Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Pancing Murah dan Berkualiti di Sekitar Sungai Buloh!

Aktiviti memancing merupakan salah satu hobi popular yang dikatakan boleh menghindari stres. Walaupun aktiviti ini dilakukan secara santai, ia dapat melatih diri menjadi lebih sabar dan fokus ketika memancing. Memancing juga memerlukan peralatan seperti joran, umpan, mata kail dan sebagainya. Jadi, kepada “kaki pancing”, kami telah menyenaraikan 6 lokasi kedai pancing murah dan berkualiti di sekitar Sungai Buloh!

8 Kedai Pancing di Sungai Buloh


1. Sungai Buloh Tackles, Kampung Paya Jaras Dalam

Kedai Pancing Sungai Buloh Tackles, Kampung Paya Jaras Dalam

Lokasi kedai pancing Sungai Buloh Tackles adalah di Kampung Paya Jaras Dalam. Kedai ini menjual alatan memancing dengan harga yang sangat berpatutan. Menariknya kedai ini kerana pemiliknya selalu mengemaskini alatan memancing yang baru di laman sosial seperti Facebook.

Banyak alatan seperti joran, kekili, mata kail, tali tasi, gewang dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kedai ini juga menjual umpan, tong ikan yang bersaiz mini yang sangat sesuai dibawa ketika memancing. 

Kepada pelanggan yang singgah ke kedai pancing ini, anda juga boleh makan dan minum kerana pemiliknya membuka kafe di sebelah kedai pancing tersebut. Menarik kan?

Kedai ini dibuka pada hari Jumaat sehingga Rabu pada jam 10 pagi sampai 12 tengah malam. Namun, kedai ini ditutup setiap hari khamis. Jadi, kepada “kaki pancing” yang berada di sekitar kawasan Sungai Buloh, jangan lupa lawati ke kedai ini!

Alamat: Lot 3148, Jalan Tempayan Emas 2, Kampung Paya Jaras Dalam, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Jumaat – Rabu (10.00 am – 12.00 am) & Khamis (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-317 4063 

WhatsApp Sungai Buloh Tackles


2. TCE Tackles Sdn Bhd, Saujana Utama 3

Kedai Pancing TCE Tackles Sdn Bhd, Saujana Utama 3, Sungai Buloh

Sebut sahaja TCE Tackles, pastinya dikenali oleh semua kaki pancing. TCE Tackles merupakan kedai pancing yang mempunyai banyak cawangan di Malaysia: sebanyak 155 buah kedai!

Kedai ini menjual peralatan memancing seperti joran, mata kail, dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, di TCE Tackles juga terdapat peralatan untuk berenang, menyelam dan perkhemahan. Kedai pancing ini dibuka setiap hari pada jam 10.30 pagi hingga 7.00 petang. 

Daripada ulasan pelanggan, kedai ini dikatakan menjual barangan dan peralatan dengan harga yang berpatutan. Jadi, kepada anda yang meminati memancing, anda disarankan untuk datang ke kedai ini untuk membeli alatan dan barangan pancing yang diperlukan.

Alamat: No. 43, Jalan Bidara 8, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6039 1628 

WhatsApp TCE Tackles


3. Dual Fishing, Taman Putra

Kedai Pancing Dual Fishing, Taman Putra, Sungai Buloh

Kedai pancing Dual Fishing terletak di Azalea @ Taman Putra, Sungai Buloh. Kedai ini mula beroperasi pada bulan Mei 2020. Mereka menjual peralatan memancing seperti tali, kekili dan banyak lagi dengan harga yang murah.

Kepada pelanggan yang ingin mendapatkan diskaun pembelian peralatan memancing, anda boleh melayari laman web terlebih dahulu sebelum singgah ke kedai bagi mendapatkan keyword yang ditetapkan oleh pemilik kedai. Wah, menarik kan! Jadi, tunggu apa lagi, jom ke Dual Fishing!

Alamat: Jalan Taman Putra 4, Azalea @ Taman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-651 1202

WhatsApp Dual Fishing


4. Adenium Fishing Tackle, Bukit Beruntung, Rawang

Adenium Fishing Tackle, Bukit Beruntung, Rawang

Lokasi kedai Adenium Fishing Tackle berhampiran dengan kawasan Sungai Buloh, iaitu di Rawang. Jadi, “kaki pancing” yang berada di Sungai Buloh boleh lah singgah ke kedai pancing ini. 

Kedai ini membekalkan banyak peralatan dan barangan memancing dari jenama yang terkenal seperti Shimano, Daiwa, Ryobi, Abu Garcia dan banyak lagi. Pelbagai jenis peralatan seperti kekili, joran, tali tasi dan gewang ditawarkan di kedai ini. Pelanggan yang hadir pasti rambang mata untuk memilih barangan yang hendak dibeli.

Tambahan pula, harga yang ditawarkan bagi barangan di di kedai ini juga sangatlah berpatutan. Rata-rata ulasan daripada pelanggan yang pernah berkunjung ke kedai ini adalah positif. 

Kedai ini akan dibuka pada setiap hari Selasa sehingga Ahad pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan ditutup pada hari isnin. Kepada anda yang ingin mencari peralatan memancing yang berkualiti, anda harus singgah ke kedai ini.

Alamat: Pusat Perniagaan Adenium, 57-G, Jalan Adenium 2g-8, Seksyen BB5, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 10.00 pm) & Isnin (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-234 1156 

WhatsApp Adenium Fishing Tackle


5. Yee Sport Fishing, Mutiara Business Centre, Rawang

Yee Sport Fishing, Mutiara Business Centre, Rawang

Lokasi kedai pancing yang seterusnya juga terletak di sekitar Rawang. Yee Sport Fishing merupakan kedai pancing murah dan berkualiti. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenama dan jenis alatan memancing di kedai ini. 

Terdapat banyak peralatan memancing seperti joran, kekili, gewang yang berkualiti juga di sini. Malah, harga yang ditawarkan untuk barangan memancing di sini juga murah dan berpatutan!

Rata-rata ulasan dari pelanggan mengatakan bahawa pemilik kedai ini mesra pelanggan dan sangat membantu pelanggan dalam memberikan jaminan dan kualiti yang terbaik.

Kedai ini dibuka pada setiap hari, pada jam 10.30 pagi hingga ke 9 malam. Jadi, kepada “kaki pancing” yang tinggal di sekitar Rawang, anda boleh kunjungi ke sini untuk mendapatkan peralatan untuk memancing yang bagus!

Alamat: 2D-1-3, Jalan Rawang Mutiara 3, Mutiara Business Centre, 48000 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.30 am – 9.00 pm), Ahad (10.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-355 1017 

WhatsApp Yee Sport Fishing


6. Toko Pancing, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang

Kedai Toko Pancing, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang

Kedai seterusnya bernama Toko Pancing yang terletak di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang. Kedai pancing ini membekalkan alatan memancing yang berkualiti serta membaiki alatan memancing yang rosak. 

Kedai ini banyak menjual gewang, mata kail, umpan dan banyak lagi. Dikatakan juga bahawa ramai “kaki pancing” yang singgah ke kedai ini untuk membeli alatan memancing. 

Daripada ulasan pelanggan, ramai yang mengatakan bahawa kedai ini mempunyai banyak alatan memancing. Di samping itu, pemilik kedainya juga dikatakan sangat mesra pelanggan dan sedia membantu untuk mendapatkan barangan yang terbaik. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan mampu milik.

Kedai ini beroperasi pada hari Selasa sehingga Ahad pada jam 11 pagi hingga 6 petang dan ditutup pada hari isnin. Anda boleh melayari laman sosial untuk melihat feedback dari pelanggan-pelanggan yang hadir.

Alamat: Tabika Kemas 363, Blok C, Kampung Melayu Seri Kundang, 48050 Rawang, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (11.00 am – 6.00 pm) & Isnin (Tutup)

Lokasi | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-372 9389 

WhatsApp Toko Pancing


Jadi, kepada “kaki pancing” yang tinggal berhampiran Sungai Buloh, kami telah menyenaraikan 6 kedai pancing murah dan berkualiti untuk anda kunjungi. Kebanyakan kedai pancing ini menjual banyak pilihan peralatan memancing yang berjenama.

Adakah anda juga ingin mencuba aktiviti baru seperti cycling? Kami ada artikel yang sesuai untuk anda! Bacalah artikel kami, 10 Kedai Basikal Sungai Buloh & Rawang Mesti Dikunjungi, untuk pilihan basikal yang berkualiti untuk memulakan hobi baru anda!

5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x