Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Kedai Pancing Best Yang Digemari “Kaki Pancing” di Johor Bahru!

Di waktu lapang, terdapat satu aktiviti luar yang sangat mudah untuk dilakukan iaitu aktiviti memancing. Memancing merupakan aktiviti yang disukai oleh ramai orang tidak mengira peringkat umur. Ada yang berkata memancing dapat menghilangkan rasa stres berdasarkan pengalaman. 

Justeru itu, memancing memerlukan peralatan yang lengkap seperti joran, mata kail, umpan dan sebagainya untuk mendapat hasil tangkapan yang menarik. Di sini, kami senaraikan 5 kedai pancing best yang digemari “kaki pancing” di kawasan Johor Bahru yang mendapat ulasan terbaik dari pelanggan.

5 Kedai Pancing di Johor Bahru


1. Fymac Fishing Tackle, Taman Daya

Fymac Fishing Tackle, Taman Daya

Kedai pancing bernama Fymac Fishing Tackle ini terletak di Taman Daya, Johor Bahru. Kedai ini sangat sesuai untuk pemancing pemula yang ingin berjinak-jinak ke dalam dunia memancing.

Harga barangan yang dijual di sini juga murah berbanding dengan kedai pancing yang lain. Peralatan yang dijual adalah seperti reel, tali tasi, gewang dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat custom joran yang mereka inginkan. 

Waktu operasi kedai ini bermula jam 10 pagi hingga 7 petang dan dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu, manakala ia ditutup pada hari Ahad. Hampir kesemua ulasan dari pelanggan memberikan ulasan yang positif. 

Alamat: 16, Jalan Pinang 23, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm) & Ahad (Tutup)

Lokasi | Youtube | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-5681 7844

WhatsApp Fymac Fishing Tackle


2. Blue Water, Taman Pelangi

Blue Water, Taman Pelangi

Kedai pancing di Johor Bahru yang digemari oleh “kaki pancing” yang seterusnya ialah Blue Water. Kedai ini menjual peralatan memancing dan sukan laut. Banyak peralatan memancing terdapat di kedai ini. 

Pemilik kedai ini sangat peramah dan sentiasa membantu serta memberi cadangan yang terbaik kepada pelanggan yang datang ke kedainya. Tidak hairanlah, ramai pelanggan di sekitar sini memilih kedai Blue Water sebagai kedai pancing yang kesukaan mereka.

Harga di kedai pancing ini juga berpatutan. Malah, ulasan yang diberikan oleh pelanggan di kedai ini mempunyai sebanyak 112 komen, dan rata-rata pelanggan berpuas hati dengan layanan bos serta harga barangan di sini. 

Bukan itu sahaja, di Blue Water juga pelanggan boleh menempah custom joran dan membaiki joran. Pelbagai jenama yang terkenal seperti Daiwa, Abu Garcia juga ada di sini. Pelanggan yang ingin kunjungi ke sini tidak perlu risau kerana kedai ini dibuka setiap hari pada jam 11 pagi hingga 7.30 petang.

Alamat: 57, Jalan Perang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 7.30 pm), Ahad (11.00 am – 5.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-331 7653


3. GT Tackle, Taman Perling

GT Tackle, Taman Perling

Lokasi kedai pancing seterusnya di kawasan Taman Perling, Johor Bahru. Kedai yang bernama GT Tackle ini mempunyai banyak pilihan barangan memancing. Pelbagai jenis joran dari jenama-jenama yang terkenal dan berkualiti dijual di kedai ini. Untuk pemula pemancing yang ingin mendapatkan barangan dan peralatan asas memancing, boleh dapati di kedai ini.

Kedai ini dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 8 malam. GT Tackle juga mempunyai akaun Facebook yang aktif. Jadi, pelanggan boleh membuat tinjauan terlebih terdahulu sebelum datang ke kedai. Rata-rata pelanggan juga memberikan ulasan yang positif dan baik untuk kedai ini. 

Alamat: 43, Jalan Undan 15, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 8.00 pm), Ahad (11.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-241 7288

WhatsApp GT Tackle


4. Fishingline Tackle, Permas Jaya

Kedai Pancing Fishingline Tackle, Permas Jaya, Johor Bahru

Kedai pancing bernama Fishingline Tackle ini terletak di kawasan Permas Jaya. Kedai ini merupakan kedai pancing terbesar di sekitar Johor Bahru. Menariknya kedai ini kerana menjual peralatan memancing dari pelbagai jenama seperti Shimano, Daiwa, Abu Garcia dan banyak lagi. 

Terdapat banyak peralatan seperti joran, gewang, mata kail, reel dan sebagainya dijual di sini. Malah, bukan sahaja harganya berpatutan, barangan yang dijual juga berkualiti tinggi. 

Kedai ini telah mendapat 507 ulasan dari pelanggan. Hampir semua pelanggan memberikan ulasan yang positif. Ramai pelanggan telah berkata staf mereka sering memberikan layanan yang baik dan mesra pelanggan.

Para pelanggan boleh melayari laman web rasmi kedai ini dan juga Facebook mereka untuk melihat promosi atau peralatan yang baharu. Kedai ini dibuka pada setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 9 malam. 

Alamat: 32-34, 36, Jalan Permas 10/5, Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-386 1500 

WhatsApp Fishingline Tackle


5. TCE Tackles Sdn Bhd, Larkin Indah

Kedai Pancing TCE Tackles Sdn Bhd, Larkin Indah, Johor Bahru

Seterusnya, TCE Tackles Sdn Bhd juga memiliki cawangan di Larkin. Bagi “kaki pancing” yang berada di Johor Bahru, boleh kunjungi ke kedai ini. Tempat parking agak terhad, tetapi kedai ini dibuka setiap hari pada jam 10.30 pagi hingga 7 petang. Jadi, mudah untuk pelanggan singgah bila-bila masa sahaja. 

Kedai ini menjual joran, reel, mata kail, gewang dan banyak lagi. Malah, peralatan untuk aktiviti berkhemah, aktiviti luar juga ada di sini. Semuanya dijual dengan harga yang berpatutan. 

Rata-rata pelanggan mengatakan staf di kedai ini sangat peramah dan membantu dalam urusan jual beli. Bukan itu sahaja, terdapat diskaun dan promosi peralatan memancing. Jadi, kedai ini sangat sesuai untuk pelanggan yang gemar mengumpul peralatan memancing. 

Alamat: 01-04, Plaza, Jalan Datin Halimah, Larkin Indah, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-234 3628 


Jadi, kami telah menyenaraikan 5 kedai pancing best yang digemari oleh “kaki pancing” di Johor Bahru. Diharapkan artikel ini dapat membantu anda dalam mencari peralatan dan barang memancing yang berkualiti dari kedai pancing terbaik di Johor Bahru! 

Anda boleh kunjungi ke kedai pancing yang kami senaraikan ini bila-bila masa sahaja kerana hampir semua kedai buka setiap hari. Kami jamin harga serta kualiti barangan yang dijual di kedai-kedai ini juga berbaloi!

Namun, jika anda berada di kawasan Selangor dan ingin mencari kedai pancing di sekitarnya, anda boleh lihat artikel 6 Kedai Pancing Murah dan Berkualiti di Sekitar Sungai Buloh.

 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x