Tempat Makan BEST di Perlis – Pilihan Menarik JJCM TV3

Bercuti ke Perlis tanpa merasa makanan yang sedap dan unik di sini sememangnya ibarat “pergi memancing tidak bawa joran dan umpan”.

Jadi ayuh kita melihat beberapa tempat makan best di Perlis yang menarik untuk dicuba dan juga pernah menjadi singgahan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3. Kalau datang sini WAJIB CUBA TRY RASA !


 

1. Restoran Kak Su Laksa – Laksa ‘Kola’ Terbaik

tempat makan best di perlis

Negeri Malaysia ada pelbagai jenis laksa seperti laksa Johor, laksa Penang, laksa Kedah, laksa Sarawak, laksa Terengganu dan di Perlis tidak ketinggalan untuk mempunyai resepi dan hidangan laksa negeri yang tersendiri.

kedai laksa best di perlisSalah satu tempat makan yang menarik untuk dicuba di Kuala Perlis ialah di Restoran Kak Su Laksa. Bak kata orang setempat, Laksa ‘Kola’ (Laksa Kuala) yang paling best.

Memang tersohor kedai ini dengan laksanya dan kedai ini telah beroperasi sejak tahun 2002 lagi.

Yang menariknya, tidak seperti di kebanyakan kedai lain yang menjual laksa, semua bahan makanan laksa di sini di buat sendiri termasuk mee laksanya sendiri.  Siap ada mesin di belakang kedai Restoran Kak Su untuk membuat dan memproses mee laksa.

Kuah laksanya pula dikatakan yang paling sedap dan menjadi pilihan orang di sini kerana pekat dan isi ikan selayang yang digunakan sangat fresh. Maklumlah, Kuala Perlis ini lebih kurang perkampungan nelayan dan dekat dengan jeti. Hari-hari ada stok ikan segar bugar dari laut.

Yang pelik tentang cara makan laksa di Kuala Perlis ini, selain hidangan mee laksa, kuah ikannya dan ulamannya, orang di sini juga makan laksa dengan sejenis kuih iaitu Spera. Spera ini sekali tengok sebijik macam kuih karipap, tapi yang membezakannya ialah ini Kuih Spera ini ialah kelapa.

Kuih Spera ini akan dipatahkan dan digaul bersama dengan laksa Perlis sebelum dimakan. Ibarat makan laksa berlauk pulak.

Selain ‘berlaukkan’ kuih Spera, ada juga yang makan laksa bersama dengan pulut panggang. Makin unik sangat dah ni. Macam mana rasa dia ye ? Destinasi ini telah menjadi terjahan kru JJCM TV3 pada tahun 2013 lagi. Kalau datang ke Perlis, wajib cuba dan bezakan sendiri apa permainan rasa Laksa Kedah, Laksa Penang dan Laksa Perlis. Negeri-negeri ini hanya bersebelahan tetapi mempunyai laksa yang berbeza.

Alamat Restoran Kak Su Laksa: 97, Medan Niaga Kuala Perlis, Jalan Siakap Satu, 02000, Kuala Perlis, Perlis. Tel: 012-550 0365


2. Restoran Anjung Keli – tempat makan best di Perlis yang WAJIB CUBA TRY TEST

restoran anjung keli perlis

Satu lagi tempat makan best di Perlis yang sangat-sangat popular dengan masakan kampung. Kenalah dengan tema atau ‘tagline’ kedai ini, ‘warisan citarasa tradisi’.

Inilah tempat makan di Perlis sekiranya anda nakkan destinasi makan lauk-pauk kampung seperti;

  • ikan keli bakar
  • ikan keli berlada
  • gulai kawah
  • ulam-ulaman
  • kerabu
  • kurma celup tepung
  • terubuk bakar
  • dan lain-lain, wajib cuba di sini.

Selain kru JJCM TV3, banyak sudah media-media lain yang datang ke sini membuat liputan mengenai keenakan makanan-makanan di sini. Kedai makan ini berkonsepkan terbuka, sekali tengok dari jauh, macam nak pergi kenduri kahwin pun ada.

Ramai sudah selebriti serta public figure yang menerjah ke sini untuk merasa keenakan masakan kampung di Anjung Keli seperti Tuan Guru Harun Din, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Danial,  Amy Search, Fahrin Ahmad dan ramai lagi. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Restoran Anjung Keli, sila ke sini.

Alamat Penuh Anjung Keli:  Medan Seri Pulai, Jalan Bekor Pulai, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia.


3. Chortieszzz Cafe – western best di Kangar, kaki kambing & burger Tengkolok

tempat makan sedap di perlisBagi mereka yang nakkan makanan yang lebih kepada ala barat seperti homemade buger, steak atau chicken chop, anda boleh singgah di cafe ini yang terletak di Jalan Sena Indah di Kangar.

Menu makanan yang popular di sini ialah Burger Tengkolok, kaki kambing & Chortiezz Sause dan juga kuew teaw kerang. Ada juga menu-menu lain yang biasa anda jumpa di kebanyakan kedai western yang lain. Makanan ringan atau berat, semua ada.

Burger Tengkolok ini mungkin sekali nampak macam homemade burger yang lain. Namun ada kelainan dia, kalau biasa cheese diletakkan di atas daging dan dikapit dengan roti, tetapi untuk Tengkolok Burger ini, cheesenya (jenis mozarella) ada di dalam daging burger itu sendiri.

Nama Burger Tengkolok ini datangnya sebab lokasi cafe ini berdekatan dengan Bulatan Jubli Emas ( ada tiang bertengkolok di tengah bulatan).

Satu lagi menu yang agak unik ialah  kaki kambing bakar & Chortiezz Sause. Jarang ada menu sebegini di kedai western lain. Destinasi ini juga telah diterjah oleh JJCM pada tahun 2013 lagi dan kalau tengok pada suasana dekorasi kedai, memang romantik.

Kalau berbulan madu ke Perlis, sesuai sangat sebagai tempat makan malam atau candle light dinner dengan insan tersayang.

Alamat penuh Chortiezz Cafe: Lot MPKPS, Jalan Sena Indah, Simpang Tiga. 01000 Kangar, Perlis


Itulah dia tiga tempat-tempat makan best di Perlis yang pernah diterjah oleh kru Jalan Jalan Cari Makan TV3. Jangan lupa untuk singgah kalau bercuti ke Perlis, selamat mencuba dan jangan lupa share dengan kawan-kawan. Wassalam.

4.5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

15 Homestay Popular Di Perlis yg Murah & Best

Banyak tempat-tempat menarik di Negeri Perlis yang harus anda terokai. Bukan itu sahaja, Negeri Perlis kini semakin dikenali dan menjadi pilihan para pelancong. Kalau...

35+ Tempat Menarik di Perlis Paling POPULAR Untuk Pelancong Terokai

Kalau sebut sahaja pasal aktiviti pelancongan & tempat menarik di Perlis yang popular, destinasi bergua seperti Gua Kelam & Gua Wang Burma merupakan antara...

Top 5 Kereta Sewa Perlis yg Best

Jika anda merancang untuk melancong ke Perlis, anda boleh menyewa kereta untuk bersiar-siar. Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia dan terletak di kawasan utara...

Top 5 Tempat Penginapan yg Best di Perlis

Perlis merupakan negeri terkecil dan negeri yang mempunyai populasi paling sedikit di Malaysia. Lokasi yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand...

11 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

11 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ezad
Ezad
6 years ago

Daging Bakaq Meletop My Ole Ole Beseri pun sempoiiiii depa kata

zulfikar
zulfikar
7 years ago

Sarapan pagi Kuala Perlis kedai manager hangpa rekemen..otw me Perlis nice..hu..hu

Bujang raja
Bujang raja
8 years ago

Nasi goreng bonda

Girl
Girl
8 years ago

Sam cafe taman ira pun best lamb rack dia

Ex penduduk perlis
Ex penduduk perlis
8 years ago

Dh 6 tahun duk perlis,bila balik ngeri sndri masih tringat2 mknan perlis,memang murah,segar dan yg pnting sedap semuanya,antra kedai yg jd pilihan mase dlu:
1.fatin corner
2.nasi ganja
3.nasi halba
4.rojak tonggek
5.bihun sup murah giler blkng balai bomba
6.pasemboq depan dmara
7.mai cafe pon sedap
8.try jgak ayam pulut pdang besaq n tom yam siam die.power!
9.MU cafe
10.anjung keli tu memang terbaek lah!
11.kedai abg botak depan anjung keli.
12.ayq soya Gula murah azra
13.kedai mkn kat sungai bakong.
Bnyk lgi.nk tilis memang pjg…nnti cari sendri ok…

Adie
Adie
8 years ago

Banyak lagi tempat makan yang best diPerlis !

Roshaidi
Roshaidi
8 years ago

Kat mana kedai Chortieze Cafe ek ?

Komet
Komet
5 years ago
Reply to  Roshaidi

Belakang pos laju kat sena.. dia mcm island, keliling boleh parking kereta

Hubungi Kami

11
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x