sekeluarga menginap disini.

Homestay ini juga banyak mendapat komen-komen positif tentang persekitaran di dalam dan luar rumahnya yang bersih, selesa dan rasa seperti tinggal di rumah sendiri. Selain itu, homestay ini menyediakan tv yang dilengkapi dengan saluran Astro dan Netflix, sofa, wifi yang berkelajuan tinggi, dan dapur yang lengkap dengan peralatan memasak dan peti ais. Tambahan pula, homestay ini mempunyai kelengkapan mendobi seperti mesin basuh, mesin pengering, seterika dan papan seterika. Jadi, anda tidak perlu ke dobi untuk membasuh baju-baju anda jika anda berhasrat untuk tinggal lama di homestay ini.

Dekorasi di rumah ini juga tidak kurang hebatnya. Rumah yang dihiasi dengan pelbagai jenis dekorasi ini menambahkan lagi seri Deena Homestay. Anda juga tidak perlu risaukan keselamatan keluarga anda kerana homestay ini berada di bawah pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) sepanjang masa. Deena homestay ini juga dikelilingi dengan pemandangan kampung, jadi ianya amat sesuai untuk anda yang ingin merasa suasana kampung sambil bercuti. Walaupun homestay ini lengkap dengan pelbagai kelengkapan rumah, ianya masih menawarkan harga yang amat berpatutan. Jadi, anda sangat disyorkan untuk cuba menginap di sini.

Alamat: No.1a, Jalan Sek. Keb, 01000 Kangar, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Deena Homestay


4. Syed Homestay @ Kubang Gajah

Syed Homestay Perlis

Mencari homestay dua tingkat yang selesa? Syed homestay ada pilihan yang terbaik. Homestay dua tingkat ini adalah salah satu penginapan selesa yang ada di Arau, Perlis. Selain daripada rumah yang luas dan bersih, homestay ini juga mempunyai ruang untuk memarkir kereta di hadapan rumah. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat parking ketika anda menginap disini.

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Jadi ianya amat sesuai untuk bermalam bersama keluarga yang berkapasiti 6-10 orang dalam satu masa. Selain itu, homestay ini ada menyediakan sofa bed sebagai katil tambahan untuk tidur. Tambahan pula, rumah ini dilengkapi dengan penghawa dingin, tv, wifi, mesin basuh, penapis air Coway dan peti sejuk. Televisyennya pula lengap dengan saluran Netflix. Jadi, anda sekeluarga boleh bersantai di ruang tamu sambil menonton filem bersama-sama.

Anda juga boleh membuat permintaan selimut dan bantal tambahan jika selimut dan bantal yang disediakan tidak mencukupi. Di samping itu, terdapat banyak kemudahan yang berdekatan dengan homestay ini seperti ATM, 7eleven, stesen minyak, Pasaraya Cmart, Masjid Negeri Arau dan Stesen Keretapi Arau. Akhir kata, anda disarankan untuk menginap di sini kerana dijamin bersih, segar dan selesa oleh pemiliknya sendiri.

Alamat: No 71 Jalan Saujana 10 Taman Saujana Idaman, Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Syed Homestay


5. Tasoh Lake Resort by Tasoh TasikKu @ Kaki Bukit

tempat penginapan perlis TASOH LAKE RESORT

Resort berbintang tiga ini merupakan pilihan yang terbaik jika anda ingin tempat bermalam di Kangar, Perlis. Ianya kerana anda akan dapat melihat pemandagan bukan pantai, bukan ‘city view’ tetapi pemandangan tasik! Jarang-jarang kita dapat pengalaman bermalam di penginapan berdekatan dengan tasik ini. Pastinya, ia merupakan sesuatu yang baru dan wajib untuk kita rasainya sendiri. Untuk mereka yang ingin menginap di sini, terdapat beberapa jenis bilik yang boleh dipilih. Setiap bilik pula dilengkapi dengan penghawa dingin, minibar, coffee maker dan bilik air peribadi yang lengkap dengan shower.

Resort ini juga menyediakan breakfast untuk mereka yang menginap di sini. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mencari kedai makan pada waktu pagi untuk bersarapan. Resort ini mempunyai sebuah kolam renang, jadi anda boleh bermandi-manda bersama keluarga di sini. Lain daripada itu, resort ini juga amat sesuai untuk mereka yang suka berootd kerana terdapat banyak ‘ootd spots’ di persekitaran tasik yang didekorasikan oleh pihak resort sendiri. Yang pasti, anda tidak akan menyesal kerana pemandangan di tasik tersebut memang cantik.

Selain daripada itu, antara aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga ialah beriadah seperti berbasikal dan berjogging. Jika anda tidak mempunyai basikal, anda boleh menyewa dengan pihak resort yang cuma berharga RM5 tanpa had masa. Kepada anda yang sukakan pemandangan tasik yang nyaman dan tenang dan mereka yang suka untuk melihat matahari terbenam, disinilah tempat yang sesuai untuk anda.

Alamat: Lot 3082, Jalan, Kampung Buit Manek, 02200 Kaki Bukit, Perlis

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Tasoh Lake Resort


5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Makan BEST di Perlis – Pilihan Menarik JJCM TV3

Bercuti ke Perlis tanpa merasa makanan yang sedap dan unik di sini sememangnya ibarat "pergi memancing tidak bawa joran dan umpan". Jadi ayuh kita melihat...

Top 5 Kereta Sewa Perlis yg Best

Jika anda merancang untuk melancong ke Perlis, anda boleh menyewa kereta untuk bersiar-siar. Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia dan terletak di kawasan utara...

35+ Tempat Menarik di Perlis Paling POPULAR Untuk Pelancong Terokai

Kalau sebut sahaja pasal aktiviti pelancongan & tempat menarik di Perlis yang popular, destinasi bergua seperti Gua Kelam & Gua Wang Burma merupakan antara...

15 Homestay Popular Di Perlis yg Murah & Best

Banyak tempat-tempat menarik di Negeri Perlis yang harus anda terokai. Bukan itu sahaja, Negeri Perlis kini semakin dikenali dan menjadi pilihan para pelancong. Kalau...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x