Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Basikal Best di Johor Bahru

Berbasikal merupakan senaman berimpak rendah yang sihat, menyeronokkan, dan dapat dinikmati oleh semua orang tanpa mengira peringkat usia. Golongan kanak-kanak yang masih di bangku sekolah terutama yang tinggal di perkampungan sering mengayuh basikal untuk ke sekolah dan golongan dewasa pun tidak ketinggalan mengayuh basikal pada waktu petang. Cara yang paling mudah untuk menjadi cergas adalah dengan menunggang basikal. Tahukah anda, bahawa sebahagian penduduk terutama di negara Jepun sering berbasikal untuk ke tempat kerja dan kedai. Budaya berbasikal di negara Jepun ini telah bermula sejak sedekad yang lalu. Malahan, berbasikal menjimatkan masa dan menggabungkan senaman teratur dengan rutin harian anda. Sebelum membeli basikal untuk anak anda, pastikan anda mengetahui panduan memilih basikal untuk anak anda.

Panduan memilih basikal untuk anak anda:

  1. Umur – Kanak-kanak boleh mula belajar menunggang basikal roda tiga atau basikal (basikal tanpa roda) sejak usia dua tahun. Kanak-kanak berusia antara tiga hingga lima tahun boleh menggunakan basikal dengan penstabil (12 dan 14 inci) dan mengimbangkan basikal yang boleh ditukar.
  2. Ketinggian – anda perlu memastikan basikal sesuai dengan ketinggian dan usia anak anda. Kesannya, pembelajaran mereka lebih pantas dan menyeronokkan.
  3. Kegunaan – bermula usia enam tahun, anak anda mula menggunakan basikal mereka dengan cara yang berbeza. Sama ada basikal hibrid, gunung atau BMX. Bagi anak anda yang ingin menunggang di kawasan yang agak kasar, basikal gunung adalah pilihan yang terbaik. Manakala, model BMX paling bagus digunakan untuk kegunaan harian.

Berikut merupakan beberapa jenis basikal yang anda boleh cari dari kedai yang terpapar dalam artikel ini: basikal murah, basikal bmx, basikal gear, basikal roadbike, basikal budak, basikal senaman, basikal mountain bike, basikal lipat, dan basikal tua.

 

Kedai Basikal di Johor Bharu


1. Khass Bicycles, Taman Perling

Kedai basikal untuk anda

Khass Bicycles terletak bersebelahan kedai dobi dan kedai langsir & perabot. Kedai basikal Johor ini menawarkan basikal untuk dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, anda boleh melihat aksesori lain yang ditawarkan oleh mereka di laman e-commerce Shoppee seperti tertera di link dibawah. Perkhidmatan bike fitting serendah RM500 yang merangkumi bike sizing dan perkhidmatan penyelenggaraan basikal. Penyelenggaraan asas bermula dari RM60 sehingga RM250.

Alamat: 72, Jalan Layang 16, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Isnin (tutup), Sabtu & Ahad: 10.00am – 6.00pm, Selasa – jumaat: 11.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Shopee | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6012-7818980

Whatsapp Khass Bicycles

 

2. Nur Ikhsan Trading Bicycle Shop, Taman Amira

kedai basikal yang terbaik

Nur Ikhsan Trading Bicycle Shop merupakan kedai basikal yang terbaik untuk semua peminat basikal. Kedai basikal Johor Bharu ini menawarkan nasihat dari pakar basikal, produk yang berkualiti, dan perkhidmatan profesional yang sesuai dengan pelanggan dari pemula hingga profesional.

Alamat: 139, Jalan Rawa, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Isnin – sabtu: 10.00am – 7.00pm, Ahad: 10.00am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Instagram | Shopee | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6012-7092391

Whatsapp Nur Ikhsan Trading Bicycle Shop

 

3. JB Giant Bicycles Concept Store, Taman Tasek

jenama tersohor dunia

Giant Bicycles merupakan jenama tersohor dunia kerana mempunyai cawangan di seluruh negara termasuklah Perancis, Australia, Korea Selantan, dan sebagainya. Pelbagai jenis basikal ditawarkan untuk anda dengan harga berpatutan dan boleh dirunding. Selain itu, kakitangan mereka juga peramah dan menerangkan setiap pilihan basikal dengan sangat bagus sebelum dibeli oleh pelanggan.

Alamat: 31, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 10.00am – 7.00pm

Lokasi | Laman web | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: 07-2881704

 

4. KSH Bicycle, Bandar Dato Onn

bersebelahan dengan Rumah Kurma Trading

KSH Bicycle atau nama lainnya Champion Bike Trading terletak di Bandar Dato Onn dan bersebelahan dengan kedai makanan kesihatan iaitu Rumah Kurma Trading. Kedai ini turut mendapat ulasan positif dari kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke sini. Harga yang ditawarkan berbaloi dan perkhidmatan pelanggan akan membantu anda membuat pilihan yang terbaik. Anda juga boleh membuat pembayaran secara tunai, Paypal, iPay88, dan Atome. KSH Bicycle mempunyai pelbagai jenis basikal untuk semua orang tanpa mengira usia. Pelanggan juga berpeluang mendapatkan basikal bersama dengan set aksesori lengkap di kedai basikal sehenti ini. Selain itu, turut menawarkan barangan edisi terhad dan eksklusif yang akan menjadi keutamaan pilihan utama anda. Hal ini kerena KSH Bicycle adalah pengedar tunggal di Malaysia untuk jenama, seperti Cervélo R5 Automobili Lamborghini dan Cervélo S5 Disc Frameset Jumbo-Visma edisi.

Alamat: 20, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.30am – 6.30pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Phone: +6016-9531143

Whatsapp KSH Bicycle

 

5. SSR Cyclist Centre, Johor Jaya

pelbagai pilihan basikal dan aksesori

SSR Cyclist Centre menawarkan pelbagai pilihan basikal dan aksesori untuk dipilih. Anda semestinya tidak akan pernah kecewa dengan kedai basikal ini. Perkhidmatan pelanggan mereka sangat bagus serta akan membantu anda dalam memilih basikal yang terbaik dan sesuai dengan keperluan anda.

Alamat: No 27, Jalan Bakawali 50, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 10.00am – 6.00pm, Sabtu: 10.00am – 4.00pm

Lokasi | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: +6016-7814068

Whatsapp SSR Cyclist Centre

 

6. Eng Huat Bicycle Trading, Taman Tampoi Indah 2

menjual basikal, alat ganti, dan aksesori baru

Eng Huat Bicycle Trading telah wujud sebagai kedai basikal tempatan di Johor Bahru sejak tahun 2017. Selain menjual basikal, alat ganti, dan aksesori baru, perkhidmatan membaiki basikal turut ditawarkan. Kemudahan tempat letak kenderaan di jalan turut disediakan untuk pelanggan.

Alamat: G- 36, Jalan Mawar 1, Taman Tampoi Indah 2, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.30am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Lazada | Ulasan Bisnes | Phone: +6014-6723250

Whatsapp Eng Huat Bicycle Trading

7. DR Bikes, Taman Bukit Kempas

DR Bikes, Taman Bukit Kempas

DR Bikes merupakan kedai yang menjual basikal, menyediakan perkhidmatan membaiki basikal, membaiki kerusi roda, menjual permainan kanak kanak, alat ganti basikal, dan menjual beli kenderaan baru serta terpakai. Sekiranya anda berminat untuk menjual kereta lama atau basikal, anda boleh menghubungi DR Bikes.

Alamat: 32, Jalan Bukit Kempas 1/18, Taman Bukit Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad: 2.30am – 8.00pm, Isnin – sabtu: 1.09pm – 9.30pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6014-7710007

Whatsapp DR Bikes

 

8.Cyclelogy Johor Bahru, Taman Melodies

kedai berkonsepkan basikal

Cyclelogy adalah sebuah kedai berkonsepkan basikal yang terletak di Taman Melodies. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis basikal dan peralatan berbasikal untuk anda. Selain itu, kedai ini khusus untuk mereka yang sering berbasikal. Mereka turut menjual peralatan basikal seperti topi keledar basikal, cermin mata hitam khas untuk berbasikal, tayar, kasut, dan banyak lagi untuk memberikan keselesaan kepada anda semasa berbasikal.

Alamat: No.157, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Isnin(tutup), Selasa – ahad: 11.00am – 8.00pm

Lokasi | Instagram | Facebook | Shopee | Ulasan Bisnes | Phone: +6010-9489960

Whatsapp Cyclelogy  

 

9. Miki Bicycle & Hardware Trading, Bandar Baru Uda

perkhidmatan menyewa dan membaiki basikal

Miki Bicycle terletak berdekatan dengan galeri bingkai gambar dan RNZ Cafe Chinese Muslim. Kedai ini mendapat ulasan yang bagus dari pelanggan. Selain menjual basikal dan peralatan basikal, perkhidmatan menyewa serta membaiki basikal turut ditawarkan untuk anda.

Alamat: 42, Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 10.30am – 7.00pm

Lokasi | Facebook |  Ulasan Bisnes | Phone: +6012-7141415

Whatsapp Miki Bicycle  

 

10. Creative Bicycle Enterprise, Taman Setia Indah

bersebelahan dengan pusat servis kereta

Creative Bicycle Enterprise menjual pelbagai jenis basikal, bahagian berkaitan dengan basikal, produk bayi, dan perkhidmatan membaiki basikal. Kedai basikal Johor ini terletak bersebelahan dengan pusat servis kereta Hi-Rev dan Gee Huat Mini Market serta ditutup setiap hari rabu.

Alamat: No.33, Jalan Setia 3/5, Taman Setia Indah, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi: Rabu(tutup), Khamis – selasa: 10.30am – 7.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: +6012-7097528

Whatsapp Creative Bicycle Enterprise  

 

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 5 Kedai Basikal Pasir Gudang yg Best & Murah

Berbasikal penuh dengan pengembaraan, kemahiran, kepantasan, berani, berfikir cepat dan kadang-kadang kerja berpasukan untuk menjadikannya salah satu sukan rekreasi terbaik di dunia moden. Sama...

Top 5 Kedai Basikal Muar yg Best & Murah

Sama ada anda penunggang basikal baru atau penunggang berpengalaman, memeriksa basikal sebelum menunggang adalah idea yang baik. Hal ini memang bagus kerana dapat memastikan...

Top 5 Kedai Basikal Batu Pahat & Parit Raja yg Best

Berapa kerapkah anda memberi komen kepada rakan bahawa anda pandai aspek berbasikal, tetapi tidak baik pada yang lain? Mungkin anda pelari pecut yang hebat,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x