Tempat Makan BEST di Alor Setar Kedah – 5 Kedai Pilihan JJCM TV3

Kalau ‘mai’ Alor Setar Kedah tapi tak ‘pulun’ makanan orang Kedah mana boleh. Tapi mana nak pergi? Banyak orang duk cakap kedai makan inilah yang sedap, kedai itulah yang sedap sampai pening jadinya. ‘Tang’ mana kedai yang BEST?


Tak payah pening-pening, kita terjah sahaja tempat-tempat makan best di Alor Setar Kedah yang pernah diterjah oleh Jalan Jalan Cari Makan TV3 yang terbaru (Bulan Mac 2015). Baru rasa macam ‘SUSPEN’ sikit nak pergi makan, sedap setara mana kedai-kedai makan ini sampai boleh masuk TV !


5 tempat makan best di Alor Setar Kedah Pilihan JJCM TV3 yang terbaru !

1. Awi Pulut – Bak mai Pulut Kahwin sepinggan

tempat makan best di alor setar

Destinasi tempat makan best di Alor Setar yang pernah diterjah oleh JJCM ialah di Awi Pulut. Bukannya cafe ataupun restoran, tetapi hanya gerai biasa di tepi jalan. Namun apa yang membuatkan ianya luar biasa sehingga kru JJCM TV3 terjah ke sini? Adakah kerana populariti atau kesedapan pulutnya?

makanan menarik alor setar kedahBagi penggemar makanan santai orang Melayu kita iaitu Pulut Durian, Pulut Ayam, Pulut Kahwin, Pulut Kuning atau Pulut Mangga, jangan tak singgah di gerai Awi Pulut yang terletak di Alor Setar ini.

Selain makanan santai berpulut, di sini juga ada makanan berat seperti nasi ayam berempah dan nasi ayam percik.

Memang kena sangat lepas kenyang makan benda berat, terus jadikan aneka pulut ini sebagai pencuci mulut. Kombinasi terbaik ! Lokasi gerainya hanya di belakang Bank Rakyat Alor Setar dan beroperasi setiap hari daripada 8.30 pagi sehinggalah ke petang.

Namun bergantung kepada stok pulut dan bahan lain, sekiranya habis awal, maka awallah Awi Pulut ni ditutup. Sebaiknya kalau dah petang sangat tu, hubungi atau sms je Awi Pulut di 012-5969199 untuk tanya samaada kedai dah tutup ke belum.

Alamat Awi PulutNo 4, Gerai buah, jalan langgar alor, 05100, Alor Setar, Kedah. TEL: 0125969199


2. Laksa Ikan Sekoq – Kuahnya Likat Sedap Memikat !

laksa sedap di alor setar kedah

Yang ni baru Kedah mai punya ! Nak sebut nama kedai makan pun dah rasa nak tergeliat lidah macam orang Kedah dah. Kedai makan ini memang sempoi je dari luar.

restoran laksa alor setar kedahBak kata orang tu ” luar nampak setinggan, tapi dalam kondo !” Hidangan laksa di sini memang popular satu Alor Setar. Kalau sebut jer pasal laksa di Alor Setar, memang terbuka mulut semua orang suruh pergi try kat Laksa Ikan Sekoq di Jalan Gangsa.

Selain Laksa sebagai menu utamanya, di sini juga ada makanan santai yang lain seperti cendol, cendol pulut, jagung bakar, rojak buah dan ABC. Bagi mereka yang nak merasa Laksa Kedah yang ori dan baik punya, jangan tak mai pulun sepinggan di sini.

Alamat: Laksa Ikan Sekoq, NO 19 Taman Utama, Jalan Gangsa, Mergong, Alor Setar. TEL: 012-4391313

 


3. Bite Cafe – pilihan tempat makan ala western best

restoran wastern best di alor setar

Cafe yang terletak di tengah pusat bandar Alor Setar dan dikelilingi oleh tarikan pelancongan seperti Balai Seni, Balai Nobat, Istana Kuning dan Masjid Zahir.

kedai makan best alor setarMenu makanan di sini lebih kepada western style dan santai. Dan yang menjadi pilihan para pengunjung di sini ialah menu meatball.

Meatball banyak jenis masakan dia dan kalau swedish meatball ini memang tak dinafikan memang salah satu jenis hidangan meatball yang paling popular di mana-mana kedai makan.

Selain itu, banyak lagi menu ala western yang ada di sini seperti pasta, daging/ayam grilled, chicken cordon bleu, chicken chop dan menu-menu western lain yang selalu kita tengok di kedai western lain.

Bagi mereka yang nak makan kek, di sini juga menyediakan pelbagai jenis pilihan kek yang sedap seperti peach cheese cake, carrot cake walnut, Butterscotch + caramelized nuts cake dan chocolate cake. Kalau tengok keadaan kedai dan ruangan makan pun sangat cantik dan berseni. Kalau datang makan berdua dengan insan tersayang, memang sesuai dan romantik sangat.

Di aras atas kedai ini ada tempat nama “Bazaru” yang mana merupakan ruangan menjual baju t-shirt brand tempatan. Ada juga port baik punya untuk tangkap gambar serta prop-prop yang menarik sebagai penambah seri gambar anda (contohnya motor vespa).

Kalau makan di ruang belakang kedai ini memang menarik sebab view dia mengadap Masjid Zahir yang sangat cantik. ( Masjid 10 tercantik di Dunia) Bukan setakat JJCM TV3 sahaja yang telah membuat liputan di sini, News Strait Times juga pernah memasukkan Bite Cafe ke dalam surat khabar sebagai salah satu tempat makan best di Alor Setar. Nak tahu perkembangan terkini Bite Cafe Alor Setar ini, sila terjah ke timeline Facebook mereka di sini.

Alamat Penuh Bte Cafe Alor Setar: Bite Cafe, 139, Pekan Melayu, 05000 Alor Setar, Kedah. TEL: 0125001714


4. Restoran Mikamal – Mee Rebus Utara kaw-kaw

restoran burger best alor setar

Bagi anda yang lebih suka makanan ori orang Kedah, salah satu tempat makan yang menarik di Alor Setar untuk diterjah ialah di Restoran Mikamal yang terletak di Jalan Anak Bukit.

mee rebus utara kedahMenu makanan yang dikatakan popular di sini ialah mee rebus utaranya. Memang lain dengan mee rebus kebiasaan yang kita lihat kerana kuahnya bukan seperti sup. Sekali tengok macam kuah dhal pun ada, dua kali tengok macam kuah gulai ikan patin tempoyak pun ada.

Selain mee rebus utara, ada juga makanan lain yang santai tempatan yang boleh dicuba seperti udang goreng masalaitosai, pasembur, murtabak, nasik berlauk mamak (nasi kandar) dan roti dhol.

Kalau western food pulak seperti biasalah, sudah tentu menu-menu makanan seperti chicken chop, fries, dan juga burger. Untuk perkembangan lanjut dan dan gambar makanan lain di Restoran Mikamal, sila terjah fanpage mereka di sini.

Alamat Restoran MikamalNo 4, taman tengku bendahara, lebuh raya darul aman, anak bukit, 06550 Alor Setar, Kedah. Tel: 0164621915


5. Le Medina Patisserrie – Nasi Lemaknya warna hijau !

kedai makan menarik di alor setar

Nama kedai makan dah macam hotel di Itali ! Agak susah nak menyebutnya bagi lidah kayu macam saya. Destinasi Le Medina Patisserie ini merupakan restoran atau cafe yang menyediakan makanan ala-ala barat yang unik dan ‘presentation’ makanannya nampak sungguh menyelerakan.

restoran western popular kedahRasa sayang nak sentuh ‘kedaraan’ kek-kek dan kopi-kopinya yang sampai di depan meja makan. :) Ditambah pula ruangan deko dalaman kedai makan yang sangat unik dan menarik. Warna terang-terang ! Memang ceria dan macam terasa makan di kedai makan di Disney Land.

Antara menu-menu makanan yang popular di sini ialah:

  • Mee Tulang Rusuk Medina
  • Nasi Lemak Hijau Medina
  • Seafood spaghetti
  • Lasagna
  • aneka kek
  • aneka cupcakes
  • mee goreng mamak

jalan jalan cari makan alor setarItulah dia antara menu makanan yang ada di sini. Patutlah menjadi terjahan Jalan Jalan Cari Makan TV3. Memang satu kedai makan yang menarik di Alor Setar untuk kita terjah nanti.

AlamatLe Medina Patisserrie, No 1, Wisma Koperasi Jalan Stadium,05100 Alor Setar Kedah. Tel: 04-7302120

Sila terjah facebook mereka di sini atau instagram untuk melihat gambar-gambar menu makanan yang lain yang sangat menarik dan cantik.


Pulun jangan tak pulun di 5 kedai makan best di Alor Setar Kedah pilihan JJCM TV3

Itulah dia 5 destinasi tempat-tempat makan best di Alor Setar yang menjadi pilihan dan telah diterjah oleh Jalan Jalan Cari Makan TV 3 pada bulan Mac 2015 yang lalu. Semoga memberi idea yang lebih luas kepada anda mana nak terjah untuk makan-makan di ALOQ SETAQ. Pulun Kedah Pulun !

Tempat Makan BEST di Alor Setar Kedah – 5 Kedai Pilihan JJCM TV3
4.4 (88.57%) 7 votes
SILA SHARE :)

1
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
1 Jumlah Komen
0 Jumlah komen yang dibalas
0 Pengikut
 
Komen paling disukai
Komen paling banyak balasan
terbaru terdahulu paling disukai
Zuraida lazim
Pelawat
Zuraida lazim

Mene lain dari lain wajib kena cuba..