Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Pancing dengan Ulasan Terbaik di Sekitar Kuala Lumpur

Hobi memancing adalah merupakan aktiviti yang santai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat. Ramai orang dari pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama yang gemar akan aktiviti memancing. Di sini, kami telah senaraikan enam kedai pancing di sekitar Kuala Lumpur dengan ulasan terbaik untuk anda yang mempunyai hobi memancing.

6 Kedai Pancing di Sekitar Kuala Lumpur


1. Sri Rampai Fishing Tackle, Taman Sri Rampai

Sri Rampai Fishing Tackle, Taman Sri Rampai

Sri Rampai Fishing Tackle yang terletak di Taman Sri Rampai dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Kedai alat pancing ini menjual alat-alat pancing yang rare untuk kaki pancing seperti anda.

Selain itu, Sri Rampai Fishing Tackle juga sering dipuji dengan personaliti pekerjanya yang peramah dengan pelanggan dan suka membantu. Begitu juga dengan pujian bahawa kedai ini sering mempunyai alat-alat pancing dengan stok yang banyak. 

Namun, waktu operasi kedai ini mungkin berlainan pada hari-hari tertentu. Jadi, bagi pelanggan yang ingin melawati kedai ini, anda boleh menghubungi nombor telefon yang disediakan terlebih dahulu.

Alamat: 42, 28, Jalan Megan Setapak 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Rabu (10.30 am – 7.00 pm), Khamis – Jumaat (10.30 am – 7.30 pm), Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012 3975933

WhatsApp Sri Rampai Fishing Tackle


2. Joran Bara Fishing Shop, Bandar Tun Razak

Joran Bara Fishing Shop, Bandar Tun Razak

Kedai alat pancing Joran Bara Fishing Shop terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, iaitu di Bandar Tun Razak. Kedai ini merupakan kedai dua tingkat yang mempunyai pelbagai jenis peralatan memancing sehingga boleh membuatkan kaki pancing rambang mata. 

Dengan rating 4.5 di Google, kedai ini memperolehi ulasan yang positif dari ramai pelanggan. Kedai ini juga aktif melakukan promosi di akaun Facebook mereka dengan menjual alat-alat pancing untuk menghabiskan stok.

Kondisi barang mereka juga sentiasa baru dan dalam keadaan baik. Mereka menjual peralatan memancing dengan harga yang murah untuk semua pelanggan. Bagi anda yang mencari alat-alat pancing yang murah, cantik dan baru, boleh lawati Joran Bara Fishing Shop untuk memenuhi kehendak minat anda.

Alamat: No. 64, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Ahad – Khamis (9.00 am – 7.00 pm), Jumaat (10.00 am – 12.00 pm,

2:30 pm – 8.00 pm), Sabtu (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012 3863074

WhatsApp Joran Bara Fishing Shop


3. Kedai Pancing Pudu Young Fishing Tackle Kuala Lumpur, Pudu

Kedai Pancing Pudu Young Fishing Tackle Kuala Lumpur, Pudu

Kedai Pancing Pudu Young Fishing Tackle terletak di Pudu, Kuala Lumpur, dan dibuka setiap hari walaupun pada hujung minggu. Rata-rata pelanggan yang gemar memancing akan memilih kedai ini untuk membeli item yang diperlukan untuk melakukan hobi mereka. 

Dengan rating 4.3 di Google, kedai ini sudah tentu mendapat banyak ulasan yang positif dari pelanggan yang pernah mengunjungi Kedai Pancing Pudu Young Fishing Tackle ini. Di ulasan Google, kedai ini dapat mencecah sehingga 258 maklum balas! Ini membuktikan kedai ini sudah lama beroperasi dan tetap aktif hingga sekarang. 

Dikatakan, kedai ini juga merupakan kedai peralatan memancing yang terbaik untuk kaki pancing. Selain itu, kedai ini juga mempunyai sangat banyak peralatan memancing dari pelbagai jenama menyebabkan pelanggan rambang mata untuk memilih peralatan yang mereka perlukan. 

Alamat: 381, Jalan Pudu, Pudu, 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.00 pm), Ahad (10.00 am – 1.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03 92218814


4. LPM Pudu Tackle, Pudu

LPM Pudu Tackle, Pudu

LPM Pudu Tackle juga terletak di Pudu, Kuala Lumpur, dan tetap buka setiap hari. Kedai ini juga merupakan antara yang terkenal dalam kalangan kaki pancing untuk mencari barang seperti rod memancing, mesin pancing, perambut, mata kail dan lain-lain. 

LPM Pudu Tackle juga sering mendapat ulasan yang positif dari pelanggan. Antaranya adalah seperti harga yang berpatutan dengan barang dan tuan kedai yang sentiasa senang menerima pelanggan. Anda juga boleh mencari pelbagai jenis peralatan memancing di kedai ini. 

Alamat: No. 401, Jalan Pudu, Pudu, 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Ahad – Jumaat (9.00 am – 7.00 pm), Sabtu (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-663 1611

WhatsApp LPM Pudu Tackle


5. Kepong Tackle Sdn Bhd, Pekan Kepong

Kedai Pancing Kepong Tackle Sdn Bhd, Pekan Kepong, Kuala Lumpur

Lokasi Kepong Tackle Sdn Bhd terletak di Pekan Kepong yang berdekatan dengan AEON Big Kepong. Kedudukannya yang strategik dapat memudahkan pelanggan untuk mencari kedai tersebut. 

Kedai ini juga dibuka setiap hari, termasuk pada hujung minggu. Kepada kaki pancing yang ingin mencari peralatan memancing pada hari cuti bekerja, anda boleh mengunjungi Kepong Tackle untuk mencari peralatan yang diperlukan. 

Kedai ini juga mendapat banyak ulasan dan maklum balas yang positif dari pelanggan. Hal ini kerana mereka mempunyai terlalu banyak peralatan pancing, lebih-lebih lagi untuk pelanggan yang baru sahaja memulakan hobi memancing ini. 

Selain itu, tuan kedai ini juga sangat peramah serta bersedia untuk membantu pelanggan yang datang. Kedai ini juga sering membantu pelanggan mereka yang ingin mencari peralatan yang sesuai.

Alamat: 62-68, Jalan Silang, Pekan Kepong, 52100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6274 0460

WhatsApp Kepong Tackle Sdn Bhd


6. Dream Fishing Tackle Enterprise, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Kedai Pancing Dream Fishing Tackle Enterprise, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Semua penduduk di sekitar Kuala Lumpur sudah pasti mengetahui tempat yang bernama Chow Kit. Hal ini lebih memudahkan mereka untuk mencari kedai menjual alat-alat pancing di sini, iaitu Dream Fishing Tackle Enterprise yang terletak di sekitar itu. 

Dengan rating purata 4.3, terdapat 12 ulasan pelanggan di Google supaya anda boleh menilai sebelum melawati kedai tersebut. Rata-rata ulasan pelanggan adalah positif. 

Dikatakan kedai pancing ini menjual pelbagai peralatan untuk memancing walaupun saiz kedainya adalah kecil berbanding kedai alat pancing yang lain. Dream Fishing Tackle Enterprise juga menjual barangan mereka dengan harga yang murah untuk anda.

Alamat: 347, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.30 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012 2203628

WhatsApp Dream Fishing Tackle


Kedai-kedai yang disenaraikan di atas merupakan antara kedai pancing yang agak popular sekitar Kuala Lumpur dengan ulasan yang positif dari pelanggan. Jadi, kaki-kaki pancing bolehlah kunjungi kedai-kedai ini sekiranya anda memerlukan peralatan memancing!

Jika anda sedang mencari tempat-tempat yang best untuk anda menjalankan hobi itu, kami ada artikel untuk anda! Lihatlah artikel kami, 15 Tempat Memancing Yang Terbaik di Malaysia, untuk mencari lokasi memancing yang sesuai dengan citarasa anda.

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x